Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

PEMBUNUHAN DI UNIVERSITI DI P.U 15

- di rumah iskandar -

Iskandar sedang duduk di atas kerusinya sambil melayari internet dalam laptop di atas meja. ketika dia sedang leka melayari internet di laptopnya itu tiba tiba dia terdengar anjing jirannya yang berbangsa cina itu menyalak dengan kuatnya. dia bangun untuk melihat apa yang telah terjadi tapi tak ada siapa pun di luar sana. yang ada hanyalah anggota polis di tugaskan untuk mengawasinya. beliau sedang duduk dalam keretanya. iskandar kembali duduk di atas kerusinya. tumpuannya kembali ke skrin laptop di atas meja, tiba tiba, "beep... beep...", kedengaran handphonenya berbunyi nyaring menandakan ada mesej baru untuknya. dia pun terus membaca mesej tersebut. 'is... nuar ni... daniel hilang dari rumahnya lah... inspektor aripsan yang bagitahu aku tadi. kau tau tak dia pergi ke mana?...', berkerut dahi iskandar sebaik saja dia membaca mesej tersebut. Belum pun sempat dia membalas mesej itu tiba tiba, "pakkk!....", belakang tengkuknya di pukul orang dengan kuat. iskandar jatuh tertiarap di atas meja belajarnya. dia tidak sedarkan diri lagi...

- di hostel putera universiti plus u -

"hai... zul, kau tak nak balik bercuti semester kedua kat kampung kau ke? semua orang dah balik ke kampung diorang dah ni. kau masih nak stay kat sini juga ke?", soal mohd harmie, rakan sebilik mohd zul. "aku malaslah nak balik kampung. aku nak bercuti kat sini aje...", balas mohd zul dengan suara yang malas. "eh... kenapa pula kau cakap macam tu? kau tak rindukan family kau ke?", soal mohd harmie ingin tahu. "aku tak ada family lagi lah, mie. mama aku dah lama meninggal dunia. yang ada cuma mak tiri aku dengan papa aku tu, hah... aku malaslah nak balik ke sana... diorang tu bukannya baik sangat dengan aku pun...", balas mohd zul. "hm... ikut suka hati kaulah... aku nak balik dah ni...", kata mohd harmie sambil mengangkat beg pakaiannya. Dia mula beredar dari situ. "Hm... baiklah... take care of yourself, ok?", kata mohd zul sambil menghantar teman sebiliknya itu sehingga ke ambang pintu bilik hostel tersebut. "ok...", mohd harmie pun melangkah pergi dari situ. tinggallah mohd zul seorang diri di dalam bilik hostel tersebut. suasana di kawasan hostel putera plus u kelihatan begitu sunyi sekali. maklumlah semua orang sudah balik bercuti di kampung masing masing. hanya dia dan beberapa orang mahasiswa saja yang masih stay dekat hostel putera itu. dari jauh lagi dia dapat melihat 2 orang anggota polis yang di tugaskan untuk mengawasinya sedang berdiri memerhatikannya. perlahan lahan mohd zul melangkah masuk ke dalam tandas lelaki yang terletak tidak jauh dari hostelnya tersebut. Ketika dia sedang melangkah masuk ke dalam sebuah bilik tandas yang ada di situ tiba tiba ada orang mencengkam tubuhnya dari belakang lalu mencekup hidungnya dengan tuala kecil di tangan. bau bahan kimia yang ada di atas tuala kecil itu menyebabkan mohd zul jatuh pengsan...

- shopping mall big store -

Nuar berjalan di tengah khalayak orang ramai dengan fikiran yang bercelaru. anggota polis yang di tugaskan menjaganya berjalan di belakangnya sambil mengunyah chewing gum di mulut. nuar kembali menarik keluar handphonenya. dia cuba menghubungi iskandar dan mohd zul tapi tiada seorang pun yang menjawap panggilannya itu.

"hishh... di mana diorang ni?... cepatlah jawap... hishhh...", gerutu nuar seorang diri. dia berhenti melangkah. dia memandang ke arah lelaki polis yang mengawasinya itu. "aku rasa semua kawan kawan aku dalam bahaya... puas aku call diorang tapi tak seorang pun yang menjawap panggilan telefon aku...", katanya pada anggota polis tersebut dengan wajah yang pucat lesi.

"bertenanglah... mungkin diorang tengah busy kot sebab itulah diorang tak sempat jawap phone call kau tu...", balas anggota polis tersebut itu dengan wajah yang tenang sekali. "Tak... aku tak rasa macam tu. Aku rasa mereka dalam bahaya... aku dapat rasakannya. Aku perlu mencari mereka...", nuar segera beredar dari situ. "eh... kau nak pergi ke mana tu?", soal anggota polis itu ingin tahu. "aku nak pergi ke rumah kawan aku, iskandar...", sahut nuar sambil berlari meninggalkan tempat itu. "eh...tunggu dulu...", jerit anggota polis tersebut tapi nuar tidak menghiraukannya. dia terus berlari dan berlari. ketika dia sedang berlari di tepi lebuhraya yang sibuk itu, tiba tiba muncul pula sebuah kereta berwarna hitam metalik dari arah belakang lalu berhenti betul betul di sebelahnya. Terkejut betul nuar sebaik saja dia melihat seorang lelaki bertopeng dan berpakaian serba hitam meluru keluar dari dalam kereta lalu mencengkam erat tangan kirinya. lelaki itu menghunuskan pisau ke pinggang kirinya. "cepat masuk ke dalam kereta... kalau tidak nyawa kau akan melayang...", perintah lelaki tersebut dengan garang sekali. mahu tidak mahu nuar terpaksa mengikut arahan lelaki itu. dia melangkah masuk ke dalam kereta tersebut dengan di iringi oleh lelaki jahat itu. Dengan sepantas kilat kereta tersebut meluncur laju meninggalkan tempat itu.

*** *** ***

perlahan lahan daniel membuka matanya. dia lihat dirinya berada di dalam sebuah bilik yang agak kelam dan kotor. "di mana ni?...", soalnya hati kecilnya. daniel meraba raba belakang tengkuknya yang terasa sakit itu sambil berfikir. setelah berfikir seketika barulah dia teringat yang tengkuknya di pukul orang sebentar tadi lalu dia jatuh pengsan. Selepas itu dia tidak tahu apa yang telah terjadi. "Hm... mungkin ini rumah pembunuh itu tak?", persoalan itu mula bermain di benaknya. "walau apa pun yang terjadi, aku mesti cari jalan keluar dari sini...", bisik hati kecilnya.

perlahan lahan dia bangun dari tempat pembaringannya tapi dia tidak dapat melangkah sebab ada rantai yang mengikat kaki dan tangannya sehinggakan dia tidak dapat bergerak dengan bebas. dia memegang rantai yang mengikat kakinya itu lalu berusaha untuk membukanya tapi dia gagal berbuat demikian.rantai besi itu di katup dengan menggunakan mangga berkunci. jadi susah untuknya membuka ikatan rantai di kakinya itu.

"hiisshh... kaki dan tanganku di ikat dengan rantai besi lah pula...", gerutu hati kecilnya. tiba tiba pintu bilik itu di buka orang dari luar. Kelihatan seorang lelaki berpakaian serba hitam dan brtopeng sedang berdiri di ambang pintu bilik tersebut. "Oh... kau dah sedar, eh?... ingatkan tadi kau dah k.o dah... hehehehe... amacam? Seronok tak rasanya di ikat dengan rantai besi tu?...", soal lelaki itu sambil ketawa. "hei!... kau siapa, hah?!... berani beraninya kau ikat kaki dan tanganku dengan rantai besi ni... lepaskan akulah, bangsat!...", tengking daniel dengan marah. "aiyoyo... amma appa... garangnya kau ni... hampir copot jantung ku apabila mendengar suara kau yang garang tu... hehehehehe... hei!... bodoh!... akulah pembunuh siti razkiah yang kau cari cari selama ini... sekarang kau dah bertemu dengan aku bukan?... jadi tak perlulah kau dan kawan kawan kau yang lain tu buat siasatan bodoh tu lagi sebab aku sendiri yang akan menamatkan siasatan korang yang tak guna tu...", kata lelaki itu dengan garang sekali. "eh... bangsat... lepaskan akulah...", marah daniel.

"apa?... kau nak aku lepaskan kau begitu saja? jangan haraplah bodoh... aku takkan lepaskan kau dengan semudah itu...", kata lelaki tersebut dengan garang sekali. "jadi, apa yang kau nak, hah?...", soal daniel dengan marah. "aku nak kau suruh pihak polis hentikan siasatan tentang kes pembunuhan siti razkiah tu. jika tidak korang akan ku bunuh satu persatu...", jawap lelaki tersebut dengan nada suara yang serius sekali. "Oh... tolong jangan libatkan kawan kawan aku dalam perkara ini. mereka semua orang yang baik baik... kau tak perlu membunuh mereka. mereka tak bersalah dalam perkara ini... aku yang bersalah sebab aku yang mengajak mereka menyiasat kes kematian siti razkiah tu...", rayu daniel. "maaf, rayuan kau di tolak. kawan kawan kau sama saja dengan kau. konon kononnya nak jadi penyiasat... puiii!... penyiasat tahi kucing adalah... untuk pengetahuan kau, semua kawan kawan kau sudah pun di tangkap, termasuklah 2 orang kawan kau yang tarik diri dari siasatan bodoh korang tu. Sebentar lagi kawan kawan kau yang lain tu akan di hantar ke sini... you just wait and see... hahaha...", kata lelaki itu sambil ketawa terbahak bahak.

"celaka kau bangsat!!...", jerit daniel dengan marah sekali. lelaki tersebut tidak menghiraukan jeritannya. tiba tiba lelaki tersebut mendorong masuk 5 orang manusia ke dalam bilik tersebut. "Eh.... korang pun di tangkap?", daniel bersuara dalam nada suara yang terkejut. dia terkejut sebaik saja mereka berada di situ. tangan kedua duanya terikat rapi dengan rantai besi. kesedihan dan kebimbangan jelas terbayang di wajah mereka. "ya... kami di tangkap oleh mereka sebentar tadi... sekarang kita hanya menunggu ajal tiba...", mohd zul bersuara sambil duduk di sebelah daniel. manakala aina menangis. asmira pula berusaha memujuk gadis tersebut agar berhenti menangis. Manakala iskandar dan nuar hanya diam membisu. Mereka tidak tahu nak cakap apa lagi....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro