Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 10


Suasana bising dari pengunjung- pengunjung lain di taman funfair ini menjengah deria telinganya. Embun lihat sahaja Faid sedang membeli tiket untuk masuk. Kemudian matanya beralih memandang Euro Wheel yang gah berputar.

"Jom masuk." Ajak Faid dengan semangat. Dia berjalan dulu ke depan.

Langkah lelaki itu dilihat. Nafas ditarik dalam sebelum mengekori Faid. Melihat ramai orang membuatkan dirinya diterpa rasa takut. Pandangan-pandangan yang ditala ke arahnya seakan itu adalah pandangan sinis. Tangannya mula menggeletar.

Kaki mendadak berhenti. Mulutnya seakan payah ingin memanggil Faid. Akhirnya, dia berdiri bagai patung cendana dengan nafas yang mula sesak.

Pada mula, Faid langsung tidak sedar dengan situasi yang dihadapi gadis itu. Dia berjalan laju ke depan dengan melihat permainan-permainan yang tersedia. Tidak sabar rasanya ingin mencuba.

"Embun, kita main kuda pusing ni dulu nak lepas tu kita cuba main euro wheel ni..."

"Kau nak main yang mana satu?" soalnya tanpa berpaling ke belakang.

Tiada balasan.

Dahinya berkerut. Lantas kepala menoleh ke belakang. Kosong. Bagai nak luruh jatung apabila tiada kelibat Embun padahal sebentar tadi gadis itu ada dibelakangnya. Laju saja kaki berpatah balik. Suasana sesak sedikit payah untuknya mencari.

Sudahlah Embun berbadan kecil.

"Tolong beri saya laluan," ucapnya dengan menolak selamba orang di depan yang menghalang laluan.

Mata mula menangkap sekujur tubuh Embun. Terlepas nafas kelegaan, namun pelik pula melihat tubuh itu hanya berdiri kaku. Kepala pula menunduk ke bawah. Langkahnya makin dilajukan untuk mendapatkan gadis itu.

"Embun..."

Faid selar lengan berlapik gadis itu. Kebiasaan memang selalu Embun memakai baju berlengan panjang.

Kepala Embun mendongak. Dada yang sempit sebentar tadi hilang begitu sahaja selepas melihat Faid. Spontan kedua tangannya memegang erat hujung fabrik baju t-shirt lelaki itu.

"Kenapa jalan laju sangat? Kenapa tinggalkan aku," tuturnya lemah.

"Aku tak biasa berjalan dekat tempat ramai orang..." sambungnya lagi. Pegangan ke baju Faid makin dieratkan seakan tidak mahu lepas.

Jeda. Matanya merenung wajah bersih Embun. Bibirnya menarik senyuman manis. Di dalam hati, sudah memuji -muji kecomelan Embun. Tidak tahu kenapa tapi pada pandangannya, gadis ini terlihat seperti anak kecil kehilangan mak ayah.

"Sorry, aku lupa kaki kau pendek. Jom pegang tangan—''

Aduh. Kata-katanya terus terhenti.

Dia seakan teragak-agak. Sedar diri dosa bersentuhan dengan Embun tapi kadangkala tangannya seolah-olah bergerak sendiri apabila berada berdekatan dengan gadis ini. Dia tidaklah baik mana tetapi jika boleh elak, sebaik mungkin dia mahu elak.

"Takpe pegang aje baju aku macam ni dari belakang. Ingat jangan terlepas sikit pun," arah Faid serius. Tubuhnya dipaling semula ke depan.

"Pegang cepat."

Laju tangan memegang hujung baju Faid. Jika lelaki itu tidak mengarah sekali pun, memang dia akan tetap juga pegang. Kakinya melangkah apabila lelaki itu mula bergerak.

Belakang Faid ditenung. Sedetik rasa selamat menyinggah ke hati. Lelaki ini mempunyai pelbagai cara untuk membuatkan dia merasa selasa.

"Aku nak main kuda pusing dulu. Atau kau nak main permainan lain?" tanya Faid sesekali menoleh ke belakang memastikan Embun tidak ketinggalan.
Langkahnya berhenti di depan permainan kuda pusing.

"Nak tak?" soalnya sekali lagi.

Embun menyengetkan sedikit badan untuk melihat. Berkerut dahi melihat permainan itu. "Tak nak, macam budak-budaklah." Getusnya senada.

"Alah sekali je. Please Embun, temanlah aku main. Nanti macam syok sendiri pula main sorang."

Hendak menggeleng pun, lelaki itu sudah membayarnya, jadi nak tak nak Embun turuti sajalah semua permintaan itu.

Laju sahaja Faid membayar token. Risau jika terlambat nanti gadis itu mula beralih arah. Disebabkan pelanggan masih tidak ramai, jadi hanya beberapa minit sahaja mereka beratur untuk memasuki permainan itu.

"Sini aku pasang tali pinggang." Cekap sahaja tangannya bergerak memasang tali pinggang keselamatan ke pinggang gadis itu.

Setelah memastikan tali pinggang terpasang elok, kuda yang dibina keras di sebelah Embun dinaiki. Tergesa-gesa tangannya memasang tali pinggang keselamatan di pinggangnya pula.

Jengkel pandangan Embun. "Kau jangan gelojoh sangat boleh?"

Faid tergelak.

Kuda mula bergerak dengan nada perlahan. Santai sahaja permainan itu berpusing.

"Kenapa perlahan sangat ni. Tak syoklah!"

"Memanglah perlahan! Ini mainan budak-budak!" sabar sahajalah hati dengan bebelan Faid. Angin-angin mula menerpa ke mukanya. Rambutnya yang dilepas bebas berterbangan perlahan mengikuti arah angin.

Faid terpana. Tunak matanya tidak beralih langsung menatap wajah jelita Embun. Tidak sedar, kamera di telefon dibuka. Momen seperti ini harus di simpan.

"Embun tengok sini!"

Drastik kepalanya menoleh tatkala dipanggil. Namun, matanya baru perasan dengan telefon yang dipegang Faid. Tidak sempat ingin mengelak, laju sahaja gambar diambil.

Snap!

"Faid buruklah! Padam!" suara terlepas jeritan kecil. Sudahlah tidak bersedia. Mesti buruk.

Faid menyengih. Dia melihat kembali gambar mereka. "Cantiklah, kau buat muka macam mana pun tetap cantik."







TUBUH Faid yang sedang membongkok dihampiri. Laju disua sebotol air mineral yang baru dibelinya tadi ke arah lelaki itu.

"Tu lah aku dah cakap jangan naik thrill rides tu, kau yang mengada nak naik sangatkan," bebelnya geram. Belakang tubuh Faid diusap lembut.

Mulut yang berair dilap dengan tisu. Air mineral diteguk rakus. Perutnya menggelodak hebat ingin memuntahkan cecair sekali lagi. Lantas dia kembali membongkok. Terdengar bunyi muntahnya yang cukup kuat.

"Kau tak okey ni, jomlah rehat kat kereta
dulu," ujarnya setelah muntah lelaki itu reda.

Faid tegakkan badan. Kepalanya menggeleng laju. "Aku okey. Jom kita masuk rumah hantu."

Langkahnya terhuyung-hayang berjalan.

Embun mendecit sebal. Degil. Namun dia ekori sahaja dari belakang. Adakalanya dia memegang lengan Faid tatkala tubuh itu ingin tumbang.

Mereka sampai di kaunter. Pergerakan Faid agak lambat ketika ingin mengambil dompet dalam poket seluar. Mungkin masih lemah.

"Dah lembik sangat kau ni, jomlah rehat dulu." Embun berkata tegas. Menjengil matanya.

"Aku larat lagi ni."

Nafas ditarik dalam. Embun merengus sedikit sebelum tangannya merampas dompet Faid. Duit dikeluarkan untuk membayar ke pekerja di kaunter yang memerhati mereka.

Mereka bergerak ke pintu masuk, Embun menghulurkan kedua tiket ke arah penjaga pintu.

"Dekat dalam nanti, tidak dibenarkan untuk buka flash kamera ya."

Faid agak kecewa. Baru ingin merakamkan momen ini. "Okey."

Beberapa minit telah berlalu, mereka sudah memasuki setengah dari rumah ini. Mulanya, Faid yang berada di depan. Sekarang ini lain pula. Embun yang ada di hadapan.

"Arghh!!"

Terpejam matanya mendengar entah berapa kali jeritan yang keluar dari mulut Faid. Bahunya terasa dicengkam erat. Keluhan terlepas panjang.

"Tu patung ajelah!"

"Tipu! Tadi aku nampak dia bergerak."

"Memanglah dah kalau kau sepak patung tu! Bergeraklah dia!" sebal Embun berkata.

"Iya ke?"

Kepalanya terjengul memandang patung yang menyerupai pontianak sedang mengesot. Tangan Faid terjulur meramas rambut patung itu. Dia menarik rambut palsu itu dengan selamba. Tersengih lega mulutnya apabila kata-kata Embun benar.

"Kau ni sesuka hati aje tarik rambut patung tu! Letak baliklah." Ringan sahaja tangannya ingin memukul kepala lelaki itu.

Faid tergelak. "Kalau kau takut, biar aku dekat depan pula."

Dia hanya melihat kosong tatkala Faid menukar tempat, menjadikan dirinya di belakang. Bibir terjuih menyampah. Tadi bukan main takut sangat.

Mereka bergerak ke hujung lorong. Rasa nak tampar saja muka bangga lelaki itu yang sedang menumbuk patung menyerupai hantu disekeliling mereka. Berlagak!

Kaki Faid belok ke kanan. Dia tersengih melihat patung pocong di depannya. Baru saja dia ingin menyentuh, pocong itu melompat ke arahnya.

"ARGHH!!!"

Mahu luruh jantungnya disergah begitu. Laju kaki berlari meninggalkan Embun.

Embun berpandangan dengan pekerja yang memakai kustom pocong. Dia tidak berkata apa. Namun, yang jelas mukanya sudah membahang malu dengan perangai Faid.

Faid berhenti berlari. Dia memusing ke belakang setelah menyedari sesuatu. Langkahnya dilebarkan lantas tanpa amaran, tubuh kecil Embun digendong ke bahu seperti mengangkat guni.

Membuntang kedua biji mata Embun.

"Faid Qashaf Arjuna!!!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro