13
PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he is dangerous
TERGESA - GESA Alia mengemas barang peribadi miliknya sampai naik hairan Amanda melihatnya. Mana pula budak ini mahu pergi?
Kalau kata panik mahu ambil SPM, si Alia ini sudah tamat persekolahan. Tetapi tidak mungkin dia ulang ambil SPM sebab tidak puas hati dengan result pula.
Fitri yang baru lepas menghantar makanan kepada pelanggan menegur Alia. "Hey Alia, mana awak nak pergi? Nampak macam nak cepat semacam sahaja."
"Ke engko nak pergi dating ini? Pergh, Alia sekarang bukan biasa - biasa, ha!" Syam bertanya berbaur usikan.
Alia merasakan wajahnya terasa hangat sangat. Bertemu Uzaiman? Kira dating, bukan? Eh, malu pula! Menggedik betul engkau ini, Alia.
"Mana ada datinglah!" Alia menepuk kuat belakang Syam sehingga hampir terjatuh lelaki itu.
Nasib Syam dapat mengimbangkan badannya untuk kembali berdiri dengan penuh bergaya. Steady, Syam. Nanti jatuh depan khalayak ramai, semua gadis tidak mahu terima pinangan engkau pula.
"Kau pukul macam lelaki siot!" Syam mengusap belakangnya. Alia ini jantina dua alamkah? Pukul pun tidak serupa perempuan.
"Kau nak pergi mana?" Soal Amanda. Mana tahu mahu pergi beli nasi ayam, boleh tolong kirimkan sebungkus.
"Nak pergi Cafe dekat KLCC tu." Raut wajah Alia berubah cemas melihat angka yang tentera pada skrin telefonnya. "Alamak, sudah lambat! Aku pergi dulu, en? Jaga kedai elok - elok!"
Bunyi loceng yang diletakkan di atas dedaun pintu menyapa gegendang telinga. Siao Fang hanya mengeluh panjang melihat kelibat Alia yang mula menjauhi dari Cafe Alinda.
"Sama macam yang lain."
***
Kepala Alia terjenguk - jenguk memandang ke dalam kedai. Mesej Uzaiman dilihat buat kali kedua. Eh, betullah kedai ini! Tetapi kenapa mewah semacam tempatnya?
Pekerja restoran yang lalu dihadapannya menyapa Alia dengan nada mengejek. "Cik, kami tak perlukan peminta sedekah di sini."
Alia menjengil ke arah pekerja wanita di hadapannya. Sekejap kecil dan sekejap besar dia tengok perempuan di hadapannya ini. Mentang - mentang dia hanya memakai selipar tandas, terus dicop sebagai peminta sedekah.
"Hello! " Alia merapat jari telunjuknya dengan ibu jari sebelum menarik ke tepi. "Saya ada banyak kerja lagi daripada melayan cik puan. Baik cik benarkan saya masuk."
Pekerja wanita itu tersenyum kambing, seolah menyindir. "Oh, ya? Date dengan siapa? Kawan imaginasi?"
"She's my date."
Terus panik pekerja wanita itu. Suaranya dilembutkan sebolehnya di hadapan pelanggan berprestij tinggi seperti Uzaiman ini. "Oh, Tuan Uzaiman. Saya gurau sahaja dengan Cik Alia ini."
Alia merenung pekerja wanita itu, menyampah. Memang... Memang kita bergurau - senda pun sebentar tadi.
"Jom, Alia. Kita masuk."Uzaiman melukiskan senyuman manis pada wajahnya. Hati Alia yang sedikit cair itu hanya mengikuti sahaja langkah Uzaiman.
"Kenapa awak bawa saya ke kedai macam ini?" Alia terus bertanya sebaik sahaja duduk di tempatnya. Sungguh dia rasa tidak selesa dikelilingi orang - orang berpangkat besar ini! Kalau orang belanja makanan sini, baru rasa selesa.
"Awak akan tahu nanti, sweetheart." Alia menyorokkan senyumannya tatkala mendengar panggilan manis bak hempedu oleh Uzaiman sekali lagi.
Sweetheart, again...
"Awak nak order apa?"
Alia yang sudah awal - awal membuka buku menu hampir meleleh air liur. Banyaknya makanan yang menggiurkan! Tetapi harga pun buat kita rasa berpeluh mata.
Setelah beberapa minit meneliti buku menu seperti membaca soalan Matematik, barulah Alia memberikan jawapan. "Air kosonglah."
Kedengaran letusan ketawa dari hadapan Alia. "Seriuslah, Alia? Masuk kedai berstandard macam ini minum air kosong sahaja?"
"Habis tu saya nak order apa?" Alia meminta pendapat Uzaiman dalam masa yang sama, rasa jengkel apabila ditertawakan.
"Erm..."
***
Segala fail - fail yang tersusun kemas di atas meja ditolak kasar ke tepi. Raut bengis yang ditayangkan oleh Hafiz diendahkan oleh Datin Seri Linda.
"Apa lagi Datin nak? Bukan sekali, malah tiga kali saya beri peluang pada Datin untuk pegang projek tu! Hasilnya? Satu pun tak jalan!" Hafiz kerana terlalu geram, menjerkah orang tua tidak sedar diri di hadapannya.
Datin Seri Linda tidak mengendahkan kata - kata Hafiz itu sebaliknya memarahi Hafiz." Tak payah nak acah macam syarikat ini baru dibangunkan lima belas tahunlah! Angka tiga tahun pun usia syarikat ni belum sampai , acah macam tahu semuanya. Kalau ada orang sabotaj syarikat, padan muka engkau, budak mentah!"
"Syarikat saya bukan macam syarikat Datin" Hafiz memulangkan paku buah keras kepada Datin Seri Linda.
Terus mati senyuman di wajah wanita itu. Memang syarikatnya pada bulan ini menghampiri 5 orang yang bekerjasama dalam kegiatan mensabotaj Syarikat Quen.
Datin Seri Linda ketawa sinis. "Baiklah kalau macam tu."
Hafiz meluahkan rasa syukur melihat Datin Seri Linda bergerak keluar dari pejabatnya tanpa disuruh. Tidak perlu panggil pengawal untuk mengheret Datin ini keluar.
"Hahahaha." Datin Seri Linda menyampaikan satu pesanan yang amat mendalam sebelum melangkah keluar. "Jangan sampai tindakan kau, seluruh ahli keluarga kau merana."
Terhinjut bahu Hafiz dibuatnya bila terdengar pintu pejabat dihempas dengan kuat sekali. Datin ini... Tutuplah pintu elok - elok.
Fail yang jatuh bertaburan dikutip dan disusun kembali di atas meja. Namun, ada satu perkara yang menganggu fikirannya. Keluarga?
Alia masih ada di Kuala Lumpur.
Ah, sudah...
***
Entah beberapa kali Alia menguap. Spaggethi Cabonara di hadapannya sudah hancur dihakis asid hidrokrolik di dalam perutnya.
'Mana pula si Uzaiman ini?' Alia bertanya sendiri. Kata mahu pergi tandas. Dia tengah didenda cuci tandas kah?
Dia tidak kira! Selesai buat pembayaran di kaunter, dia mahu pergi bekerja semula di kedai. Sudah lama dia menunggu!
Namun, baru sahaja Alia bangun, kedengaran satu suara dari tempat khas yang disediakan oleh pemilik cawangan restoran ini untuk pelanggannya menyanyi.
"Assalamualaikum, semua." Alia menoleh ke arah sumber suara itu. Uzaiman?
Walaupun jarak mereka antara 1 meter, Alia boleh lihat dengan jelas senyuman Uzaiman yang diberikan kepadanya.
"Terima kasih, Tan Sri pinjamkan saya gitar ini. Hari ini saya mahu nyanyikan lagu khas untuk bakal teman wanita saya, Alia!"
Bakal teman wanita? Alia tergamam tanpa reaksi.
Aisyah
Mula mula mula ku happy
Tiba - tiba dia sakitkan hatiku
Tak apalah
Terima kasihlah
Jadi kekasihku
Satu dua tiga ku cintamu
Kau hanya satu menjadi kekasihku
Berjanjilah, padaku sayangku
Kau akan setia
Alia tidak tahu mengapa tetapi sungguh dia katakan. Rasa terharu menyerbak di dada. Tidak pernah lagi seorang lelaki sanggup menyanyikan lagu untuknya!
Alia (?)
Jangan ragu - ragu dengan cinta ini
Jangan kau ragu - ragu menjadi kekasihku
Percaya padaku
Ku akan jadi yang terbaik untuk cintamu
Bunyi nada dering mengalihkan perhatian Alia dari mendengar nyanyian Uzaiman. Nama penghantar mesej itu dibaca. Along?
Along
Alia, balik kampung
esok, lusa atau sekarang.
Urgent.
Dahi Alia dikerutkan. Eh, kenapa along ini? Tiba - tiba suruh orang berangkat ke kampung.
Kenapa, along? Along nak
meminang Uqasha, en?
Along
Along serius ni, Alia.
Along tak boleh bagitahu
sebabnya tetapi demi
keselamatan Alia, tolonglah
balik kampung.
Dari penyampaian mesejnya, Alia tahu alongnya sangat risau sekarang. Serta - merta hatinya berfirasat buruk. Datin Seri Linda sudah buat onarkah?
Kau hanya milikku
Untuk selamanya
Aku sayang, aku rindu, aku cintamu
Sebaik sahaja lagu sudah tiba di penghujungnya, mata Uzaiman bertentang dengan pasangan mata milik Alia.
Ketika itu Uzaiman sudah syok sendiri apabila melihat Alia berjalan mendekatinya. Pasti Alia akan menjerit terharu dan sudi menjadi teman wanitanya.
Namun lain pula apa yang disuarakan Alia. "Saya nak balik."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro