Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAHAGIAN 5

Tengku Muazz turun untuk sarapan pagi dengan wajah yang ceria serta senyuman yang mekar di bibir telah ditegur oleh Tengku Maznah .

" Amboi anak mummy nampak ceria jer hari ni , ada berita gembira ke ? " tanya Tengku Maznah sambil menuangkan secawan air kopi untuk anaknya .

" Hari ni hari yang paling gembira dalam hidup Muazz mummy ! " kata Tengku Muazz sambil tersenyum lebar lalu mengambil jem roti kemudian di sapu pada roti .

Tengku Maznah jarang melihat kelakuan anaknya yang sangat ceria pada pagi hari macam ni . " Hari paling gembira ? maksud Muazz ? " .

" Hari ni Muazz nak pergi melamar gadis " ujar Tengku Muazz dengan perlahan sahaja lalu meneguk secawan air dan mencium tangan mummynya sebelum pergi .

" Muazz ni suka main-main hishh budak ni . Kamu nak ke mana ? Tak kan lah dengan mummy pun nak berahsia ! " jerit Tengku Maznah kepada Tengku Muazz yang meluru masuk ke dalam kereta . Tengku Maznah tidak percaya dengan apa yang diberitahu anaknya . Mungkin itu hanya sekadar gurauan sahaja . Tidak pernah Tengku Muazz memberitahunya yang dia ada teman wanita .

Tengku Muazz hanya tersenyum tanpa membalas jawapanya Tengku Maznah dan berlalu pergi .

***

SETAHUN KEMUDIAN

Setibanya di airport KLIA Tengku Muazz turun daripada kereta AUDI R8 V10 Pluss miliknya dengan memegang sejambak bunga ros .

Ramai perempuan yang sedang memerhatikannya dan cair apabila melihat Tengku Muazz yang tampan dan segak bergaya itu . Mahunya perempuan tak cair bila melihat Tengku Muazz yang berkulit putih , segak bertubuh sasa , suka bergaya dan mempunyai wajah yang sangat tampan . Dekat pejabat juga ramai perempuan yang sukakan Tengku Muazz tidak mustahil lah kalau di luar lebih ramai yang terpegun melihat Tengku Muazz .

Dari tadi perempuan-perempuan yang berada di hadapan pintu gate masuk tidak melepaskan padangan ke arah Tengku Muazz yang segak mengenakan jeans berwarna hitam serta jaket kulit berwarna hitam . Tengku Muazz tidak mengedahkan mereka semua . Tengku Muazz hanya tersenyum kelat sahaja .

Tengku Muazz juga hairan dan tertanya-tanya kepada dirinya kenapa Pashmina Zulaikha langsung tiada perasaan terhadapnya selama ini sedangkan dekat luar sana Tengku Muazz sering jadi bualan hangat kerana wajahnya yang begitu tampan tapi Pashmina Zulaikha langsung tidak tertarik dengannya . Malah Pashmina Zulaikha langsung tidak memandangnya sedangkan sudah pelbagai cara yang Tengku Muazz cuba lakukan untuk membuat Pashmina Zulaikha jatuh cinta kepadanya tapi tetap tidak berhasil malah sia-sia sahaja usahanya selama ini . Tapi Tengku Muazz tetap tidak mengalah dan terus mencuba untuk dapatkan Pashmina Zulaikha menjadi miliknya .

Tengku Muazz menunggu Pashmina Zulaikha dengan gementar . Tengku Muazz mundar-mandir menunggu di pintu ketibaan yang dimana Pashmina Zulaikha akan muncul di situ tidak lama lagi .

Setelah beberapa minit menunggu Tengku Muazz melihat susuk tubuh Pashmina Zulaikha yang sudah tiba keluar mengenakan seluar jeans berwarna biru pekat dan blazer berwarna merah serta mengenakan shawl berwarna hitam . Tengku Muazz terpegun melihat Pashmina Zulaikha , matanya tidak berhenti memandang Pashmina Zulaikha yang sudah berubah penampilannya menjadi begitu cantik , walaupun sudah setahun tidak berjumpa perasaan tetap sama masih sayang dan cintakan Pashmina Zulaikha .

Tengku Muazz kemudian berdiri menghampiri Pashmina Zulaikha dengan menyorokan sejambak bunga ros di belakangnya susuk tubuhnya .

" Hye ! " tegur Tengku Muazz di tepi Pashmina Zulaikha dengan tiba-tiba mengejutkan Pashmina Zulaikha yang sedang cuba untuk menelifon ibunya .

Pashmina Zulaikha terkejut melihat Tengku Muazz berada di sebelahnya dengan tiba-tiba ." Hye ! awak bu...buat apa dekat sini Muazz ? " tanya Pashmina Zulaikha dengan senyuman .

" Saya datang sini nak ambil awak lah ! " kata Tengku Muazz terus terang kepada Pashmina Zulaikha  .

Namun Pashmina Zulaikha tidak percaya dengan apa yang Tengku Muazz beritahunya kerana dia tahu Tengku Muazz dari dulu suka mengusiknya " Haish awak ni dari dulu tak habis-habis nak bergurai jer ? awak dekat sini ada tunggu someone eh ? " tanya Pashmina Zulaikha  kepada Tengku Muazz yang masih berdiri tegak di hadapannya dengan senyuman .

" Haah saya memang tengah tunggu someone tapi someone tu sekarang dah dekat depan mata saya dah sekarang ni ! " ujar Tengku Muazz kepada Pashmina Zulaikha yang masih tidak percaya dengan Tengku Muazz .

Pashmina Zulaikha tidak menghiraukan Tengku Muazz yang sedang menunggunya itu . Pashmina Zulaikha membuat tidak endah sahaja lalu terus menelifon ibunya namun ibunya tidak mengangkat panggilannya . Pashmina Zulaikha resah dan cuak kerana masih tidak nampak kelibat kedua ibu bapanya di sini manakala telifon tidak dijawab oleh ibu dan ayahnya .

Risau pulak Pashmina Zulaikha bila ibu dan ayahnya masih tidak kelihatan . " Mana ayah dengan ibu ni " matanya melilau-lilau mencari kelibat kedua ibu dan ayahnya .

Tengku Muazz ketawa kecil melihat Pashmina Zulaikha yang sedang cuak itu . " awak tak payah lah call ibu dengan ayah awak sebab saya dah mintak izin ibu dengan ayah awak yang saya nak jemput awak dekat airport hari ni ! Saya tak main-main kali ni , saya memang datang sini nak jemput awak ! " terus terang Tengku Muazz .

" What ?? tapi kenapa awak ? Ibu ayah saya mana ? " tanya Pashmina Zulaikha bertubi tubi .

" Ibu dengan ayah awak kat rumah lah . Nanti saya explain dekat awak ok " .

Tengku Muazz kemudian menghulurkan Pashmina Zulaikha sejambak bunga ros yang disorokannya di belakang susuk tubunya dari tadi .

" This for you ! " Tengku Muazz menghulurkan sejambak bunga ros kepada Pashmina Zulaikha dengan senyuman yang penuh makna .

Pashmina Zulaikha terkejut dan tersenyum kecil tidak terkata apa-apa . Dia pelik melihat kelakuan Tengku Muazz dengan kehadiran Tengku Muazz secara tiba-tiba munculkan diri setelah setahun tidak bertemu datang dengan membawa sejambak bunga ros menjadi tanda tanya di fikirannya .

" Untuk saya ?? wow ! but why awak bagi saya bunga ? " tanya Pashmina Zulaikha dengan nada perlahan sambil melihat di sekeliling airport malu pulak kalau ada yang memerhati .

" Sebab awak orang yang bermakna dalam hidup saya " tanpa segan silu Tengku Muazz memberitahu lalu menarik beg bagasi milik Pashmina Zulaikha .

" Jom saya hantar awak balik . Nah amik bunga ni " .  Tengku Muazz masih memegang sejambak bunga yang belum disapa oleh Pashmina Zulaikha .

Pashmina Zulaikha mengambil bunga yang diberikan Tengku Muazz dan berjalan bersebelah dengan Tengku Muazz menuju ke kereta untuk pulang .

" Adoi macam mana ni , betul ke ni apa yang aku nampak ke aku mimpi ! Tengku Muazz datang amik aku biar betul ni . Nanti sampai rumah aku kena soal siasat ni ibu dengan ayah sebab senang-senang je bagi Muazz amik hish...ke Muazz tipu erg tak mungkin Muazz nak buat macam tu kan ?? " omel Pashmina Zulaikha di dalam hati sambil berjalan memandang Tengku Muazz dengan tajam .

Tengku Muazz tidak mengendahkan Pashmina Zulaikha yang sedang memerhatinya dengan tajam . Tengku Muazz memasukkan beg bagasi di dalam bonet kereta dan kemudian membukakan pintu kereta untuk Pashmina Zulaikha .

***

Di dalam kereta Pashmina Zulaikha memerhatikan Tengku Muazz dengan pelik . Tengku Muazz tahu yang Pashmina Zulaikha sedang memerhatinya dengan penuh tanda tanya di dalam fikiranya . Pasti ada macam-macam soalan yang dia nak tanyakan .

" Sebelum saya hantar awak balik saya nak bawak awak pergi makan dulu okey " kata Tengku Muazz kepada Pashmina Zulaikha yang sedang termenung di sebalik tingkap pintu kereta .

" Eh tak pe lah nanti susah-susahkan awak pulak lagipun saya balik rumah mesti ibu dah masak sedap-sedap ye lah hari ni kan anak dia balik ! " .

" Mana awak tahu ibu awak masak ? tak ada susah lah kan saya yang nak amik awak dekat airport lagipun saya dah tempah meja makan untuk kita berdua makan " Tengku Muazz selamba sahaja berterus terang .

" Saya tahu lah ibu saya ! Jap what tempah tempat makan ? Kita...kita berdua je ? " . Berkerut dahi Pashmina Zulaikha bertanya . Makin pelik .

" Okey kita dah sampai ! " Tengku Muazz tidak membalas pertanyaan Pashmina Zulaikha lalu keluar dari kereta dan membuka pintu kereta untuk Pashmina Zulaikha .

" So princess di persilakan keluar " . Tengku Muazz menundukan sedikit kepalanya tanda hormat kepada wanita .

" Saya boleh bukak sendiri la Muazz , awak tak payah lah buat semua ni macam saya tak boleh bukak sendiri pulak ! " Pashmina Zulaikha cukup tidak selesa dengan layanan Tengku Muazz terhadapnya .

Di dalam Hotel tersebut Pashmina Zulaikha memerhati setiap meja tersebut tiada orang yang makan di situ semuanya kosong kecuali meja yang dihias cantik dan terdapat beberapa hidangan istemewa di atas meja . Hari ini Tengku Muazz membawa Pashmina Zulaikha ke Sabayon EQ Hotel KL sebuah Hotel yang sangat mewal di KL . Pashmina Zulaikha terkedu melihat semua ini dan tertanya-tanya kenapa Tengku Muazz membawanya ke sini . Ini lah kali pertama dia menjejak kaki makan ke tempat mewah macam ni . Selama ini dia tidak pernah terfikir untuk menikmati makanan di tempat mahal bertaraf lima bintang macam ni .

" Kita buat apa kat sini ? ".

" Ouh saya nak ajak awak tidur kat hotel malam ni ! nak makan lah takkan nak tidur sini pulak , di persilakan duduk " ujar Tengku Muazz sambil menarik kerusi untuk Pashmina Zulaikha duduk . Sempat lagi dia mengenakan Pashmina Zulaikha .

Pashmina Zulaikha melabuhkan punggunya kemudian duduk di kerusi berhadapan dengan Tengku Muazz . Pelbagai soalan yang muncul di dalam fikirannya sekarang ni . Macam-macam fikiran nagetif dan positif nak diajukannya sekarang ni .

Tengku Muazz ketawa kecil melihat Pashmina Zulaikha yang masih blur dengan keadaan sekeliling .

" Kenapa makan kat sini ? Mahal lah kat sini , awak bawa saya makan kat kedai mamak pun saya ok je lah " .

" Saja , bukan selalu pun kan . Lagipun ni first time saya bawak awak pergi tempat macam ni " ujar Tengku Muazz dengan senyuman tak lekang di bibir .

" Membazir duit lah awak , jom lah kita balik or kita pergi cari kedai makan yang murah-murah dekat area sini ! " ajak Pashmina Zulaikha .

" Laa kenapa pulak saya dah tempah dah , kalau awak tak nak makan kat sini rugi lah sebab saya dah tempah lagipun saya bukannya tak mampu nak bawak awak makan tempat macam ni " kata Tengku Muazz kepada Pashmina Zulaikha yang masih mahu berdalih .

" Muazz kenapa awak buat semua ni , saya pelik laa , dekat airport awak datang dengan tiba-tiba amik saya and ibu dengan ayah saya pulak tak cakap apa-apa ! Lepastu awak bawak bunga ros untuk saya and now awak bawak saya datang makan dekat Hotel mewah macam ni dengan dihias banyak lampu macam ni . Apa semua ni sebenarnya ? Nak kata hari ni birthday saya tak jugak . Saya pelik ! Now please explain to me " Pashmina Zulaikha meminta agar Tengku Muazz menjelaskan tentang apa yang berlaku pada hari ini . Rasa macam mimpi je sekarang ni .

Tengku Muazz hanya tersenyum sambil menatap mata hazel berwarna coklat Pashmina Zulaikha . Sebenarnya hatinya berasa berdebar jugak nak luahkan isi hatinya kepada Pashmina Zulaikha  . Sebagai seorang lelaki Tengku Muazz tidak perlu merasa malu untuk meluahkan cintanya terhadap perempuan . Cuma satu yang dia risau takut kalau Pashmina Zulaikha menolak cintanya .

Mereka makan seperti biasa tanpa bercakap lalu Tengku Muazz membuka bicaranya untuk memecahkan kesunyian di antara mereka berdua " awak dah berubah kan , awak dah tak banyak cakap macam dulu ! " tegur Tengku Muazz kepada Pashmina Zulaikha setelah dari tadi berdiam diri . Mereka berdua hanya menumpukan kepada hidangan makanan sahaja .

Tengku Muazz tahu semasa waktu belajar dahulu Pashmina Zulaikha banyak bercakap dengan orang yang dia rapat tambah-tambah lagi kawannya kecuali dengan orang yang dia tidak kenali dia tidak akan bercakap banyak .

Pashmina Zulaikha hanya tersenyum kecil  " Ouh tak ada lah , saya cuma lama tak jumpa kawan-kawan saya so macam lain pulak " kata Eiyqaa dengan gugup .

" Owh...so macam mana awak dekat sana ? Study semua okey ? " .

" Ermm ok je... alhamdulillah saya dah great and now sebab tu la saya dekat sini sekarang kalau tak saya nak sambung lagi dua tiga tahun tapi lama sangat so saya pilih untuk setahun je lah " kata Pashmina Zulaikha kepada Tengku Muazz .

" Zu awak ingat tak yang saya pernah call awak dan saya pernah cakap yang saya nak bagi tahu benda penting dekat awak " tanya Tengku Muazz kepada Pashmina Zulaikha sama ada Pashmina Zulaikha masih ingat apa yang pernah Tengku Muazz bagitahunya ataupun tidak .

" haa japp...ouhh yaa hampir terlupa tapi don't worried saya masih ingat !  Yaa ingat saya pun terfikir jugak apa yang awak nak bagitahu saya sebenarnya , apa benda yang penting " Pashmina Zulaikha tidak sabar untuk mendengarnya .

" Zu dah lama saya pendam benda ni dah dua tahun saya cuba simpan tapi hari ni saya nak luahkan jugak apa yang saya rasa selama ni . Saya tahu ni mungkin masa yang tak sesuai untuk saya luahkan segalanya tapi saya tak nak terus memendam rasa . Sejak dari zaman kita belajar saya pendam , masa kita dah tamat pengajian sama-sama saya nak luahkan apa yang saya rasa tapi tak kesampaian sebab awak pergi Perth , sakit sangat bila saya tahu yang awak pergi tak bagitahu saya masa tu harapan saya nak luahkan isi hati saya tak kesampaian . Awak tahu tak apa yang saya rasa sekarang ? saya telah jatuh cinta dengan gadis yang ada depan mata saya sekarang ni ! " Tengku Muazz berterus terang dengan nada yang perlahan dan menatapi mata Pashmina Zulaikha dengan dalam .

Senyuman Pashmina Zulaikha mati terus dan hilang selera untuk menatap makanan yang dimakannya dek terkejut dengan apa yang dikatakan Tengku Muazz . Pashmina Zulaikha merasa seolah-olah bermimpi sahaja .

" Apa yang awak cuba maksudkan sebenarnya ni , sa...saya tak faham ! " Pashmina Zulaikha tanya dengan tergagap-gagap dia tidak tahu apa yang dimaksudkan Tengku Muazz sebenarnya .

" Saya cintakan awak Zu ! Saya cintakan awak , sangat...sangat... " ujar Tengku Muazz dengan perasaan yang sangat mendalam .

" Tapi kenapa saya ? Awak...awak main-main je kan sebenarnya ? " tanya Pashmina Zulaikha yang masih lagi tidak percaya dengan apa yang Tengku Muazz luahkan sebentar tadi .

" i'm serius , awak tak nampak ke selama ni yang saya sangat sayangkan awak . Kenapa saya selalu tanya khabar awak ? kenapa saya selalu call awak walaupun awak jauh dari saya ? Kenapa saya layan awak lain dari kawan-kawan perempuan awak yang lain sebelum ni ? Awak tak pernah pun tanya saya kenapa..." luah Tengku Muazz dengan kelompok air matanya mahu mengalir tapi ditahan olehnya .

" Tapi kenapa sekarang ? " hanya sepatah yang keluar dari mulut Pashmina Zulaikha .

" Sebab saya tahu kalau saya luahkan apa yang saya rasa , saya luahkan yang saya suka kan awak lebih dari seorang kawan awak akan tolak dan mungkin saat tu awak akan menjauhkan diri awak dari saya sebab kita masih belajar lagi and awak tak suka bercinta awak bagitahu saya masih tu " Tengku  Muazz mengingat kembali apa yang pernah Pashmina Zulaikha beritahu dahulu .

" Bi...bila awak sukakan saya ? " Pashmina Zulaikha bertanya dengan gaya tangan tidak tentu arah .

" Dah lama saya pendam . Saya tak tahu kenapa perasaan ni datang tiba-tiba je , bila saya dah start sukakan awak saya cuba buat macam-macam untuk tarik perhatian awak , mungkin awak tak perasan selama ni " ujar Tengku Muazz kepada Pashmina Zulaikha dengan nada serak kerana dia tidak tahu apa lagi mahu dikatakan kepada Pashmina Zulaikha untuk percaya kepadanya .

Tengku Muazz meraup mukanya dengan kedua telapak tangannya tanda dia risau Pashmina Zulaikha akan menolak cintanya .

" Okey awak tak perlu bagi jawapan sekarang . Saya tahu saya luahkan pada waktu yang tak seoatutnya , saya hanya nak luahkan apa yang terpendam dalam hati saya selama ni tu je . Maafkan saya " ucap Tengku Muazz dengan riak wajah kecewa .

" Muazz saya tahu niat awak baik . Awak selalu bagi saya macam-macam sebelum ni tapi saya silap saya tak nampak apa-apa pengorbanan cinta awak kepada saya selama ni tapi saya tak boleh nak terima awak lebih dari seorang kawan buat masa sekarang ni . Seumur hidup saya tak pernah fikir pasal cinta dan saya tak pernah bukak hati saya untuk mana-mana lelaki pun . Bagi saya masa ok ! " Pashmina Zulaikha menolak dengan lembut .

Risau jugak takut Tengku Muazz tidak boleh terima kenyataan tapi Pashmina Zulaikha tahu Tengku Muazz seorang yang penyabar dan tidam akan buat benda yang tidak elok kepadanya .

Tengku Muazz mengganguk tanda faham dan memberikan Pashmina Zulaikha masa untuk berfikir .

Tengku Muazz dan Pashmina Zulaikha menghabiskan makanan bersama-sama . Pashmina Zulaikha menatapi wajah Tengku Muazz yang murung tapi Tengku Muazz masih mampu tersenyum apabila melihat Pashmina Zulaikha untuk menutup kesedihannya , di sebaliknya Tengku Muazz sangat sedih . Pashmina Zulaikha tahu Tengku Muazz tiada mood lagi saat itu kerana Pashmina Zulaikha minta untuk memberikan masa dan peluang .

Setelah selesai makan Tengku Muazz terus menghantar Pashmina Zulaikha pulang ke rumahnya .

*
*
*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro