Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

29

PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he is dangerous

Satu jam sebelum kedatangan ER ke Markas WK...

PISTOL  dengan kelajuan tembakan bagai burung helang dipandang sepi. Datin Seri Linda menghadiahkan senyuman kepada sang lelaki bertopeng E.R di hadapannya.

   "Apa yang saya perlu buat?" Soalnya, tangannya mengambil pistol yang terletak di atas meja itu sambil memandang Datin Seri Linda penuh bingung.

   "Bawakan aku kepala Alia."

...

   "Bang!"

   Beberapa helai rambut Izzkhair ternaik ke atas apabila peluru itu sipi - sipi mengenai kepalanya. Izzkhair membuka pintu bilik bawah tanah seluas pintu gol sebelum segera menyorok di belakang salah satu kotak besi.

   Alia yang menjengukkan kepalanya ke luar segera mengikuti jejak langkah tiga lelaki WK itu. Amran menyeluk sepucuk pistol dari poketnya, bersedia untuk berperang.

   "Kau kena ingat. Ini bukan seperti dalam FreeFire ataupun PUBG. Ini peperangan kecil antara mafia." Izzkhair memberikan amaran kepada wanita di sebelahnya itu.

   Alia mengangguk, faham. "Baiklah."

   Seorang perempuan bersorak memanggil warga kumpulan White Knight. "Woi, keluarlah! Pengecut!"

   Alia tersentak mendengar suara itu. "Suara ini... Suara ini mirip benar dengan Datin Seri Linda."

   "Bang!" Amran, si penembak jarak jauh berjaya menembak kaki salah seorang ahli Endanger Regulation.

   Setelah bunyi tembakan itu bergema, bermulalah peluru dilepaskan oleh kumpulan masing - masing. Demi pertahankan diri, musuh menyorok di sebalik kotak - kotak besi berwarna biru.

   "Dark Knight, tolong! Kita orang diserang!" Eriz menghubungi Jack melalui walkie talkie. Eriz melepaskan tembakan apabila seorang lelaki keluar dari tempat persembunyiannya.

   Alia yang ligat menembak terasa lehernya disekat saluran pernafasan oleh seseorang. Tangannya menepuk - nepuk tangan yang melilitnya. Izzkhair menendang wajah gerangan yang mencekik Alia sebelum menembak tepat pada kepalanya.

   Ketika itu, jantung Alia berdebar - debar. Benarlah! Ini bukan seperti dalam permainan video! Terketar - ketar tangannya cuba mengambil pistolnya kembali tatkala baru melihat pembunuhan betul - betul di hadapan mata.

   "Alia, fokus!"

   Semangat kembali masuk ke dalam diri Alia. Alia cuba meletakkan titik fokus ke arah bahu Datin Seri Linda namun tembakannya tersasar pada salah seorang pekerja wanita itu.

   "Cis, sedikit sahaja lagi!"

   Berbalik pada situasi Amran dan Eriz. Amran dengan gahnya bangun dan menembak dengan dua pistol di tangan. Macam hero Bollywood gayanya.

   "Bengongloh mu ni. Turunlah!" Eriz yang ingin menembak musuh terganggu dengan kelakuan temannya. Sudahlah budak ini curi mangsa aku!

   Permainan FreeFire bersiaran secara langsung selama 10 minit di markas White Knight. Mahu menonton? Sila datang di lokasi rahsia.

   Melihatkan kebanyakan pekerjanya cedera ringan dan mati membuatkan hati Datin Seri Linda gusar. Dia menjatuhkan pistolnya ke bawah. "Baik, aku mengalah."

   Izzkhair tersenyum sinis. "Kalau begitu balik dan jangan datang lagi!"

  Senyuman sinis itu dibalas dengan ukiran senyum jahat pada wajah Datin Seri Linda.

   "Bang!"

   "Amran!" Mata Alia terbuntang melihat kepala Amran pecah akibat tembakan dari musuh. Amran yang tadi menembak ala hero Hindustan akhirnya jatuh rebah ke belakang. Tiada lagi tarian raver daripada Amran...

   "Kita orang takkan guna pistol tetapi..."

   Ayat Datin Seri Linda disambung dengan laungan penuh semangat dari warga ER. Di tangan musuh masing - masing memegang batang paip. Ada yang bawa cangkul. Naik bulu roma Alia dibuatnya.

   Musuh - musuh mara ke hadapan untuk menyerang mereka bertiga. Izzkhair berdecit merasakan bahu kirinya yang terkena tembakan tadi berdenyut - denyut. Rasa sakitnya masih terasa walaupun Alia telah membuang peluru itu!

   "Gunakan senapang tu sebagai senjata." Sebaik sahaja berkata demikian, Izzkhair menumbuk salah seorang mangsa yang meluru ke arahnya. Nampaknya penumbuk Izzkhair bukan biasa - biasa. Dengan sekali tumbukan, gigi kacip si musuh tercabut dua batang.

   Salah seorang lelaki meluru dan menendang perut Alia tanpa rasa belas terhadap wanita sepertinya. Senak perut Alia dibuatnya! Alia melibaskan senapangnya sekuat hati ke arah kepala lelaki sehingga lelaki itu terhuyung - hayang pergerakkanya.

   Namun, rasa senang itu tidak lama. Bertubi - tubi serangan musuh yang lain. Lelah terasa Alia menepis segala tumbukan dan sepakan dari arah yang berbeza.

   Matanya tertancap pada wanita itu... Datin Seri Linda yang sedang berpeluk tubuh melihat perlawanan tanpa berbuat apa - apa.

   Pipinya ditumbuk oleh seorang lelaki. Lelaki itu tersenyum melihat darah yang mengalir keluar dari mulut Alia. Gusi Alia terasa berdenyut - denyut disebabkan gigi gerahamnya yang tercabut.

   "Kau ingat perempuan macam kau nak ajar kami?" Lelaki itu mengusap penumbuknya.

   "Kau orang ini asyik sasarkan aku je! Alia dengan Eriz hanya tiga orang je dia orang perlu lawan. Ha, ada juga sepuluh orang yang goyang kaki di sekitar Datin. Aku juga yang kau mahu kejar!" Lain pula dengan situasi Izzkhair. Izzkhair berlari laju mengelilingi gudang dari kelima - lima orang Datin.

   Terkebil - kebil Eriz dan Alia serta pekerja ER yang lain melihat keadaan itu.

   Alia melayangkan penumbuknya ke arah lelaki di hadapannya. Lelaki itu tersentak apabila aset  pentingnya ditumbuk. Malulah hendak mengurat anak dara jiran sebelah dengan pipi yang lebam ini!

   "Pian! Kau okay tak? Bodoh betul perempuan ini!" Dua lelaki itu mendekati Alia dengan mengepal penumbuk masing - masing.

   Alia meneguk air liur. Habislah dia...

   Tiba - tiba, lutut kedua - dua  lelaki itu ditendang sehingga rebah ke tanah. Alia menoleh ke arah lelaki yang menerajang dua orang jantan itu.

   "Hey, miss me?" Jack tersenyum penuh menggoda bagi pandangan mata perempuan yang sukakan lelaki kacak.

Nooroo : Jangan sedih Nooroo... Ada banyak lelaki yang sesuai untuk kau.

   Beberapa orang WK berlari masuk ke dalam gudang itu dari belakang dan depan, membuatkan 11 orang yang goyang kaki termasuk Datin Seri Linda tercengang melihatnya.

   "Serang!"

   Dalam keadaan yang sedang kecoh itu, Jack sempat menitipkan pesan buat Alia. "Alia, kau boleh keluar. Aku ada bukakan pintu pagar untuk kau. Kau lari masuk dalam kereta Izzkhair. Jangan keluar sehingga pertarungan ini tamat."

   Alia kelihatan teragak - agak. "Tapi..."

  "Go, Alia!" Izzkhair menjerit, memberi arahan.

  Alia perlahan - lahan mengangguk. Langkahnya diorak laju meninggalkan gudang itu. Pagar berwayar itu dihampiri. Lelah pula asyik berlari sahaja.

   Sempat pula si Alia berehat sambil menyandarkan diri pada pagar. Penat sangat mungkin.

   "BAM!"

   Alia spontan bangun dan memerhatikan keadaan sekeliling. Bunyi seperti benda terjatuh. Matanya melihat keadaan sekeliling sehingga berhenti pada sosok badan seseorang.

   Nada suara Alia bergetar memandang wajah itu. Bertopeng E.R dan berhoodie.

   Suara lelaki itu bergema. "Hello, miss me?"

   Dia akan mati!

♕♕♕

Hey, guys. Miss me?

Bersedia untuk kejutan?

  

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro