PELIK 8
Setelah hatinya merasa lega sedikit barulah joey membersihkan luka di lengannya itu dengan air paip di sinki. darah merah hilang sebaik saja air menyimbah luka di atas lengannya. rasa sakit di lengannya tidak terasa. Maklumlah dia dah 'lali' dengan rasa sakit macam tu. Malah dia senang dengan keadaannya begitu. Rasa sakit di lengannya sedikit sebanyak telah meredakan perasaannya yang bercelaru itu. setelah dia membasuh kesan luka tersebut dia pun mula mengikat tangannya dengan kain putih yang ada di situ. Kemudian dia pergi ke bilik tidurnya. Untuk mendapatkan tidur yang lena dia pun menelan dua biji pil ubat tidur yang di belinya dari farmasi pagi tadi. Perlahan lahan dia berbaring di atas katilnya. Tidak lama kemudian dia tertidur lena di atas katilnya
*** *** ***
Pagi itu melcy pergi ke bandar seorang diri. Hari itu merupakan cuti umum bagi semua orang. pada hari cuti begitu melcy lebih suka berjalan jalan di bandar daripada berkurung di dalam rumah. ketika dia sedang berjalan jalan di kaki lima yang sibuk itu tiba tiba matanya terpandang akan bayang kelibat joey di celah celah kesibukan di kaki lima tersebut. pemuda itu sedang membawa satu bungkusan besar di sebelah tangan kirinya. dia berjalan memasuki sebuah kedai menjual lukisan yang terletak tidak jauh dari situ. melcy mengekori langkah kaki pemuda itu dari belakang. joey langsung tidak sedar yang dirinya sedang di ekori dan di perhatikan oleh melcy dari jauh. dia bercakap dengan tuan punya kedai itu sambil menyerahkan bungkusan di tangannya pada tuan punya kedai tersebut. tuan punya kedai itu pun terus mengambil bungkusan tersebut lalu membukanya.
Rupa rupanya bungkusan itu ialah lukisan yang telah siap di lukis dengan sempurna oleh joey sendiri. dia menjual lukisan itu pada tuan punya kedai tersebut. Tuan punya kedai itu terus membeli lukisan joey sebaik saja dia melihat lukisan tersebut. dia meletakkan lukisan itu di atas rak pameran untuk di jual kepada para pelanggannya. melcy lihat lukisan tersebut sangat cantik. ianya menggambarkan sebuah kapal layar di atas air laut yang bergelora. terpegun melcy di saat dia melihat lukisan itu. dalam diam melcy berazam hendak membeli lukisan tersebut. melcy lihat joey mula melangkah pergi dari situ. melcy segera bersembunyi di sebalik rak pameran lukisan yang ada di situ. setelah joey pergi dari situ melcy pun terus berjalan menemui tuan punya kedai tersebut.
dia memberitahu tuan punya kedai itu yang dia ingin membeli lukisan tersebut. tuan punya kedai itu berstuju menjualkannya jika melcy sanggup membayarnya dengan harga $150.00. tanpa banyak soal melcy segera membayar harga lukisan tersebut. Dengan hati yang gembira tuan punya kedai itu menyerahkan lukisan tersebut kepada melcy. cepat cepat melcy mengambil lukisan tersebut. dia menyuruh tuan punya kedai itu menyimpan lukisan itu di situ sebab dia nak pergi membeli barang di kedai yang lain pula. bila dia hendak balik nanti dia akan singgah di kedai itu untuk mengambil lukisan tersebut. tuan punya kedai itu membenarkan melcy menyimpan lukisan tersebut di kedainya buat sementara waktu
selepas itu melcy pun melangkah pergi dari situ. dia melangkah di kaki lima yang sibuk itu sambil matanya melilau ke sana ke mari mencari bayang kelibat joey. Saat dia sedang berjalan di celah celah kesibukan orang ramai di kaki lima tersebut tiba tiba dia ternampak joey sedang berdiri di hadapan sebuah kedai bunga yang terletak tidak jauh dari situ. berkerut dahi melcy bila dia lihat joey sedang memilih 3 jambak bunga yang berlainan jenis di dalam kedai tersebut. dia membeli sejambak bunga mawar merah. kemudian dia membeli sejambak bunga matahari dan juga sejambak bunga tulip yang cantik sekali.
melcy merasa hairan sebab pemuda itu tiba tiba saja hendak membeli bunga di kedai tersebut. Dia nak buat apa dengan bunga itu pun melcy sendiri tidak tahu. setahunya joey bukannya ada kekasih pun. "jadi buat apa dia membeli bunga tu?... dia membeli bunga tu untuk siapa?", timbul pula persoalan itu di lubuk hatinya. Rasa ingin tahu membuatkan melcy bertekad hendak mengekori ke mana saja joey pergi selepas itu. setelah membayar harga 3 jambak bunga di tangan joey pun beredar dari situ. melcy mengekorinya dari belakang secara senyap senyap. dia lihat joey melangkah menuju ke arah motorsikalnya. dia menyarungkan helmet di kepalanya. kemudian dia memasang enjin motorsikalnya. melcy tahu pemuda itu hendak pergi ke suatu tempat. dia pun terus menahan sebuah teksi yang kebetulan sedang lalu di situ. sebaik saja teksi itu berhenti betul betul depan matanya dia pun terus membuka pintu teksi tersebut lalu masuk ke dalamnya. dia menyuruh driver teksi itu mengekori motorsikal joey dari belakang. tanpa banyak soal driver teksi itu mengikut saja arahannya. mereka mengekori motorsikal joey sehingga mereka tiba di sebuah tanah perkuburan yang terletak agak jauh sedikit dari bandar tersebut.
Joey menghentikan motorsikalnya di bawah sepohon pokok beringin yang terletak tidak jauh dari situ. dia membawa tiga jambak bunga di tangannya. melcy segera menyuruh driver teksi tersebut memberhentikan keretanya di tepi jalanraya yang sepi itu. dia menyuruh driver teksi tersebut menunggunya di situ. perlahan lahan dia melangkah keluar dari dalam teksi itu lalu mengekori joey dari belakang. dia lihat joey berhenti di sebelah 3 pusara yang terletak tidak jauh dari situ. "ibu... saya datang lagi ke sini... saya bawakan bunga mawar merah yang ibu suka tu... ibu tengoklah bunga mawar ni... cantik kan bunga mawar ni?... saya belikannya istimewa untuk ibu....", kedengaran joey bersuara sambil meletakkan bunga mawar di tangannya ke atas pusara itu.
"ibu... maafkanlah saya di atas apa yang telah terjadi...", joey bersuara sambil duduk mencangkung di hadapan pusara ibunya. wajahnya nampak sedih sekali. "buat pengetahuan ibu, sampai sekarang saya masih tak dapat memaafkan diri saya di atas apa yang telah terjadi. sesungguhnya saya merasa berdosa terhadap ibu dan adik adik... jika ibu masih hidup di muka bumi ini sudah tentu saya akan memeluk ibu dan sujud di kaki ibu mohon keampunan dari ibu tapi malangnya ibu sudah pergi tinggalkan saya buat selama lamanya... saya merasa sedih ibu...", ucap joey dengan nada suara yang sedih sekali. dia duduk bertafakur di situ buat beberapa ketika.
dia bangun lalu berjalan menuju ke arah 2 buah pusara yang terletak tidak jauh dari situ. dia meletakkan bunga matahari di atas salah satu pusara yang ada di situ. kemudian dia meletakkan bunga tulip itu di atas pusara yang satu lagi. "adik freda, bunga matahari ni untuk awak.... adik brendan, bunga tulip ini pula untuk awak... adik freda...adik brendan, abang minta maaf di atas apa yang telah terjadi... abang merasa sungguh berdosa terhadap korang... korang pergi meninggalkan dunia ini di usia yang terlalu muda sekali... oohhh... maafkan abang, adik.... maafkan abang....", kata joey dengan sedih sekali. dia duduk bertafakur di situ buat beberapa ketika. sesekali dia mengesat airmata yang mengalir perlahan di pipinya. melcy yang dari tadi duduk bersembunyi di sebalik pohon ara tidak jauh dari situ hanya diam memerhatikannya.
rupa rupanya joey datang ke situ cuma hendak menziarahi pusara ibu dan adik adiknya. melcy tidak menyangka bahawa pemuda itu telah kehilangan ibu dan adiknya yang di kasihi. dalam diam melcy merasa simpati pada joey. beberapa minit kemudian dia lihat joey bangun lalu melangkah meninggalkan tempat itu. melcy segera mengekorinya dari belakang. ketika dia sedang mengekori joey dari belakang tiba tiba kakinya tersandung dengan akar pokok kayu yang ada di situ. akibatnya dia terjatuh di atas tanah seperti nangka busuk.
"aduiii....", melcy mengerang kesakitan. joey terkejut apabila mendengar suara orang mengerang kesakitan tidak jauh dari situ. dia menoleh ke belakangnya. kelihatan seorang gadis sedang terbaring di atas tanah sambil memegang pergelangan kaki kirinya yang terasa sakit. joey pun terus mendekati gadis trsebut.
"Er... awak tak apa apa ke?", soal joey sambil menghulurkan tangannya pada gadis itu dengan tujuan hendak menolongnya untuk berdiri semula. Cepat cepat melcy mencapai lengan kiri pemuda itu. "melcy?...", joey terkejut sebaik saja dia melihat gadis itu ialah melcy. Dengan senyum kambing, melcy mengangkat wajahnya. Ketika dia memegang lengan kiri pemuda tersebut tiba tiba matanya bulat membuntang sebaik saja dia melihat ada kesan parut luka berselirat di atas lengan kiri joey. ianya seperti bekas luka yang di toreh atau pun di hiris dengan benda yang tajam. "eh... joey.... kenapa dengan lengan kiri awak ni?... ada kesan parut luka sana sinilah... kenapa ni?...", soal melcy sambil memegang erat lengan kiri joey. dia segera brdiri di hadapan pemuda itu. rasa sakit di kakinya terus hilang sebaik saja dia lihat kesan luka di lengan kiri pemuda itu.
joey segera menarik lengan kirinya dari genggaman tangan gadis itu. Denagn sepantas kilat, dia menyembunyikan kesan parut luka tersebut dengan lengan baju panjangnya. "its none of your business... anyway, awak buat apa kat sini, hah?...", soal joey dengan wajah yang serius. "oh... er... saya... urm... er...", kata kata melcy di potong pantas oleh joey. "apa er?...er?.... awak mengekori saya, bukan?", soal joey dengan penuh curiga. "ya... eh... bukan... bukan... saya baru saja selesai menziarahi pusara mak cik saya tadi. tak sangka pula kita bertemu kat sini...", bohong melcy pula. "yelah tu... macamlah orang percaya sangat cakap awak tu...", balas joey dengan wajah yang masam mencuka. dia berjalan meninggalkan gadis itu di belakangnya. melcy sgera mengekorinya dari belakang. "joey... nanti dulu...", melcy bersuara sambil menahan pemuda itu. dia memegang lengan kiri pemuda tersebut. joey terpaksa menahan kesakitan di lengan kirinya apabila lengan kirinya di pegang erat oleh gadis tersebut.
maklumlah masih ada kesan parut luka d lengan kirinya yang belum pulih sepenuhnya. "cuba awak terangkan kenapa lengan awak tu ada banyak kesan parut luka, hah?", soal melcy ingin tahu. "bukankah saya cakap tadi its none of your business... yang awak sibuk sangat ni kenapa, hah?... lepaskan tangan sayalah...", marah joey. dia menyentak lengan kirinya dari genggaman tangan gadis itu. dia melangkah pergi dari situ dengan langkah kaki yang pantas sekali. Cepat cepat dia menunggang motorsikal kesayangannya tanpa mengucapkan selamat tinggal pada melcy yang sedang berdiri memerhatikannya tidak jauh dari situ. "joey... aku nak tengok sampai bilakah kau akan menghindarkan diri dari aku...", bisik melcy seorang diri.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro