Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

PELIK 4

Melcy terpaksa menggunakan isyarat tangan supaya pemuda itu membuka earphone dari dalam telinganya. perlahan lahan joey menarik keluar earphone dari telinganya. "er... sorry sebab saya mengganggu awak... awak masih ingat lagi tak yang kita pernah berjumpa di dalam bas tempohari?...", kata melcy cuba berkomunikasi dengan pemuda itu. "ya... so?...", joey bersuara dingin. "so.... saya datang jumpa awak ni sebab saya nak pulangkan balik buku sketch awak yang tertinggal di dalam bas tempohari...", kata melcy sambil menarik keluar buku sketch tersebut dari dalam beg sandangnya. "saya tengok awak berbakat besar dalam bidang lukisan... terus terang saya katakan yang saya benar benar kagum dengan hasil lukisan awak tu... ianya sungguh hebat tapi lukisan awak tu agak pelik sedikit. Apa apa pun saya sukakannya...", sambung melcy sambil menyerahkan buku sketch tersebut pada pemuda itu.

Perlahan lahan Joey mengambil buku sketch tersebut. "thanks...", kata joey sepatah. selepas itu dia beredar dari situ tapi langkah kakinya terhenti apabila gadis itu menghalangi langkah kakinya. "eh...nanti dulu...", melcy bersuara sambil berdiri di hadapan pemuda itu. "oh... ada apa lagi ni?", soal joey separuh jengkel. "er... boleh saya tanya... siapa nama awak?", soal melcy ingin tahu tapi soalannya tidak di jawap. malahan pemuda tersebut terus melangkah pergi dari situ tapi melcy segera meraih lengan kiri pemuda itu. "eh... nanti dulu... awak belum jawap soalan saya tadi... siapa nama awak?", melcy terpaksa mengulangi pertanyaannya.

"perlu ke aku menjawap soalan kau tu?", soal joey sambil menarik lengan kirinya dari genggaman tangan gadis tersebut. "oh... er... sorry...", cepat cepat melcy melepaskan lengan kiri pemuda itu. "er... sebenarnya saya ingin sekali berkenalan dengan awak sebab itulah saya ingin awak menjawap soalan saya tu...", balas melcy dengan pantas. "kenapa awak nak berkenalan dengan saya pula?", soal joey masih dalam nada suara yang dingin. "sebab saya ingin tahu tentang diri awak...", jawap melcy dengan wajah yang serius.

joey memandang wajah gadis tersebut. dia tahu gadis itu beriya-iya sangat hendak berkenalan dengannya. Jikalau dia pergi dari situ pun sudah tentu langkah kakinya akan terus di halang oleh gadis tersebut. mahu tidak mahu dia pun terpaksa menjawap soalan gadis itu. "oklah... nama saya joey saul. just call me joey...", kata joey perlahan lahan. "Oh... hai joey... nama saya melcy ak pugang... saya students baru kat sini... by the way, nice to meet you...", ucap melcy sambil menghulurkan tangannya pada pemuda itu. joey menyambut huluran tangan melcy. mereka bersalaman seketika. melcy tersenyum pada joey tapi joey tidak membalas senyumannya. malahan wajahnya semakin serius pula. "yeah... nice to meet u too... urm... i've got to go now... bye...", joey bersuara sambil beredar dari situ. melcy ingin menahan joey di situ supaya dia dapat berbual lebih lama lagi dengannya tetapi dia tidak sempat berbuat demikian sebab joey sudah pun pergi jauh meninggalkannya.

"hm.... sempat juga awak berkenalan dengan pemuda pelik tu, eh...", tegur suatu suara. melcy pun terus mengalihkan perhatiannya ke arah datangnya suara itu. kelihatan luna sedang berdiri memerhatikannya tidak jauh dari situ. "ya...", melcy menjawap soalan sepupunya itu. "kenapa awak berkenalan dengan pemuda pelik tu?... ramai lagi students lelaki lain yang jauh lebih menarik dan handsome dari dia tu... kenapa dia seorang saja yang awak nak berkenalan?...", soal luna dengan wajah yang kehairanan. "sebab saya nak berkawan dengan dia. saya rasa dia lain daripada yang lain...", jawap melcy dengan pantas. "maksud awak... awak nak berkenalan dengan dia sebab dia tu berkelakuan pelik, begitu?", soal luna. "dia bukannya peliklah... sebenarnya dia tu unik...", kata melcy sambil tersenyum. "unik?... orang yang pelik macam tu pun awak cakap unik?...", soal luna bertambah hairan. "yalah... dalam kepelikannya ada juga keunikannya yang tersendiri...", kata melcy sambil tersenyum lebar. "apa yang awak cakapkan ni?... saya tak fahamlah...", kata luna kebingungan.

"buat pengetahuan awak, dia tu seorang pelukis yang berbakat besar tau... semua lukisannya begitu mengagumkan... kalau awak tengok lukisannya pun sudah tentu awak akan merasa terpegun....", kata melcy sambil berjalan meninggalkan tempat itu. luna cepat cepat berjalan di sebelahnya. "ooh... begitu... tapi ramai students kat sini cakap yang dia selalu melukis benda benda yang pelik. kadangkala lukisannya begitu ganjil sekali dan menggerunkan... pernah satu kali seorang gadis ni menyuruh dia melukis wajahnya. setelah lukisannya siap, gadis itu terus jatuh pengsan sebaik saja dia melihat lukisannya itu....", cerita luna. "kenapa pula dia jatuh pengsan?", soal melcy ingin tahu. "adakah patut dia lukis separuh dari wajah gadis itu menjadi hitam legam dengan di sertai kulit wajah yang melecur?... gadis yang tengok lukisannya tu pun terkejut lalu jatuh pengsan...", cerita luna dengan wajah yang serius.

"hahaha....", melcy ketawa apabila mendengar cerita sepupunya itu. "laaa.... dia ketawa pula... ianya tak lucu pun...", marah luna tapi melcy ketawa juga. "hahaha... bagi awak ianya tak lucu tapi bagi saya ianya lucu sekali... hahaha...", kata melcy dalam derai tawanya. "hm... apa apa pun pemuda itu memang tidak sesuai untuk di jadikan kawan awak...", kata luna dengan suara yang tegas. melcy berhenti ketawa. "oh... itu pendapat awak tapi pada pendapat saya, dia memang sesuai untuk di jadikan sebagai kawan saya sebab saya memang suka berkawan dengan orang yang pelik macam dia tu...", kata melcy dengan suara yang tegas. "oh.... jadi awak nekad lah nak berkawan dengan dia?", soal luna pula. "yep...", balas melcy sepatah. "hm... ikut suka hati awaklah... tapi kalau awak ada masalah dengan dia nanti tolong jangan libatkan saya pula, ya?...", kata luna. "Ok...", balas melcy sambil tersenyum. mereka melangkah masuk ke dalam kereta luna. Tidak lama kemudian kereta itu meluncur laju dari situ.

*** *** ***

Joey terjaga dari tidurnya sebaik saja dia terdengar bunyi bising dalam rumah pangsa itu. Sayup sayup kedengaran suara bapanya, encik saul dan ibu tirinya, seri sedang bergaduh di ruang tamu yang terletak tidak jauh dari bilik tidurnya.
"Hey.... lelaki tak guna, kau asyik minum alkohol aje tapi kau tak pernah pergi cari kerja..."
"Esoklah aku pergi cari kerja tu. Biarkan aku berehat di rumah ni dulu, ya..."
"Kau selalu saja cakap esok... esok... esok... sampai bila kau cakap macam tu padaku, hah?... sampai rambut kau beruban baru kau nak pergi cari kerja?"
"Eh... kenapa kau marah sangat ni, hah?... aku nak minum pun tak boleh... bising betullah kau ni..."
"Eh... aku bising sebab aku sakit hati tengok kau asyik duduk dalam rumah ni, mabuk mabukan siang dan malam tapi kau tak pergi cari kerja... habis duit aku, kau ambik. Lepas tu kau berlagak macam boss dalam rumah aku ni... kalau ikutkan hati aku yang marah ni, mahu saja aku halau kau dan anak lelaki kau tu keluar dari sini..."
"Kau jangan buat aku marah, ok... aku tampar mulut kau yang celupar tu nanti..."
"Kalau kau berani tamparlah aku...."
"Paak!!!..."
"Ouwhhh... iskkk... iskkk... iskkk... sampai hati kau tampar aku macam ni... kau memang lelaki tak guna... isssk... iissk..."
"Kau diamlah!!!!...."

Joey segera menutup kedua belah telinganya dengan telapak tangannya sendiri. Dia tidak mahu lagi mendengar pergaduhan yang berlaku di antara bapanya dan ibu tirinya. Sejak bapanya, encik saul berkahwin dengan isteri barunya yang bernama seri itu hidup mereka tidak aman lagi. Bapanya selalu saja bergaduh dengan ibu tirinya hanya kerana dia suka minum minuman keras. sakit betul hatinya apabila ibu tirinya berhasrat hendak menghalau mereka keluar dari rumah pangsa tersebut. Dia selalu mendengar ibu tirinya bercakap begitu pada bapanya dan juga dirinya apabila dia marah. Joey tahu siapalah dirinya. Dia hanya manusia biasa yang tidak ada harta benda di dunia ini. Dia dan bapanya tinggal di situ setelah bapanya berkahwin dengan perempuan tersebut.

Sejak ibu dan adik adiknya meninggal dunia dua tahun yang lalu dia dan bapanya terpaksa meneruskan hidup dalam keadaan yang tidak terurus. Bapanya kini menjadi seorang pemabuk yang teruk. Manakala hidupnya terumbang ambing bagaikan sebuah kapal layar yang kematian nakhodanya. Kematian ibu dan adik adiknya membuatkan dia merasa kehilangan yang amat sangat. Apabila dia memikirkan tentang kisah hidupnya, dia merasa sungguh sedih dan tertekan.

Dia semakin tertekan apabila bapanya berkahwin dengan perempuan tak guna itu. Hidupnya semakin hari semakin teruk. Apa tah lagi ibu tirinya sering menggodanya apabila bapanya tidak ada di rumah. Ketika itu dia baru saja balik dari kuliah tiba tiba saja ibu tirinya yang tak guna itu datang menyambutnya lalu memeluknya dan menciumnya. Terkejut betul joey ketika dia di perlakukan seperti itu. Dia tidak menyangka yang wanita tersebut sanggup menggodanya saat itu. Dalam keadaan yang terkejut dan menggeletar, dia terus menolak tubuh ibu tirinya ke atas kerusi sofa yang ada di situ. ibu tirinya mulai memaki hamun dia dari belakang...

"Berani beraninya kau tolak aku, budak celaka!.... Kau sama saja macam bapa kau. Suka berkasar dengan perempuan. Berambus kau dari rumah aku ni...", begitulah kata ibu tirinya ketika dia marah padanya. Joey tidak pernah lupa akan itu semua. dia merasa sungguh marah dengan kata kata kasar ibu tirinya namun dia hanya mendiamkan dirinya. dia merasa seperti tidak di perlukan dalam rumah tersebut. Dalam diam dia merancang hendak melarikan diri dari rumah neraka tersebut.

Perlahan lahan dia mengambil beg pakaiannya. Semua pakaian di masukkannya ke dalam beg. Setelah siap dia berjalan keluar dari dalam bilik tidurnya. Dia lihat tiada sesiapa pun yang berada di ruang tamu saat itu. perlahan lahan dia melangkah pergi dari situ, tiba tiba, "hey... awak nak pergi ke mana dengan beg besar tu?", tegur suatu suara. Dia segera menoleh ke arah datangnya suara itu. Kelihatan bapanya, encik saul sedang berdiri di ambang pintu dapur sambil memegang botol arak di tangannya.

"Saya dah tak tahan tinggal dalam rumah ni, bapa... saya nak keluar dari sini...", jawap joey dengan pantas. "Bapa tak benarkan awak keluar dari sini...", kata encik saul dengan tegas. "Saya tak peduli... saya nak keluar juga dari sini...", balas joey sambil beredar dari situ. "anak tak guna... setelah bapa bersusah payah membesarkan awak, beginikah balasan awak pada bapa?... eh, sudah lupakah awak yang ibu dan adik adik awak meninggal dunia kerana awak?... anak pembawa sial... di sebabkan awaklah mereka meninggal dunia. Kalau bukan kerana awak sudah tentu mereka masih hidup lagi di muka bumi ini...", bentak encik saul dalam keadaan mabuk. Berdesing telinga joey ketika dia mendengar perkataan bapanya itu. Dalam diam hatinya terluka sebaik saja dia mendengar bapanya berkata begitu padanya. Tanpa menghiraukan pandangan bapanya yang tajam itu, dia pun terus berlari keluar dari rumah tersebut dengan hati yang terluka. airmata mula bergenang di pelupuk matanya... cepat cepat dia menunggang motosikalnya lalu memecut motosikalnya dengan laju sekali. Dia fikir lebih baik dia menumpang di rumah emak saudaranya, mak cik rita di pinggir bandar mersik daripada dia tinggal dengan bapa dan ibu tirinya di rumah pangsa yang teruk itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro