Blurb
Assalamualaikum dan selamat pagi. Ingat lagi tak kisah Yusof dan Zulaikha. MSS ni kak pernah up tahun 2019. Alhamdulillah, akhirnya berjaya diterbitkan dalam versi cetak.
MSS ni kak dah panjangkan dan tukar plot. Ada watak yang kak dah tukar. Berminat blh tempah. Preroder berjalan sehingga 10/2.
Blurb Peluang Untuk Bahagia❤️
Zulaikha bukanlah gadis selembut seperti namanya. Sikap kasarnya yang persis seperti lelaki membuatkan dia sering dijadikan buat mulut di kampung. Dalam diam, dia menaruh hati terhadap abang tiri rakan baiknya. Bertahun-tahun dia memendam perasaan cinta sehinggalah dia berani untuk berterus terang.
“Tak! Ika tak main-main. Ika sukakan abang. Bukan setakat suka tapi Ika sayangkan abang. Ika nak abang jadi kekasih Ika dan bakal suami Ika.”- Zulaikha.
“Jangan jadi bodoh sebab cinta. Ika masih muda. Ada banyak perkara lagi yang Ika boleh buat untuk banggakan walid dan umi. Tentang perasaan Ika tu, saya tak boleh terima. Maaf.”-Yusof
Penolakan lelaki itu membuatkan dia tercabar. Zulaikha tekad untuk mendapatkan Yusof. Dia sanggup membuat kerja gila sehingga menyebabkan keluarga Yusof melamar Zulaikha.
Namun bahagia yang ingin dibina bersama Yusof musnah sekelip mata. Nazri hadir menyelamatkan maruah Zulaikha. Di saat Zulaikha sudah dapat menerima Nazri, satu peristiwa hitam terpalit dalam hidupnya.
Kepulangan Yusof hanya menambahkan lagi luka yang sedia ada. Kali ini giliran Yusof berhadapan dengan perasaan resah. Dia tidak mampu untuk terus berjauhan dengan wanita itu lagi.
Saat kasih Yusof disambut, kebenaran terbentang di depan matanya. Luka di hati Zulaikha kembali berdarah. Cukuplah dia terus mengemis di sisi lelaki itu.
“Ketika Zulaikha mengejar cinta Yusuf, makin jauh Yusuf darinya, ketika Zulaikha mengejar cinta Allah, Allah datangkan Yusuf kepadanya. Begitulah dengan abang. Allah dah terbalikkan hati abang untuk mencintai Ika. Tolong jangan jauhkan diri dari abang.”- Yusof
Apakah rahsia yang disimpan oleh Yusof selama ini? Dan masihkah ada peluang untuk Yusof membahagiakan Zulaikha?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro