Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2043 - Pertemuan Yang Memalukan

1 April 2043

Hai dan assalamualaikum, Ariff Mazlan berada di sini untuk menulis diari kehidupan. Setiap kali aku menulis diari, aku akan buat satu lagi copy pada buku lagi satu dengan hasil tulisan yang lebih baku. Apa sebabnya? Aku merupakan seorang novelis muda dan aku mahu menerbitkan sedikit coretan kisah benar hidup aku untuk dijadikan sebagai buku. Aku terfikir, apa yang akan terjadi pada tahun hadapan, dua tahun akan datang dan seterusnya?

Aku nak sambung cerita pasal macam mana aku boleh kenal dan jumpa dengan Ikmal. Dan ia.... Sungguh memalukan.

Kalau boleh, dah lama aku bunuh itu manusia. Takde adat betul. Aku faham kalau dia salah alamat salah rumah, tapi dia pergi.... Ah, kau bacalah sendiri nanti.

Muka aku asyik panas sahaja tiap-tiap kali nak tulis bab kali ini. Malu sangat! Kau tak rasa do, kalau boleh nak bagi kau tukar badan dengan aku dan rasa apa yang aku rasa time perkenalan aku dengan Ikmal.

So, dalam bab ini sudah terang lagi bersuluh bahawa kita akan bercakap pasal Ikmal. Jadi mari kita kenali Ikmal. Aku dapat rasakan bahawa dia akan selalu muncul dalam kisah hidup aku pada masa akan datang. Jadi ingatlah akan kewujudan mereka.

Pasal aku bergaduh dengan Amirah dan Aliya tu aku akan selit sedikit di sini. Dah, itu sahaja rasanya.

Cau!

Yang benar,

Ariff Mazlan.

•••

Ariff hanya diam dan menundukkan kepalanya. Dirinya hanya mundar-mandir, tanda fikirannya serabut. Wajahnya merah padam, marah atau malu dia sendiri tidak pasti kerana kedua-dua perasaan itu bercampur-baur. Lelaki yang bernama Ikmal hanya mengusap tengkuknya kerana berasa segan dan bibirnya mengukir sengihan yang memaparkan perasaan yang resah dan bersalah.

"Aku faham kalau kau salah rumah tapi kenapa kau sampai panjat pagar aku? Siapa yang ajar kau buat macam tu!" Ariff bersuara lantang.

Bengang sungguh Ariff terhadap jejaka di hadapannya itu. Perangai serius tidak senonoh! Kalau bagi rider kick satu mesti best ni. Nasib anak orang!

Apa yang Ikmal telah lakukan sehingga Ariff marah sangat ni?

Kisahnya begini...

Ingat atau tidak yang Ariff terjaga daripada tidur akibat bunyi loceng rumahnya yang tidak berhenti-henti berdenting? Ikmal la puncanya.

Ingat tak situasi ketika Ariff membuka pintu lalu menjerit lantang, "Hoi, siapa sayang kau! Salah rumah hoi!"

Dari hadapan pintu pagar rumah sewa Ariff, Ikmal pula membalas, "Sayang, kenapa lama sangat nak buka pintu. Penat abang Ikmal tunggu!"

Ariff yang masih lagi mengantuk dan bersifat emosional kerana tidurnya terganggu membalas dengan kasar, "Siapa sayang kau tak guna... Kau salah oranglah! Kau mabuk eh?"

Ketika itu, Ikmal yang sedang sibuk menekan-nekan loceng terus berhenti lalu terus memanjat pagar rumah sewa Ariff itu. Ikmal menyangkakan bahawa Ariff itu merupakan teman wanitanya sedang bersifat kurang ajar terhadapnya jadi lelaki itu ingin 'mengajarnya'.

"Sayang, kenapa kurang ajar sangat ni? Meh sini kita ajar sayang kita ni!" Kata Ikmal dengan rasa bengang sambil memanjat pagar itu.

"Woi, woi, woi!" Ariff kaget dan cuba untuk melarikan diri malangnya...

Ada tragedi yang berlaku.

Haha, bersyukurlah kerana Ariff masih selamat. Sebelum sempat Ikmal berbuat apa-apa, dia sudah tertidur kembali akibat mabuk yang teruk.

Cumanya....

Bibir Ariff sudah tidak suci, kasihan lelaki ini. Meroyan juga Ariff selama 3 jam. Ikmal tak tahu, dia tertidur akibat mabuk. Paling tak boleh blah Ikmal dengan dia dah masuk posisi dah tu, kalau Ikmal tak tertidur akibat mabuk rasanya bangun-bangun dah ada bekas.

Seriau pula teringatkan hal itu.

"Kau... Urgh! Boleh tak jangan buat perangai panjat pagar macam tu?" Ariff bersuara tegas walaupun muka dan kedua-dua telinganya masih merah.

Ariff mengharapkan supaya Ikmal meminta maaf dan berhenti melakukannya lagi. Nasib dia sahaja yang terkena. Biarlah dia jadi orang pertama dan terakhir, Ariff tak sanggup nak bayangkan kalau ada orang lain yang kena dengan perangai Ikmal ni!

"Wow, so sweet of you man. Malu-malu kalah perempuan Melayu terakhir. Apa kata kau jadi perempuan? Alang-alang tu jadi perempuan aku je terus."

Muka Ariff? Makin membahang. Ariff memang ada dua sisi yang berbeza. Ariff memang nampak maskulin dan cool tetapi dia juga agak sedikit keperempuanan. Contohnya mudah rasa malu dan tak tahan diusik.

"Kau... Kau merepek apa bodoh!"

Dush!

Satu tumbukan jenis straight punch hinggap di perut Ikmal. Tumbukan Ariff agak kuat, sehinggakan Ikmal berundur beberapa tapak ke belakang. Tumbukan itu menyebabkan Ikmal berasa senak di perutnya. Oleh itu, lelaki itu menundukkan badannya untuk menghilangkan kesakitan.

Ikmal mengangkat tangan kanannya, menyuruh Ariff supaya berhenti melakukan apa-apa serangan. Ariff yang melihatnya terus memahami dan menurunkan kaki kanannya yang sedang bersedia untuk membuat front kick.

Inilah Malaysia, terkenal dengan istilah The Power of Hand.

"Sorry bro. Aku gurau je, aku memang suka mengusik orang macam kau. Tapi kau jauh lebuh berbahaya. Aku akan ingat tu," Ikmal meminta maaf.

Ariff menghela nafas dan cuba untuk bertenang semula. Perlahan-lahan, pipi dan telinganya kembali berwarna sawo matang iaitu warna kulit asalnya. Tiada lagi rona merah di wajahnya.

"Aku, Ikmal. 23 tahun. Nice to meet you, sorry for hal tadi."

"Ariff, sama umur. Takpe, aku dah maafkan."

"Oh, really? Aku boleh sambung usik kau lagi kan, flower boy?"

"What...!"

Dush!

"Okay dude, I'm sorry!"

"Kau duduk diam-diam kat ruang tamu. Aku nak sambung tidur. Sebab kau tidur aku terganggu!"

"Sorry again. Have a nice dream, flower boy! Hahaha!"

Ariff yang sedang menaiki tangga untuk ke biliknya terhenti langkahnya. Mukanya merah padam. Eh tidak! Semakin merah! Semakin pekat!

"That piece of shit..." kata Ariff lalu terus naik ke biliknya.

Jangan hiraukan, nanti makin diusik. Itulah apa yang Ariff fikirkan.

•••

Ikmal duduk sahaja di ruang tamu Ariff. Lelaki itu tidak berani untuk melakukan apa-apa memandangkan Ariff hanya menyuruhnya untuk duduk sahaja di situ. Ariff sudah tentunya masih tidur, maknanya Ikmal terpaksalah tunggu Ariff keluar barulah dia boleh meminta izin untuk melakukan hal-hal lain.

Ting!

Mentol menyala, tanda Ikmal mendapat idea baru untuk mengusik Ariff. Ikmal memang nakal, suka sangat mengacau orang. Walaupun Ikmal dapat rasakan bahaya yang akan muncul sekiranya Ikmal mengusiknya, adakah anda mampu menafikan betapa seronoknya mengusik orang?

Seronok weyh. Yang tak seronoknya orang yang kena usik tu.

Yelah, buat dosa kan? Mana tak pernah seronok.

Sentap kejap...

Abaikan. Apa yang Ikmal fikirkan?

Di bilik tidur Ariff...

Kosong, tiada sesiapa. Ariff tiada di katilnya. Kalau bukan di bilik tidur, Ariff berada di mana? Ikmal berasa pelik, bukankah Ariff kata dia mahu tidur? Ada bilik lain ke yang Ariff buat sebagai bilik tidur?

Ikmal keluar daripada bilik tidur Ariff selepas melakukan penjelajahan di bilik itu. Ikmal berjalan lagi di sekitar tingkat kedua milik rumah sewa Ariff.

"Kaya betul dia ni! Padahal baru umur budak-budak universiti. Dahsyatnya..." bisik Ikmal dalam diam.

Sedang sibuk berjalan, Ikmal terjumpa sebuah bilik yang agak tersorok dan seakan-akan cuba disembunyikan kewujudannya. Bunyi tombol pintu yang terkunci dipusing, Ikmal cuba untuk membukanya tapi tidak berjaya. Keluhan dilepaskan, melepaslah untuk dia terus menjelajah.

"Ni bilik apa? Kenapa ada amaran no entry dan don't disturb?" Ikmal bertanya sendiri sambil terus memulas tombol itu, rasa ingin tahu itu membuak-buak.

Kalau rosak tombol pintu tu, dapat agaklah apa yang akan Ariff balas kepada Ikmal. Bukan setakat rider kick, round kick juga yang melekat pada mukanya.

•••

Klek, klek, klek!

Klek, klek!

"Astagfirullah, siapa tu!" Ariff berbisik perlahan akibat terkejut.

Mana tak terkejut? Inilah bilik rahsia Ariff. Setahunya, lelaki itu sudah menyorokkan bilik itu sebaik mungkin!

Tanpa berlengah masa, Ariff membuka komputer ribanya dan melihat kawasan luar bilik itu melalui CCTV yang ada dipasang hanya di hadapan pintu bilik rahsianya.

"Ikmal... Dia ni tak boleh ke duduk diam-diam? Aku bagi dia duduk kat rumah aku ni pergilah duduk makan ke apa! Kenapa kau nak kacau aku, urgh!"

Ariff sebenarnya sedang mencari informasi mengenai Ikmal. Ariff tidak mahir dalam bercakap jadi lelaki itu memilih untuk menggunakan kemahirannya dalam menggodam. Lebih mudah.

Sedikit informasi mengenai Ikmal.

Nama penuh, Ikmal Hadi Bin Hakimi Syahmi. Merupakan seorang pelajar universiti, anak kepada orang penting dalam perundangan negara. Mahir dan banyak ilmu mengenai politik. Malang sekali, lelaki ini bukanlah husband material yang diidamkan oleh semua wanita.

Sama seperti Ariff, Ikmal juga mempunyai sisi yang berbeza. Sisi yang baik, kata orang pijak semut pun tak mati tapi di sisi lainnya Ikmal juga seorang pendosa seperti manusia-manusia lain juga.

Ikmal merupakan orang yang sangat suka berfoya-foya. Duitnya sentiasa dihabiskan untuk memuaskan nafsu seperti mengunjungi kelab malam dan berlebih-lebihan dalam fesyen dan kecantikan. Ikmal juga minum arak tapi tidak pernah berzina. Setakat sentuh-sentuh tu pernahlah tetapi lelaki itu tidak pernah lagi berzina.

Dia juga seorang yang playboy. Ramai bekas-bekas teman wanitanya, ramainya itu sehinggakan tidak dapat dikira dengan jari.

Hal akademik? Jangan cakap, dia salah satu di antara yang terbaik. Walaupun suka berfoya-foya dan memuaskan nafsu, Ikmal mempunyai akhlak yang baik. Akhlak yang baik ini merupakan sisi Ikmal yang lagi satu.

Sama seperti Ariff, Ikmal bukanlah seorang yang hipokrit. Akhlaknya agak baik dan bagus kerana telah diterapkan ketika kecil dan terbawa-bawa sehingga ke dewasa. Ikmal akan rasa tidak selesa sekiranya lelaki membuli perempuan. Ikmal akan rasa bersalah sekiranya dia menengking perempuan. Ikmal rasa tidak selesa sekiranya terdapat lelaki yang sedang bercakap mengenai tubuh badan wanita.

Ikmal biasanya akan terus membantu orang, tidak kisah sesiapa pun asal-usul seseorang itu. Dan inilah punca, ramainya perempuan lekat pada Ikmal.

Walaupun Ikmal seorang playboy, Ikmal tidak seteruk playboy yang biasa semua orang lihat selama ini. Ikmal mengamalkan dasar jujur dengan teman wanitanya. Kalau dia gemuk, secara terus terang Ikmal kata dia gemuk. Akhirnya, teman wanitanya minta putus dan Ikmal tanpa sengaja menarik perhatian gadis-gadis di luar sana dan situasi itu berulang dan berulang. Seperti roda.

Ikmal tiada pendirian tetap terhadap couple. Kalau nak, dia okay je. On je. Tapi, Ikmal tidak meletakkan harapan sepenuhnya. Nak couple dengan Ikmal? Silakan. Sakit hati dan nak putus? Silakan, Ikmal tidak kisah pun.

Inilah serba sedikit informasi tentang Ikmal yang telah berjaya Ariff dapati. Ariff bangun daripada kerusi lalu pergi ke arah pintu. Jangan kata anda sudah lupa, Ikmal masih lagi memusing-musingkan tombol pintunya yang masih terkunci.

Tak faham bahasa betul Ikmal ni! Dah berkunci tu maknanya tak boleh masuklah! Degil betul! Ada sesiapa yang mahu payung beberapa variasi tendangan daripada pelbagai seni pertahanan diri? Silakan, amat dialukan-alukan!

Ariff ternampak sesuatu di informasi berkaitan Ikmal di skrin komputernya. Ariff kembali duduk untuk membacanya.

"Anak kepada orang besar dalam perundangan negara? Menarik, aku boleh gunakan dia untuk laksanakan kerja aku. Hahaha!" Ariff berbisik kecil, dengan hati yang gembira.

Ariff tersenyum dan mula merangka pelbagai idea di dalam fikirannya sambil menutup komputer ribanya itu. Ariff menuju ke arah pintu yang masih dipusing-pusingkan tombolnya lalu dibuka. Ternyata kelibat Ikmal ada di hadapan pintu itu. Ikmal? Lelaki itu memaparkan riak terkejut dan tersengih.

"Ha kau dah kenapa? Rosak tombol pintu ni, kau ganti eh?" sindir Ariff dengan muka yang kosong kerana cuba untuk menyorokkan senyuman jahatnya

"Eh tak... Hehe, aku cuma nak cakap..."

Ikmal memberitahu segala-galanya kepada Ariff. Ariff hanya mengangguk dan mendengar kesemuanya. Otaknya semakin licik merangka strategi. Diam-diam, sengihan jahat terbit di bibir Ariff.

"Kau nak tinggal sini? Sewa kat sini?"

"Boleh?"

"Ya, boleh."

Ting, tong! Ting, tong!

•••

"

Asal tak beritahu aku awal-awal yang kau orang nak datang?" tanya Ariff kepada kelima-lima orang rakannya.

Tiba-tiba sahaja loceng berbunyi, tengok-tengok rakan-rakan Ariff yang lima orang itu datang menziarahi. Ariff pula mengarahkan Ikmal untuk pergi mandi di bilik air tingkat atas kerana pakaian Ikmal terdapat bau arak.

"Alah tak boleh ke?" tanya Shahrul.

"Aku tak kata pun tak boleh. Inform la dulu, boleh get ready. Kemas-kemas dulu ke masak-masak nak jamu kan?"

"Amboi, macam perempuan lagaknya," Azam mengusik.

"Takde perempuan dalam rumah ni, aku jelah yang perangai macam perempuan. Kalau ada perempuan dalam rumah ni, memang aku suruh dialah yang buat."

"Apa kau kata, Ariff?" Zafira bersuara lunak, sakit hati dengan kata-kata Ariff.

"Eh tak... Hehe, gurau sahaja maa..."

Selepas itu, Ariff meminta diri untuk ke dapur. Ingin menyiapkan makanan untuk dijamu kepada semua orang. Kenapa? Ada yang sangka bahawa salah satu daripada rakan-rakan Ariff akan datang membantu Ariff? Ataupun akan ada yang mengeluarkan kata-kata, "Eh, tak payahlah! Susah-susah je!" ?

Malangnya tidak. Sekiranya Ariff sudah berkata sedemikian, tiada sesiapa boleh menghalang. Pernah dulu ketika kecil Ariff bergaduh dengan Azam kerana Ariff bertegas untuk membantu ibu Azam melakukan kerja-kerja dapur ketika Ariff datang sebagai seorang tetamu.

Ariff sudah diajar mengenai adab sebagai tetamu dan adab melayan tetamu. Sebagai tuan rumah, perlulah untuk dia melayani tetamu sebaik mungkin. Sebagai seorang tetamu, dia perlulah membantu apa-apa yang patut dan menghargai apa-apa yang dijamu oleh tuan rumah.

Nampak pergaduhan itu seperti satu pergaduhan budak-budak yang tidak matang tetapi jelas terlihat betapa tetapnya pendirian seorang Ariff. Kadangkala pendiriannya yang sangat teguh menyebabkan dirinya menjadi sedikit keras kepala.

"Jemput makan. Makanan ada di meja makan ni. Jomlah!" panggil Ariff.

Amirah dan Aliya mendekati Ariff. Ariff punya hanya tersenyum, jejaka itu sudah tidak marah lagi dengan kedua-dua gadis itu. Tiada gunanya bergaduh, malah teruk padahnya sekiranya mereka memutuskan tali persahabatan yang sudah berpuluh tahun diikat.

Bertahun-tahun masa telah dihabiskan untuk mengikat sebuah tali persahabatan yang utuh. Ariff tidak akan biarkan hal kecil sebegini merosakkan persahabatannya dalam sekelip mata.

"Aku dan Amira nak minta maaf... Maafkan kami tentang hal sebelum ni." Aliya memohon maaf.

"Relax, aku maafkan kau."

"Flower boy, siapa diorang semua ni?" Ikmal menegur Ariff sambil menuruni tangga.

Gelaran flower boy sengaja digunakan untuk mengusik sifat Ariff yang hampir-hampir menyamai perempuan. Ariff yang mendengar teguran Ikmal cuba menahan marah manakala rakan-rakan Ariff yang lain melopong dan mula berbisik-bisik.

Nak mengumpat la tu!

"Flower boy?"

"Aku baru tahu yang Ariff ni gay."

"Yeke! Astagfirullahaladzim!"

"Melepaslah kau kan? Dia gay, hahaha!"

"Eh, mana ada!"

Dush!

"Argh!" Jeritan berbaur kesakitan keluar daripada mulut Ikmal apabila Ariff mula menumbuknya.

"Kau memang tidak belajar daripada pengalaman! Aku tak akan bagi muka lagi kepada kau!"

"Kenapa bahasa kau baku sangat? Lawak betul, hahaha... Aduh!"

Ariff menghadiahkan satu tendangan jenis round kick kepada Ikmal. Nasib baiklah Ikmal sempat mengelak, kalau tidak boleh mati anak orang. Round kick milik Ariff sungguh berbahaya, Ikmal yang baharu kenal Ariff beberapa jam yang lepas pun sudah dapat baca kemahiran Ariff ini.

Masalahnya, Ikmal tidak pernah serik. Ikmal sangat nakal walaupun tahu akan ancaman yang bakal dihadapi olehnya.

Kelima-lima rakan Ariff pula hanya makan sambil menyaksikan aksi perlawanan di antara Ariff dan Ikmal. Siap bersorak lagi!

Masalahnya...

Semua orang bersorak ke arah Ikmal! Hal ini menyebabkan Ariff semakin geram. Tak pasal-pasal Shahrul dan Azam menjadi mangsa kepada Ariff yang semakin mengganas. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dipukul rakan-rakan perempuannya. Nasib sahaja perempuan!

"Shahrul, Azam! Berusahalah!" Aliya bersorak kuat.

"Kau... Kalau kau lelaki dah lama aku bantai kau, Zara!"

"Jangan sokong Ariff! Sokong orang lain sahaja yang dibenarkan! Ariff dah pro, jangan sokong dia!" Zafira menjerit pula.

Melopong mulut Ariff.

"Kau... Kau pun sama Fira? Aku sangka kau yang paling matang!"

Akhirnya, ruang tamu rumah sewa Ariff menjadi gelanggang WWE dan disaksikan oleh gadis-gadis.

•••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro