Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2043 - Rahsia Terpendam

21 Mac 2043

Ya, aku tukar nama bab. Sepatutnya, aku bercerita mengenai rahsia aku dan diselitkan dengan pergaduhan tetapi pergaduhan lebih berleluasa di bab sebelum ini jadi aku pun tukarlah plot sedikit. Tak tukar apa sangat pun, cuma tukar susunan timeline sahaja.

Hari ini aku malas nak salin semula ayat pengenalan aku seperti di bab-bab sebelum ini.

Takde apa-apa dah nak dikatakan. Enjoy!

Yang benar,

Ariff Mazlan.

•••

Pukul 10:00 Malam.

Aku melihat ke arah skrin komputer riba aku. Bibir aku mengukir senyuman sinis melihat sebuah e-mel mengandungi request yang menarik perhatian aku.

Kalau kau lupa, aku merupakan seorang hacker dengan gelaran Dark Suspicious. Pada malam hari, aku akan menghabiskan masa terluang untuk melihat request daripada klien aku. Kalau request mudah, aku siapkan malam itu juga. Kalau agak sukar, aku akan ambil masa dua atau tiga hari. Kalau aku tiada masa terluang, aku akan siapkan pada malam minggu.

Hari ini tidak ramai yang datang request kepada aku seperti hari-hari lain. Hari ini, cuma ada satu. Daripada seseorang yang cukup aku benci. Dialah punca keluarga aku musnah.

Inilah rahsia yang aku pendamkan selama ini.

Nama? Mohamad Farhan Bin Haji Abdul Malik. Umur? 35 tahun. Pekerjaan? Polis, pangkat Superintendan.

Kenapa aku benci dia?

Dia, seorang anggota polis yang sombong dan gila kuasa. Dia punca hidup aku hancur. Aku bernasib baik kerana mama dan ayah ambil aku sebagai anak angkat. Kalau tidak, memang jadi pengemis la jawabnya.

Apa yang dia buat pada keluarga aku?

Ada suatu hari, dia dan rakan-rakan polisnya sedang mengejar sekumpulan perompak. Si Farhan ini telah membawa kereta dengan laju di satu lorong yang tidak sepatutnya dilalui oleh kereta lalu melanggar ayah aku.

Aku faham kalau dia langgar lari tapi yang memeranjatkan aku ialah apabila dia membelasah ayah aku tanpa belas kasihan lalu menarik ayahku masuk ke dalam keretanya.

I mean like... What? Aku nampak apa yang berlaku sebab lorong itu berdepan dengan tingkap bilik aku. Jadi aku intai melalui tingkap. Aku beritahu ibu aku, telefon polis dan yeah ayah aku tidak dapat dikesan. Polis tutup kes ini disebabkan si Farhan tu mendesak sangat. Semua orang rasa curiga dengan dia tapi pangkat dia besar jadi yelah, faham kan? Berkuasa.

Selepas kes kehilangan ayah aku ditutup, ibu aku menghilangkan diri secara tiba-tiba. Aku dah cuba lapor kepada polis tapi ada sahaja halangannya.

Aku pada masa itu baru sahaja berumur 14 tahun mula tekad untuk belajar tentang hacking. Sebelum ini aku cuma belajar pasal coding sahaja, aku tak berminat untuk menggodam. Ia seperti menceroboh privasi orang. Aku belajar hacking dan aku dapat identiti Farhan.

Rupa-rupanya ayah aku sudah lama terperangkap dalam permainan Farhan. Begitu juga ibu aku. Farhan merupakan seseorang yang mengetuai kumpulan mafia dan menguruskan hal berkaitan dadah. Ibu dan ayah aku pula merupakan kuli batak Farhan kerana mereka pernah berkawan dan pernah membuat pinjaman duit.

Tak sangka, orang kerajaan yang selama ini dipandang tinggi oleh rakyat merupakan pembelot! Penyeleweng!

Aku mula menceroboh privasi pelbagai orang yang bekerja dengan kerajaan, daripada seseorang yang bekerja sebagai seorang guru sehinggalah kepada orang yang bekerja dalam bidang kehakiman dan perundangan negara. Hampir 80% daripada mereka merupakan penyeleweng!

Sejak dari itu, aku mula mencari jalan untuk menghancurkan para penyeleweng itu. Aku benci, aku berdendam. Selagi mereka tidak mati, selagi itu aku akan berusaha mencari jalan. Negara ini tidak memerlukan orang seperti mereka!

Balik kepada kerja aku. Mahu atau tidak mahu, aku perlu bersifat profesional dalam kerja. Farhan tidak guna itu sudah memberi aku kerja, jadi aku perlu terima.

Tapi aku mahu buat sesuatu yang agak ekstrem. Hehe, apa kata kita ubah bayarannya sedikit? Kalau tak dapat bayar, serah pada polis.

Jarang aku masukkan polis dalam hal seperti ini. Biasanya aku akan buat sekiranya aku sedang deal dengan orang yang benar-benar membawa mudarat kepada ramai orang. Contohnya, kes dadah dan pergaduhan antara kumpulan-kumpulan mafia.

Nak tahu apa yang Farhan request?

Dia nak aku hack sistem Balai Polis Bukit Aman, geng! Aku sengaja nak korek rahsia lagi, jadi aku cakaplah kenapa?

Apa dia jawab? Dia marah wey, hahaha! Aku pun buat sahajalah kerja aku. Dah siap, aku e-mel kepada Farhan cakap kerja aku dah siap. Dia kata, dia ada request lagi tapi dia akan beritahu pada masa yang lain pula.

Aku? Hahaha, otak tengah merangka strategi untuk menghancurkan musuh aku! Biarlah dia tidak tahu bahawa akulah orang yang berdendam dengannya. Lagi mudah untuk aku siapkan kerja aku!

•••

Ariff bangun daripada kerusi lalu menuju ke arah pintu. Komputer riba tidak lupa untuk ditutup. Ariff keluar dari bilik itu lalu menguncinya. Riak gembira muncul di wajahnya. Mana tak gembira, tak lama lagi musuhnya akan tumpas! Hahaha!

Ariff menuju ke ruang tamu lalu membuka televisyen. Lelaki itu menekan-nekan punat pada alat kawalan jauh untuk mencari saluran yang memaparkan tv show yang menarik.

Disebabkan Ariff menukar saluran dengan kelajuan Sonic, suara yang keluar dari televisyen terasa lawak dan sangat merepek.

"Ya, Syafiq telah menendang bola ke arah..."

"Kuali yang amat tahan lasak dan telah diuji dengan..."

"Khabar angin mengenai virus bakal muncul dan menyerang...'

"Perompak bersiri itu..."

"Lalu ditanduk masuk ke dalam gol!"

Itulah antara kejadian yang telah berlaku akibat daripada kelakuan Ariff. Merepek bukan? Lawak? Rasanya tidak.

"Takde cerita best pun..." Ariff merungut perlahan.

Akhirnya Ariff menjumpai cerita yang menarik. Saluran 119 iaitu TV9 telah memaparkan rancangan televisyen bertajuk Running Man. Wah, seronok tu! Lagi-lagi kalau tengok babak-babak Kwang Soo yang selalu dibuli! Mahu rasa lucu dan kasihan yang bersilih ganti muncul di dalam hati ini!

Ariff mula menonton televisyen untuk menghilangkan tekanan. Sesekali kita berhibur apa salahnya bukan? Lagipun Ariff ingin mengubat jiwa yang lara kerana teringat akan kisah silamnya.

Cakap pasal kisah silam, mesti ada yang tertanya-tanya, adakah kelima-lima rakan Ariff iaitu Zafira, Shahrul, Azam, Aliya dan Amirah tahu akan kisah pahit Ariff?

Sudah tentu ya!

Merekalah tempat Ariff bergantung. Ariff bertukar-tukar tempat tinggal ketika itu. Seminggu pertama tinggal di rumah Shahrul, minggu kedua pula di rumah Azam dan seterusnya. Rumah Aliya sahaja yang Ariff tidak pernah tinggal kerana Aliya merupakan anak tunggal. Tidak manis sekiranya tinggal sebumbung begitu.

Ariff bergilir-gilir tinggal di rumah mereka selama 5 bulan kerana ada keluarga yang ingin menjaga Ariff. Keluarga itu merupakan keluarga angkat Ariff yang telah menjaga Ariff dan disebabkan merekalah Ariff berjaya menyambung pelajarannya sehingga ke peringkat Sarjana Muda!

Ariff tergelak kuat melihat adegan lucu yang terpapar pada rancangan televisyen Running Man itu. Tanpa sedar, Ariff tertidur di sofa tempat dia duduk.

•••

Keesokan harinya...

Ting, tong! Ting, tong!

Ariff terganggu dengan bunyi loceng rumahnya yang berbunyi lebih 10 kali. Pada mulanya, Ariff tidak mempedulikannya kerana dia sangka itu cumalah prank yang dilakukan oleh anak-anak jiran yang masih kecil.

"Sapa ni? Kacau betullah!"

"Sayang, ni abang Ikmal la! Bukalah pintu!"

Ariff membuat muka toya. Ariff membuat spekulasi bahawa terdapat seseorang sudah tersilap alamat rumah. Cara cakap pun tak betul, mabuk agaknya.

Ariff membuka pintu lalu menjerit lantang, "Hoi, siapa sayang kau! Salah rumah hoi!"

Ariff sudah tidak peduli sekiranya dia akan dimarahi oleh jiran-jirannya. Emosi Ariff sangat terganggu sekiranya tidurnya diganggu!

"Sayang, kenapa lama sangat nak buka pintu. Penat abang Ikmal tunggu!"

"Siapa sayang kau tak guna... Kau salah oranglah! Kau mabuk eh?"

"Sayang, kenapa kurang ajar sangat ni? Meh sini kita ajar sayang kita ni!"

"Woi, woi, woi!"

•••

A/n: hayok apa jadi? Harini kita double update yey! Kena speed up wey, tarikh akhir dah nak dekat tapi aku baru tulis 3 bab termasuk prolog huhuhu

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro