Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 11

PAGI ini Puan Dariah pergi ke hospital suaminya dengan membawa beg pakaian dan makanan. Suaminya bergegas ke hospital tengah malam tadi selepas mendapat panggilan telefon dari hospital.

Puan Dariah melangkah masuk ke dalam lif. Tiba-tiba saja tali beg kertas yang dipegangnya terputus sehingga bekas makanan yang ada bertaburan di lantai lif.

Lelaki yang ada di situ menolong mengutip bekas makanan itu.

"Terima kasih," ucap Puan Dariah. Dia terkejut dengan apa yang berlaku tadi. Mujur tak tumpah.

"Sama-sama," jawab lelaki itu. Dia masukkan semula bekas makanan ke dalam beg kertas tadi. Dalam masa yang sama, dia menyedari sebelah tangan wanita itu ada beg pakaian manakala sebelah lagi memegang beg kertas yang putus tadi.

"Mak cik... Biar saya bawakan. Mak cik nak pergi wad mana?" Lelaki tu bertanya dan terus mengangkat beg kertas itu.

"Aaa... Mak cik nak jumpa suami mak cik. Tak susahkan encik ke?" Puan Dariah tersenyum. Baik orangnya.

"Tak susah mana pun. Tak apa," kata lelaki itu.

Tibanya di tingkat lima, pintu lif terbuka. Puan Dariah keluar bersama lelaki itu.

"Doktor Imran!" Ada suara menegur.

"Abang!" Puan Dariah tersenyum melihat suaminya.

"Ooo... Mak cik isteri Doktor Ehsan rupa-rupanya!" Imran tersenyum. Dia hampiri pakar bedah jantung di hospital milik keluarganya.

Encik Ehsan mengambil beg pakaian dari tangan isterinya.

"Macam mana Dariah kenal dengan Doktor Imran?"

"Baru saja jumpa kat lif tadi. Tiba-tiba saja tali beg kertas ni putus. Doktor Imran tolong tadi," cerita Puan Dariah.

"Ya ke? Terima kasih banyak-banyak, Doktor Imran. Meh sini beg kertas tu," kata Encik Ehsan.

"Boleh bawa ke?" Imran teragak-agak untuk memberi.

"Boleh. Sebelah tangan ada lagi," jawab Encik Ehsan.

Imran tersenyum memberi beg kertas itu kepada Doktor Ehsan. Memang sweet betul Doktor Ehsan dengan isterinya. Walaupun sudah berumur tetap juga romantik. Cemburunya. Kalau la dia ada isteri, sudah tentu dia buat perkara yang sama.

"Baiklah. Saya gerak dulu," kata Imran. Dia tak mahu mengganggu.

"Terima kasih sekali lagi, Doktor Imran," ucap Puan Dariah.

"Sama-sama," balas Imran sebelum melangkah pergi. Kebetulan pintu lif terbuka dan dia masuk semula.

Selepas saja Imran hilang dari pandangan mereka berdua, Puan Dariah mencuit bahu suaminya seraya berjalan sama-sama ke bilik ofis Encik Ehsan.

"Siapa tu, abang? Tak pernah saya nampak sebelum ni?" tanya Puan Dariah. Maklum la dia kenal dengan semua staf di hospital ini.

"Itu Doktor Imran. Baru saja kerja kat sini bulan lepas. Lepas habis PhD kat Kanada, dia terus balik sini dan ambil alih tempat Puan Sri Doktor Zaleha," beritahu Encik Ehsan.

"Maknanya, Doktor Imran tu CEO baru hospital ni?"

"Ya."

"Umur berapa?"

"Kalau tak silap, 31 tahun."

"Dah kahwin ke?"

"Belum."

"Single ke?" tanya Puan Dariah lagi. Matanya sudah bersinar-sinar.

"Agaknya ya sebab hari tu Puan Sri ada cakap yang dia risau sebab Doktor Imran tu tak ada girlfriend. Aaa... Abang rasa abang tahu apa Dariah tengah fikir sekarang ni! No! No!" Encik Ehsan baru menyedari makna di sebalik pertanyaan isterinya sebentar tadi.

"Saya rasa Doktor Imran sesuai untuk Darina." Nada suara Puan Dariah jelas ceria. Dia mula bayangkan Darina dan Imran.

"Jangan buat hal, Dariah. Doktor Mikail tu nak letak mana? Hari tu cakap nak kenalkan dengan Darina, kan?" Dahi Encik Ehsan mula berkerut. Isterinya sudah mula nak buat hal.

"Huh, Mikail tu dah jumpa orang lain. Darina tu asyik cakap sibuk memanjang. Macam la saya tak tahu Darina nak elak dari jumpa dengan Mikail," jawab Puan Dariah. Menyesal sebab tak kenalkan Mikail dengan Darina. Tapi dia tak kesah pun. Mungkin jodoh Darina dengan Imran. Dia berkenan sangat dengan Imran. Walau sesibuk mana pun Darina, dia akan paksa Darina jumpa dengan Imran.



SELEPAS pesakit terakhir keluar, Jazli terus duduk di kerusi empuknya. Dia menggeliat beberapa saat. Pukul 2 petang nanti janji temu seterusnya. Otak ligat berfikir mana nak makan tengah hari nanti.

Pintu diketuk secara tiba-tiba.

"Masuk!" kata Jazli. Dia tertanya-tanya siapa yang masuk ke dalam biliknya sebab dia tiada janji temu ketika ini.

Pintu dibuka. Dina muncul dengan wajah serius.

"Aaa... Aaa... Doktor Dina! Jemput la masuk. Ada apa-apa yang boleh saya bantu? Sakit gigi ke?" Jazli terus gagap. Jantungnya berdegup laju sebaik saja Dina melangkah masuk. Dia segera bangun.

"Sekejap! Kau berdiri kat situ," kata Dina. Dia mengeluarkan gambar dari poket seluar.

Atas arahan Dina, Jazli berdiri tegak.

Dina hampiri Jazli. Diletakkan gambar Jazli masa kecil dulu. Dibanding wajah dulu dan sekarang untuk kepastian.

"Senyum sikit!" arah Dina sekali lagi.

Jazli terus senyum. Sejak dulu lagi, apa saja cakap Dina, dia akan ikut. Nampaknya dirinya tetap sama walaupun sudah bertahun-tahun tak jumpa.

Selepas melihat lesung pipit di sebelah kiri wajah Jazli, Dina terus ketawa.

"Wah... Memang drastik perubahan kau sekarang ni, Jazli. Kau kurus ni sebab dah berhenti makan pau ke?" usik Dina. Dia menunjukkan gambar yang ada di tangannya kepada Jazli. Tanpa dipelawa, dia terus duduk di kerusi berhadapan dengan Jazli.

"Kau masih ada lagi gambar ni?" Jazli terkejut. Dia turut sama duduk.

"Dah tentu la ada. Kau bagi suruh aku simpan, kan! Patut la masa Mak Cik Hajar kenalkan kau, aku rasa macam pernah kenal sebelum ni. Rupa-rupanya BFF aku masa sekolah dulu. Kalau Eiman tak beritahu aku, memang aku tak kenal kau. Kau nampak handsome sekarang ni. Kau buat plastic surgery ke?" kata Dina diakhiri dengan ketawa. Sengaja mengusik.

"Kau ni dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah." Jazli turut sama ketawa dan menggelengkan kepala. Suka menyindir dan suka mengusik. Itulah Farah Dina yang dia kenal.

"Weh, macam mana kau kenal aku? Serius aku tak dapat cam kau. Rasa macam pernah nampak tapi tak tahu kat mana?"

"Panahan matamu tetap sama macam dulu! Hati ni terus cair," jawab Jazli.

"Wek, nak termuntah aku dengar!" Dina menjelir lidah sebaik saja mendengar jawapan Jazli.

Jazli ketawa terbahak-bahak.

"Cara kau pandang orang, tak pernah berubah. Kau akan scan dulu sama ada orang tu baik atau tak. Betul tak?" Jazli bersuara setelah berhenti ketawa. Dia tersenyum memandang Dina.

"Wah! Kau memang hebat. Layak jadi BFF aku. Famili aku sikit pun tak faham aku. Kau seorang saja yang faham aku! Dah lama ke kau tinggal kat KL ni? Single ke dah kahwin? Handsome macam ni takkan la tak ada girlfriend, kan?" tanya Dina. Dalam masa yang sama, dia nak tahu siapa perempuan yang bergaduh dengan Jazli hari itu. Nak tahu juga sama ada Jazli akan tipu atau bercakap benar.

Jazli mengeluh panjang sebelum menatap wajah Dina.

"Aku almost kahwin tiga bulan lepas, Dina," beritahu Jazli dengan nada sedih. Tersenyum tawar setiap kali mengingatkan insiden yang berlaku hari itu.

Dina terkejut.

"Dua hari sebelum akad nikah, bekas tunang aku kena tangkap khalwat dengan lelaki lain. So aku lari ke KL sebab nak mulakan hidup baru," tambah Jazli.

"I'm so sorry to hear that." Dina bersuara. Patut la Jazli bertindak macam itu. Jika dia ingat balik, wanita itu seperti merayu kepada Jazli.

"It's okay. Mungkin bukan jodoh kami," jawab Jazli. Dia menerima takdir yang Allah Taala aturkan untuk dia.

Bunyi orang bergaduh dari luar mengejutkan Jazli dan Dina.

"Sekejap, aku nak pergi tengok." Jazli terus bangun dan berlalu keluar.

Dina turut sama mengekori Jazli keluar. Tertanya-tanya apa yang berlaku di luar.

Sebaik saja keluar, Dina melihat dua orang pembantu klinik sedang menahan wanita masuk ke dalam klinik. Dia kenal sangat siapa wanita itu.

"Mira! Gina! It's okay. Kamu berdua boleh pergi lunch," kata Jazli kepada dua orang pembantunya.

Mira dan Gina terus keluar selepas mendengar kata-kata Jazli.

"Jazli! Please tolong I. I merayu sangat-sangat. Tolong jadi bapa kepada anak I," rayu Ciara dengan linangan air mata.

"Anak?" Jazli jelas terkejut.

"Jazli, I sanggup buat apa saja asalkan you terima I semula. Kita kahwin, ya. Kalau papa I tahu I mengandung, mati I!" Ciara merayu lagi. Dia terus memegang tangan Jazli. Dia harap Jazli kasihankan dirinya.

Jazli terus menarik tangannya. Permintaan Ciara benar-benar mengarut.

"You dah gila agaknya. Kenapa pula I kena jadi pak sanggup? You seronok dengan jantan lain, lepas tu you nak I bertanggungjawab? Mana perginya Muaz, lelaki gelap you tu, hah? You suruh la dia yang bertanggungjawab!" marah Jazli. Patut la beberapa bulan Ciara tak datang cari dia. Kalau dulu Ciara jumpa dia, merayu supaya teruskan perkahwinan mereka tapi sekarang lain pula cerita.

"I tak tahu Muaz pergi mana. I dah cari tapi tak jumpa. Please, Jazli! Tolong I, I merayu sangat-sangat. Kahwin dengan I? You cakap apa saja, I akan ikut semua kehendak you. Please, kahwin dengan I?" Ciara merayu lagi. Dia hanya nampak Jazli seorang saja.

"Lepas you curang belakang I, you berani buat permintaan yang tak munasabah ni kat I? Hei Ciara! You ingat I ni bodoh sangat ke? Ya, I mengaku dulu I bodoh sangat-sangat. Percaya dan cintakan you sepenuh hati I tapi you sendiri yang khianati kepercayaan I. Allah Taala tu Maha Adil. Akhirnya Allah Taala tunjuk apa you buat di belakang I selama ini. Setia dan cinta I selama dua tahun ini hanya sia-sia. You bukan perempuan baik, Ciara! Antara kita sudah tiada apa-apa lagi. Faham!" marah Jazli dengan wajah merah. Dia sudah hilang sabar. Kebaikan dia kepada Ciara selama ini tak dihargai langsung.

"Jazli! Jangan buat I macam ini. I cintakan you," kata Ciara lagi seraya menangis tak henti-henti.

"Kalau you ikhlas cintakan I, you takkan curang dengan lelaki lain. Baliklah! Jangan datang sini lagi. Kesabaran I ada had, Ciara. You datang sini lagi, I akan beritahu Dato Fendi pasal hal ini. Jangan cabar I! Balik!"

Jazli terus membuka pintu klinik. Wajahnya begitu serius menyuruh Ciara balik sebelum dia betul-betul hilang sabar.

"Balik sebelum I call Dato Fendi!" tegas Jazli.

Dengan langkah lemah Ciara berlalu pergi. Dia melihat ke arah Jazli. Sikit pun Jazli tak pandang dia. Air mata masih mengalir membasahi pipi.

Sebaik saja Ciara keluar, Jazli terus menutup pintu. Dia menghela nafas panjang. Tiba-tiba dia teringatkan Dina. Matanya bertembung dengan mata Dina. Semestinya Dina melihat apa yang terjadi. Dia malu.

"Sorry, Dina. Next time kita borak lagi. I need to be alone. Harap kau faham," kata Jazli.

Dina hanya menganggukkan kepala.

Jazli berjalan semula masuk ke dalam biliknya. Dia terus duduk di kerusi. Kedua-dua tangan digenggam erat. Dia cuba menenangkan dirinya yang tengah marah sekarang ini. Kecewa dan geram dengan perangai bekas tunangnya itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro