Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

PELIK 9

Petang itu melcy tidak pergi ke mana mana. dia hanya duduk di rumah saja. luna menelefonnya apakah dia berada di rumah atau pun tidak. dia cakap dia ada di rumah. Jadi luna pun pergi ke rumahnya. sampai di rumah melcy,luna lihat mak cik dina emak saudaranya sedang sibuk menyapu daun kering di halaman rumah. dia bertanya pada mak cik dina di mana melcy berada. mak cik dina cakap bahawa melcy ada di dalam bilik tidurnya. Jadi luna pun pergi ke dalam bilik tidur sepupunya itu. dia lihat melcy sedang meletakkan sebuah lukisan di atas dinding bilik tidurnya.

"cantik betul lukisan tu... dari mana awak dapat lukisan ni, melcy?", soal luna ingin tahu. melcy segera memandang wajah sepupunya itu. "oh.... lukisan ni saya beli dari kedai new arts pagi kelmarin... buat pengetahuan awak, inilah lukisan terbaru dari joey... dia jual lukisan ni pada tuan punya kedai new arts pagi kelmarin... so saya pun terus membeli lukisan ini dari tuan punya kedai tu...", melcy bersuara sambil tersenyum lebar. "oooh... patutlah awak beriya iya sangat nak berkenalan dengan si joey yang pelik tu... rupa rupanya awak ialah peminat lukisannya...", kata luna pula. "ya.... memang betul saya peminat lukisannya tapi malangnya dia tidak tahu pun yang saya ni peminat lukisannya...", kata melcy dengan nada suara yang sedikit terkilan.

"tak apalah, mel... sekurang kurangnya awak dah beli lukisannya. itu tandanya awak menghargai bakatnya sebagai seorang pelukis...", kata luna perlahan lahan. "tapi luna saya rasa joey ni ada masalah dalaman lah...", kata melcy perlahan lahan. "maksud awak?", luna bersuara dengan dahi yang berkerut. "saya rasa dia mengalami gangguan jiwa...", kata melcy lagi. "Macamana awak tahu yang dia mengalami gangguan jiwa pula?", soal luna kehairanan.

"pagi kelmarin saya ada mengekorinya selepas dia pergi menjual lukisannya di kedai new arts tu... saya tengok dia membeli 3 jambak bunga di sebuah kedai bunga yang terletak tidak jauh dari kedai lukisan tu. dia beli sejambak bunga mawar, sejambak bunga matahari dan sejambak bunga tulip. selepas membeli 3 jambak bunga tersebut, dia pun pergi ke tanah perkuburan seorang diri...", kata melcy sambil duduk d atas birai katilnya.

perlahan lahan luna duduk di sebelahnya. "selepas tu?....", luna bersuara sambil memandang wajah sepupunya itu. "selepas tu saya tengok dia berdiri di hadapan 3 pusara yang ada di tanah perkuburan itu. dia meletakkan 3 jambak bunga di tangan ke atas 3 pusara yang ada di situ. kemudian dia bercakap di hadapan 3 pusara itu sambil menangis. kalau tidak salah pusara yang pertama ialah pusara ibunya. Manakala 2 pusara yang lain tu pula ialah pusara adik adiknya. saya dapat dengar dia menyebut nama ibu dan adik adiknya semasa dia sedang duduk mencangkung di situ... setelah dia puas meluahkan perasaan sedihnya dia pun bangun lalu beredar dari situ. saya terus mengekorinya dari belakang. Sewaktu saya berjalan mengekorinya tiba tiba saja kaki saya tersandung dan akibatnya saya terjatuh di atas tanah.... saya fikir dia tak akan datang menolong saya lagi tapi dugaan saya itu meleset sama sekali. dia datang menolong saya. dia hulurkan tangan kirinya pada saya. saya pun pegang lengan kirinya tu tapi saya terkejut apabila melihat lengan kirinya penuh dengan kesan parut luka yang banyak....", kata melcy dengan wajah yang serius.

"kesan parut luka yang macamana tu?", soal luna ingin tahu. "kesan parut luka seperti di hiris dengan benda yang tajam...", balas melcy dengan pantas sekali. "hah?... betul ke apa yang awak lihat tu kesan parut luka atau awak salah lihat kot?", kata luna pula. "eh... saya tak salah lihatlah... mata saya dapat melihat dengan jelas kesan parut luka tu... ianya begitu banyak sekali. Saya rasa dia mencederakan dirinya sendiri dengan menghiris lengannya menggunakan benda yang tajam...", kata melcy dengan bersungguh sungguh. "hm....mungkin dia stress kot sebab ibu dan adik adiknya meninggal dunia...", teka luna sambil berfikir panjang. "hm.... kalau stress pun, takkanlah sanggup menghiris lengan sendiri dengan benda yang tajam pula... itu kerja gila, tau...", komen melcy.

"manusia tidak sama mel... kadang kadang ada juga manusia yang sanggup mencederakan dirinya sendiri apabila mereka merasa stress... cuba awak tengok lukisannya tu... kapal layar di atas air laut yang bergelora... itu menggambarkan jiwanya yang tidak tenang dan sering di amuk gelora masalah hidup...", terang luna sambil matanya memerhatikan lukisan di atas dinding itu. "hm...mungkin betul juga apa yang awak cakapkan tu luna... apa apa pun saya rasa joey perlukan pertolongan...", kata melcy pula. "sebaiknya awak pergi berjumpa dengan prof mahyudi. tanya dia tentang hal ini sebab dia tahu apa jenis penyakit kejiwaan yang di alami oleh joey tu...", kata luna perlahan lahan. "good idea, luna... esok saya akan pergi berjumpa dengan prof mahyudi...", kata melcy sambil tersenyum lebar. luna membalas senyuman sepupunya itu.

*** *** ***

"Pagi kelmarin kita ada membincangkan tentang penyakit Bipolar disorder. Ianya ialah sejenis gangguan mental yang berdasarkan emosi. Penderitanya mengalami perubahan emosi yang drastik. Daripada terlalu gembira kepada terlalu sedih atau murung. Penderita bipolar biasanya tidak mampu mengendalikan emosinya yang kadangkala tidak menentu. Mereka terlalu mengikut emosi sehingga mereka tidak mampu mengawal diri mereka sendiri. Ada empat jenis episod suasana hati atau emosi yang ada pada penderita gangguan bipolar iaitu mania, hipomania, depresi, dan episod campuran. pagi ni saya ingin berbicara mengenai penyakit kejiwaan yang hampir sama dengan bipolar diorder iaitu self harm or self injuries...", kata prof mahyudi dengan wajah yang serius

"Self harm or self injures. Definisi: Self injury adalah suatu perilaku yang dilakukan seseorang untuk mengatasi rasa sakit emosional dengan cara melukai diri sendiri. Ciri-ciri umum penderita: Selalu menghindari masalah, Sulit mengendalikan emosi, Kurang mampu mengurus diri sendiri, Tidak berfikir logis (pemikirannya kaku), Tidak menyukai dirinya sendiri, Tidak suka akan perubahan, baik dalam kehidupan sehari-hari maupun pengalaman baru, Hipersensitif terhadap penolakan, Memiliki perasaan emosi yang tinggi, Biasanya pelaku mengalami depresi dan stres berat, Sering mengalami iritabilitas, sukar memaafkan diri sendiri jika merasa bersalah, sering menyalahkan diri sendiri dan suka menyendiri. Jikalau penderita gejala self harm or self injuries ini tertekan, dia akan dapat menikmati saat di mana dia melukai dirinya sendiri atau dengan cara mengancam hendak bunuh diri bagi mendapatkan apa yang di inginkannya.... ada juga sesetengah penderita gejala ini lebih suka menyalahkan diri mereka walaupun kesalahan itu kecil. Kadangkala mereka merasa yang diri mereka patut di hukum kerana membuat kesalahan. Jadi mereka mula mencederakan diri mereka sendiri. Setiap kali mereka berbuat begitu mereka akan merasa lega dan tenang... ", sambung profesor mahyudi.

Melcy memfokuskan seluruh perhatiannya pada penerangan profesor tersebut kerana dia ingin tahu tentang topik itu. "menghiris pergelangan tangan, lengan atau bahagian anggota badan yang lain merupakan satu kaedah mencederakan diri sendiri atau 'deliberate self harm' yang sangat popular di kalangan remaja dan awal dewasa yang bermasalah.... Mengapa mereka sanggup melakukannya?... ada beberapa survey di buat di kalangan remaja yang bermasalah di negara barat dan kebanyakan mereka memberikan alasan bahawa ianya adalah satu cara untuk menghilangkan rasa tertekan di lubuk hati mereka. Ada yang mengatakan bahawa mereka akan merasa lega apabila melihat darah mereka sendiri mengalir keluar dan ada juga yang mengatakan bahawa cara itu sangat berkesan bagi menghapuskan rasa bersalah dalam hati mereka. Namun jawapan yang jelas ialah mereka cuba mengalihkan tumpuan mereka daripada memikirkan tentang keperitan emosi kepada merasai kesakitan fizikal yang sengaja mereka timbulkan dan mereka cuba menghukum diri mereka di atas kesalahan yang mereka lakukan. Walaupun begitu ada juga segelintir dari mereka yang tidak berniat hendak membunuh diri. Mereka sekadar melukai diri untuk mendapatkan ketenangan dan kelegaan. Namun bagi mereka yang tidak bernasib baik, mereka pasti akan menemui ajal jika sekiranya mereka tidak berhenti dari mencederakan diri mereka sendiri....", terang profesor mahyudi perlahan lahan.

Dia menunjukkan beberapa slaid bergambar tentang penderita self harm or self injuries yang teruk. ada gambar tubuh badan manusia yang penuh dengan kesan parut luka di sana sini. ada gambar bahagian tubuh badan yang melecur akibat di tenyeh dengan puntung rokok dan banyak lagi gambar gambar yang mengerikan. ramai students perempuan yang lain tidak sanggup melihat slaid bergambar itu. hanya melcy seorang saja yang menumpukan perhatiannya pada gambar gambar tersebut. Apabila dia tengok semua gambar gambar itu tiba tiba saja dia teringat pada joey. "mungkin joey mengalami gangguan self harm or self injuries, tak?.... kalau tidak masakan lengan kirinya ada kesan parut luka yang banyak?....", bisik hati kecil melcy. dia tidak menyangka bahawa topik perbincangan mereka pada pagi itu menyentuh tentang penyakit jiwa yang di alami oleh joey. semuanya terjadi di luar dugaan. nampaknya dia tidak perlu berjumpa dengan pensyarahnya selepas itu sebab profesor mahyudi telah membentangkan topik perbincangan tentang penyakit tersebut. jadi inilah masanya untuk bertanya dengan lebih lanjut lagi tentang penyakit itu. "ada soalan?", soal prof mahyudi ingin tahu. melcy mengangkat tangannya. "ya... melcy... apa soalan awak?", soal profesor mahyudi sambil memandang wajah pelajarnya itu.

"prof, bagaimanakah caranya untuk menyedarkan seseorang itu bahawa dia ialah seorang penderita gangguan self harm or self injuries?", soal melcy ingin tahu. "jika kita bagitahu orang itu yang dia ialah pesakit yang mengalami gangguan self harm or self injuries sudah tentu orang tersebut akan cakap yang dia bukanlah orang yang mengalami penyakit seperti itu.... orang biasanya tidak akan mengakui yang dirinya ada penyakit seperti itu sebab mereka tak mahu di labelkan sebagai orang yang tak betul. jadi untuk menyedarkan orang itu bahawa mereka mengalami gangguan tersebut kita haruslah terangkan pada mereka bahawa kegagalan mengawal emosi sendiri dan mencederakan diri sendiri adalah tidak normal. orang sihat dan normal tidak akan hilang kawalan diri dan mencederakan diri mereka sendiri walaupun masalah yang mereka hadapi terlalu berat atau pun sukar namun mereka pasti akan dapat selesaikan masalah mereka. Tidak seperti pesakit self harm or self injuries ni, mereka tidak mampu selesaikan masalah mereka sendiri dan mereka mudah terperangkap dalam emosi mereka sehingga akhirnya mereka hilang kawalan diri dan sanggup melakukan perkara yang membahayakan diri mereka sendiri.... so, ada soalan lain lagi?", soal prof mahyudi dengan kening kirinya terangkat k atas. sekali lagi melcy mengangkat tangannya. "ya.... melcy, teruskan dengan soalan awak...", kata profesor mahyudi dengan wajah yang serius. "prof... macamana kita nak bantu orang yang menderita gangguan self harm or self injuries ni supaya mereka sedar yang mereka perlukan bantuan segera bagi mengatasi masalah mereka itu?....", soal melcy ingin tahu.

"sebaiknya orang itu harus di suruh berjumpa dengan pakar psikiatri. jika dia tidak mahu, cuba pujuk dia sehingga dia terbuka hati hendak berjumpa dengan pakar psikiatri untuk sesi kaunseling dan terapi yang di perlukan... jika kita biarkan dia begitu saja sudah tentu dia akan kehilangan nyawanya di suatu hari nanti. sebelum perkara itu terjadi kita harus menyedarkan dia tentang bahayanya mencederakan diri sendiri.... dengan menyuruhnya berjumpa dengan pakar psikiatri dia akan dapat memperbaiki dirinya sendiri dan sekaligus menyelesaikan masalah peribadi yang di hadapinya... anyway, kenapa awak berminat sangat hendak mengetahui jenis penyakit kejiwaan yang satu ini, melcy?....", soal profesor mahyudi ingin tahu. "saya cuma ingin tahu saja prof... terima kasih dengan penerangan prof tu...", kata melcy perlahan lahan. dalam diam dia bertekad hendak membantu joey supaya dia tidak terus hanyut dalam dunia kegilaannya itu.

Selepas sesi kuliah tersebut dia segera menemui profesor mahyudi. Dia menyatakan bahawa dia ada kawan yang mengalami gangguan self harm or self injuries. Dia meminta beberapa gambar yang penderita self harm or self injuries untuk di tunjukkan pada rakannya supaya dia sedar tentang bahaya mencederakan diri sendiri. Tanpa banyak soal profesor mahyudi memberikan gambar yang di mintanya. Melcy berfikir hendak menemui joey dan berbincang dengannya sebaik saja dia ada kesempatan untuk berbuat demikian.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro