PEMBUNUHAN DI UNIVERSITI P.U 17
Setelah berbincang secara berbisik daniel pun memulakan peranannya. "Aaauwww... sakitnya... auuuw...", daniel bersuara dalam kesakitan. lelaki jahat yang berada di luar pintu bilik itu pun terus membuka pintu bilik tersebut. "apa yang bising bising ni?!...", soal lelaki itu ingin tahu. "tolong aku...", daniel dengan mimik wajah yang kesakitan. lelaki tersebut datang menghampiri daniel untuk melihat keadaannya. "Kenapa dengan kau?...", soalnya ingin tahu. "Perutku sakitlah... tolong benarkan aku pergi ke tandas sekejap...", kata Daniel pura pura sakit perut. "Kalau macam tu biar aku hantarkan kau ke tandas...", kata lelaki itu.
"Tapi macamana aku nak pergi ke tandas dengan kaki dan tanganku di ikat dengan rantai besi ni... takkanlah kau sanggup angkat aku ke tandas dalam keadaan aku macam ni. Kalau aku terberak dalam seluar masa kau angkat aku ke tandas tentu haru biru jadinya...", kata daniel. "Oklah... oklah... aku akan buka rantai di tangan dan kaki kau tu tapi kau kena janji dengan aku... kalau aku buka rantai besi ni, kau mesti janji takkan melarikan diri dari aku...", kata lelaki bertopeng itu. "Baiklah... aku berjanji takkan melarikan diri dari kau...", balas Daniel dengan pantas sekali. Perlahan lahan dia berdiri dalam kepayahan. lelaki tersebut segera mengambil anak kunci dari dalam poket seluarnya lalu di bukanya mangga yang ada di atas rantai besi di tangan pemuda tersebut. Kemudian dia tunduk membuka rantai besi di kaki pemuda itu pula.
Pada ketika itulah daniel bertindak dengan menumbuk bahagian belakang lelaki tersebut dengan sekuat hatinya. Tak cukup dengan itu dia menyepak kepala lelaki tersebut sebaik saja rantai di kakinya terbuka. Lelaki itu jatuh di atas lantai tapi dia segera bangun lalu menerkam ke arah daniel. Bermulalah adegan tumbuk menumbuk di situ. Ketika mereka sedang berbalas tumbukan tiba tiba, "hey... daniel...", kedengaran namanya di panggil orang. Daniel segera mengalihkan perhatiannya. kelihatan mohd zul mengisyaratkan padanya supaya dia mengambil sebatang kayu yang ada di atas lantai tidak jauh dari situ. Dia pun terus mengambil kayu itu lalu di genggamnya kayu tersebut dengan erat sekali. Apabila lelaki itu melihat daniel memegang kayu di tangannya, dia pun mengambil sebatang kayu yang ada di situ. Kini terjadi pula adegan pukul memukul di situ. Daniel segera memukul kaki lelaki jahat tersebut. Akibatnya lelaki itu jatuh di atas lantai. Dengan sepantas kilat daniel meluru ke arah lelaki tersebut lalu memukulnya secara bertalu talu.
"auwww!... auuwww....sakitnya!... tolong jangan pukul aku lagi... sakitlah!...", jerit lelaki itu dalam kesakitan. mereka pun berhenti dari memukul lelaki tersebut. daniel terus menarik topeng hitam yang membaluti wajah lelaki tersebut. rupa rupanya lelaki itu ialah aizat. "aduiii... sakitnya...", aizat mengerang kesakitan. "memang kami menduga kau terlibat dalam kes ini, aizat... by the way, tolong serahkan anak kunci di tangan kau tu padaku kalau tidak aku akan belasah kau cukup cukup...", kata daniel dengan nada suara yang garang sekali. Dia menggenggam buku limanya di hadapan wajah pemuda itu. "Oh, baiklah... baiklah tapi kau harus berjanji padaku...", kata aizat dengan pantas. "janji apa?", soal daniel ingin tahu. "janji yang kau takkan pukul aku lagi...", kata aizat ketakutan. "baiklah...", balas daniel sepatah. Cepat cepat aizat menyerahkan anak kunci di tangannya pada pemuda itu.
Dengan sepantas kilat daniel segera mengambil anak kunci tersebut lalu di bukanya mangga kunci di kaki dan tangan kawan kawannya yang lain. Selepas itu dia mengikat kaki dan tangan aizat dengan rantai di tangannya lalu di kuncinya mangga yang ada di atas rantai tersebut. nuar memandang wajah aizat yang berdarah dan lebam kebiruan itu. "aizat... kenapa kau melibatkan diri dalam kegiatan jenayah ini, hah? Tidakkah kau takut di tangkap polis?...", soal nuar pada pemuda tersebut. "sebenarnya...", belum pun sempat aizat menghabiskan perkataannya itu tiba tiba kedengaran deruman kereta menghala ke tempat di mana mereka sedang di tahan. "alamak... mereka dah balik lah... macamana ni?", soal aina dengan cemas sekali. "rilekslah... korang ikut saja plan yang aku cakapkan tadi, ok?", kata daniel dengan segera. "ok...", balas mereka hampir serentak.
daniel berdiri di sebalik pintu bilik tersebut. begitu juga dengan rakan rakannya yang lain. mereka menunggu dengan penuh debaran di dada. beberapa saat kemudian, "eh... pintu bilik ni terbukalah... macamana pula pintu bilik ni terbuka, hah?.... mana pula perginya si aizat ni?", kedengaran suara pembunuh itu di luar pintu bilik tersebut. sebaik saja pembunuh itu melangkah masuk ke dalam bilik tersebut, daniel terus menumbuk lelaki itu dari belakang. lelaki tersebut jatuh tersungkur di atas lantai. dengan secepat kilat daniel menerkam ke arah lelaki itu lalu mnumbuknya bertalu talu. kelihatan 2 orang lelaki yang lain datang meluru ke dalam bilik itu. mereka ingin memukul daniel dengan kayu di tangan tapi mreka di tumbuk dan di sepak terajang oleh nuar dan iskandar. manakala mohd zul sedang berusaha menghubungi pihak polis melalui handphone milik mohd amir.
"hello... inspektor aripsan ke ni?", soal mohd zul dengan pantas. "ya ada apa?", soal inspektor aripsan dalam handphone di tangannya itu. "tuan, aku ni mohd zul... aku dan kawan kawanku di jadikan tawanan oleh pembunuh yang kejam tu. kami sekarang berada di...", mohd zul berhenti bersuara. dia memandang wajah aizat. "eh... aizat, tempat ni kat mana ar?", soal mohd zul ingin tahu. "perumahan top p.u, no 20, jalan ubitechno, plus u...", jawap aizat dalam kepayahan. "ok, kami di tahan kat perumahan top p.u, no 20, jalan ubitechno, plus u... tolong datang ke sini secepat mungkin sebab pembunuh siti razkiah ada di sini...", kata mohd zul dengan pantas. "baiklah...", sahut inspektor aripsan. talian handphone di matikan.
Dia mengalihkan perhatiannya ke arah daniel. Pemuda itu masih lagi berbalas tumbukan dengan pembunuh tersebut. begitu juga dengan nuar dan iskandar. mohd zul bangun lalu mengambil sebatang kayu yang ada di atas lantai lalu di pukulnya belakang tengkuk lelaki yang berbalas tumbukan dengan nuar itu dengan sekuat hatinya. lelaki tersebut jatuh di atas lantai lalu pengsan. aina dan asmira datang lalu mengikat tangan dan kaki lelaki itu dengan rantai di tangan. Kemudian mereka menarik topeng yang menutupi kepala lelaki tersebut. rupa rupanya lelaki itu ialah zakwan. "Oh... zakwan pun terlibat dalam kes ini... huh!... sungguh di luar dugaan...", kata mohd zul pada rakan rakannya yang lain.
Setelah mengetahui siapakah lelaki tersebut, mohd zul dan nuar terus meluru ke arah lelaki yang sedang menyerang iskandar lalu mereka memukul belakang lelaki tersebut sehinggakan lelaki itu jatuh di atas lantai. Cepat cepat mereka membelasah lelaki itu sehingga dia tidak mampu bergerak lagi. tanpa di suruh, aina dan asmira segera mengikat tangan dan kaki lelaki tersebut dengan rantai di tangan. kemudian mereka menarik topeng yang membaluti kepala lelaki itu. Alangkah terkejutnya mereka apabila mereka melihat lelaki tersebut ialah fadzley. "eh... ini kan ke fadzley? ternyata dugaan kita meleset sama sekali... fadzley bukan pembunuh sebenar siti razkiah. dia cuma terlibat secara tidak langsung dalam kes ini... jadi siapakah pembunuh misteri itu yang sebenarnya?", soal mohd zul pada semua rakan rakannya. mereka saling berbalas pandangan. "is... nuar... zul... tolong aku...", jerit daniel dalam kepayahan. Kelihatan pembunuh itu sedang mencekik lehernya....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro