Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

死体 11

- the truth -








DISEBUAH  bilik beku .terdapat mayat seorang perempuan memakai baju pengantin .
Kulit putih yang pucat itu menjadi tatapan si lelaki psycho .

" Macam mana keadaan changi? "

" Changi sihat? "

Soalnya pada mayat perempuan tersebut walaupun mengetahui , pertanyaannya takkan dijawab sama sekali .kerana tubuh yang didepannya sudah mati .
Mayat perempuan itu disimpan kim taehyung setelah sekian lama .
Sepatutnya mayat itu sudah menjadi abu , tetapi kim taehyung menukarkan dengan mayat orang lain bagi menggantikan mayat Jung saet Byul ,iaitu bakal isteri kim taehyung .


Muka pucat gadis itu disentuh dengan lembut .
Direnung lama wajah pucat yang tidak bernyawa itu .

Imbasan kembali menerjah dikepala .

Kisah silam yang pahit untuk ditelan dan susah untuk dilupakan .





! Flashback . !






" Changi ah-- lagi sebulan lagi kita nak kahwin , saya rasa tak sabar sangat nak jadikan awak sebagai isteri saya "

Ujar kim taehyung .
Bahu kekasih nya dipegang lembut.
Keduanya berada dibawah sinaran bulan yang memancar terang pada malam itu .

Jung saet Byul tersenyum manis .wajah teman lelakinya disentuh lembut , tidak dinafikan lelaki itu mempunyai rupa paras yang kacak .disebabkan itulah dia jatuh suka pada Lelaki itu ,kim taehyung terlampau sempurna untuk dia .
Memang ciri -ciri lelaki idaman .
Bukan sahaja kacak dan bergaya sahaja , tapi lelaki itu juga mempunyai harta yang berlipat-lipat ganda .
Keluarga kim mempunyai syarikat paling berjaya didunia .
Dan syarikat tersebut adalah milik kim taehyung sepenuhnya .




" Saya pun tak sabar nak bergelar isteri awak. Saya sayangkan awak banyak -banyak ! Takde laki lain selain awak dihati saya "

Ujar Jung saet Byul bersungguh-sungguh .
Kedua pasangan kekasih itu mula merapatkan wajah , dan selepas itu bercium penuh kelembutan dan penuh cinta yang tersemai .

Ciuman dileraikan .

" Awak tau , saya obses pada awak ? Saya hanya pandang awak sahaja . Saya takkan pandang orang lain selain awak " ujar kim taehyung dengan senyuman bahagia .
Jung saet Byul mengangguk kan kepala ,dia tahu .kim taehyung amat sayangkan nya .
Bukan itu sahaja ,malah terlampau obses kannya .

Apa yang dia ada ,semua lelaki itu suka .
Termasuk lah kecantikan nya , badannya yang ramping ,serta mempunyai kaki yang cantik menjadi kegemaran kim taehyung .





Tapi sesuatu yang tak diingini berlaku ...



Lagi sebulan lagi mereka akan berkahwin .
tetapi malangnya ,kim taehyung kemalangan dan menyebabkan pipinya luka parah .



Lepas sahaja keluar dari hospital dengan pipinya yang masih tidak sembuh .
Taehyung mencari Jung saet Byul .wanita itu menjadi carian pertamanya .


Pintu rumah Jung saet Byul diketuk nya .setelah itu saet Byul keluar dengan raut wajah yang kurang senang dengan kehadiran kim taehyung .

Wajah kacak lelaki itu berubah menjadi menyeramkan bagi dia .

" Saet Byul ah --"

" Saya dah buat keputusan . perkahwinan kita dibatalkan .jangan jumpa saya lagi , saya tak suka awak ! Awak hudoh ! "

Setelah berkata bergitu , tanpa memikirkan perasaan kim taehyung ,dia menutup kuat pintu rumah .
Meninggalkan kim taehyung yang ditemani air mata .




Kim Taehyung jatuh melulut dengan esakan air mata .

Apa guna cinta mereka selama ni ,kalau gadis itu meninggal kan dia hanya kerana wajahnya yang hudoh? Boleh sahaja dia buat plastic surgery , tapi apa yang dia mahukan adalah keikhlasan gadis itu menerima kekurangan nya .
Tapi dia silap ..
Baru dia tau ....
Saet Byul ,hanya sukakan dia hanya kerana rupa .
Kalau dah hilang rupa parasnya yang kacak dulu ,dia dibuang seperti sampah .




Setelah sekian lama ..

Dia mengurung didalam bilik .
Dia meluangkan masa dia dengan menconteng dinding , menulis kata -kata yang pelik -pelik .

Selepas sahaja saet Byul dikhabarkan sudah berkahwin dengan orang lain , dia lebih jadi tak tentu arah .
Syarikat nya juga sudah diuruskan oleh tuan kim .
Tak mampu melihat anak nya yang teruk sebegitu rupa hanya kerana ditinggal kekasih .


Suami saet Byul sudah tentu kacak dan berkerjaya .
Jauh beza dengannya .dan kim taehyung tak sukakan itu ,
Dia menjadi lebih berbeza .
Sikapnya berubah .
Dari insan yang baik dengan penuh kebaikan .dia berubah menjadi psycho .



Malam itu ...
Dia datang kerumah saetbyul .
Dan bunuh gadis itu dengan menghentam bantal dimuka saet Byul . menyebabkan gadis itu kehilangan nafas .
Bukan itu sahaja , perut gadis itu juga dicucuk berkali -kali menggunakan pisau .

Mujur lah waktu itu , suami saet Byul kerja .
Hanya beberapa jam lagi lelaki itu pulang kerumah .
Taehyung tersengih sinis
Pada tubuh yang berlumuran darah tersebut .
Dia mula mengorak langkah keluar dari rumah gadis itu tanpa meninggalkan sebarang bukti .

Sungguh licik ..




Keesokan nya , riuh keluarga gadis itu disebabkan kematian yang tragis Jung saet Byul .

Suami Jung saet Byul iaitu kim seokjin tak dapat menerima kematian isterinya .
Dan membawa diri jauh ke luar negara  .

Tak lama kemudian ..
Mayat Jung saet Byul yang sepatutnya menjadi abu , ditukarkan kim taehyung .
Bagaimana ? Dia berkemampuan . Dia mampu menyogok mana - mana pihak untuk kerja kotornya .
Mayat Jung saet Byul disimpan disebuah bilik beku yang terdapat didalam rumahnya .


Malah mayat Jung saet Byul juga dipakai kan baju pengantin yang sempat dibelinya untuk perkahwinan nya dengan gadis itu yang sepatutnya menjadi hari terbahagia bagi dia .






! End flashback !







Kim Taehyung tersengih sinis .
Tangan yang tadi mengelus pipi saetbyul , kini dimasukkan didalam poket .
Mayat Jung saet Byul dipandang penuh dendam .

" Sekarang aku dah ada future bride aku . Penganti kau ,nama dia song Jihyo .
Cantik .lebih cantik dari kau ... "

Ujar kim taehyung pada tubuh yang tidak bernyawa itu . Rasa puas hati dapat membalas dendam pada Jung saet byul .
Apa yang saet Byul lakukan pada dia ,
Dibalas balik olehnya .
Walaupun ,saet Byul sudah mati sekalipun .
Dendamnya tetap berlangsung .



Puas berbual dengan mayat yang tak bernyawa itu ,dia mengorak langkah keluar dari bilik beku .
Tempat pertama yang ditujunya sudah tentu mahu melawat bakal isterinya ,song Jihyo .












T B C



Terkejut ke ? HAHAHAHA sorry , sangkaan readers salah , taehyung bukan duda .awuthor sengaja mengelirukan korang 🌚




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro