B L U R B
Pertemuan antara mereka bukan seperti orang lain. Tiada babak sweet walaupun berlaku pertembungan. Bukannya acah-acah terlanggar untuk memulakan sebuah perkenalan.
"Hoi! Pencuri!"
" Tangkap yang ni sama, tuan. Mungkin rakan subahat."
Semua itu bagaikan mimpi ngeri bagi Adry. Sebatang kara di negeri orang, dia tak punya tempat mengadu. Kerana itu dia hanya mampu mengikut keluarga Pak Tam atas jaminan owner rumah inap yang dia tumpangi.
Mengenali Diandra, Adry jatuh hati pada gadis itu. Stok yang payah nak ditemui. Melihat kediaman Pak Tam yang bakal dia diami pula, terasa dirinya tercampak ke era 80-an.
Atau betul rohnya sudah mengembara ke masa lalu? Jasad masih ada di rumah inap sana?
"Yang sana tu nama dia jamban. Untuk membuang tak kira besar atau kecik. Kalau malam hari, encik kena nyalakan lilin yang dah ada dalam tu. Sebab tak ada elektrik."
"You ada telefon tak? I nak pinjam. Nak call kawan." – Adry.
"Telefon tu apa, ya?" – Diandra.
Mengenali Pak Tam, Adry tahu lelaki itu bukan calang-calang orang. Setiap ayat yang diungkap walaupun bukan dengan niat mengata, menghantar ribuan jejarum halus mencucuk tangkai hatinya. Apatah lagi dia merupakan manusia yang pernah tewas dan tenggelam dalam nikmat dunia. Bila ada ura-ura Pak Tam memberi lampu hijau, Adry berasa cukup teruja.
Tetapi tidak pada Diandra. Kemesraan dan senyuman manis yang cantik melengkung pada ulas bibir gadis itu hilang sekelip mata kala dia memperkenalkan diri. Sudah tiada lekuk dalam di pipi gebu itu yang pernah membuatkan dia jerlus dan terjerumus.
"Saya Syed Adry Azfar. I'm 30 years old."
"Saya tak sudi nak kenal dengan awak, Encik Adry. Saya pun dah tak sudi nak terima awak sebagai tetamu kat rumah ni."
Anak gadis Pak Tam mula berubah tingkah yang Adry tak tahu kenapa. Diandra mula menunjukkan sikap jengkel dengan kehadirannya. Gadis itu juga tanpa ralat mengakui semua perkara yang pernah melibatkan mereka.
"Awak kenal jaket ni kan, Encik Adry? Jaket 'malaun' yang dah pulas tangan awak tu pakai. Sayalah malaun tu. Saya jugak yang bertanggungjawab buat awak kena heret masuk balai!"
Walau apa pun alasan Diandra untuk menolak, Adry tak peduli. Dia tetap berusaha mendekati dan ingin memperisterikan Diandra. Sekurang-kurangnya dia punya pilihan lain untuk tidak menerima Irma Fariha, calon cucu menantu nendanya.
Sehinggalah terjadi sesuatu yang benar-benar telah mengikat mereka.
"Puas hati kau sekarang dah dapat apa yang kau nak? Kau dah musnahkan maruah aku, Adry! Berhambus dari rumah ni! Aku tak nak tengok muka kau lagi!" – Diandra.
"Andra kena yakin apa yang berlaku pada kita dah ditentukan. Walaupun caranya sedikit menyakitkan, tapi takdir tak pernah kejam." – Pak Tam.
Apa sebenarnya yang dah berlaku? Kenapa Diandra semakin membenci Adry? Mampukah lelaki itu memenangi hati Diandra demi menggalas amanah yang telah dia terima?
Bagaimana pula dengan Puan Sri Syarifah Raziah? Sudikah wanita itu menerima Diandra sebagai cucu menantu sedangkan dia sudah memilih Irma Fariha? Apatah lagi mendengar pengakuan dari mulut gadis itu tentang keterlanjuran tingkah dengan cucunya, Syed Adry.
#PabilaHatiTulusMencintai
# PLEASE DO NOT COPY!
# CREATE IT WITH YOUR OWN CREATIVITY!
# SAY NO TO PLAGIARISM!
#IT'S MINE_SHAZ NOT YOURS!
#EYRA_SHAZLEYRA_TERPELIHARA
_FROM ME WITH LOVE_
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro