PROLOG
KD Panglima Hitam
" KENAPA KORANG NAK SANGAT JADI
PASKAL?"
"KENAPA?"
Zharif mengulang-ulang ayat tersebut. Meniru mimik muka serius Arman. Tiga rakannya yang lain tertawa besar.
"Kau, buatnya JL dengar mampus kau!" Ziyad mencapai tuala dari loker sambil menggeleng-geleng.
"Yad, macam la kau tak kenal Jerung!" Alif, Leftenan Komander dalam unit itu bersuara.
Firash melihat Alif menanggalkan stokin miliknya. Kaki lelaki itu lebam.
"Sini aku tengok Lep... Teruk kaki kau." Firash menawarkan untuk memeriksa kaki Alif.
Alif membiarkan sahaja Firash memeriksa. Ziyad Dan Zharif tertumpu pada mereka berdua
"Uish teruk kaki hang Tiger..." Zharif turut menghimpit di celah Alif dan Firash.
"Lep nak tolong kau la Jerung tu pasal kaki dia macam tu." Ziyad turut masuk menyelit di antara mereka.
"Woi woi panaslah jauh sikit!" Alif, lelaki berpangkat Leftenan itu merengus geram.
Sejenak, penggera kecemasan berbunyi. Pembesar suara bergema
"Perhatian kepada semua unit, anda semua diarahkan untuk turun ke padang sekarang!"
"Ha tu dia depa panggei dah." Zharif bangun seraya menuju ke loker miliknya. Bersedia menukar Pakaian.
Ziyad menyimpan kembali tuala ke dalam loker. Terpaksalah dia batalkan niat untuk mandi.
Alif menyarungkan kembali stokin hitam miliknya. Menyusul Alif yang keluar terlebih dahulu.
*****
Base TLDM
"Aku nak kauorang bersiap sedia, bergerak ke tempat misi sekarang!!"
"BAIK TUAN!"
Mendengarkan arahan Arman mereka langsung berlari menuju ke ruang latihan.
Latihan seperti biasa dan Arman melatih Komando yang akan bergelar PASKAL.
Melihatkan fenomena harini membuatkan nostalgia Arman kembali menggamit.
" KENAPA KAU NAK SANGAT JADI
PASKAL?" hambur Komander Maznan.
"SAYA NAK TAU BAPAK SAYA MATI UNTUK APA TUAN?"
Arman takkan pernah lupakan setiap saat itu.
Usai sahaja melatih selama sebulan di KD Panglima hitam, Arman pulang ke rumah ibunya.
"Assalamualaikum.. mak." Arman menaiki tangga menuju ke dalam rumah. Kelihatannya Ibunya sedang berbual rancak dengan Lily.
Arman terlihat Joey sedang tekun menulis di meja berdekatan. Seperti biasa Joey yang akan dia sapa terlebih dahulu.
"Joey!"
"Uncle!" Suara Joey juga sudah berubah garau. Lelaki itu menyalami Arman.
Joey berdiri serta merta mencetuskan sengihan Arman.
"Setiap kali uncle balik Joey mesti tinggi satu inci dari uncle."
Joey tersengih.
"Saya ada cita-cita nak jadi macam uncle jugak."
Air muka Lily berubah mendengarkan itu. Ibu Arman yang menyedari itu meminta izin untuk membuat air buat Arman.
Lily turut serta menuju ke dapur.
Arman menyerabutkan rambut Joey lalu mengambil tempat di kerusi kayu berdekatan.
"Nak jadi macam uncle, Joey kenalah mintak restu ibu dulu. Boleh?"
Joey terdiam tak berkutik.
"Argh!" Jeritan dari dapur mencemaskan kedua lelaki itu. Arman segera berlari mendapatkan ibunya.
"Kenapa mak?"
"U-ular!"
"Korang keluar dari sini, tutup pintu dapur ni."
Mereka segera menurut perintah Arman. Dengan tangkasnya, Arman mengetuk ular sebesar tapak tangan itu hingga mati. Setelah itu ular itu dibuang ke luar. Ditanam.
Arman masuk semula ke ruang tamu. Dia meminta izin untuk berehat seketika dalam kamarnya.
Sebaik Arman membaringkan tubuh, dia membuka notifikasi mesej yang masuk.
"Assalamualaikum tuan lama tak dengar khabar" - Gagak
"Tulah tuan Kita lepaih berhenti mana dia ingat kita dah - Yan
"Haish ko ni Yan, buat touching pulak - Ustat
"Tuan Arman, lepak mau?" - Misi
Arman tersengih sepanjang membàca mesej tersebut.
"Apalah korang ni masa bila saya tuan korang. Sekarang Ustat dah ganti tempat saya... Alpha team maju!" - Arman
"Sejak tuan pergi keadaan dah tak sama macam dulu. Kami rindukan perkhidmatan tuan- Ustat
"Dah tak payah nak sendu-sendu. Lusa lepak amacam? - Misi
Okay on! - Arman
Setelah masing-masing bersetuju, Arman menutup telefon bimbitnya. Di terlelap Setelah lama ralit.
"AKU SENTIASA YANG TERBAIK."
Wajah Jeb menghantui Arman menyebabkan Arman terjaga.
"Astaghfirullahal-adzim." Arman meraup muka. Dalam mamai dia melihat jam di dinding.
"Dah asar, Allahuakbar."
Arman bangun untuk mandi dan berhajat menunaikan solat Asar. Sewaktu dia mencapai tuala dan ingin bergerak ke kamar mandi, dia terlihat frame gambar miliknya, bersama Joshua dan Jeb.
Terdetik di hatinya.
"Jeb.. kau masih hidup ke?"
Tbc..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro