BAHAGIAN 7
Pashmina Zulaikha masih terbayang-bayang dan terngiang-ngiang di telinga peristiwa Tengku Muazz meluahkan segala isi hatinya terhadap dirinya pada dua hari lalu . Peristiwa tersebut membuatkan Pashmina Zulaikha segan untuk berjumpa dengan Tengku Muazz lagi kerana dia tidak percaya yang Tengku Muazz boleh jatuh cinta kepadanya tanpa dia sedari selama ini .
Di halaman rumah Pashmina Zulaikha duduk di atas buaiyan sambil membaca novel tiba-tiba terdengar deringan pada handphone. Pashmina Zulaikha melihat siapa gerangan yang menelifonnya pada hari hujung minggu begini . Pada handphonenya tertera nama Tengku Muazz pada skrin . Terbeliak biji mata Pashmina Zulaikha apabila dapat tahu yang Tengku Muazz menelifonnya , dia seolah-olah tidak mahu mengangkat panggilan itu . Jika Pashmina Zulaikha tidak mengangkat panggilan itu sudah tentu Tengku Muazz akan datang ke rumah mencarinya nanti .
" Hello ! " .
" Lamanya nak angkat call saya ! " Tengku Muazz menelifon seperti biasa . Seolah-olah tiada apa yang berlaku di antara mereka berdua .
" Oh sorry ! Saya dekat dalam toilet tadi...ermm ada apa call saya ni ? " tanya Pashmina Zulaikha tidak mahu memanjangkan cerita . Menjawab panggilan pun kerana terpaksa . Kalau boleh memang tak nak angkat call langsung . Tengot muka si Muazz pun tak nak buat masa sekarang ni . Ntah kenapa dia berasa menyampah pulak dengan Tengku Muazz .
" Haish tak kan lah nak call kekasih hati saya pun tak boleh " usik Tengku Muazz selamba sahaja .
" Tak lah saya gurau je jangan lah marah ye sayang ! Ni saya call nak ajak awak keluar lepak sama-sama petang nanti . Awak jangan risau bukan saya dengan awak jer , Isyraf dengan Azira pun join sekali " Tengku Muazz tanpa segan silu memanggil Pashmina Zulaikha sayang . Padahal Pashmina Zulaikha belum memberi kata putus untuk hubungan mereka yang seterusnya .
Pashmina Zulaikha langsung tidak pedulikan Tengku Muazz yang sedang cuba untuk memikat hatinya .
" Bila Azira sampai KL bukan dia dekat kampung lagi ke ? " .
" Dah dua hari dah . Sebenarnya saya dengan Syaf dah lama plan nak lepak sama-sama bila awak dah balik dekat sini nanti " Tengku Muazz kalau boleh nak jumpa buah hatinya setiap hari . Tak kira lah Pashmina Zulaikha menyampah ke tak nak kena hadap muka dia taip-tiap hari .
" Hmm ok jugak tu lagi pun saya dah lama tak lepak sama-sama macam dulu " ujar Pashmina Zulaikha sambil tersenyum gembira . Maklumlah rindu sangat nak lepak sama-sama macam zaman belajar dulu .
" Okey kalau macam tu nanti pukul 4.30 petang saya datang jemput awak dekat rumah lah ye sayang ! " selamba sahaja Tengku Muazz membuat keputusan sendiri . Memandai dia sahaja mahu mengambil Pashmina Zulaikha padahal Pashmina Zulaikha tidak menyuruh .
Belum sempat Pashmina Zulaikha mahu membalas apa yang dikatakan Tengku Muazz tiba-tiba sahaja Tengku Muazz mematikan panggilannya .
" Ishh Muazz ni geram pulak aku ! Suka matikan panggilan bila orang tak habis cakap lagi . Siapa suruh dia datang amik aku ? Aku tak suruh pun " omel Pashmina Zulaikha sendirian . Naik geram pulak dia dengan sikap Tengku Muazz sekarang ni . Memandai jer buat keputusan sendiri .
" Sayang dia panggil aku eee tolonglah geli aku " Pashmina Zulaikha berasa nak muntah bila Tengku Muazz selamba memanggilnya sayang . Memang Tengku Muazz mahu menangih cintanya sekarang ni .
Pashmina Zulaikha kembali menyambung membaca novel yang tergendala seketika tadi dan terus mematikan telifonnya kerana tidak mahu sesiapa pun menganggunya membaca novel .
***
Tepat pada pukul 4.30 petang Tengku Muazz telah berada di hadapan pintu rumah Pashmina Zulaikha . Sedikit pun dia tidak lewat untuk sampai ke rumah Pashmina Zulaikha .
" Assalamualaikum " Tengku Muazz memberi salam .
" Sape pulak yang datang ni " .
Pashmina Zulaikha menuruni anak tangga apabila mendengar ada orang memberi salam dari luar rumah berkali-kali . Pashmina Zulaikha membuka pintu dengan sentap kerana dia tengah bersiap-siap mahu keluar ada pulak orang yang datang time macam ni . Terperanjat Pashmina Zulaikha apabila melihat muka Tengku Muazz yang sedang berdiri tegak berada di hadapan pintu rumahnya .
" Opocot mak kau ! Haaa " Pashmina Zulaikha menepuk dahinya . Mulutnya sempat ditutup memakai kedua belah tapak tangannya . Malu betul dia bila dia melatah di hadapan Tengku Muazz tanpa sedar tadi .
" Eh awak bu...buat apa kat sini ? " tanya Pashmina Zulaikha . Dia lupa yang Tengku Muazz mahu menjemputnya .
" Haish belum tua tak kan dah lupa kot ! kan saya dah cakap yang saya akan jemput awak . Awak lupa atau awak buat-buat lupa ? " keningnya di jongketkan sedikit ke arah Pashmina Zulaikha .
" Oh yaa ! Macam mana aku boleh lupa . Tunggu jap saya nak amik handbag kat atas ? " . Dahinya ditepuk sekali lagi . Kelam kabut betul Pashmina Zulaikha apabila Tengku Muazz sedari tadi memerhati tindak lalunya yang kelam kabut dihadapan Tengku Muazz . Tengku Muazz ketawa kecil melihat kelakuan Pashmina Zulaikha . Comel betul . Macam kanak-kanak ria pun ada .
Pashmina Zulaikha sempat memerhati yang Tengku Muazz sedang ketawakannya tetapi disorokkannya .
" Ni awak tunggu dekat situ je ! Awak tak boleh masuk sebab ibu saya tak ada " beritahu Pashmina Zulaikha dengan muka masam mencuka .
Tengku Muazz hanya sekadar mengagguk faham . Berdiri di muka pintu menunggu Pashmina Zulaikha bersiap-siap untuk keluar bersama . Haish muka tengah marah pun still nampak cute , macam manalah Tengku Muazz tak boleh jatuh cinta .
Maklumlah orang tengah angau jatuh cinta kan . Pakailah macam mana sekali pun tetap si dia suka . Ni namanya cinta tak terbalas . Nanti lama-lama terbalas lah tu . Hihihi .
***
Setibanya di Pavillion Shopping Mall Pashmina Zulaikha mencari kelibat kawan-kawannya yang lain tapi tidak kelihatan seorang pun . Yang dia nampak sekarang hanyalah kesesakan orang ramai yang sedang berjalan di laluan Mall . Dia takut akan Tengku Muazz membohonginya hanya untuk mengajak dia keluar makan bersama semata-mata . Ntah kenapa semenjak dua menjak dia tidak percaya dengan Tengku Muazz lagi .
" Duduk lah dulu saya nak call Syaf kejap " Tengku Muazz mengeluarkan handphonenya dari poket seluar untuk menelifon Isyraf . Belum sempat nombor didail Isyraf dan Azira sudah muncul di sebalik tembok kekesakan orang ramai .
Azira berlari anak ke arah Pashmina Zulaikha apabila melihat Pashmina Zulaikha .
" Hye babe ! Muah...muah...weh lamanya tak jumpa kau babe rindu sangat dekat kau " Azira memeluk dan mencium pipi kawannya itu setelah sekian lama tidak bertemu . Rindunya betul-betul terubat sekarang bila dapat jumpa Pashmina Zulaikha .
" Aku pun rindukan kau jugak ! Eh kau datang KL tak bagi tahu pun " mulut Pashmina Zulaikha mencebik bila dapat tahu Azira datang ke Kuala Lumpur tanpa memberitahunya .
" Aku memang saja plan tak nak bagitahu kau pun , sebab bila sampai sini aku nak buat suprice dekat kau . Ni kau sihat ke ? " .
" Sihat je kalau tak sihat aku tak datang dah hahah ! Ni kau stay terus ke apa kat sini ? " kata Pashmina Zulaikha sambil melawak hambar .
" Haah aku nak stay sini sebab aku ada temuduga kerja office dekat area sini nanti " .
Mereka berdua berbual tanpa menyedari yang Tengku Muazz dengan Isyraf memerhatikan gelagat mereka berdua dari tadi . Mereka berdua bercerita panjang lebar tanpa mempedulikan Tengku Muazz dan Ishraf yang sedari tadi berdiri di belakang mereka berdua . Mungkin mereka lupa yang mereka bukan datang berdua tapi berempat .
" Ehem...ehem... " Isyraf berdehem .
" Amboi korang seronoknya korang bercerita kat situ ye ! Ni kalau nak bercerita sekali pun jangan lupa kami berdua sekali " tegur Isyraf sambil berdiri di hadapan Pashmina Zulaikha dengan Azira . Isyraf membuat muka merajuk .
" Eh jom lah kita pergi makan dulu nanti baru kita jalan-jalan dekat sini okey ! " Tengku Muazz menunjukkan arah yang hendak dituju .
Di meja makan masing-masing memesan makanan dan minuman . Sambil menunggu makanan dan minuman sampai mereka sama-sama berbual tentang zaman belajar , masing-masing gembira dan ketawa . Tidak lama setelah mereka berempat berbual-bual makanan yang dipesan pun sampai .
" tq " kata Tengku Muazz kepada pelayan sambil tersenyum .
" So lepas ni kita nak jalan mana ? " tanya Isyraf kepada kawan-kawannya . Belum sempat menjamah makanan Isyraf sudah bertanya ingin ke mana . Tidak penyabar betul Isyraf ni . Kalau ye pun makan lah terlebih dahulu .
" I ikut je korang nak jalan mana " Pashmina Zulaikha menjamah hidangan yang baru dipesannya sebentar tadi .
" Kalau macam tu awak jalan-jalan dekat hati saya je lah ! " Tengku Muazz secara tiba-tiba sahaja mencelah sambil ketawa kecil tanpa menghiraukan yang Isyraf dan Azira di hadapannya sedang memerhati tingkah laku Tengku Muazz yang semena-mena .
Pashmina Zulaikha hampir saja mahu tersedak nasi apabila dengar Tengku Muazz berbicara seperti itu . Pipinya hampir naik merah secara tiba-tiba apabila Tengku Muazz mengusiknya . Pashmina Zulaikha tidak bersuara dan malu dengan apa yang didengari olehnya tadi , tambah-tambah lagi Azira dan Isyraf turut dengar sama . Namun
Pashmina Zulaikha tidak mengendahkan Tengku Muazz yang sedang cuba untuk memikat hatinya . Pashmina Zulaikha hanya makan seperti tiada apa yang berlaku kepadanya .
" Korang ni ada apa-apa ke ? I think you all..." mata Azira tidak berhenti melihat Pashmina Zulaikha yang kemerahan pipinya itu . Dari tadi Azira memerhati Tengku Muazz yang sedang cuba untuk menarik perhatian Pashmina Zulaikha tapi tidak dilayan .
" Ermm...ahahah mana ada apa-apa kau ni macam lah tak tahu Muazz tu suka berguarau ! Ta...takde apa laa " Pashmina Zulaikha memotong Azira bercakap , dia tidak mahu Azira terus tertanya-tanya . Pashmina Zulaikha berharap yang Azira percaya dengan kata-katanya . Dia tidak mahu Azira membuat andaian mahupun ada salah faham di antara mereka .
" Ni makan je lah , betul tu cakap Zu saya main-main jer tadi ! " Tengku Muazz tidak mahu mengeruhkan keadaan semasa makan . Mengalah bukan berarti dia sudah berhenti untuk mengejar Pashmina Zulaikha .
" Habistu kalau lah tak ada apa-apa kan asal pipi kau merah-merah ni . Baby nak cendol ke ?? " usik Azira kepada Pashmina Zulaikha membuatkan Pashmina Zulaikha sudah hilang selara untuk makan . Hatinya sekarang sedang membuak-buak menahan amarah .
" Hishh kau ni mana ada laa " Pashmina Zulaikha memberitahu Azira dengan suara perlahan namun masih dapat di dengari oleh Tengku Muazz dan Isyraf .
Isyraf memandang sahaja tanpa menghiraukan perbualan mereka . Isyraf hanya menumpukan kepada makanan sahaja . Malas dia mahu melayan perbualan mereka . Sesungguhnya makan lagi menyelerakan sekarang ni .
Tengku Muazz sesekali milirik mata memandang Pashmina Zulaikha namun Pashmina Zulaikha melarikan anak matanya ke arah lain tidak mahu memandang muka Tengku Muazz yang tersengeh-sengeh melihatnya seperti tidak boleh mengawal matanya itu .
Setelah selesai makan mereka beredar dari cafe tersebut kemudian berjalan-jalan di mall . Mereka pergi karoke bersama-sama kemudian menoton wayang bersama-sama . Banyak masa yang mereka luangkan bersama-sama hari ini meskipun masa hanyalah sekejap .
***
" Haish anak ibu pergi mana sehari ni , malam baru balik ! Ingatkan dah tak ingat jalan nak balik " tanya Puan Raihana kepada anaknya .
" Ishh ibu ni tak kan lah sampai tak balik rumah . Kan Zu dan massage ibu yang Zu keluar pergi jalan-jalan dengan Azira , Muazz dengan Syaf . Ibu tak baca eh ? " .
" Tak adalah lah ibu saje tanya . Ibu baca massage Zu tadi . Ni balik siapa hantar ? Ingatkan Zu pergi naik kereta Zu habistu ibu tengot kereta Zu ada aja tersadar kat luar tu " Puan Raihana masih tidak berpuas hati untuk bertanya .
" Muazz yang hantar ibu , pandai dia amik pandai lah dia hantar kan ? " Pashmina Zulaikha berkata selamba sahaja dengan nada sedikit geram .
" Ibu Zu naik dulu ye ! Zu nak mandi nak solat nanti terlepas solat maghrib pulak ! " kata Pashmina Zulaikha sahaja mahu mengelak dari ibunya sebelum ibunya bertanya perkara yang bukan-bukan . Cukup dia kenal dengan sikap ibunya itu . Kalau dia mahu tahu sesuatu perkara pasti dia akan soal sampai puas hati .
Puan Raihana hanya tersenyum sambil melihat anaknya yang berlari anak naik ke bilik . Ada sahaja dia mahu melarikan diri . Belum sempat tanya banyak perkara lagi .
" Hmm ye ke tak ada apa-apa " Puan Raihan bertanya diri sendiri ingin kan jawapan .
***
Tengku Muazz tersenyum sendiri apabila sampai di rumah seperti sedang dilamun cinta . Tengku Muazz masuk ke dalam rumah sambil tersenyum-senyum lalu ditegur oleh Tengku Maznah yang sedari tadi melihat Tengku Muazz tersenyum seorang diri .
" Amboi senyum sampai ke telinga nampak ? " tegur Tengku Maznah yang sedang menonton tv bersama-sama dengan Tengku Mazlan di ruang tamu .
Tengku Muazz mengetip bibirnya sendiri sebelum melabuhkan punggungnya di atas sofa .
" Eh mummy mana ada laa " .
" Mummy nampak lah yang anak mummy ni tersenyum sorang-sorang macam orang tengah angau cinta jer . Dah sampai bulan ke kamu berangan haa ? " kata Tengku Maznah saja mahu mengusik kerana sejak dua menjak ni melihat Tengku Muazz sering tersenyum seorang diri . Pasti ada benda yang mengembirakan hatinya sekarang ni .
" Hish awak ni biarlah , dia dah besar panjang dah pun . Kalau dia dah ada teman hidup bagus lah boleh lah awak dapat menantu cepat lagipun rumah ni sunyi tanpa cucu " ujar Tengku Mazlan kepada isterinya .
" Apa menantu bang ? Maknanya tak lama lagi saya nak dapat menantu lah ye ! " tanya Tengku Maznah dengan teruja . Macam tidak percaya sahaja yang anaknya sekarang sudah mempunyai teman wanita .
" Mummy...daddy...bila tiba masanya Muazz sendiri akan kenalkan dekat mummy dengan daddy but not now ok ! Ni Muazz masuk bilik dulu . Muazz nak mandi lepastu nak rest lagipun esok dah kena masuk office " kata Tengku Muazz lalu berlalu pergi menujuk ke bilik .
Tengku Maznah dengan Tengku Mirza hanya tersenyum sesama sendiri apabila melihat anaknya gembira mereka turut gembira sama .
*
*
*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro