12
PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he dangerous
"SHE'S not going to date anyone."
Alia menoleh.
Eh, Siao Fang?
"Siao, apa kau bua..." Perhatian Uzaiman teralih apabila terdengar nada dering telefonnya berbunyi.
Riak wajah Uzaiman panik melihat nama yang terpapar pada skrin telefonnya. Tangannya digeserkan pada skrin sebelum melekapkan telefonnya ke telinga.
"Hello? Ya, ma. Ya." Oh, ibu Uzaiman rupanya! Mata Uzaiman mengerling ke arah Alia. "Kejap ya, ma."
Uzaiman mengeluarkan sekeping duit bernilai 50 ringgit. Wang kertas itu ditindihkan di bawah kotak tisu. "Hah, Alia. Awak gunalah duit tu untuk bayar makanan. Baki simpan."
"Saya nak pergi kerja. Bye, sweetheart!" Sebaik sahaja berkata, Uzaiman terus berlalu dari kedai makan tersebut sambil berbual melalui telefon.
Alia tergamam mendengar panggilan manis Uzaiman beri kepadanya. Sweetheart?
Siao Fang kembali berbicara apabila kelibat Uzaiman tidak lagi kelihatan. "Tak apalah. Nanti aku kasi balik duit tu kat Uzaiman. Aku belanja kau orang."
"Eh, tak percaya saya. Entah - entah awak nak ambil semua duit ni." Alia menaruh syak wasangka terhadap Siao Fang. Duit bernilai lima puluh ringgit dibawa ke dada. Banyak baki ini, mana mungkin mahu berikan kepada Siao Fang semuanya! Haih, mata duitan juga Alia ini.
Siao Fang menyangkal tuduhan tidak berasas Alia itu. "Tiada kerja saya mahu ambil duit orang. Sudahlah, kalau awak nak guna, gunalah. Cepat sikit. Nanti lambat pergi kerja."
Alia tersenyum kemenangan tatkala mendengar ayat Siao Fang yang seakan mengalah. Dapat juga baki duit ini menjadi miliknya!
Namun, senyuman Alia beransur hilang terdengar ayat terakhir Siao Fang. "Eh, awak ni. Tak pergi kerja ke? Ke ponteng? Nak saya tolak gaji, en?"
"Eh, tak payahlah sampai tolak gaji. Amanda dengan Fitri minta saya belikan nasi lemak sekejap. Kedai pun tak sibuk dengan pelanggan, jadi saya keluarlah." Siao Fang berhujah, membela diri.
Huhuhu, kalau kena tolak gaji, makan malam hari esok dan kemudiannya pastilah Maggie.
"Haih. Yalah. Saya nak pergi bayar dekat kaunter makanan ni Pergilah dulu ke kedai." Alia menghalau Siao Fang pergi dari situ seakan menghalau lalat yang berterbangan.
"Tak apa, saya tunggu sini." Balas Siao Fang.
Alia mengoyakkan senyuman mendengar kata - kata Siao Fang. "Betul ni? Jangan menyesal ya?"
"Ya, dah pergi bayar nuh." Siao Fang mula membelek telefon. Bolehlah ada penghibur selama 2 minit sementara menunggu Alia.
"Okay, saya pergi." Alia membawa diri ke arah kaunter.
Anita
Dia okay tak? Ada orang Datin ke?
Siao Fang memerhati Alia yang sedang membuat pembayaran di kaunter. Jarinya menari di atas papan kekunci.
Don't worry. She's safe.
Tak ada orang Datin.
Anita
Thanks, God... Aku takut sangat kalau apa apa jadi dengan dia. Aku trauma sangat sejak tahu Afidah meninggal.
Siao Fang berhenti menaip setelah membaca mesej yang dikirimkan oleh Anita.
Visual bayang - bayang Afidah muncul pada mindanya. Ya, dia rindukan gadis itu. Tanpa semua orang termasuk arwah Afidah sendiri, dia sebenarnya sudah menaruh hati terhadap Afidah.
Tetapi sayangnya, gadis pujaan hatinya sudah kembali menemui Illahi tanpa sempat dia meluahkan segala isi hatinya
"Hei, awak termenung apa?"
Kerana terlalu terkejut, air matanya menitis tanpa dikawal. Cepat - cepat Siao Fang menyekanya, risau Alia mengesyaki sesuatu.
"Tak ada apa - apalah." Siao Fang bingkas bangun daripada tempat duduknya. "Dah siap buat bayaran?"
"Dah." Alia menunjukkan dua keping duit sepuluh ringgit. "Hehehe, boleh beli makanan selepas habis kerja nanti."
Alia dan Siao Fang berjalan beriringan ke Cafe Alinda. Hahaha, jimat duit untuk minyak kereta. Lagipun, jarak perjalanan antara Cafe Alinda dengan mereka dekat sahaja.
"Oh, ya. Fasal Uzaiman."
Alia menoleh ke arah Siao Fang. "Kenapa dengan Uzaiman?"
"Jangan percayakan dia sangat. Sebolehnya, jangan date dengan dia malam ni." Siao Fang memberi amaran berkenaan Uzaiman.
"Hish, awak ni. Uzaiman baik tau. Ini..." Alia menunjukkan baki duitnya. "Siap belanja lagi. Awak ada ke nak belanja saya?"
Ketika itu, Siao Fang mengutuk perempuan di sebelahnya sepuas hati. 'Subahanallah... Budak ini. Bukan aku sudah tawarkan untuk belanja dia ke tadi? Sah ada semut dalam makanan dia tadi!"
"Lagipun, dia kawan awak. Tak baik tuduh dia macam tu." Alia memarahi Siao Fang yang seakan - akan memburukkan nama baik Uzaiman.
Siao Fang menyelak rambutnya ke belakang. "Suka hatilah." Siao Fang melajukan langkahnya, meninggalkan Alia berjalan seorang diri.
Alia mengerutkan dahi. Eh, kenapa pula dengan mamat ini? Nama sudahlah dekat dengan haiwan bernama singa. Siao Fang, Singa. Bukankah hampir sama maksudnya?
Haih, iri bilang bos!
...
Amanda menyusun bantal ala - ala hotel seribu bintang di atas katilnya. Katil bersaiz single yang dihias penuh indah itu dipandang.
Rasa seperti tidak cukup sesuatu.
Amanda menyeluk bawah bantalnya dan mengambil sehelai kertas. Dua bantal yang gebu, semak! Selimut, semak! Bertih jagung? Sudah terletak di atas katil. I-Pad, semak!
Apa lagi yang tidak cukup, ya?
Oh, baru teringat!
Pintu bilik hadapannya diketuk sebanyak tiga kali. "Alia, Alia! Kata nak tengok marathon My Girlfriend is Alien. Mananya kelibat kau?"
"Alia!" Pintu bilik itu ditendang. Kalau pintu itu seorang manusia, pasti diketuk - ketuknya Amanda dengan kuali hitam. Gangster nampak!
Amanda berhenti melakukan aksi seperti Jackie Chan apabila kedengaran tombol pintu dipulas dari dalam.
"Woi, kau dah kenapa, ha? Nanti roboh pintu ini, tidak berpintu bilik aku jawabnya. Ya, aku ingat nak marathon drama Korea malam ni. Tak payah acah FBI tendang pintu aku." Alia mula membebel tentang sikap Amanda.
Nanti rosak, kena bayar denda pada pemilik asal rumah ini. Amanda ini buat rumah sewa ini seperti rumahnya sahaja.
Amanda tidak menghayati bebelan panjang lebar Alia sebaliknya menarik Alia masuk ke dalam biliknya. "Cepatlah! Dah nak keluar dah episod tu!"
Alia meronta hingga tangannya terlepas dari genggaman Amanda. "Sabarlah. Kau pergi dulu. Aku nak cas telefon aku kejap."
"Yalah." Amanda beralah lalu masuk ke dalam kamarnya.
Uzaiman
Hey, wanna date tommorow?
Alia mengetap bibir, ragu - ragu mahu memberi jawapan. Betul ke kata Siao Fang?
"Alia, cepatlah!" Kelam - kabut Alia menaip pada skrin sebelum mengecas telefonnya.
"Ya, nak masuk biliklah ni!"
Baiklah, bila?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro