Teaser 🔥
Teaser 10 (versi belum edit)
Peluang untuk bahagia❤️ #pub
Ikatan rambut dilepaskan perlahan-lahan. Dia turun dari katil dan mencapai tuala. Perutnya sudah terasa sangat lapar. Pasti sudah terlalu lama dia tidak sedarkan diri.
Di ruang tamu, keadaan masih sunyi. Jam dinding sudah menunjukkan hampir sembilan malam. Berhati-hati dia turun ke dapur.
Ketika di dapur, anak matanya terpaku melihat susuk tubuh seseorang di hadapan sinki. Lebih-lebih lagi melihat pakaian yang tersarung di tubuh itu adalah milik arwah suaminya. Tubir mata Zulaikha semakin hangat. Tanpa dapat ditahan, dia berlari dan mendakap tubuh itu. Walaupun ini hanyalah mimpi, dia mahu melepaskan rasa rindu yang tak tertanggung rasanya.
“Saya rindu awak. Kenapa awak tinggalkan saya dan Nazmi? Awak memang sengaja nak saya rasa bersalah ke?” Teresak-esak Zulaikha menangis. Kemas dia memeluk pinggang itu.
Keras kejung tubuh Yusof.
“Saya takut hati saya berubah. Saya cuba setia tapi setiap hari dia buat fikiran saya terganggu.”
Lidahnya terasa kelu untuk bersuara. Dia dapat rasakan orang yang dimaksudkan oleh wanita itu ialah dia. Tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kaki seseorang dari atas. Bergegas dia menarik tangan wanita itu masuk ke dalam bilik air. Pintu bilik air ditutup rapat.
Bulat mata Zulaikha apabila sedar lelaki itu adalah Yusof. Melihat Zulaikha hampir menjerit, cepat-cepat dia menutup mulut wanita itu dengan tapak tangannya. Terpaku Yusof apabila pertama kali melihat Zulaikha tanpa berhijab.
“Siapa dekat bilik air ni?” Kedua-dua saling tergamam.
Zulaikha semakin cemas. Silapnya juga kerana tidak sedar lelaki itu ialah Yusof.
“Yusof. Walid nak guna bilik air ke?”
“Oo... tak apa.”
Terdengar derap kaki melangkah keluar dari dapur melalui pintu dapur. Nafas lega ditarik perlahan setelah yakin orang tua itu sudah beredar. Mereka berdua saling berpandangan. Lekas dia berundur dan berpaling ke belakang.
“Maaf, abang tak sengaja. Biar abang keluar dulu.”
Zulaikha masih membisu. Lekas dia menutup kepalanya dengan menggunakan tuala yang dibawa tadi.
Tanpa melengahkan masa, Yusof keluar dari bilik air dengan berhati-hati. Zulaikha masih lagi berdiri kaku di dinding. Matanya terpejam rapat. Sekali lagi dia hampir membuatkan Yusof berhadapan dengan salah faham.
🔥
Tinggal sehari lagi untuk pratempahan💥
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro