Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2048 - Gembira dan Sedih

Kegiatan Ariff, identiti Ariff, semuanya sudah diketahui oleh semua rakyat Malaysia. Ada yang menghina ada yang memaafkan. Aliya Zara sudah meninggal dunia akibat tidak mampu bertahan dengan penyakitnya dan juga kerana kegigihan Aliya cuba untuk menyelamatkan Ariff daripada dibunuh oleh musuhnya ketika di Jerman.

Ya, Aliya secara senyap-senyap menyertai misi menyelamat itu.

Aliya mengorbankan dirinya kerana dia dapat rasakan bahawa Ariff akan berjaya membendung pandemik ini. Ariff pula tidak lagi bersedih sebaliknya sentiasa mengingati kata-kata terakhir Aliya sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir.

"Jangan bersedih atas kematian aku, mana tahu Allah cuba membuatkan hati aku terdetik untuk menyelamatkan kau kerana engkaulah yang akan mencipta vaksin dan membendung pandemik ini. Sentiasa bersangka baiklah kepada Allah..."

Ariff menanam tekad di dalam hati ingin mencari vaksin bagi menebus segala dosanya terhadap ramai orang yang tidak bersalah. Kebenciannya terhadap kerajaan semakin lama semakin surut dan hilang ditiup angin.

Ariff meminta kebenaran untuk berucap di hadapan rakyat bagi pihak ahli-ahli misi menyelamat itu walaupun tahu bahawa dia akan dicaci dan dihina. Hanya mereka yang berada di dalam Kem Latihan Menyelamat sahaja tahu akan kisah sebenar Ariff. Sesetengah daripada mereka memahami dan memaafkan ada jugs segelintir yang berasa sakit hati dan sedikit membenci.

Ariff dengan tenang memegang mikrofon lalu berucap.

"Demi negara dan masa depan, kami tetap teguh berjuang walau nyawa menjadi taruhan. Berdirinya saya di sini adalah untuk..."

•••

"Assalamualaikum kepada semua. Aih berhentilah meraung dan bersedih. Relax la geng, aku ni cuma ikan je," aku bermadah sambil membuat jenaka.

Ye, aku tahu hambar. Ala, apa je yang aku boleh cakap untuk hilangkan dilema mereka? Hambar pun hambar la. Setelah diam buat seketika, aku menyambung ucapan aku.

"Nama diberi, Ahmad Ariff Hakimi Bin Mohd Mazlan. Umur 28 tahun, status single tetapi unavailable sebab ajal bakal menjemput sebentar lagi. Okay, okay tak buat lawak macam tu lagi hehe... Pekerjaan saya ialah seorang novelis yang berselindung di sebalik nama pena AM the writer. Juga merupakan seorang pelajar universiti yang tak habis belajar akibat pandemik Wormzom-30 sp. dan juga seorang hacker yang menggunakan nama Dark Suspicious atau Dark's."

"Ada beberapa perkara yang ingin saya katakan. Satu, berkenaan ibu bapa saya..."

Aku bercerita tentang segala-galanya. Tidak ingin aku nyatakan di sini. Rahsia. Bacalah bab seterusnya jika kamu mahu tahu.

"Kedua, mengenai buku terakhir nukilan saya. Buku itu bertajuk..."

Aku berhenti sebentar untuk meneguk air. Dahaga pula banyak bercakap. Tak sangka, banyak yang aku ingin ucapkan. Aku fikir aku mahu berkata-kata tentang tiga benda sahaja.

"Pembunuh Dalam Selindung."

"Epilog itu merupakan keadaan Malaysia 3 tahun dan 5 tahun akan datang. Sebab itulah, Ikmal yang akan tulis. Bagaimana aku nak tulis kalau aku akan mati pada hari ini bukan? Hahaha!"

Eh, hambar. Maaf, maaf! Selepas aku habis berucap, terdapat sedikit makan-makan bersama-sama rakyat yang hadir.

Selepas selesai makan, aku bergerak ke arah sebuah menunggu yang berada kira-kira 100 meter daripada tempat untuk hukuman gantung sampai mati yang berada di sudut Dataran Merdeka. Agak jauh daripada rakyat yang sedang berkumpul di dataran itu.

Sebelum aku masuk ke tempat berbentuk segi empat tepat menegak itu, baginda memberi satu ucapan terakhir kepada aku dan seluruh rakyatnya.

"Wahai Ariff, kamu sudah banyak berjasa kepada negara ini. Kamu juga masih muda malah sangat berkemahiran! Masih ada masa untuk bertukar fikiran. Beta sudah mengampunkan kamu dengan budi bicara beta sendiri. Fikir-fikirkanlah semula," ucapnya, jelas ingin memujuk aku.

"Terima kasih atas nasihat Tuanku, tetapi patik tetap dengan pendirian diri ini. Hukuman ini bukan atas sebab saja-saja, patik ingin sekali menebus kesalahan patik dan jugak kesalahan ibu bapa patik. Patik mohon ampun kepada Tuanku, patik mohon untuk Tuanku hormati keputusan patik. Tidak mengapalah, biarlah patik tebus dosa-dosa patik di dunia ini daripada menanggung di akhirat kelak."

•••

"Asy... Hadu... Allah..."

"Illaha... Illalah..."

"Waasyhadu... Anna..."

"Muhammadar..."

"Rasulul..."

"Lah..."

"Ahmad Ariff Hakimi Bin Mohd Mazlan, meninggal dunia pada 31 Ogos 2048, hari Jumaat, jam 1050."

Tangisan mula membanjiri Dataran Merdeka. Tidak terkecuali juga Ikmal Hakimi. Jejaka itu berharap agar segala-galanya berjalan sama seperti apa yang telah Ariff nukilkan di sini.

Ada dua perasaan yang sedang bercampur-baur. Gembira dan juga sedih. Gembira akan kejayaan dalam membendung pandemik dan sedih dengan kematian seseorang yang telah berjasa kepada mereka. Betullah kata orang, setiap situasi yang berlaku walaupun pada masa yang sama, pasti ada sedih dan gembira yang silih berganti.

Ikmal membuka draf bab terakhir dan Epilog. Inilah tugasnya.

Seperti yang telah dipertanggungjawabkan oleh Ariff kepadanya, Ikmal merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menyambung sedikit di bahagian Prolog dan sedikit lagi di bahagian Epilog dan beberapa perubahan supaya novel menjadi lebih menarik.

•••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro