Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

24

PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he is dangerous

TUMPUAN Izzkhair pada makanannya terganggu mendengar bunyi geseran antara pinggan Alia dengan garfu yang digunakannya. Wajah Alia yang bingung dipandang.

   Apa kena dengan dia ini? Kalau nak kuis mi goreng itu, kuislah pakai garfu plastik. Ganggu aku makan sahaja.

   Sina Yaya tidak jadi menyuap mi ke dalam mulut apabila merasakan aura yang tidak kena di sebelahnya.

   Sina Yaya memegang bahu Alia yang jauh mengelamun. "Kak Alia okay?"

   Alia seakan - akan sedar dari alam mimpi, terus melontarkan suara menyanyikan lagu Senorita. "Kau buat aku terpana. Kau buat ku hilang kata. Kau buat tidurku tak lena. Sampai..."

   Wajah Izzkhair dan Sina Yaya dipandang saling berganti. Menyedari perbuatan tadi agak memalukan, Alia terus menyuakan makanan ke dalam mulut tanpa peduli mata - mata yang memandang.

  "Are you sure you are okay, kak Alia?" Sina Yaya menyoal meminta kepastian.

  "Ha, betullah. Takkan nak tipu pula." Alia bercakap  dengan mulut yang penuh dengan mi goreng. Nasib tidak terpercik air liur pada muka Sina Yaya. Kalau tidak mesti kena basuh muka dengan air Yasin.

   Sina Yaya kelihatan ragu - ragu dengan keadaan Alia, mengalihkan pandangannya ke arah Izzkhair, seakan meminta bantuan.

   Si Izzkhair pula buat - buat tidak peduli dengan pandangan Sina Yaya. Makan sahaja, Izzkhair. Hantu cantik lalu di hadapan pun jangan pandang. Kalau orang tawar telefon baru pandang.

   "Ehem..." Sina Yaya sengaja berdehem bagi menarik perhatian Izzkhair.

   Namun lain pula yang terjadi. Semakin banyak Sina Yaya berdehem, semakin itu Izzkhair tidak mempedulikannya. Ini Izzkhair memang mahu minta pelempang nampaknya.

   "Kenapa Sina Yaya asyik berdehem. Sakit tekak ke?" Tanya Alia hairan apabila Sina Yaya asyik berdehem dari tadi.

   "Taklah. Nanti Yaya ada pertandingan menyanyi. Sebab itu berdehem, betulkan suara." Sina Yaya memberi alasan palsu.

   "Oh..." Alia meneruskan makan tanpa mengesyaki apa - apa.

   Melihatkan Sina Yaya membuat posing merajuk sambil makan, Izzkhair melepaskan keluhan.

   Haih... Mahu tidak mahu kena layanlah juga. Sudahlah Sina Yaya itu anak murid kesayangan Ummi. Nanti budak tidak cukup umur ini mengadu pada 'ummi'nya, tidak makan mi gorenglah dia jawabnya. Sudahlah Ummi sensitif sejak mengandung.

   "Alia, nak tengok satu tempat tak?"

...

   "Meow..."

   "Wah!" Alia bersorak teruja. Di hadapannya seakan sebuah zoo! Bezanya zoo ini adalah zoo mini!

   Ada beberapa jenis haiwan di dalam sangkar tersebut dan ada yang terbiar bebas. Belakang halaman rumah tersebut seakan sebuah zoo yang percuma! Ada burung kakak tua, ada kucing, ada arnab malah cicak tokek pun ada.

   Baru sahaja Alia ingin melepasi pagar kucing, Izzkhair menghulurkan tangannya di depan muka Alia.

   "Pahal tiba - tiba je." Alia mendongak memandang Izzkhair tidak puas hati. (Oh, Izzkhair lebih tinggi 14 cm daripada Alia!)

   "Tiket. Lima ratus ringgit setiap stesen." Izzkhair mengukirkan senyuman jahat seperti  penjahat dalam mana - mana filem. Nasib tidak ketawa besar sahaja.

   "Tahi awak." Alia mula naik bengang dengan Izzkhair. Janganlah ingatkan dia pasal duit! Semua barang peribadinya jatuh menjunam ke dalam longkang besar bersama kereta Siao Fang.

   "Yalah. Masuk, masuk. Buat macam kandang sendiri," Izzkhair menarik tangannya yang menghalang Alia masuk ke dalam.

   Tidak mempedulikan usikan itu, Alia menerpa masuk ke dalam bilik itu dan mencapai salah seekor kucing berwarna putih. "Alololo... Kucing mana yang comel sangat ini?"

   Kucing - kucing yang lain seakan - akan menjeling Alia. Oh, jadi kitaorang tidak comellah, ya? Pandai engkau, Alia. Ambil yang paling comel sahaja.

   "Awak bela semua ini ke, Izzkhair?"

   Izzkhair yang tadi memeriksa setiap bekas makanan kucing tersebut menggeleng. "Bukan aku. Sepupu aku, Jack."

   "Lah, awak berdua sepupu?" Alia terkejut mendengar kenyataan itu.

   "Takkan sepapa pula. Hahaha!" Izzkhair cuba membuat lawak, sayangnya tiada siapa yang gelak. Memang senasib dengan abang yang buat lawak Burung Puyuh itu.

   Mendengarkan tiada siapa yang gelak, Izzkhair kembali memeriksa setiap sangkar kucing. It's okay, Izzkhair. Suatu hari nanti mereka akan faham lawak kau.

   "Aku tahu cerita sebenar."

   Alia tersentak hingga tidak terkata apa. Dia menoleh ke arah Izzkhair, meminta makna di sebalik kata - kata itu.

   "Cerita yang kau mengesot macam Hantu Suster Ngesot tepi Jalan Karak itu. Tapi kenapa kau tak jadi pelakon, en? Kau ada bakat jadi kereta bila terbalikkan badan begitu." Alia mendengarkan bicara Izzkhair malu serta merta. Woi, bahagian itu jangan tanya!

  "Kenapa kau tak jadi pelakon, en?" Soal Izzkhair dengan nada berbaur usikan.

  "Lalala! Tak nak dengar! Tak boleh dengar!" Alia menutup telinga, tidak mahu sindiran Izzkhair menyapa gegendang telinganya.

   "Berdasarkan pengalaman kau, aku cuma mahu kata." Ujar Izzkhair tanpa memandang wajah Alia sebaliknya bermain dengan salah seekor kucing kegemarannya, Hitam. "Nowadays, tak semua ikhlas nak kawan dengan kita. Dalam diam, ada yang tak puas hati, dengki, backstab, talam dua muka. Don't trust people easily. You can be good to everyone but be careful."

   "Mungkin awak ada betulnya..." Alia menyuarakan apa yang telah terluah dari hatinya setelah lama berdiam diri.

   "Ah... Terima kasih. Terima kasih. Dah biasa. Dah biasa kena puji." Terkembang - kembang hidung Izzkhair tatkala dirinya dipuji. Ada juga yang ditendang sampai Antartika nanti.

   "Menyesal pula puji..." Alia meluahkan rasa kecewanya. Kucing putih di pegangan Alia turut menayangkan wajah menyampah.

   "Kau nak belajar menembak tak?"

   Mata Alia bercahaya. "Wey, mestilah nak!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro