Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 11


Bangku yang menghadap tasik, menjadi tempat untuk mereka melepaskan lelah. Namun, Embun berseorangan sekarang kerana menunggu Faid menyelesaikan solat isya'.

Ais krim yang berada di kedua tangannya dipegang erat. Kepekatan malam dilihat dengan kedua matanya. Embun suka malam. Bila malam saja, dia boleh melepaskan tangisan yang ditahan siang hari. Pada waktu malam tiada yang akan curi-curi dengar tangisannya. Dia suka.

Lantas bebola matanya beralih memandang kelibat Faid dari jauh yang sedang melambainya.

Faid Qashaf Arjuna.

Lelaki yang tidak pernah Embun harap untuk datang dalam hidupnya. Dia dan Faid bagaikan dua watak yang berbeza. Hidupnya kelam manakala hidup Faid seperti cahaya terang.

Lelaki itu datang dalam hidupnya membawa sedikit cahaya. Dia langsung tidak menolak kerana dari dulu Embun sangat dahagakan 'cahaya' itu.

"Sekejap! Aku nak tolong..." laung Faid. Di akhir ayat tidak disambung, hanya jarinya menunjuk seorang nenek tua sedang melintas jalan dengan tubuh terbongkok-bongkok.

Embun angguk faham.

"Kenapa kau tolong nenek tu?" soalan pertamanya setelah Faid sampai.

Faid bingkas duduk di ruangan sebelah. Ais krim diambil. "Kau kenal Booker T.Washington?"

Kepala Embun tergeleng beberapa kali. Macam pernah dengar.

"The happiest people are those who do the most for others."

"Apa kena mengena dengan Booker T. Washington?"

"Tadi tu ayat dia. Aku cuma terinspirasi saja," ujar Faid lembut. Ais krim yang sedikit cair, dijilat laju.

Embun mengangguk faham lantas pandangan mereka berdua terarah ke tasik.

"Terima kasih."

Kepala Faid menoleh lama ke sebelah. Tunak matanya memandang wajah Embun. "Untuk?"

"Untuk semuanya." Embun tidak menoleh. Dia tahu ada mata yang sedang melihatnya.

Faid mengulas senyuman nipis.

"Sama-sama. Hari ni kau nampak happy. Aku suka tengok kau macam ni." Ikhlas suaranya berkata. Acap kali matanya melihat wajah Embun sewaktu mereka mencuba pelbagai permainan.

Mimik muka yang selalunya beku, bertukar riang.

Lantas Embun menoleh. Mata mereka bertentangan. "You heal my inner child," bisiknya rendah.

Dia tidak pernah merasa bermain seperti ini waktu zaman kecilnya kerana pada masa itu, Embun selalu mengikuti mak cik nya menjual tisu.

Tidak betah bertentangan lama, Embun pasakkan pandangan ke arah bunga api yang meletus baru sahaja tadi. Percikan-percikan bunga api memancar ke langit menambahkan kecantikan malam.

Tanpa sedar, matanya membulat memerhati dengan teruja.

Sedikitpun Faid tidak mengalihkan pandangan. Matanya bagai digam untuk terus merenung Embun. Percikan api yang terbias di bebola mata itu membuatkan hatinya tidak berhenti memuji kecantikan gadis itu.

"Cantiknya..." puji Embun ke arah bunga api.

"Like you..." ujar Faid.

Badannya kejung. Malu menerpa diri. Cepat-cepat perasaan pelik dibuang menjauh. Pujian itu dianggap biasa sahaja.








PINTU kereta ditutup setelah mengambil beberapa minit mencari kekuatan untuk keluar. Kemeja putih yang tersarung ditubuh diperkemaskan sebaik mungkin agar tampak sempurna. Setiap langkahnya membawa satu debaran kuat di dada.

Tepat kakinya sampai di pintu gereja, Arriyan tergamam. Dadanya bagai dihiris pisau tatkala melihat sepasang pengantin sedang berhadapan satu sama lain.

Adele...

Sungguh cantik wanita itu memakai gaun putih pengantin. Sesuai dengan kulitnya yang putih mulus.

"Riyan, awal sampai," ujar satu suara menyentakkan lamunannya. Laju saja dia mendapatkan rakannya yang diupah untuk menjadi photographer pasangan pengantin itu pada hari ini.

"Sekarang aku punya shift, petang sikit baru kita tukar tempat. Thanks bro sebab sudi tolong aku."

"Takde masalah. Aku tolong sikit je ni," katanya ringkas dengan tumpuan masih tidak lepas dari melihat Adele.

Arriyan berpeluk tubuh sambil berdiri tegak di belakang para tetamu. Dadanya seperti ditikam pisau belati. Sakit. Sungguh sakit melihat perempuan yang masih bertakhta dalam hatinya sedang melangsungkan perkahwinan dengan jejaka bukan dirinya.

"Maka tibalah saatnya untuk merasmikan perkahwinan saudara. Sekarang berikanlah tangan kepada satu sama lain. Saya persilakan saudara dan
saudari menjawab pertanyaan saya."

"Byron Conrad Evan, mahukah saudara menikah dengan Adele Samuel yang hadir di sini dan mencintainya dengan setia seumur hidup, baik dalam suka mahupun duka?"

Evan dan Adele berpegangan tangan sambil mata mereka saling menatap.

"Ya, saya mahu." Tutur Evan.

"Adele Samuel, mahukah saudari menikah dengan Byron Conrad Evan, yang hadir di sini dan mencintainya dengan setia seumur hidup, baik dalam suka mahupun duka?" Paderi itu bertanyakan pula kepada Adele.

Bibir Adele bagai digam. Susah ingin menuturkan ayat. Jujur, hatinya merasa resah. Rasa seakan berat. Bebola mata Adele bergerak ke kanan di mana jurukamera sedang menangkap gambar mereka.

Namun lelaki disebelahnya menarik perhatiannya. Mata mereka bersambung. Hati Adele tersentak hebat tatkala menangkap pandangan Arriyan. Sedikit demi sedikit hatinya mula goyah ingin melanjutkan perkahwinan ini.

Tepukan halus dari Evan ditangannya
menyedarkan dia semula. Lantas dengan nafas ditarik dalam, bibirnya terbuka.

"Ya, saya mahu."

Bersamaan itu, matanya dapat menangkap tubuh Arriyan yang berjalan laju menuju keluar. Sebak di dada cuba ditahan.

Maafkan saya Arriyan...

Mengapa Tuhan mempertemukan kita yang tak mungkin bersatu?

Arriyan memegang bonet kereta untuk
menampung tubuhnya yang longlai. Dia memejam mata erat.

"Adele..." bergetar bibirnya menyebut
sebaris nama itu.








DI BILIK meeting serba luas di hotel pertama Donzello bina untuk dia dan para pekerja berbincang tentang masalah-masalah di hotel sunyi sepi. Keheningan menghimpit mereka.

Melly seperti cacing kepanasan ditinggalkan berdua dengan Donzello. Sedari tadi lelaki Itali itu tidak jemu menghunuskan pandangan tajam ke
arahnya. Sesekali jam yang melilit di pergelangan tangan dijeling.

"Will we stay like this? Like we never knew each other." Serak suara Donz berkata.

"I cuma kenal you sebagai businessman yang hebat. Tak lebih dari tu." Tekannya dengan keras. Seboleh mungkin dilarikan mata agar tidak bertembung dengan mata hitam pekat Donzello.

Hujung bibir Donzello ternaik. Lantas kedua tangan diletakkan atas meja kaca.

"Aku kenal kau lebih dari suami kau kenal kau. I'm the first man who take your virginity."

Gigilan tangan Melly mula terasa. Kedua mata dipejam erat tatkala memori 21 tahun lepas menjengah di minda. Sedaya upaya memori itu ingin dipadam.

"Don't be rude Mr. Donz! Respect me as the wife of your business partner!" mata dibuka lalu pandangan tajam dilemparkan ke arah lelaki di depannya.

"Kau tak perlu marah aku. Lagipun waktu tu kita buat suka sama suka. Oh ya, aku lupa nak tanya. After that incident, I found out you were pregnant. So where is our child?"

Mata mereka bertatapan tajam. Mata Melly menyiratkan kebencian yang sungguh mendalam.

"Aku dah bunuh sebab aku benci anak tu ada darah keturunan lelaki tak guna macam kau!"

Sret...

Lantas keduanya beralih memandang pintu yang dibuka.

Faid beriak biasa.

"Did I disturb?" soalnya apabila mereka
memandangnya seperti dia sedang mengganggu.

Melly menggeleng. Dia bingkas bangun dari duduknya. Laju dia menapak keluar sambil kepala menunduk.

Tubuh langsing Melly yang melintasinya dipandang dengan sorotan mata. Lalu dia berjalan menuju ke arah Donzello.

"I'm Faid. Your company gave me an email about an offer to collaborate with your new hotel," ujarnya dengan tangan disua untuk berjabat tangan.

Donzello bangun dan tangannya menyambut huluran Faid mesra.

"I'm Donzello. Call me Donz. Nice to meet you."

"Nice to meet you too." Sepasang mata Faid memandang dalam wajah berusia lelaki di depannya. Mata hitam pekat itu bersinar apabila cahaya lampu terbias di mata itu. Mata itu mengingatkan dia tentang Embun. Sama.

"Have a seat." Pelawa Donzello.

Faid cuma menjadi pemerhati setia melihat lelaki itu seakan menekan sesuatu di telefon.

Di kala itu, ada kuakan pintu terbuka dari luar. Seorang wanita yang berpakaian elegen berjalan masuk sambil memegang iPad ditangan. Tiada secalit senyuman yang terhias di bibir. Wanita itu membawa aura yang tegas.

"This is Dee my peronal assistant."

"Dee."

"Faid."

Mimik wajah terus bertukar serius setelah mereka saling memperkenalkan diri. Aura ketegasan keluar.

"You may start now, Dee," arah Donz datar.

Dee angguk. "Alright, dalam pembinaan hotel baru DZ, kami bercadang untuk membuat satu ruangan galeri di tingkat bawah. Ini kerana, konsep itu sedikit sebanyak dapat menarik perhatian masyarakat."

"Jadi kami berminat untuk melakukan kolaborasi dengan encik Faid untuk pembinaan DZ space art di hotel baru yang sedang dibina." Dee menjelaskan secara terperinci. iPad dihulurkan kepada Donzello.

Ralit lelaki itu meneliti sesuatu dengan wajah tegang.

"Ruangan itu akan ditayangkan lukisan-lukisan encik Faid dan dijadikan sebagai galeri. Kami berminat dengan lukisan encik kerana lukisan you sangat detail serta penuh teliti."

iPad diletakkan di depannya.

Mata Faid jatuh ke skrin yang menunjukkan beberapa lukisannya yang dia pamerkan di media sosial.

"Your talent can go a long way. So I choose you in my gallery so that people out there know you," ucap Donzello dengan nada santai.

"Thank you. I didn't expect a great person like you to choose me who is still new in the art world."

Bibir Donzello tersenyum nipis. "Sama-sama."

Membulat sedikit matanya. Riak wajah terpancar tidak percaya. Terkejut mendengar lelaki itu boleh berbahasa Melayu.

"Jangan pandang aku macam tu, aku memang reti cakap Melayu tapi masih belum sepenuhnya."

Faid angguk faham.

"Baiklah, untuk pameran nanti akan ada
beberapa pelukis juga yang terlibat untuk menjayakan lagi galeri DZ."

"Encik Faid, you boleh kenal dengan mereka juga nanti," ujar Dee ringkas.

"Berapa lukisan akan ada di galeri itu nanti?" soalnya ingin tahu.

"Mengikut keluasan galeri itu, mungkin 79 buah lukisan."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro