Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2053 - Epilog

31 Ogos 2053

Hai dan Assalamualaikum. Tidak seperti biasa, it's not Ariff Mazlan but Ikmal Hakimi. Aku di sini untuk menyiapkan bahagian terakhir di dalam novel ini. I'm not a professional seperti Ariff dan Cik Mimpi jadi aku minta maaf awal-awal kalau cara aku menulis agak membosankan, aku sedang cuba yang terbaik.

Lima tahun telah berlalu, inilah masanya untuk aku menulis penutup bagi buku yang sudah kehilangan penulisnya. Pada tahun ini, buku ini akan diserahkan kepada bakal-bakal pembaca.

Hari ini merupakan hari yang sungguh bersejarah. Pada hari ini kita menyambut hari Kemerdekaan, hari Kejayaan Membanteras penyakit Wormzom secara keseluruhan dan hari kematian seorang pejuang yang telah banyak berjasa kepada negara.

Pesanan yang telah Ariff titipkan kepada aku adalah untuk menulis epilog berdasarkan keadaan hidup Malaysia dan di luar negara selepas lima tahun berlalu. Ariff ingin bercerita mengenai sesuatu yang mungkin generasinya dan generasi-generasi seterusnya tahu dan mungkin juga tidak tahu.

Aku dan rakan-rakan Ariff sering menziarahi kubur Ariff. Namun begitu, rakan-rakan Ariff bukan berlima, hanya bertiga sahaja.

Ya, mereka ialah Shahrul Azim, Nor Azam dan Amirah.

Seperti yang kita telah sedia maklum, Zafira Qierra iaitu tunang aku dan Aliya Zara merangkap cinta hati Ariff juga telah meninggal dunia. Mereka berdua telah meninggal dunia kerana cuba berjuang dan menyelamatkan Ariff dan aku. Kadangkala, hati ini berasa sakit. Sakit kerana seorang perempuan yang lemah cuba membahayakan nyawanya hanya untuk menyelamatkan orang yang disayangi. Kedua-dua gadis ini meletakkan harapan yang tinggi terhadap kami berdua, harapan untuk kami mencipta semula vaksin yang telah dihapuskan.

Pilihan mereka tidak salah sama sekali. Berbekalkan peluang yang masih ada, aku dah Ariff berjaya mencipta vaksin untuk semua rakyat Malaysia. Tidak aku sangka, hidup Ariff juga tidak lama. Walaupun hidupnya juga tidak lama, usaha dan pengorbanan yang telah Zafira dan Aliya berikan tidak sia-sia kerana Ariff mampu hidup selama setahun lebih lagi dan berusaha mencipta vaksin.

Sampai di sini coretan aku.

Yang benar,

Ikmal Hakimi.

•••

"Ikmal Hakimi ke tu?" seseorang yang berwajah agak berusia menegur aku yang sedang ralit menulis beberapa draf epilog.

Aku sebenarnya tidak mahir dalam hal-hal menulis jadi aku cuba curahkan idea dalam draf yang berbeza untuk memilih satu yang terbaik di antara kesemuanya.

Dahi aku berkerut seribu, siapa perempuan tua ini? Aku kenal dia ke? Dia tidaklah tua sangat tetapi jelas kelihatan wajahnya mengalami sedikit penuaan. Wajahnya seperti aku pernah lihat sebelum ini.

"Makcik ni siapa?" tanya aku.

"Saya sudah agak yang kamu tidak akan mengenali saya, hahaha!" Makcik itu tergelak kecil.

"Saya Shazwani. Idola arwah kawan kamu, si Ariff."

Membulat mata aku. Eh? Lah, patutlah macam pernah nampak sahaja wajahnya! Penulis bergelar Cik Mimpi ini sungguh terkenal, kadang-kadang orang yang tidak minat membaca pun boleh mengenali dia.

"Eh, Cik Mimpi ke? Maaflah, saya tak cam pula tadi."

"Tak mengapa, saya pun sudah tua. Tidak peliklah sekiranya kamu tidak mengenali saya. Rasa awkward pula guna kata ganti nama saya dan kamu, haha. Makin tua sifat saya berubah, cara saya bercakap, cara saya membahasakan diri saya kepada orang berubah. Terasa janggal tapi takpelah."

"Orang dah tua memang begitu ke?" tanya aku, dengan rasa ingin tahu.

"Saya tak pastilah pula. Mungkin hal ini berlaku kepada saya sahaja atau mungkin kepada beberapa orang sahaja. Kita tidak tahu bukan? Jawapannya adalah apabila kita sendiri merasai hari tua kita. Saya sendiri pun tak tahu mahu cakap macam mana. Agak kompleks."

Kami berdua berbual-bual tentang pelbagai perkara salah satunya berkaitan dengan Ariff. Kemudiannya kami berbual mengenai perubahan yang wujud di negara Malaysia ini.

Banyak perubahan yang telah berlaku, baik dari segi teknologi mahupun dari segi pekerja-pekerjanya. Kereta yang mampu untuk terbang juga sudah berjaya dicipta. Tercapai jugalah salah satu daripada Wawasan 2020 sebelum ini.

"Akhirnya, setelah 33 tahun menunggu kereta terbang yang dijanjikan oleh Wawasan 2020 sudahpun tercapai. Terima kasih atas sifat jahat Ariff, pekerja-pekerja mula mengenali erti intergriti. Setiap perkara ada keburukan dan kebaikannya dan inilah yang berlaku selepas beberapa hal yang luar biasa yang telah dilakukan oleh Ariff," Panjang lebar Cik Mimpi berkata-kata.

Ikmal pula hanya mengangguk dan terus mendengar kata-katanya.

"Ya, sekurang-kurangnya kerja gila Ariff itu mendatangkan kebaikan. Kerja gilanya itu tak sia-sia, at least. Tanpa dia, saya tak akan mempunyai pegangan agama yang kukuh seperti sekarang." Ikmal pula membuka mulut, membalas ayat Cik Mimpi.

Aku mempelawa Cik Mimpi untuk pergi menjenguk kubur Ariff, kubur ibu bapa Ariff, kubur Aliya dan kubur Zafira. Perempuan yang sudah berusia itu hanya menurut sahaja terhadap ajakan aku. Aku lihat Cik Mimpi masih bertenaga sama seperti ketika pertemuan kami di Jerman dahulu. Aku menyamai langkah kami lalu berkata-kata.

"Cik Mimpi, saya tengok Cik Mimpi nampak bertenaga sama seperti pertemuan kita di Jerman sebelum ini. Hebat betul!"

"Hahaha, lawaklah kamu ni. Manusia ini berbeza, ada yang muda-muda dah sakit ada yang dah tua baru nak sakit. Mak saya dahulu sentiasa sakit kaki. Padahal umurnya ketika itu belum cecah 40. Saya selalu lihat dia akan sapu minyak urut pada kakinya. Kalau ingatan saya masih kuat, saya sudah lihat dia sapu minyak pada kaki sejak saya berumur darjah satu lagi dan umurnya ketika itu baru sahaja 31 tahun."

Melopong mulut aku dibuatnya. Baru aku tahu! Perempuan tua ini pula hanya tersenyum dan tergelak kecil melihat reaksi aku. Dia memandang aku lalu bertanya, "Kamu pula? Sudah kahwin?"

"Eh, hehe sudah..." jawab aku, malu-malu kucing.

"Bila kahwin? Siapa orangnya?"

"Saya kahwin betul-betul lepas negara kita diumumkan telah bebas daripada penyakit Wormzom-30 sp ni. Nama dia Zahirah. Adik kepada Zafira."

"Oh... Semoga hidup kamu bahagia."

"Terima kasih! Oh ya, mana suami Cik Mimpi?" Aku bertanya kepadanya soalan yang aku mahu tanya sejak tadi tapi selalu sahaja terlupa.

Aku lihat perempuan itu terdiam sebentar lalu tersenyum kecil. Lambat-lambat dia menjawab soalan aku. Matanya juga terkelip-kelip seperti ada sesuatu yang tidak menyenangkan terbit di hatinya.

"Iwan... Iwan dah meninggal dunia. Dia dah meninggal dunia sejak 2 tahun lalu."

•••

Aku dan Cik Mimpi membaca Yassin di kubur milik Ariff. Kubur Aliya dan Zafira pula bersebelahan dengan kubur Ariff manakala kubur ibu bapa Ariff pula terletak di belakang kubur Ariff. Kami bukan membaca Yassin hanya untuk kenalan-kenalan kami yang telah meninggal dunia malah kami bacakan untuk semua yang telah meninggal dunia.

Setelah itu, kami melawat kubur Izwan merangkap suami Cik Mimpi. Selepas selesai urusan itu, aku mengajak Cik Mimpi untuk keluar dan meluangkan masa di tempat terbuka seperti restoran.

"Ajak saya ke tempat sebegini mesti ada sebab bukan? Apa sebabnya?" tanya Cik Mimpi.

Wah, dia boleh baca isi hati aku ke?

"Haah. Sebenarnya saya perlukan bantuan untuk menulis draf epilog bagi buku Pembunuh Dalam Selindung. Boleh tolong saya?"

"Boleh sahaja, saya rindu untuk menulis. Apakan daya diri ini sudah tua, umur sudah hampir mencecah 50 tahun."

Kami menghabiskan masa dengan berbual-bual mengenai penulisan kreatif. Perempuan itu juga membantu aku dalam menulis dengan lebih baik. Walaupun sudah tua, otaknya masih ligat berfikir dan mencipta perkataan yang sungguh indah dan tersusun.

Sekalung penghargaan dan terima kasih aku dedikasikan kepada arwah Cik Mimpi kerana selepas 5 bulan aku berusaha menyiapkan epilog buku ini, Cik Mimpi akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Perempuan itu telah meninggalkan tujuh orang anak, 4 orang daripadanya sudah capai peringkat dewasa dan remaja manakala selebihnya masih bersekolah rendah. Sebagai tanda menghargai bantuan perempuan itu, aku memilih untuk menjaga kesemua anak-anaknya.

Malaysia kini hidup dalam aman dan harmoni. Alat-alat semakin canggih, kanak-kanak kecil menguasai bahasa Inggeris dengan lebih cepat dan kemudahan 7G juga telah muncul. Syarikat animasi milik Cik Mimpi telah dikelolakan oleh salah seorang daripada anak sulung Cik Mimpi sendiri manakala syarikat penerbitan buku milik Cik Mimpi dipegang oleh anak buah Cik Mimpi.

Ini sahaja yang boleh aku kongsikan. Inilah pengakhiran kisah Ariff Mazlan.

Sekian,

Ikmal Hakimi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro