Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Teaser 2

"TOLONG aku, kak."

"Tak ada maknanya aku nak tolong kau." Jijah peluk tubuh dengan kedua lengan, wajah dipalingkan ke sisi. Huh! Menyampah!

"Aku tahu cuma kau yang boleh tolong aku. Tolonglah aku, kak."

"Kau kan Izzudin, semalam punyalah kekwat. Model terkenal konon, tapi takut cicak."

"Aku bukan takut, kak. Geli... eh! Kotorlah menatang tu." Masih lagi Izzudin nak pertahankan maruah dia sebagai seorang lelaki. Nanti tak pasal kena bantai gelak dengan Jijah.

"Iyelah, kotor. Lepas tu tak nak mengaku dah kenal aku."

"Aku bukan..." Jeda sesaat.

"Sekarang dengan muka seposen kau datang cari aku? Panggil aku kak, tapi 'aku' kau tu tak pernah nak tinggal. Entah apa?"

Izzudin masih terdiam, memang jadi tak terkata. Kemudian dia hela nafas panjang demi melegakan rasa di jiwa. Sempat juga dia mengomel, tak pasal-pasal telinga dah perit kena bebel di pagi hari.

"Okeylah. Iz minta maaf. Tapi Iz betul-betul nak minta tolong dengan Kak Jijah ni. Sekarang cuma Kak Jijah sorang yang Iz ada."

Membesar biji mata Jijah. Terus menegak belakang badan dia yang tadi elok tersandar pada kerusi.

"Baik kau guna balik ayat 'aku', tak payah nak Iz sangat." Meremang bulu tengkuk Jijah. Rasa nak tersedak pun ada.

"Kak... tolonglah..." Izzudin dah menggelumpur, bergerak kedua-dua kakinya menunjal permukaan tanah.

Jijah melopong. Kemudian mulut ditutup. Bukannya dia tak biasa tengok perangai pelik panda sewel tu.

"Kau nak aku tolong apa? Tolong tengok? Tolong gelak."

"Tolong couple dengan aku, kak. Eh! Couple dengan Iz. Please..." Izzudin merayu dengan muka lima sen pula, biji mata terkebil-kebil.

"Kau apa? Kau nak mampus." Membingit suara jeritan Jijah.

Nasib baik mereka berada di taman. Kalau dalam cafe, mahu jadi tumpuan orang. Sekarang pun dah terteleng kepala beberapa orang awam yang sedang berjoging dan melintasi mereka di situ.

"Aku... Iz..."

"Mengaku ajelah dengan Mak Hawa, kau memang anak ikan Cik Deeja. Apa susah? Lepas tu mintak dengan Mak Hawa suruh pergi pinang Cik Deeja, kawin dengan kau. Habis cerita. Lagipun memang dia yang sponsor kau selama ni, kan?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro