Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 5 (part 2)

TUDUNG di kepala dibetulkan sedikit. Mahu sahaja dia menanggalkan tudung itu disebabkan terlalu rimas. Tangannya yang masih berbalut direnung lama. Setiap kali tangan itu bergerak, pasti pasti terasa sakit.

“Aku pun nampak juga tadi. Handsome betul pelajar baru tu. Muka dahlah putih melepak. Ada mix agaknya.”

Zulaikha sekadar memasang telinga. Mulutnya menguap luas. Rasa mengantuklah pula. Kepalanya direbahkan di atas meja belajar sambil pejamkan mata.

“Kau tahu tak nama dia?”

“Tahulah. Nama dia Muhammad Yusof dan yang paling penting, aku dengar dia tu abang tiri Naz.”

Tegak terus kepala Zulaikha. Mendengar nama itu sahaja sudah membuatkan dadanya berdebar semacam. Lekas dia berpaling ke belakang.

“Kau cakap pasal siapa tadi?” Sengaja Zulaikha bertanya kerana inginkan kepastian.

Kami cerita pasal abang tiri Naz. Kau kan kawan baik dia. Takkan kau tak tahu hari ni abang Naz belajar di sini.”

Zulaikha berdeham menghilangkan rasa malu. Tempat kosong di sebelahnya dipandang lama. Patutlah Nazri tak masuk ke kelas lagi. Tanpa mempedulikan pelajar yang lain, Zulaikha bergegas keluar dari bilik itu. Mujurlah guru mereka belum masuk lagi ke sini.

Dia berlari anak menuju ke bilik guru. Belum sempat dia hendak ke tingkat atas, wajahnya berubah ceria saat ternampak kelibat Yusof yang sedang berdiri seorang diri. Laju kakinya melangkah ke arah lelaki itu.

“Abang!” Sergah Zulaikha.

Terkejut Yusof. Lama anak matanya menjamah wajah itu bersama kerutan di dahi. Rasanya dia seperti pernah berjumpa dengan gadis ini.

“Siapa ni?” Jujur Yusof bertanya.

Hampir ternganga mulut gadis itu. Cepat sangat Yusof lupakan dia. Mungkin disebabkan dia bertudung di sekolah agaknya.

“Abang tak kenal Ika ke? Ni Ika. Tengok ni.”

Zulaikha tunjuk tangannya yang masih berbalut itu. Terus berubah wajah Yusof. Atas bawah dia memerhati penampilan gadis ini. Jauh berbeza betul ketika berada di sekolah.

“Nanti bolehlah kita pergi sekolah sama-sama. Rumah kita bukannya jauh sangat.” Berkelip-kelip mata Zulaikha.

“Tak apa. Saya boleh pergi sendiri.”

“Janganlah sombong. Ika nak berkawan dengan abang. Bolehkan?” Lengan baju Yusof yang pendek itu ditarik perlahan.

Meremang bulu roma Yusof. Tangan gadis itu ditepis perlahan. Dia pandang ke sekelilingnya.

“Eh, Ika! Kau buat apa dekat sini?” soal Nazri yang baru keluar dari bilik guru. Sebentar tadi dia membantu Yusof membeli lencana sekolah.
Yusof menarik nafas lega. Seram sejuk juga dia dengan telatah Zulaikha.

“Aku dengar pasal abang kau tadi di kelas. Tu yang aku cari kau orang berdua.” Tersengih-sengih Zulaikha.

“Aku dah lambat. Bawa aku ke kelas sekarang.” Yusof cuba berlagak tenang.

“Okey. Ika, aku nak hantar dia kejap. Nanti jumpa di kelas.”

Zulaikha hanya memerhatikan kedua lelaki itu berlalu pergi meninggalkan dia. Kedua pipinya ditekap dengan tapak tangan. Sah dia dah sukakan lelaki itu.

🥰

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro