Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2046 - Misi Menyelamat di Jerman

Ariff dan Ikmal mula menjadi rapat semula. Identiti Ariff masih dirahsiakan dan Ariff sudah berhenti melakukan kerja-kerja gilanya itu. Ikmal pula berjanji untuk tidak membuka rahsianya itu.

Kini, sudah dua tahun mereka berperang dengan pandemik Wormzom-30 sp yang juga merupakan penyakit yang membunuh dalam selindung. Alhamdulillah, dengan izin Allah jugalah Malaysia tidak seteruk negara-negara luar. Walaupun Malaysia sangat hampir dengan negara paling teruk dan negara pertama munculnya virus ini iaitu Singapura, berkat panggilan kerajaan untuk menyertai Kem Latihan Menyelamat menyebabkan lebih daripada separuh rakyat Malaysia telah bersedia bagi menghadapi gelombang pandemik ini.

Setakat ini, Malaysia hanya mempunyai jumlah kes sebanyak 50 kes sehari, merupakan jumlah paling sedikit berbanding Singapura yang mencatat kes tertinggi iaitu 5000 dalam sehari. Malaysia juga berjaya mengurangkan jumlah kematian rakyat akibat diserang oleh pesakit yang dijangkiti virus Wormzom-30 sp ini. Sebanyak 5000 pesakit Wormzom-30 sp berjaya untuk terus hidup walaupun dikurung di dalam sebuah pusat isolasi yang sangat ketat kawalannya.

Perdana Menteri Malaysia tidak sanggup untuk mengambil langkah membunuh pesakit-pesakit Wormzom-30 sp ini semata-mata untuk membendung pandemik ini. Lagipun, dengan membunuh pesakit-pesakit ini tidak menjamin yang Malaysia akan bebas daripada penyakit ini.

Walaupun dengan cara mengorbankan nyawa pesakit-pesakit ini mampu mengurangkan hanya 1 hingga 2 peratus risiko penyakit ini, Perdana Menteri dan Yang Di-pertuan Agong masih berkeras untuk tidak melakukannya melainkan sekiranya pesakit itu tidak mampu bertahan lagi.

Rakyat Malaysia juga dididik untuk tidak memperkecilkan perjuangan pesakit-pesakit ini. Mereka juga diberi kebenaran untuk mengunjungi pesakit-pesakit yang masih berada dalam tahap selamat dan bercakap-cakap dengan mereka.

•••

"Apahal kau senyum sorang-sorang?" Satu suara menyapa seorang lelaki yang tersenyum sendiri.

"Tak ada apa-apa. Cums gembira, betapa bagusnya rakyat kita. Tak memperkecilkan pesakit-pesakit yang masih bertahan. Siap boleh bercakap, bermain dan sebagainya."

"Cakap pasal pesakit-pesakit tu, kau dah jumpa dengan Aliya?" Tanya orang itu lagi.

Aliya Zara merupakan salah seorang daripada pesakit-pesakit yang menghidap Wormzom-30 sp. Menangis juga Ariff dan rakan-rakan lain apabila mengetahui hal itu.

"Aku dah jumpa dia beberapa sebelum kita berangkat ke Jerman untuk melakukan misi menyelamat ni. Macam mana dengan Fira kau tu, Ikmal?"

Ikmal tergelak kuat. Tangannya naik memicit dahi, Ariff sengaja ingin mengenakannya. Ariff tahu tentang Fira tetapi Ariff sengaja bertanya semula kepada Ikmal dengan niat ingin bergurau.

Zafira menyertai Misi Menyelamat di Jerman bersama-sama Ariff dan Ikmal kerana terlampau risau terhadap kedua-dua lelaki itu. Kedua-duanya merupakan orang yang sangat penting dalam hidupnya. Ariff merupakan rakannya sejak dahulu lagi manakala Ikmal merupakan tunangnya. Mereka tidak sempat untuk berkahwin akibat pandemik ini.

Buk!

"Ah, sakit hoi! Kau ni perempuan tulen ke jantan, Fira?" Ariff mengaduh kesakitan apabila sebuah buku melayang ke belakang badan Ariff.

Zafira pula hanya tergelak melihat Ariff mencebik lalu membebel-bebel seperti seorang perempuan. Ikmal juga tidak terkecuali untuk tergelak melihat kelakuan Ariff.

"Aku dah kata, jangan baling buku. Buku tu ilmu. Sudahlah kau baling buku kesayangan aku, penulis kesayangan aku kot. Buku Goodbye Tomboy Girl adalah yang terbaik di antara yang terbaik."

"Sudah-sudahlah la membebel tu, Ariff. Ni aku nak tunjuk sesuatu ni," kata Zafira.

"Apa bendanya? Siapa orang di belakang kau tu? Dia ada kaitan dengan misi menyelamat kita ke?"

"Dia ni idola kau."

"Hah? Kejap, apa?"

•••

Ikmal dan Zafira hanya tersengih lucu melihat Ariff yang rancak berbual dengan idolanya iaitu Cik Mimpi. Cik Mimpi pada ketika ini umurnya sudah mencecah 42 tahun. Sebenarnya, Cik Mimpi telah menetap di Jerman sejak tahun 2043. Perancangan asalnya adalah untuk bercuti tetapi kewujudan pandemik ini menyebabkan Cik Mimpi tidak dapat pulang ke Malaysia sebaliknya terus tinggal di kawasan zon selamat di Jerman.

"Wani, siapa tu?" Seorang lelaki yang wajahnya bersih tanpa misai dan janggut bertanya kepada Cik Mimpi.

"Oh, Iwan! Ni budak ni, ingat tak? Kita pernah jumpa di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kat PWTC pada tahun 2027 iaitu ketika Cik Mimpi berumur 23 tahun.

"Oh, budak darjah satu yang nama Ariff tu kan? Wah, besar panjang dah kau ni."

"Hehe, hai uncle."

"Eh Arif, jangan panggil dia uncle!" Cik Mimpi bersuara tegas.

"Habis, nak panggil apa?"

"Panggil je datuk, hahaha!"

Terburai tawa Ariff, Zafira, Ikmal dan Cik Mimpi. Izwan hanya memaparkan reaksi dingin. Izwan mengangkat kaki untuk pergi meninggalkan Cik Mimpi lalu berkata, "Tinggal."

"Eh, eh! Kejap la! Sorry ya, Ariff? Ada rezeki kita bertemu lagi, semoga kamu semua dijauhi daripada penyakit dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Bye, Assalamualaikum!" Cik Mimpi menitipkan pesan lalu berlari-lari anak mengejar Ariff yang semakin menjauh.

•••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro