PEMBUNUHAN DI UNIVERSITI P.U 4
"urm... encik kasim, boleh kami masuk ke dalam?", soal daniel pada lelaki yang sedang duduk di dalam bilik kawalan itu. "ya... ada apa?", soal lelaki security guard yang bernama encik kasim raiga itu. "kami ada hal nak tanya encik ni...", balas daniel. "oh... masuklah...", kata encik kasim raiga. mereka pun masuk ke dalam bilik kawalan tersebut. "urm... korang nak tanya pasal apa ni?", soal encik kasim raiga ingin tahu. daniel datang menghampiri lelaki itu. sebelum dia bersuara dia memasang mode recorder dalam handphonenya untuk merakamkan perbualan mereka. "tujuan kami datang ke sini ialah kami cuma nak tanya encik pasal pembunuhan yang terjadi di tandas perempuan tempohari. sebenarnya kami nak tahu siapakah pembunuh rakan sekuliah kami tu. apakah encik ada nampak seseorang yang mencurigakan datang dan masuk ke dalam kawasan kampus ni tempohari?", soal daniel ingin tahu.
"er... tak ada lah pula...", jawap encik kasim raiga. "di mana encik berada pada pukul 9.28 pagi?...", soal iskandar. "urm... saya tengah meronda dekat bangunan blok D...", jawap kasim raiga perlahan lahan. "ada tak encik nampak sesuatu yang mencurigakan kat kawasan bangunan blok D tu?", soal asmira ingin tahu. "tak ada pun...", jawap encik kasim raiga. "kalau tak silap aku kat setiap bilik dalam bangunan dan tandas di kampus ni ada terpasang CCTV, bukan?", soal nuar pula. "ya... memang ada CCTV...", balas kasim raiga. "kalau macam tu boleh tak kami tengok rakaman CCTV pada masa kejadian itu berlaku?", giliran mohd zul pula bertanya. "boleh... nanti dulu... biar saya check rakamannya...", kasim raiga bersuara sambil mencari rakaman tersebut dari dalam sistem CCTV yang ada dalam bilik kawalan tersebut. "pihak biro penyiasatan pun ada datang ke sini tadi... mereka ada juga tengok rakaman CCTV ni...", kata encik kasim raiga sambil matanya tertuju ke arah skrin TV di hadapan matanya.
"maksud encik, biro penyiasatan tu seperti FBI juga, kan?", soal aina. "ya... macam itulah...", jawap encik kasim raiga. "so, apa yang mereka tanyakan pada encik?", soal daniel ingin tahu. "macam macam soalan... tapi tujuan mereka datang ke sini cuma nak tengok rakaman CCTV ni...", balas encik kasim raiga. "oh... begitu... eh... itu siti razkiah lah. dia sedang melangkah masuk ke dalam tandas perempuan...", kata daniel. dia menumpukan perhatiannya ke kaca TV. "yalah....itu siti razkiah...", celah iskandar di sebelahnya pula. mereka pun menonton rakaman CCTV itu. Kelihatan siti razkiah melangkah masuk ke dalam tandas perempuan sambil berbual di handphonenya. selepas itu dia matikan handphonenya lalu di masukkannya handphone tersebut ke dalam poket mini skirtnya. dia menyanyi kecil di hadapan cermin besar dalam tandas itu sambil menarik keluar bedak padat dan gincunya dari dalam beg kecil yang di sandangnya. dia berbedak dan bergincu di situ.
Kemudian dia kembali meletakkan bedak dan gincu itu ke dalam begnya. Setelah siap berbedak dan bergincu, dia mencuci tangannya di sinki. perlahan lahan dia menarik keluar tisu tandas yang ada di situ. dia mengelap tangannya dengan tisu di tangan. ketika dia sedang berdiri di situ dia nampak ada sebatang pen di atas lantai itu. dia pun mengambil pen itu. dia mungkin nak simpan pen tersebut untuk kegunaannya kelak. tiba tiba muncul pula orang yang berpakaian serba hitam di situ. orang itu memakai topeng hitam. dia terus merangkul siti razkiah dari belakang. Gadis tersebut merasa terkejut. cepat cepat dia bergelut dengan orang itu. ketika mereka sedang bergelut di situ tiba tiba siti razkiah menarik keluar pen dari poket mini skirtnya lalu menikam paha kiri lelaki tersebut dengan pen di tangannya.
oleh kerana terlalu marah orang itu pun terus mencekik leher gadis tersebut sampai mati. selepas mencekik leher gadis tersebut, pembunuh itu cepat cepat mengambil sebatang penyapu yang ada di situ. Kemudian di pukulnya alat CCTV yang terpasang di dalam tandas tersebut dengan kayu di tangannya sehingga hancur berkecai. perlahan lahan daniel bangun dari atas kerusinya. begitu juga dengan rakan rakannya yang lain. "terima kasih kerana encik sudi meluangkan masa bersama kami... kami minta diri dulu...", kata daniel sambil bersalaman dengan security guard itu. "baiklah...", balas encik kasim raiga sambil bersalaman dengan mereka semua. Perlahan lahan, mereka beredar dari situ.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro