PEMBUNUHAN DI UNIVERSITI P.U 9
- shopping mall bigstar -
"sorrylah aku datang lambat...", kata nuar sebaik saja dia bertemu dengan syahrijan di foodcourt yang sibuk itu. "oh tak apa... duduklah... orderlah apa yang kau nak makan dan minum, aku belanja...", kata syahrijan. "tak apa lah... aku datang ni cuma nak berbual sekejap dengan kau. itu saja...", kata nuar. "apa yang penting sangat sehinggakan kau tak mahu aku belanjakan kau ni?", soal syahrijan ingin tahu. "macam ni... aku di arahkan oleh daniel untuk menyiasat kes kematian arwah siti razkiah... aku minta kerjasama dari kau dalam hal ini...", kata nuar. "Hm... baiklah, aku akan bagi kerjasama jika itu yang kau mahukan..."soal syahrijan. Nuar pun memasang mode recorder di handphonenya
"ok, macamanakah kau dan arwah siti razkiah berkenalan dan bercinta?"
"aku berkenalan dengannya semasa aku terserempak dengan nya depan dewan kuliah. masa tu dia jalan di depanku. tiba tiba saja dia tersandung lalu jatuh di atas lantai. aku pun tolong tarik tangannya supaya dia berdiri semula. dari saat itulah kami berkenalan dan kemudian bercinta..."
"so, berapa lama kah kau bercinta dengan arwah siti razkiah?"
"tak lah lama sangat... cuma dalam 2 bulan aje..."
"so, apa pendapat kau tentang arwah siti razkiah?"
"bagiku dia seorang gadis yang suka berpakaian seksi, peramah, periang dan dia sangat gedik tapi dia seorang gadis yang pemurah. dia selalu bagi aku topup free bila aku tak ada kredit. malah dia selalu belanja aku makan di restoran bila kami bertemu... sebenarnya aku merasa malu juga bila dia buat macam tu tapi dia kata hanya itu saja caranya untuk dia menunjukkan rasa sayangnya padaku..."
"oh begitu... semasa korang bercinta selama 2 bulan tu ada tak dia bercakap aneh atau pun bersikap aneh?..."
"ada... dia pernah mengajak aku berkahwin dengannya. Yang peliknya kami baru saja berkenalan dan bercinta selama 2 bulan, tiba tiba saja dia mengajak aku berkahwin dengannya... aku merasa sungguh terkejut. pada mulanya aku menyangkakan yang dia cuma bergurau tapi rupa rupanya dia serius. aku cakap aku belum bersedia lagi hendak berkahwin dengannya tapi dia marah padaku pula. dia cakap aku ni takut dengan perkahwinanlah, apalah... aku merasa sungguh bengang dengan sikapnya yang terlalu mendesak itu. sebenarnya aku bukannya betul betul cintakan dia pun. aku terpaksa berlakon mencintainya kerana aku merasa kasihan padanya. maklumlah krtika itu dia baru saja di tinggalkan oleh kekasihnya awang shahril. dia hampir saja membunuh diri kerana putus cinta dengan awang shahril. aku cuba menyelamatkan dia dengan memberikan dia harapan baru. Sebenarnya aku cuma anggap dia tak ubah seperti kawan baik aku sendiri tapi dia anggap aku lebih daripada itu. jadi aku pun terpaksa berlakon menyintainya... aku ada memberitahu perkara ini pada adikku naziha... adik aku begitu marah padaku. dia menyarankan aku supaya aku berpisah dengan arwah siti razkiah..."
"jadi macamana kau berpisah dengannya pula?"
"adik aku naziha tidak berapa suka dengan arwah siti razkiah sebab dia beranggapan bahawa arwah siti razkiah ialah seorang gadis yang teruk. dia marah pada aku bila dia dapat tahu yang aku bercinta dengan arwah siti razkiah. pada satu hari tanpa pengetahuanku, adik aku naziha telah membuat 1 rancangan untuk memisahkan aku dengan arwah siti razkiah. dia cakap pada arwah siti razkiah yang aku ini sudah pun meninggal dunia dalam satu kemalangan di jalanraya. arwah siti razkiah merasa sungguh sedih sekali. dia menangis sehinggakan matanya bengkak. aku yang baru balik dari kampung tidak tahu apa apa terus menghubunginya d rumah. alangkah terkejutnya dia apabila dia mendengar suaraku. dia cakap pada ku yang naziha ada memberitahu dia bahawa aku sudah pun meninggal dunia dalam satu kmalangan di jalanraya. aku merasa sungguh terkejut apabila mendengar perkataan itu. aku cakap aku masih hidup. aku belum mati lagi. arwah siti razkiah merasa sungguh marah dan terkejut. dia macam tidak percaya dengan perkataanku. jadi untuk membuktikan bahawa aku masih hidup, aku pun mengajaknya keluar pada malam itu. petang itu sempat juga aku memarahi adik aku kerana dia telah menipu arwah siti razkiah bulat bulat tapi adik aku buat buat tak tahu saja. Malah dia langsung tidak mahu bercakap dengan aku selepas itu. geram betul aku di buatnya..."
Syahrijan berhenti bersuara. dia menarik sebatang rokok ERA dari dalam kotak rokok di tangannya. hujung rokok tersebut di nyalakannya. Kemudian dia menghisap puntung rokok itu perlahan lahan. "malam itu seperti yang di janjikan aku bertemu dengan arwah siti razkiah di restoran selera. kami bergaduh besar gara gara adik aku memberitahunya berita palsu tentang kematianku. dia cakap adik aku seorang penipulah, tak baiklah, apalah... sampai sakit telinga aku mendengarnya. sebenarnya aku paling tak suka jika ada orang yang menghina adik aku dari belakang. jadi aku pun membela adik aku, naziha. aku cakap padanya adik aku naziha tak suka aku berhubungan dengannya. marah betul arwah siti razkiah apabila dia mendengar aku membela adikku. dari saat itulah kami bergaduh. ketika kami bergaduh aku cakap padanya yang aku tidak cintakan dia lagi dan aku ingin putuskan hubungan kami. arwah siti razkiah terus menangis. slepas itu dia pergi meninggalkanku. dari saat itulah kami tidak berhubungan lagi sehinggalah dia mati di bunuh orang dengan kejamnya..."
"oh begitu... baiklah, terima kasih kerana kau sanggup meluangkan masa bersamaku. aku nak minta diri dulu. aku ada urusan yang perlu di buat slepas ni. so, see you next time..."
"yeah..."
Mereka bersalaman seketika. Selepas itu nuar beredar dari situ.
*** *** ***
- taman rekreasi plus U -
Mohd zul duduk di atas bangku sambil menunggu seseorang. Tak lama kemudian muncul pula mohd amir di situ. "sorrylah, aku datang lambat...", kata mohd amir. "tak apa... duduklah...", kata mohd zulhelpme. "so, apa perkara penting yang ingin kau tanyakan padaku?", soal mohd amir ingin tahu. "Oh... er... nanti dulu.. kita kena tunggu seseorang lagi...", balas mohd zul. "sapa?...", soal mohd amir ingin tahu. "just wait and see... kau akan tahu siapa orang itu nanti...", jawap mohd zul sambil tersenyum lebar. Tidak lama kemudian, "hai guys... sorry i'm late...", tegur suatu suara. kelihatan aizat sedang berjalan menuju ke arah mereka brdua. din ah-lam sedang berjalan di sebelahnya.
"kau panggil diorang datang ke sini ke?", soal mohd amir dengan wajah yang kelat. "yep...", balas mohd zul sepatah. "oh...my God...", keluh mohd amir dengan nafas yang berat sekali. sebenarnya dia tidak berapa senang dengan kehadiran aizat dan din ah-lam di situ tapi mohd zul buat buat tak tahu saja. dia menyambut kedatangan dua orang pemuda itu dengan senyum lebar di bibir. "duduklah...", pelawa mohd zul. mereka pun duduk di atas kerusi yang ada di situ. "eh... kau pun ada di sini juga?", tegur aizat pada mohd amir. "yelah... so what?", soal mohd amir dengan wajah kelatnya. "nothing just asking... marah ker?", balas aizat sambil tersengih macam kerang busuk. mohd amir diam sambil menggetapkan bibirnya. "ok guys... cut it out!... sekarang bukanlah masa untuk bergaduh... just rileks and calm down... take a deep breath, ok...", kata mohd zul cuba menenangkan mereka.
dia memandang wajah mohd amir dan aizat yang kelihatan tegang itu. nampak gayanya mereka memang tak sebulu. mereka seperti bermusuhan pula. "kumpulkan semua ex-boyfriend siti razkiah dan soal siasat mereka semua sekaligus? oh...no!... thats a bad idea zul... thats a bad idea....", bisik hati kecil mohd zul pada dirinya sendiri tapi dia cuba untuk bertenang ketika itu, pada hal dalam hatinya dia merasa tak keruan.
Sebenarnya dia merasa bimbang juga jika mereka bergaduh di depan matanya. kalau mereka bergaduh sudah tentu dia yang akan dapat susah. tak semena mena pula dia kena penumbuk free. mohd zul menarik nafas berat lalu menghelanya perlahan lahan...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro