Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

PEMBUNUHAN DI UNIVERSITI P.U 3

Berita kematian siti razkiah tersebar luas di seluruh kampus. ramai yang membuat andaian masing masing. ada yang membuat andaian bahawa gadis itu mati di cekik jin, di cekik polong, di cekik hantu jembalang dan ada juga yang membuat andaian yang dia mati di cekik oleh makhluk asing. Ini membuatkan daniel ketawa apabila mendengar segala andaian mereka itu. baginya itu semua hanyalah karut belaka. dalam diam daniel bertekad hendak menyiasat kes kematian siti razkiah itu. semua gambar yang di tangkapnya tempohari sudah pun di print dan di ambil dari dalam mesin printernya. dia duduk di atas kerusinya sambil memerhatikan semua gambar tersebut. perlahan lahan dia meletakkan satu persatu gambar gambar itu di atas mejanya.

ketika dia sedang leka memerhatikan gambar gambar tersebut tiba tiba muncul pula iskandar dan mohd zul di situ. "apa yang kau perhatikan tu?", soal mohd zul ingin tahu. "aku tengah perhatikan gambar yang aku ambik semasa kita berada di dalam tandas perempuan tempohari...", jawap daniel dengan wajah selamba. "so, what do you think?", soal iskandar berspeaking speaking pula. "urmmm... aku fikir kita perlu siasat kematian siti razkiah ni...", kata daniel. "kenapa kita perlu menyiasat kes ini pula? bukankah itu tugas pihak polis?...", soal iskandar. "ya... aku tahu itu tugas pihak polis tapi aku nak siasat juga kes ini...", kata daniel dengan tegas. "kenapa pula?", soal mohd zul ingin tahu. "sebab aku nak tolong pihak polis selesaikan kes ini dengan segera...", kata daniel. "wei... bukan senang nak jadi penyiasat ni, tau... silap hari bulan kau pula yang akan di buru oleh pembunuh itu nanti...", kata mohd zul dengan wajah yang serius. "itu aku tak peduli... yang penting sekarang kita mesti siasat dan cari siapakah pembunuh misteri itu...", balas daniel dengan tegas. mohd zul dan iskandar saling berpandangan seketika.

"so, what do you think, guys?", soal daniel ingin tahu. "bagi kami masa untuk memikirkannya...", kata iskandar setelah lama berdiam diri. "hm... baiklah aku akan bagi korang masa untuk memikirkannya sampai pagi besok. kalau korang tidak bagi sebarang respon, itu tandanya aku terpaksa menyiasat kes ini seorang diri. pagi esok tepat pukul 8 pagi aku akan tunggu korang di depan pintu bilik unit kawalan kampus sebab aku nak soal siasat security guard yang bertugas di waktu pagi sebelum kejadian itu berlaku... manalah tahu dia tahu apa apa tentang kes pembunuhan ni...", kata daniel dengan tegas. "baiklah.... tapi kalau kami tak datang, kau tahulah jawapan bagi soalan kau tadi tu, ya...", balas mohd zul. "hmmm...", daniel menganggukkan kepalanya dengan pantas.

*** *** ***

Tepat pukul 8 pagi, daniel sudah tercegat di luar pintu bilik kawalan kampus itu. dia menunggu kedatangan kedua orang sahabatnya dengan penuh sabar. Tunggu punya tunggu bayang kelibat mereka pun tidak kelihatan. "agaknya mereka tak nak tolong aku siasat kes ni tak? hmm... tak apalah biar aku seorang saja yang siasat kes ni...", bisik hati kecil daniel. ketika dia beredar dari situ tiba tiba, "ehemm...", kedengaran suara orang berdehem. daniel terus mengalihkan pandangannya. kelihatan iskandar, mohd zul, aina, asmira dan nuar datang menghampirinya. "eh... akhirnya korang datang juga...", daniel bersuara sambil tersenyum.

"sorrylah kami datang lambat sikit... kami bawa aina, asmira dan nuar bersama sebab diorang pun berminat nak siasat kes pembunuhan ini bersama kita... kau tak kisah ke kalau diorang join sama?...", soal mohd zul ingin tahu. "aku tak kisah... yang penting kita saling bekerjasama untuk menyelesaikan kes ni bersama sama...", kata atox daniel perlahan lahan. "jadi sekarang apa yang harus kita lakukan?...", soal nuar ingin tahu. "ok, firstly kita kena soal siasat dulu security guard yang bertugas di dalam bilik kawalan kampus ni. manalah tahu dia tahu apa apa tentang kes pembunuhan tu. jom kita pergi berjumpa dengannya...", kata daniel. "jom...", mereka pun terus beredar dari situ.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro