PEMBUNUHAN DI UNIVERSITI P.U 18 (TERAKHIR)
Dengan sepantas kilat mereka meluru ke arah pembunuh itu. mereka menumbuk dan memukul pembunuh tersebut dengan sekuat hati mereka. pembunuh itu tidak jadi mencekik leher daniel. dia melepaskan cengkaman tangannya dari leher pemuda tersebut. daniel terbatuk batuk seketika. lehernya terasa sangat sakit. dia hampir saja mati di tangan pembunuh itu. nasib baik rakan rakannya datang membantunya. kalau tidak sudah tentu dia akan jadi arwah sama seperti siti razkiah. daniel bangun lalu membelasah pembunuh tersebut bersama dengan kawan kawannya yang lain.
setelah puas di tumbuk dan di belasah cukup cukup akhirnya pembunuh itu tidak mampu lagi bergerak melawan mereka semua. dia terbaring di atas lantai sambil mengerang kesakitan. mereka segera mengikat tangan dan kaki pembunuh tersebut dengan rantai yang ada di situ. selepas itu, daniel membuka topeng yang membaluti wajah dan kepala pembunuh tersebut. alangkah terkejutnya mereka apabila mereka melihat pembunuh itu ialah awang shahril. "kenapa korang tengok aku macam tu pula? korang terkejut ke?", soal awang shahril sambil tersenyum sinis dalam kepayahan. "ya... kami memang terkejut. kenapa pula kau bunuh siti razkiah sedangkan kau cakap dalam soal siasat tempohari yang kau cintakan gadis tu. lagi pun kau merancang hendak berkahwin dengan gadis tu, bukan?...", soal daniel dengan nada suara yang terkejut.
"ya... memang betul aku cintakan siti razkiah dan aku ingin berkahwin dengannya tapi di sebabkan oleh sikapnya yang suka berhubungan dengan lelaki lain di luar pengetahuanku membuatkan aku merasa sungguh kecewa dan sakit hati padanya. pada awal perhubungan kami memang kami merasa bahagia ketika kami bercinta tapi percintaan kami putus di tengah jalan sebab fadzley ada memberitahu aku yang siti razkiah pernah tidur dengannya dan mengandungkan anaknya tapi perempuan celaka itu telah menggugurkan kandungannya. aku tak tahu samada fadzley bercakap benar atau pun tidak. Apabila aku tanya siti razkiah tentang perkara itu, dia menafikannya pula. oleh kerana aku tidak mempercayainya, aku pun memutuskan perhubungan kami...", awang shahril berhenti bersuara. dia menarik nafas berat.
"Aku cuba melupakannya namun aku tak dapat berbuat demikian. cintaku padanya begitu kuat sekali sehingga akhirnya aku berusaha untuk menghubunginya dan mendekatinya semula. pada masa yang sama dia baru saja putus cinta dengan syahrijan. aku pun bagi dia peluang kali kedua untuk bercinta denganku. Aku harap dia akan ubah sikapnya yang teruk itu tapi malangnya dia tak pernah berubah. dia masih juga macam tu. Siapa yang tak sakit hati kalau kekasih hati yang di sayangi berhubungan dengan lelaki lain. Sebenarnya aku ingin dia setia pada cintaku tapi dia tak setia padaku. fadzley bagitahu aku yang dia selalu keluar dengan lelaki lain di belakangku tapi aku tak percaya perkataannya itu sebab aku yakin siti razkiah tak akan mengkhianati cintaku tapi...", awang shahril berhenti bersuara seketika. dia menarik nafas berat lalu menghelanya perlahan lahan.
"Tapi keyakinanku hilang apabila aku nampak dengan mata kepalaku sendiri yang siti razkiah berjalan berpimpin tangan dengan lelaki lain. aku merasa sungguh marah sekali sehingga aku tak ada mood hendak bermain bola sepak di padang petang itu. Ketika aku sedang memerhatikan siti razkiah dari jauh tiba tiba muncul pula fadzley, aizat dan zakwan di sebelahku. mereka mengatakan padaku bahawa mereka merasa sungguh simpati padaku kerana siti razkiah telah mengkhianati cintaku. mereka nampak secara terang-terangan perempuan celaka itu berlaku curang di belakangku. mereka mencadangkan padaku supaya siti razkiah di bunuh saja. jika perempuan itu di biarkan terus hidup di muka bumi ini sudah tentu banyak lagi lelaki lain akan menjadi mangsa cinta palsunya. atas dorongan dan bantuan mereka, aku pun membunuh siti razkiah dengan tangan aku sendiri...", kata awang shahril panjang lebar.
"jadi dalam perkara ini korang berkomplot hendak membunuh siti razkiah, begitu ke?", soal mohd zul. "yep...", balas awang shahril dengan wajah yang selamba. "kalau tak silap aku, emak siti razkiah cakap yang kau ada bawa siti razkiah pergi kuliah bersama dengan kau awal pagi sebelum dia mati di bunuh dan menurut keterangan yang kau berikan pada kami tempohari kau kata kau berada di dewan kuliah semasa siti razkiah di bunuh... jadi macamana kau bunuh siti razkiah jikalau betul betul kau berada di dewan kuliah?", soal daniel ingin tahu. "memang betul aku pergi kuliah pagi itu bersama dengan siti razkiah. kami masuk ke dewan kuliah bersama sama. semasa pensyarah sedang membentangkan topik assignment yang akan kami lakukan di hadapan dewan kuliah, siti razkiah minta diri untuk pergi ke tandas. Selepas dia pergi ke tandas aku pun menyusulnya dari belakang. fadzley sudah standby menungguku di belakang dewan kuliah. dia bagi aku baju serba hitam dan sehelai topeng hitam. aku berjalan ke tandas perempuan....", kata awang shahril perlahan lahan. dia menghela nafas panjang.
"sebaik saja aku sampai di belakang tandas perempuan itu, aku pun memakai pakaian yang di berikan oleh fadzley. aizat menjadi pemerhati di luar tandas. bila dia lihat tiada orang yang lalu lalang depan tandas itu dia pun bersiul 3 kali. aku segera meluru ke dalam tandas lalu menyerang siti razkiah.ketika aku menyerangnya tiba tiba dia membenamkan hujung pennya di paha kiriku. aku merasa sungguh marah dengan tindakannya itu. oleh kerana terlalu marah, aku pun mencekiknya sampai mati. Kemudian aku merosakkan CCTV yang ada dalam tandas tersebut dengan harapan tiada siapa yang akan tahu tentang pembunuhan itu.sebaik saja aku selesai membunuhnya aku pun melarikan diri dari kawasan kampus melalui lubang pagar besi yang telah siap di potong oleh zakwan di belakang tandas perempuan itu. zakwan menungguku di dalam kereta kat luar kawasan kampus. sebaik saja aku masuk ke dalam kereta, dia pun terus menghantar aku pulang ke rumah...", kata awang shahril panjang lebar.
"Oh... rupa rupanya korang sudah merancang pembunuhan ini dari awal lagi. Satu perancangan yang sangat rapi...", komen iskandar. "yep....thats right... memang kamilah yang merancang pembunuhan ini dari awal lagi. kami membunuh siti razkiah sebab dia berlaku curang di belakang kami. kalau korang jadi macam kami pun korang akan merasa marah juga...", kata awang shahril. "ya... siapa pun akan merasa marah juga jika kekasih hati bermain kayu 3 tapi takkanlah sampai hati nak bunuh orang macam tu sekali, kan... itu kejam namanya tu. By the way, apa pun alasan yang kau berikan... ianya tidak akan dapat menutupi kesalahan yang kau telah lakukan. kesalahan kau ini akan menyebabkan kau dan kawan kawan kau meringkuk dalam penjara mungkin dalam jangka waktu yang lama...", kata daniel pada awang shahril. "yeah...whatever... sekurang kurangnya aku berpuas hati dapat membunuh siti razkiah celaka itu... hahaha....", awang shahril bersuara sambil ketawa. "gila....", komen nuar separuh geram. Tidak lama kemudian pihak polis pun sampai di tempat itu. mereka segera memberkas kesemua penjahat yang sudah di ikat dengan rantai itu.
"korang tak apa apa ke?", soal inspektor aripsan ingin tahu. "ya...kami tak apa apa tuan... kami baik baik saja...", balas daniel sambil tersenyum lebar. "oh... syukurlah korang tak apa apa... aku merasa sungguh kagum dengan keberanian korang dalam menyelesaikan kes ini. korang memang ada bakat untuk menjadi seorang penyiasat yang berkaliber di masa depan... by the way, apakah yang akan korang lakukan selepas korang keluar dari universiti kelak?", soal inspektor aripsan ingin tahu. "mungkin kami akan buka satu prkhidmatan penyiasat peribadi untuk orang ramai...", balas daniel dengan pantas. "oh baguslah tu... ok, good luck to you all...", kata inspektor aripsan sambil bersalaman dengan mereka semua.
Perlahan lahan daniel dan kawan kawannya melangkah keluar dari kawasan perumahan itu. "eh... betul ke kau nak buka perkhidmatan penyiasat peribadi tu?", soal mohd zul pada daniel yang berjalan di sebelahnya saat itu. "Aku cuma bergurau sajalah... anyway, kenapa kau tanya soalan macam tu?", soal daniel pula. "Aku tanya saja... kalau kau betul betul nak buka perkhidmatan penyiasat peribadi tu aku nak kitorang semua buat perkhidmatan ini bersama sama. kita mesti ada 2 buah bilik. 1 bilik di khaskan untuk ofis dan 1 bilik lagi di khaskan untuk makmal kaji selidik supaya senang kita buat penyelidikan tentang bahan bukti yang kita dapat dari crime scene... jadi, kita pun samalah macam para penyiasat dalam cerita CSI di kaca TV tu...", kata mohd zul dengan penuh bersemangat. "yelah tu... zul mat jenin kuat berangan... hahaha...", iskandar bersuara sambil ketawa. yang lain pun turut ketawa bersamanya... "hahahaha!...."
--- TAMAT ---
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro