Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

PEMBUNUHAN DI UNIVERSITI P.U 16

"jangan cakap macam tu... kau bercakap seperti orang yang tak ada pengharapan langsung untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini... dalam hal ini kita harus cari jalan bagaimana kita nak keluar dari sini...", kata daniel pada rakan rakannya itu. "macamana kita nak keluar dari sini sedangkan tangan kita di ikat dengan rantai besi?... kaki kau pula terikat dengan rantai besi... macamana kau nak buka ikatan rantai besi tu kalau tidak ada kunci atau pemotong besi kat sini?", soal asmira separuh bengang. "ya betul tu...", sokong aina sambil mengesat airmata di pipinya dengan lengan tangannya yang terikat dengan rantai besi.

kebetulan ikatan di tangannya itu di ikat pada sebelah hadapan, jadi dia masih boleh mengesat airmata di atas pipinya itu. "jangan bimbang... kita akan dapat cari jalan keluar dari sini... eh!... jangan bising... ada orang buka pintu tu...", kata daniel secara berbisik. Asmira pun diam membisu. begitu juga dengan aina. pintu bilik itu di buka orang dari luar. Kelihatan lelaki bertopeng dan berpakaian serba hitam berdiri di ambang pintu. dia tidak bersendirian. ada 3 orang lelaki bertopeng dan berpakaian serba hitam berdiri di sebelahnya. mereka mendorong masuk 3 orang tahanan ke dalam bilik tersebut. itulah iskandar, nuar dan asmira. tangan mereka terikat dengan rantai besi.

"hahaha... selamat datang ke syurga kami... mungkin korang tertanya tanya kenapa aku buat korang macam ni, kan?... ok, sebabnya ialah korang degil sangat. dah jelas aku bagi amaran pada korang tolong jangan teruskan siasatan bodoh korang terhadap kes kematian siti razkiah tu tapi korang tak dengar cakap aku... malah korang masih berdegil juga nak teruskan siasatan tu. Yang teruk sekali korang laporkan segala benda yang korang ketahui pada pihak polis. itu yang membuatkan aku semakin marah... korang ingat dengan melaporkan segala informasi yang korang ketahui pada pihak polis dapat membantu mereka dalam usaha menangkap aku? jangan haraplah bodoh... mereka takkan dapat menangkap aku sebab aku tahu bagaimana caranya nak lepaskan diri dari pihak polis...", lelaki itu berhenti bersuara seketika. dia mengambil sebilah pisau belati dari dalam beg kecil yang tergantung di pinggangnya. dia meneliti pisau belati di tangan.

"tentu korang tertanya tanya kenapa aku kejam sangat nak bunuh siti razkiah celaka tu, kan... baiklah, biar aku berterus terang saja... sebenarnya aku paling benci dengan perempuan playgirl murahan macam dia tu. dia hanya tahu nak sakitkan hati orang aje. dia fikir tindakannya itu betul tapi sebenarnya tindakannya itu salah. dia buat semua lelaki macam boneka mainannya pula. celaka betul perempuan tu... buat pengetahuan korang aku pernah bercinta dengan dia. Entah apa sebabnya dia tiba tiba putuskan hubungan kami pun aku sendiri tidak tahu. aku dah banyak kali menghubunginya dan mendekatinya tapi dia semakin menjauhkan diri dari ku. sebenarnya aku masih cintakan dia tapi dia sakitkan hatiku dengan meninggalkan aku macam itu aje...", lelaki terbabit diam seketika. mungkin dia merasa sebak apabila mengenangkan kisah percintaannya yang tak kesampaian itu.

"celaka betul siti razkiah itu... dia memprmainkan perasaan aku dengan cinta palsunya... dia mengecewakan aku dengan memutuskan hubungan cinta kami. Kemudian dia keluar dengan lelaki lain pula. aku merasa sungguh cemburu dan sakit hati apabila aku melihat dia berdampingan dengan lelaki lain. apa salah dan dosaku pun aku sendiri tidak tahu... sejak hati ku terluka di sebabkan oleh permainan cinta palsu perempuan celaka itu aku pun mula berdendam padanya. bagiku dia bukanlah seorang perempuan yang baik hati. dia seorang perempuan yang pentingkan diri sendiri dan terlalu egois. dia tidak peduli dengan hati dan perasaan orang lain. daripada aku menahan rasa amarah, benci dan dendam dalam hati, lebih baik aku bunuh dia saja. Habis cerita... anyway, tentu korang merasa hairan kan kenapa aku boleh menangkap korang dengan begitu mudah sekali... sebenarnya dalam hal ini aku tak keseorangan... ada orang yang sanggup menolongku... mereka semua ialah lelaki yang pernah di kecewakan oleh siti razkiah keparat itu...", kata lelaki tersebut sambil mengusap usap mata pisau di tangan kirinya itu.

"sudah tentu korang tahu siapakah lelaki lelaki yang aku maksudkan itu, bukan?... so tak perlulah aku bagitahu korang siapa mereka... buat pengetahuan korang, merekalah yang membantuku menangkap korang semua. bagi ku mereka lah kawan kawanku dunia dan akhirat... ok, sekarang korang dah jadi tahanan kami... so, korang harus dengar dan ikut cakap kami, kalau tidak nyawa korang akan melayang...", kata lelaki itu dengan tegas. "jadi apa yang korang nak dari kami, hah?!...", soal iskandar dengan nada suara yang marah sekali. "kami nak korang berbincang dengan pihak polis supaya mereka menggugurkan kes ini... aku tak mahu pihak polis meneruskan siasatan mereka dalam kes ini. jikalau mereka masih juga berdegil juga nak teruskan siasatan itu maka kami akan bunuh korang satu persatu... hahaha...", kata lelaki tersebut sambil ketawa dengan sadisnya. semua rakannya yang lain turut ketawa bersamanya. Entah apa yang lucu sangat pun mereka sendiri tidak tahu. "korang nak makan? nanti korang akan di berikan makanan. kami keluar dulu untuk membeli makanan. korang jangan cuba lari dari sini, ya.... kalau korang melarikan diri, korang akan di bunuh. just remember that...", lelaki itu bersuara dengan tegas sekali. dia menghampiri salah seorang kawannya yang berdiri tidak jauh dari ambang pintu bilik tersebut. "bro... kau tolong jaga diorang, ya... jangan sampai terlepas pula, ok?...", lelaki tersebut memberikan arahannya. "ok...", balas rakannya itu. perlahan lahan mereka beredar dari situ. pintu di tutup lalu di kunci dari luar.

"korang dengar tak apa yang pembunuh tu cakapkan tadi?", bisik daniel pada semua rakan rakannya itu. "dengar...", balas rakan rakannya secara serentak. "tekaanku memang betul lah... pembunuhan ini memang di rancang awal oleh semua bekas kekasih siti razkiah. mereka berkomplot hendak membunuh gadis itu dari awal lagi sebab mereka sakit hati pada gadis tersebut...", kata daniel separuh berbisik. "tak hairanlah kalau siti razkiah tu mati di bunuh oleh semua ex boyfriendnya sendiri... kalau aku jadi mangsa cinta palsu perempuan celaka itu pun sudah tentu aku akan merasa marah juga...", sampuk mohd zul separuh berbisik. "jadi korang fikir siapakah yang menjadi pembunuh siti razkiah dan siapa pula 3 orang rakannya itu?", soal asmira dalam nada suara yang berbisik. mereka saling berpandangan seketika. "aku fikir tentu si fadzley yang jadi pembunuh sebab dia pernah buat fitnah tentang gadis itu sebaik saja mereka putus cinta... manakala yang 3 orang tu pula ialah aizat, mohd amir dan zakwan...", kata iskandar membuat andaiannya sendiri.

"Nope, i dont think so... mana mungkin mohd amir dan aizat boleh bekerjasama dalam perkara seperti ini... mereka kan tidak serasi...", potong mohd zul pula. "oh yakah?...", soal iskandar macam tidak percaya pula. "iya... diorang memang tidak serasi lorh. Semasa aku menyoal siasat mereka berdua secara serentak tempohari, mereka hampir saja bergaduh dan bertumbuk gara gara mereka salah faham... pendek kata mereka langsung tidak boleh berjumpa. Kalau mereka berjumpa sudah tentu mereka akan bergaduh macam anjing dengan kucing...", terang mohd zul. "jadi siapa yang 3 orang tu pula?", soal cik asmira dengan dahi yang berkerut. "mungkin mereka itu ialah ex boyfriend siti razkiah yang tidak sempat kita soal siasat tempohari... maklumlah gadis tu kan banyak boyfriend keliling pinggang...", kata aina sambil memandang wajah rakan rakannya itu. "betul tu tapi takkanlah semua ex boyfriend siti razkiah tu sakit hati padanya sehinggakan mereka semua berkomplot hendak membunuh gadis itu... takkanlah tak ada seorang pun di antara mereka yang betul betul sayang dan cintakan gadis itu?...", tukas iskandar dengan dahi yang berkerut.

"aku rasa bukan semua ex boyfriend siti razkiah cintakan dia... ada juga yang ambil kesempatan untuk mempermainkan perasaan gadis tu... mungkin sebab itulah juga siti razkiah mempermainkan mereka semua....", kata aina pula. "Hm... mungkin telahan kau itu betul... tapi masalahnya sekarang kita tidak tahu siapakah yang sebenarnya membunuh siti razkiah...", kata daniel. "mungkin persoalan ini akan terjawap jika topeng di kepala mereka semua di lucutkan...", balas iskandar dengan segera. "ya tak ya juga tapi bagaimana kita nak lucutkan topeng di kepala mereka sedangkan kaki dan tangan kita masih terikat dengan rantai besi ni?", soal mohd zul separuh bengang. "rileks... pasti kita akan berjaya membuka rantai besi ni dengan mangganya sekali...", kata daniel sambil tersenyum lebar. "bagaimanakah caranya?", soal nuar ingin tahu. "aku ada idea...", balas daniel. perlahan lahan dia membisikkan rancangannya pada semua rakannya itu...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro