Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 7

DARINA menyandarkan tubuhnya di kereta BMW X4 seraya menunggu Eiyad keluar dari tadika. Dia baru saja tiba di luar tadika itu. Hari ini dia cuti tapi dia merahsiakan hal ini daripada ibunya kerana dia tahu kalau ibunya tahu, pasti akan paksa dia keluar dengan lelaki bernama Mikail itu.

Ada kereta berhenti di belakang kereta Darina.Air muka Darina berubah kerana dia kenal siapa pemilik kereta Honda City itu.

"Apa you buat kat sini? You follow I ke?" soal Darina sebaik saja Rozie keluar dari kereta.

"Look. I datang dengan niat baik, Darina. Please biar I jumpa Eiyad," kata Rozie.

"No! You dah lupa ke perjanjian you lima tahun yang lalu? You bukan lagi ibu kandung Eiyad selepas bercerai dengan Erjaz. You takkan jumpa, dekat dan ambil Eiyad. Don't you forget about that? Perjanjian yang you sendiri tulis."

"Tapi masa tu I tak tahu apa yang I fikir sampaikan I sanggup bertindak macam tu sekali," kata Rozie. Dia cuba membela dirinya.

"You bukan gila masa tu. You masih waras masa you cadangkan surat perjanjian tu. Semua orang tahu la alasan nak sambung studi. You beria-ia nak Abang Erjaz ceraikan you sebab ex-boyfriend you tu sudah bercerai, betul tak? Silap orang la kalau you nak raih simpati pun," kata Darina. Mustahil dia dapat lupakan apa yang telah Rozie buat kepada abangnya dan Eiyad.

"Ya. I mengaku silap I, Darina. I terlalu ikutkan hati ketika itu. I menyesal sangat-sangat. Tapi kita sesama perempuan, you kena faham. Tiada ibu kat dunia ni bencikan anak sendiri. Please, I nak jumpa Eiyad. I takkan ambil Eiyad pun," pujuk Rozie. Bagi dia, antara semua adik-adik Erjaz, Darina saja yang boleh dibawa berbincang.

Tiba-tiba telefon pintar Darina berbunyi. Tertera nama Dina. Tepat masanya Dina hubungi dia. Dia terus menunjukkan skrin telefon pintarnya kepada Rozie.

Dengan serta-merta wajah Rozie berubah. Lidah terus kelu.

"Apapun alasan you, I takkan benarkan you jumpa Eiyad. Lebih baik you beredar dari sini atau I beritahu Dina yang you ada kat sini. Tadika Eiyad dekat dengan klinik Dina. Sepantas kilat Dina akan datang ke sini kalau dapat tahu you ada sini," kata Darina sebelum menjawab panggilan telefon Dina.

Sebaik saja Darina menjawab panggilan daripada Dina, Rozie terus masuk ke dalam kereta dan bergerak meninggalkan pekarangan tadika.

"Ya. Kak Darina kat luar tadika. Tengah tunggu Eiyad keluar. Maybe pergi jalan-jalan kut. Tak beli mainan pun. Yalah. Yalah. Bye!" Sambil menjawab panggil Dina, Darina memerhati kereta Rozie yang sudah berlalu pergi. Dia menarik nafas lega. Kalau Rozie sudah tahu di mana tadika Eiyad, suatu hari nanti Rozie pasti akan berjumpa dengan Eiyad.

Darina mengeluh perlahan seraya memasukkan telefon pintar ke dalam poket seluar.



ATAS permintaan Eiyad, Darina membawa Eiyad ke kafe kegemaran Eiyad. Seperti selalu, Darina membeli fresh orange dan banana waffle kegemaran Eiyad.

Eiyad begitu seronok apabila makanan dan minuman tiba.

Darina memotong wafel menjadi cebisan kecil supaya senang Eiyad makan. Dia tersenyum melihat telatah Eiyad makan. Comelnya anak saudaranya yang seorang ni. Dah la chubby, lepas tu putih melepak.

"Mak ngah, jom la pergi beli mainan," ajak Eiyad seraya makan.

"Mak ngah dah pesan banyak kali kan, jangan bercakap bila tengah kunyah makanan. Habiskan dulu baru cakap," nasihat Darina.

Eiyad segera menelan wafel di dalam mulut.

"Jom! Jom pergi kedai mainan," pujuk Eiyad.

"Kan baru saja mak ngah belikan hari itu. Minggu ni kan papa cuti, suruh papa belikan," jawab Darina.

"Tak nak! Papa dah tak nak beli kat Eiyad. Papa cakap mainan Eiyad banyak sangat. Lepas tu... Lepas tu... Papa selalu bawa Eiyad pergi kedai buku. Eiyad tak suka buku," jawab Eiyad dengan wajah masam.

Darina ketawa kecil. Sekarang ini Eiyad sudah petah bercakap. Kalau menjawab mesti panjang lebar. Ini mesti belajar daripada Dina.

"Mak ngah belikan kek, ya. Tadi ada kek Oreo." Darina cuba mengalihkan perhatian Eiyad.

"Kek Oreo? Nak! Nak!" Mata Eiyad yang redup tadi terus bersinar-sinar.

"Duduk sini. Jangan pergi mana-mana," pesan Darina. Dia terus bangun pergi ke kaunter.

Eiyad kembali semula makan.

Tiba-tiba ada seorang lelaki duduk di sebelah Eiyad.

"Hai!" tegur lelaki itu lalu tersenyum.

"Hmmm... Yang duduk sini tadi, ibu ke?" tanya lelaki itu lagi.

Eiyad memandang lelaki itu dari atas sehingga bawah. Tiba-tiba dia teringat pesanan ibu saudaranya. Kalau ada lelaki yang cuba mengurat mak ngah, mengaku saja ibu.

"Ya. Ibu Eiyad!" jawab Eiyad dengan wajah serius.

Air muka lelaki itu berubah dan terus bangun pergi.

Eiyad melihat lelaki itu terus keluar dari kafe.

Beberapa minit kemudian, Darina tiba dengan membawa kek di tangan.

"Wah, cepatnya habis. Pandai makan sampai habis. Ni kek kegemaran Eiyad." Darina tersenyum. Diusap rambut Eiyad dengan penuh kasih sayang. Dalam masa yang sama, Darina memikirkan pasal Rozie. Apa reaksi Eiyad nanti bila jumpa Rozie agaknya? Seumur hidup Eiyad, dia tak pernah jumpa Rozie.



DINA dan Eiman duduk mendengar Eiyad bercerita pasal apa yang terjadi semasa keluar dengan Darina.

"Bagus! Bagus! Memang bijak anak saudara mak lang ni!" puji Dina.

"Nak hadiah!" Eiyad tersengih.

"Boleh! Tapi hujung bulan," jawab Dina.

"Yeah! Sayang mak lang!" Eiyad terus memeluk Dina sebelum berlari masuk ke dalam rumah.

Eiman menggelengkan kepala beberapa kali. Dia menyandarkan diri di kerusi besi di halaman rumah.

"Suka sangat ajar Eiyad tu bukan-bukan. Entah-entah lelaki tu jodoh Kak Darina, kita tak tahu, kan? Kalau macam ni sampai ke tua la tak ada lelaki nak dekati Kak Darina." Eiman bersuara. Dia melihat ke arah air terjun yang nampak cantik dihiasi lampu-lampu kecil dalam suasana malam. Sebenarnya mereka berdua sedang menunggu kepulangan ayah mereka.

"Zaman sekarang ini banyak lelaki buaya. Kak Darina lawa, dah tentu ramai lelaki nak dekat. Lagipun lelaki yang mengaku bujang terlalu ramai. Hakikatnya ada bini dengan anak kat rumah kut. Kak Dina tak nak hati Kak Darina terluka lagi," kata Dina dengan panjang lebar. Selaku adik, dia akan lindungi kakaknya daripada lelaki-lelaki durjana.

"Ada juga lelaki baik kat dunia ni la. Contohnya ayah, Abang Erjaz dan juga ehem... ehem... Eiman," kata Eiman seraya menunjukkan dirinya sendiri.

Mulut Dina terus senget.

Bunyi pintu pagar rumah terbuka menyebabkan Dina dan Eiman menoleh. Kereta Toyota Camry milik ayah mereka memasuki garaj kereta. Dengan serentak, mereka terus bangun dan menyambut kepulangan Encik Ehsan.

Sebaik saja Encik Ehsan keluar dari kereta, dia terus ketawa apabila menyedari kehadiran dua orang anaknya.

"Aaa... Ini mesti ada apa-apa, kan?" teka Encik Ehsan.

"Mana ada. Kami berdua ikhlas sambut ayah balik. Beg tu bagi kat Eiman, biar Eiman bawakan. Ayah, jom makan! Ayah mesti tak makan lagi, kan?" jawab Dina.

Eiman terus mengambil beg yang dipegang ayahnya.

"Ayah, hari ni Eiman masakkan Nasi Goreng USA kegemaran ayah. Tengah panas lagi ni! Jom makan." Eiman turut sama bersuara.

"Bila dua-dua orang ni bergabung mesti ada benda nak meletup, kan? Aaa... Ibu dah balik ke belum?" tanya Encik Ehsan sambil melihat garaj kereta yang satu lagi. Kereta Toyota Vios isterinya tiada di situ.

"Belum lagi. Ibu cakap balik lewat sikit. Jom ayah," balas Dina. Dia mengheret tangan ayahnya masuk ke dalam rumah.

Tibanya di ruang dapur, Dina menarik kerusi untuk ayahnya duduk. Manakala Eiman segera menghidang makanan.

Darina yang baru melangkah masuk ke ruang dapur menggelengkan kepala melihat telatah dua orang adiknya. Dia sudah tahu tujuan mereka itu.

"Aaa... Darina! Kamu tahu tak apa adik-adik kamu ni nak daripada ayah?" Encik Ehsan bersuara.

"Lepas ayah makan nanti, ayah tahu la," jawab Darina. Dia tersenyum. Ditarik kerusi dan duduk bersama-sama dengan ayahnya di meja makan.

Dina meletakkan gelas minuman air laici di atas meja. Dia turut sama duduk.

Eiman meletakkan mangkuk kecil berisi sambal belacan kegemaran ayahnya bersama nasi goreng.

"Ayah. Makan la," kata Eiman. Dia duduk di sebelah Darina. Tersengih melihat ayahnya.

Encik Ehsan menadah tangan membaca doa makan. Kemudian dia terus makan. Selepas tiga suapan, dia berhenti dan memandang anak-anaknya.

"Cakap cepat! Ada apa sebenarnya ni?"

"Ayah makan la sampai habis dulu," kata Eiman.

"Ayah dah makan, kan. So talk!"

"Hmmm... Ayah tahu tak pasal plan ibu nak buka farmasi cawangan lain kat area kami?" Dina bertanya.

"Tahu." Ringkas jawapan Encik Ehsan.

"Boleh tak ayah nasihat ibu buka farmasi kat tempat lain?" tambah Eiman.

"Laaa... Kenapa pula? Kan bagus kalau ibu kamu buka farmasi kat situ? Dekat dengan anak-anak. Apa salahnya?"

"Ayah! Hidup kami takkan aman kalau ibu buka farmasi kat situ. Macam la ayah tak tahu perangai ibu macam mana? Dah la kat rumah kami kena hadap ibu, lepas ni kat tempat kerja pun nak hadap ibu lagi." Dina membangkang sekeras-kerasnya. Kehadiran ibunya pasti menggugat keamanan dia dan Eiman.

"Tak baik la cakap macam tu kat ibu sendiri. Berdosa," tegur Encik Ehsan.

Dina dan Eiman terus terdiam.

"Jangan la prasangka buruk kat ibu sendiri. Apa kata tukar negatif tu pada positif? Aaa... Kan bagus! Kamu Eiman, apa kata ambil peluang ini buktikan kepada ibu kamu yang pilihan kamu nak jadi cef adalah pilihan yang tepat? Kamu pula Dina, apa kata ambil peluang ini buktikan yang pilihan kamu jadi veterinar bukannya sebab niat kamu nak memberontak? Buktikan kat ibu kamu tu!" nasihat Encik Ehsan seraya memandang dua orang anaknya itu.

Muncung terus mulut Dina. Nak buktikan apanya memang jelas dia menukar program pengajian di universiti sebab ingin memberontak?

Eiman terdiam.

"Lagipun ibu kamu dah bayar deposit kat owner kedai tu. Suka atau tak, kamu berdua akan hadap ibu kamu selepas ini," kata Encik Ehsan sebelum menyambung semula makan.

Dina mengeluh kuat dan terus menongkat dagu. Dalam masa yang sama, dia mengenangkan nasibnya selepas ini. Mesti pergerakannya terbatas lebih-lebih lagi ada 'mata helang' yang memerhati.

Darina ketawa kecil.

Dina sempat lagi menjeling ke arah kakaknya. Seronok la tu tengok dia dan Eiman mati kutu. Ingatkan ayahnya boleh pujuk ibunya, tapi lain pula jadi. Ibunya lagi pantas bertindak. Cepat betul bagi deposit. Aduh... Apa niat sebenar ibunya buka farmasi kat situ?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro