Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝐏𝐒:𝟏

Kaki terlompat kecil seraya menampar-nampar bekas gigitan nyamuk yang gatal dah hingap pada kaki kanannya. Tidak cukup dengan itu, siap menampar pipi dan belakang badan sekali.

Sedang menangkap serangga penghisap darah itu namun yang dia dapat ialah rasa perit dipukul oleh diri sendiri. Topeng wajah dibuka sementara, kau fikir tak lemas ke pakai benda ini dalam keadaan tengah bermandi peluh.

Elok sahaja bersembunyi di sebalik papan kayu lama. Susah orang nak nampak dirinya. Dahlah tidak mempunyai ruang yang luas dan tidak selesa nak berbaring.

Cukup duduk berpeluk lutut. Nak keluar dan cari tempat lain, takut terserempak dengan orang besar dia kenal pula.

Terpaksalah kekal seperti itu walaupun sedang terseksa. Agak sukar ingin melihat keadaan luar dengan jelas. Akhirnya tubuh tinggi itu mengambil keputusan untuk menyandar di tiang sambil duduk mengiring ke kanan.

Mata tidak lepas memandang papan berlubang kecil.

Hendak sahaja gadis itu berputus asa. Dahlah langsung tiada tanda-tanda jejak tinggal yang menunjukkan bahawa mereka telah masuk ke dalam atau dia yang awal sangat masuk?

"Kenapa dalam banyak-banyak tempat, bangunan terbiar ini juga jadi pilihan si pembunuh licik tersebut? So clishe." Belum apa-apa dah dapat komen buruk.

Tidak sempat mata dipejam untuk beradu.
Pantas nafas ditarik dan ditahan selama mungkin.

Masa terasa perlahan saat anak matanya tidak sengaja bertembung dengan sepasang mata misteri yang selamba berlari melepasi tempat gadis itu sembunyi. Terselak sedikit rambutnya ketika menoleh kiri, merenung tepat dalam-dalam anak mata gadis itu.

Terus terhasil satu tolakan angin yang mampu mengundurkan langkah kaki gadis itu.

Tercengang gadis itu buat pertama kali. Jangan cakap dia nampak aku? Heh, soalan paling bijak yang berani keluar dari mulut aku.

Sejurus itu, kedengaran derapan bunyi kasut terhasil daripada berpuluh-puluhan figura yang mengenakan pakaian serba tertutup sedang mengejar juga figura berlengan biru itu. Siapa lagi jikalau bukan, Blue.

Disertai juga suara-suara yang dikenali gadis itu.

"Bertuahnya aku berjumpa dengan si blue!" Bersungguh-sungguh dia menepuk tangan. Acah-acah melemparkan wajah paling gembira saat menyebut nama penjenayah terkenal satu dunia.

Ehem, pembetulan. Sini sahaja terkenal tidak termasuk negara lain sebenarnya. Mohon maaf.

"Sia-sia jelah masuk kelas menembak kalau kau tembak pun asyik tersasar!" Sinis milik suara agent Cat memuntahkan fakta.

Bukan apa, latihan menembak tak pernah ponteng. Boleh bagitahu, kenapa masih nampak lemah sangat di matanya?

Manakala di sisi lain kekal tajam memerhatikan situasi yang dihadapannya. Kelihatan masing-masing melepaskan tembakan terus meneruskan.

Katanya prinsip mereka iaitu...

Selagi target tidak mengena, selagi itulah jangan pernah turunkan senjata anda.

Penuh berhati-hati dia berlari mengikut pergerakkan langkah kaki. Mereka berhenti, dia pun perlu berhenti. Mereka merangkak, dia ikut merangkak juga. Inilah salah satu cara tak nak kantoi. Jangan risau tidak susah pun.

Kalau ya, sudah tentu kejadian 10 tahun lepas tak akan pernah berlaku.

Kejadian telah meragut nyawa mak ayah aku. Satu-satunya orang paling aku sayang atas muka bumi ini.

"Stress pula aku tengok cara tuan-tuan menembak. Gatal pula tangan aku nak ikut menembak sekali." Gaya dah cantik tetapi tembakan hmm hambar.

Setapak kaki maju ke hadapan. Ingin membuat analisis dengan siapa dia tengah bercakap. Tiada aura gentar dikesan. Jantina tidak dikenal pasti. Begitu juga umur pelaku tersebut. Namun, perasaan mahu membunuh membuak-buak. Emosi lelaki itu tidak stabil.

"Pulangkan semula barang itu. Benda itu bukan milik kau, Blue. Lebih baik kau serah diri sebelum peluru ini berbekas pada tubuh kau." Terlukis sengihan licik pada wajah disebalik topeng. Tiada sebarang bekas luka pun tercalit. Luka senang baiklah nak dikatakan.

"Kau kena sedar yang tak ada jalan untuk kau larikan diri lagi. Aku tahu, kau buat semua ini mesti bersebab. Aku tahu kau mesti dah penat buat kerja-kerja seperti ini."

Sambungnya. Kali ini nada ketua mereka seakan-akan mahu memujuk supaya dia kembali ke pangkal jalan.

Lama menyepi sebelum ada yang ikut menyampuk.

"Aduh, serah jelah diri kau apa susah sangat.  Aku dah elok nyenyak tidur tadi eh kena panggil suruh tangkap lipas kudung!" Dengan itu, hujung senjata pantas menampar lengan kirinya. Spontan terlepas senjata dalam pegangan. Lengan digosok-gosok bersama bebelan merungut sakit.

Tercengang pelaku menyaksikan mereka bergaduh antara satu sama lain. Ketika itulah Si Blue mengambil peluang keemasan untuk menyorok di belakang kotak kayu bertimbun-timbun.

"Hei! Sila buka mata luas-luas. Kita perlu selesaikan misi rahsia ini sebelum pihak polis tiba." Ya. Operasi ini ditubuhkan tanpa melibatkan orang atasan luar. Katanya lebih baik tiada siapa tahu demi keselamatan para pelajar mereka.

Academy Wi-Fi.

"Eh? ke mana dia menghilang."

Si ketua menguntum senyuman ringkas. Tangan diangkat memberi isyarat kepada lain bersedia untuk menembak. Hujung senjata tepat berada jari yang ditunding. Tangan mengetuk bahagian atas kotak.

"Berapa kali aku nak cakap?" Ucap si ketua separa berbisik.

Kain putih membalut kotak itu ditarik kasar ke atas. Menyentak kuat manusia yang sedang memeluk beg petak hitam. "Tak guna kau nak menyorok sebab aku tetap dapat kesan kedudukan kau!"

"Hmm bosanlah duduk sini lama-lama. Menyesal aku tak bawa kawan sekali." Terkeluar sedikit air mata dari tepi kelopak menahan perasaan mengantuk yang menguasai diri. Dalam dia berperang supaya kekal terjaga.

Satu tembakan kuat menghinjutkan dua belah bahu gadis itu. Serentak bunyi tubuh seseorang jatuh menghempap tanah bumi ini. Apabila dilihat ke luar semula. Anak mata bergetar-getar habis, begitu juga dengan yang lain. Kejadian beberapa saat itu berlaku sekelip mata.

Tidak sempat mereka nak bernafas kerana secara mengejut ada kelibat muncul tepat di hadapan kotak besi iaitu tempat si blue bersembunyi. Mata mereka terbuka luas. Macam mana mangsa si blue boleh masuk kawasan sini?

"Si...Siapa yang berani lepaskan tembakan sebelum turunkan arahan!" Terketar-ketar sepasang tangan diangkat ke udara. Dengan itu, senjata yang dipegang diturunkan lalu segera dirampas. "Kau tidak dibenarkan memakai atau menyentuh sebarang senjata api selama sebulan. Mulai hari ini."

Lantas kepala dijatuhkan. "Baik dan minta maaf, ketua."

"Cepat hubungi pihak hospital. Cepat!" Hampir terbang walkie talkie pada tapak tangan selepas menerima panahan mata tajam dari ketua mereka. Suara ketua mereka bergema di seluruh genap ruang dijejak sekarang.

Tampaknya tubuh si blue mengeras, seketika  dia kembali tersedar tujuan sebenar dia datang ke mari. Beg petak hitam dalam pelukan bertukar posisi. Pemegang beg digengam kemas sebelum bertindak bangkit dan mula mengambil langkah besar pergi dari situ. Larian dicepatkan.

"Dasar blueberry pengecut!" Herdik gadis itu lagi dan lagi. Topeng uniknya digantung pada wajah semula.

Tiba-tiba Seul nampak si pembunuh itu sempat berpusing semata-mata nak menghantar bahasa isyarat ke satu arah atau lebih tepat. Ke arah aku, yang membawa maksud. 'Santai nampak? Tak risau keselamatan kawan kau ke?'

"Winter!" Sekali tendangan diberi. Papan kayu yang sudah reput kini hancur berkecai begitu sahaja. Macam mana dia kenal kawan baik aku? Ah, semua itu tak penting. Yang lagi penting ialah nyawa Winter dalam bahaya!

"Diamond." Gadis itu tersentak seraya memejamkan mata sesaat. Nafas dihela singkat. Boleh pula aku terlupa satu hal. Lambat-lambat gadis itu berpusing sambil menayangkan wajah tiada perasaan itu.

Nasib baik ketua dah masak dengan wajah bak mayat hidup itu. Lagipun dia tahu gadis itu tidak berniat pun ingin berkurang ajar. Tambahan pula, memang punca datang darinya mengakibatkan perangai gadis itu berubah 360°.

"Maafkan saya, Tuan Leaves. Saya akan terima hukuman daripada tuan sebaik sahaja saya selamatkan agent Winter."  Kepala ditunduk sebagai tanda hormat. Laju mengorak langkah meninggalkan bangunan terbiar.

"Diamond. Aish." Seorang lagi licik larikan diri, seorang lagi lebih pentingkan nyawa kawan baik berbanding misi diberi. Tengah dahi ditekan-tekan kuat kemudian diurut lembut.

"Ketua." Panggil salah satu anggota yang sertai operasi biru.

Lidah Tuan Leaves berdecit. "Apa yang tak selesai dari tadi..." perlahan sahaja suaranya memarahi orang tersebut tanpa ditoleh. Jangan cakap ada berita tak bagus.

Bibir dikemam lalu berkata.
"...Mayat si mangsa dah hilang, ketua."













_To be continued_

Minta maaf kepada yang setia menungguTT kalau adalah. Kes tak buat outlined cerita dulu sebelum menulis. Enjoy reading!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro