PELIK 2
Melcy membuka buku yang ada di dalam tangannya itu. buku tersebut penuh dengan lukisan yang di lukis dengan cantik sekali. rupa rupanya buku tersebut ialah buku sketch milik pemuda pelik itu. melcy tidak menyangka bahawa pemuda tersebut mempunyai bakat yang luar biasa dalam bidang lukisan. buktinya setiap lukisan yang di hasilkannya begitu mengagumkan. cuma lukisannya lebih kepada kesedihan, kemurungan, tragedi dan kematian. pada lukisan yang pertama melcy dapat melihat gambar seorang bayi lelaki sedang menangis di atas lantai. lukisan itu kelihatan sangat realistik. ianya mempunyai garisan dan tona warna pensel yang sangat menarik. kalau lihat sekejap pun sudah cukup membuatkan orang terpegun. pendek kata lukisannya sangat cantik. Lukisannya tak ubah macam lukisan yang di lukis oleh pelukis amatur pula.
Lukisan bayi kecil yang sedang menangis di dalam kesedihan itu betul betul nampak 'hidup'. melcy dapat rasakan kesedihan itu dari sorot mata bayi tersebut. Pada lukisan yang kedua pula kelihatan seorang pemuda sedang duduk bersandar di tepi dinding dengan wajah yang begitu muram sekali. dia seperti menanggung kesedihan yang tidak terkira. perlahan lahan melcy menyelak kembali helaian mukasurat yang seterusnya. lukisan kali ini menggambarkan seorang pemuda seperti sedang jatuh melayang ke dalam sebuah lubang yang sangat besar, gelap dan dalam sekali. semakin lama melcy memerhatikan lukisan tersebut semakin pelik pula rasanya. apa maksud yang tersirat di sebalik semua lukisan itu pun dia sendiri tidak tahu
Perlahan lahan dia kembali menyelak halaman mukasurat yang lain pula. Kelihatan 3 wajah yang mengerikan. ianya seperti wajah orang mati melecur pula. Berkerut dahi melcy ketika dia melihat lukisan tersebut. lukisan yang terakhir pula menggambarkan tangan kiri manusia yang terluka dengan darah menitis keluar. melcy merasa tidak selesa apabila dia melihat semua lukisan tersebut. walaupun semua lukisan itu di lukis dengan lukisan yang cantik sekali namun melcy dapat rasakan ada sesuatu maksud yang tersirat di sebalik semua lukisan lukisan tersebut. hanya pemuda itu saja yang tahu maksudnya....
*** *** ***
Joey menunggang motorsikalnya dengan laju sekali. dia ingin balik ke rumah dengan secepat mungkin. dadanya berdebar sakan sebaik saja dia melihat rumah kayu dua tingkat di pinggir bandar itu di jilat api. kedengaran tangisan bayi dan jeritan yang mengerikan dari dalam rumah tersebut. dia terus berlari masuk ke dalam rumah itu untuk menyelamatkan orang yang tersayang tapi malangnya dia tidak sempat berbuat demikian. rumah itu habis musnah di jilat api yang marak sekali. "Oh!... tidaaaaakkkkk!!!!!......", jerit joey histeria. Serentak dengan itu dia terbangun dari tidurnya. peluh dingin mengalir perlahan membasahi pipinya. dadanya berdebar sakan. Dia sering kali di hantui oleh tragedi yang mengerikan itu sehingga ianya terbawa bawa di dalam mimpinya.
bila dia tringatkan peristiwa itu dia mula merasa sedih, marah, kecewa dan bersalah. "mengapa aku tidak selamatkan mereka dulu?.... kenapa mereka yang harus mati kerana kelalaianku?.... celaka betul aku ini.... kerana kelalaianku mereka pergi meninggalkan dunia ini buat selama lamanya.... oh... betapa sialnya aku ini....", keluh joey dengan hati yang sedih. Dia bangun lalu melangkah masuk ke dalam bilik mandi yang terletak tidak jauh dari situ. kepala paip di pusing dengan pantas. air mengalir keluar dari paip air tersebut. perlahan lahan dia mencuci wajahnya dengan air paip di sinki. selepas itu dia merenung wajahnya di cermin besar yang tergantung di atas dinding itu.
perasaan bersalah yang amat sangat membuatkannya merasa tidak tenang. "ini semua salah aku... salah aku... salah aku.... salah akuuuu!!!!....", bentak joey. dia menumbuk cermin tersebut dengan sekuat hatinya sehinggakan cermin kaca itu pecah dan tangannya luka berdarah. Joey berhenti menumbuk cermin kaca tersebut apabila dia melihat ada kesan darah merah terpalit di celah celah rekahan cermin yang pecah itu. dia tahu tangan kanannya sudah terluka tapi dia tidak segera merawat luka tersebut. malahan dia hanya berdiri di situ sambil memerhatikan luka di tangan kanannya. Darah merah yang mengalir perlahan di atas tangannya di perhatikan seketika. Setitis demi setitis darah merah jatuh dari tangannya. yang peliknya dia langsung tidak merasa sakit akibat luka di tangannya. malah dia merasa lega pula...
*** *** ***
Pagi itu melcy bangun awal untuk pergi kuliah di UMM. dia pergi kuliah dengan di temani oleh sepupunya luna. Hari itu merupakan hari pertama dia menjejakkan kaki di universiti tersebut. manakala luna pula sudah dua tahun menuntut di situ. pendek kata dia sudah biasa dengan tempat itu. luna membawa melcy berjalan memasuki ruang koridor yang sibuk itu sambil berbual bual. ketika mereka sedang berjalan di ruang koridor yang sibuk itu tiba tiba ada seorang pemuda berjalan dengan laju dari arah belakang lalu melanggar bahu kiri melcy. habis semua buku bukunya terjatuh di atas lantai. terpaksalah melcy tunduk mengutip buku bukunya itu. luna pun turut tunduk mengutip buku tersebut. "hish... teruk betul orang tu... dahlah langgar orang tak tentu pasal... lepas tu, tak minta maaf pula tu... hmmm...", rungut luna sambil menggeleng gelengkan kepalanya. melcy hanya diam membisu. dia lihat pemuda yang melanggarnya sebentar tadi terus beredar dari situ.
Wajah pemuda tersebut mengingatkan melcy pada pemuda pelik yang di temuinya di dalam bas tempohari. kalau tidak salah itulah pemuda pelik yang di temuinya di dalam bas beberapa hari yang lalu. boleh jadi juga pemuda tersebut menuntut di universiti yang sama dengan mereka. kalau tidak masa kan dia berada di kawasan kampus yang sibuk itu. melcy mula membuat andaiannya sendiri. "awak tak apa apa ke?...", soal luna. melcy terkejut dari lamunannya. "oh... saya tak apa apa... saya baik baik saja... er... terima kasih sebab awak tolong saya kutip buku buku ini semua...", balas melcy sambil tersenyum kambing. "hm... sama sama...", balas luna perlahan lahan. Luna membawa melcy menerokai setiap bangunan yang ada di kawasan universiti tersebut sebelum kuliah mereka bermula pada pagi itu. namun dalam pada itu melcy asyik teringat tentang pemuda pelik yang melanggarnya sebentar tadi. "er... luna... awak kenal tak pemuda yang melanggar saya tadi tu?", soal melcy ingin tahu. luna terdiam seketika. dia memandang wajah melcy. "oh...pemuda yang teruk tu ke?...", balas luna. "ya... siapa dia tu?", soal melcy ingin tahu. "oh... saya tak berapa kenal dia tapi ramai student kat sini cakap yang dia tu pelik sikit orangnya...", kata luna dengan wajah yang serius.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro