2044 - Alatan Untuk Digunakan
1 April 2044
Hai dan assalamualaikum, Ariff Mazlan berada di sini untuk menulis diari kehidupan. Setiap kali aku menulis diari, aku akan buat satu lagi copy pada buku lagi satu dengan hasil tulisan yang lebih baku. Apa sebabnya? Aku merupakan seorang novelis muda dan aku mahu menerbitkan sedikit coretan kisah benar hidup aku untuk dijadikan sebagai buku. Aku terfikir, apa yang akan terjadi pada tahun hadapan, dua tahun akan datang dan seterusnya?
Geng, dah genap setahun aku berkenalan dengan Ikmal. Hari ini merupakan hari yang memalukan. Pada hari ini iaitu hari pertemuan aku dengan Ikmal merupakan hari paling teruk dalam sejarah hidup aku.
Pada hari inilah hilangnya kesucian pada bibir aku. Disebabkan oleh Ikmal! Ikmal tak guna!
Aku nak cerita sedikit, pasal Farhan. Ala, polis yang aku benci sangat tu. Ingat tak?
Dengan bantuan ilmu Ikmal sebagai seorang detektif muda, aku berjaya lingkupkan kegiatan Farhan dan masukkan lelaki itu ke dalam penjara! Oh, I'm really happy!
Ikmal pula langsung tidak mengesyaki apa-apa. Aku pun apalagi? Cover la pakai nama dia. Insyaallah tak kantoi. Well, Ikmal ni agak mudah untuk digunakan sebagai alat yang bermanfaat kepada aku.
Apa? Rasa sakit hati?
Kita, manusia ini tidak jauh berbeza daripada robot dan mesin. Kita bermanfaat kepada orang yang menggunakan kita atau istilah yang lebih lembut berkawan dengan kita. Bezanya, mesin tidak mempunyai hati, perasan dan akal.
Kita ada semua itu.
Jadi tiada masalah sekiranya aku mahu kata aku telah mempergunakan Ikmal. Maksudnya aku telah menggunakannya untuk memberi manfaat terhadap diri aku sendiri. Berguna juga, bukan?
Tak faham?
Bacalah balik sampai faham.
Malas aku nak terangkan.
Itu sahaja coretan aku pada hari ini. Bab kali ini mungkin lebih pendek daripada biasa, maafkan aku ya? Aku harap kamu semua suka.
Yang benar,
Ariff Mazlan.
•••
"Assalamualaikum, flower boy!" Ikmal menyapa Ariff sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah itu.
"Duduk luar."
"Eh, eh! Sorry bro, hehehe!"
Ikmal masuk lalu menutup pintu rumah itu. Ikmal bukan lagi seperti tahun yang lalu, Ikmal tidak lagi minum arak, berfoya-foya dan mengamalkan pergaulan di luar batasan. Satu informasi yang menarik, Ikmal dalam perjalanan untuk bertunang dengan Zafira.
Sungguh indah dan teratur perjalanan takdir yang telah Allah aturkan kepada mereka, pertemuan Ariff dengan Ikmal merupakan tanda bahawa jodoh Zafira makin menghampiri.
Setelah menyedari bahawa Ikmal menyukai Zafira, Ariff sendirilah yang mengawasi setiap tindak-tanduk Ikmal. Perlahan-lahan, Ikmal berubah dan menjadi lelaki yang soleh dari semasa ke semasa. Ariff sendiri telah memberi amaran kepadanya untuk tidak mengecewakan Zafira merangkap rakan lama Ariff. Ariff juga tidak pernah lupa untuk mengingatkan Ikmal supaya berubah dengan niat kepada Allah bukannya kerana ingin kahwin.
Ariff semakin suka dengan ideanya untuk menulis kisah hidupnya berdasarkan diari. Kisah ini semakin lama semakin menyeronokkan! Semakin banyak lakaran yang berwarna-warni yang akan menghiasi bahagian-bahagian kosong di perjalanan hidup mereka.
Ariff masih meneruskan misinya. Ariff cuba untuk melingkupkan orang-orang kerajaan yang bersifat buruk dan tidak jujur dalam kerja mereka. Ariff juga sering menggunakan nama Ikmal sebagai cover.
"Weyh, Ariff. Kau join ke panggilan negara tu?"
"Join. Kau?"
"Samalah. Aku risau dengan berita pasal penyakit tu. Perdana Menteri sendiri jangka yang penyakit tu akan sampai ke sini pada bulan Disember."
"Kahwin cepat-cepat do. Aku rasa tak sedap hati pun ada."
"Eh, kau... Husnuzon jelah."
"Yelah, aku lupa pula. Dah tu makanan atas meja. Pergilah makan."
Ikmal bergerak ke arah meja makan lalu menikmati segala makanan yang disediakan oleh Ariff. Dengan mulut yang penuh, Ikmal bercakap.
"Weyh, aku nok tonyo ni. Nyum, nyum. Ko odo..."
"Kunyah dulu, bengap."
Ikmal tersengih lalu mengunyah sehingga hancur lalu menelannya. Selepas itu, Ikmal kembali bercakap selepas disuruh oleh Ariff.
"Kau ada sorok apa-apa daripada aku ke?"
"Rasanya takde? Kenapa tanya?"
"Takdelah, ramai orang politik dan perundangan yang menyeleweng negara berjaya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Bila ditanya, diorang kata aku yang buat. Tapi aku tak tahu apa-apa! Paling merunsingkan, orang yang dipenjarakan ni walaupun menyeleweng, dialah orang penting dalam hal-hal ini. Tiada orang lain yang sehebat mereka! Aku risau!"
Ariff terdiam. Dia tahu siapa dalangnya. Jejaka itu sedar siapa puncanya. Saat itu, lelaki itu telah sedar bahawa dia telah melakukan kesalahan yang besar.
"Aku dah menggunakan kawan sendiri!" fikir Ariff dalam diam.
"Tak kau tak salah. Manusia bermanfaat antara satu sama lain! Ikmal tu bermanfaat kepada aku sebab tu aku gunakan dia! Allah ciptakan manusia ramai-ramai sebab kita akan memerlukan bantuan antara satu sama lain!" Satu suara menyampuk.
"Tapi salah tetap salah!" Seseorang yang lain pula menjawab.
Hati Ariff sedang berbicara dan berdebat menimbulkan rasa dilema dan serba salah. Ariff diam untuk beberapa ketika menyebabkan Ikmal berasa hairan.
"Bro? Kau okay tak?" tanya Ikmal.
"Ah? Takde apa-apa cuma rasa dilema, kerja itu sahaja."
"Oh..."
"Apa yang kau cuba rahsiakan daripada aku, Ariff?" Ikmal bertanya di dalam hati.
•••
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro