Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EPILOG


Keadaan di ruang menunggu OT hanya ditemani dengan tangisan Add.

Masa berlalu dengan pantas. Dia tidak sangka anaknya ditikam. Terasa seperti tidak berguna. Patutnya dia lebih berhati hati.

'Ummi!!!!'

Sssuup

Tangan Add berhenti dari membuka tali. Dia cuba berfikir positif tapi suara anaknya itu kedengaran semakin sayup . Lantas dia memusing ke belakang. Tak semana mana air mata keluar dan menyambut Hayyan yang sudah terbaring akibat ditikam.

Fayyad di tepi sudah meraung dan menyuruh  adiknya bangun dan berhenti main main.

Add terus meriba anaknya itu. Darah yang keluar cuba ditahan dengan tangan. Muka pucat anaknya itu ditatap dengan penuh kasih sayang.

'Ya Allah kau kuatkanlah hatiku dan anakku Ya Allah. Dia adalah separuh nyawaku Ya Allah'

Fayyad yang sedang tidur diriba dicium lama. Kalau minggu lalu Fayyad yang terlantar, minggu ni Hayyan pula. Hati ibu mana yang tidak dipagut risau? Kedua duanya terlantar kerananya. Berkorban kerananya.

Tak semana mana, air mata jatuh setitis demi setitis.

"Adik..." Air mata makin laju apabila gegendang telinga mengenal pasti suara tua itu.

"Ummi ..." Puan Rose terus memeluk anak bongsunya itu. Belakang badannya diusap supaya bertenang. Dia juga sebagai ibu sangat terkejut apabila mengetahui keadaan anak dan cucunya.

"Ya sayang. Kuat ya sayang. Doa banyak banyak pada Allah. Ummi tahu cucu ummi tu kuat" Tangan Add digenggam. Cuba mengalirkan semangat pada anaknya.

Add melentokkan kepalanya di bahu Puan Rose. Lidah dibasahi dengan zikir. Hati tidak berhenti berdoa. Tangan mengusap kepala Fayyad yang sedang tidur dengan sisa air mata.

Sakit hatinya lihat Fayyad tertidur ketika sedang meraung mahu Hayyan. Mungkin terlalu penat. Dirinya juga terasa penat tapi cuba ditahan.

●●●●●


"Baiklah mari kita teruskan dengan akad nikah ya" ujar tok kadi itu.
Baru saja Rayyan ingin menyambut huluran tangan tok kadi. Ada suara yang menyampuk.

"Nanti dulu.." Asyraf mengatur nafasnya sebelum menyambung lagi ayatnya.

"Rayyan.. isteri kau dengan anak anak kau..." rasa tidak sanggup Asyraf ingin menyambung ayatnya. Rayyan terus bangun lalu memegang kolar baju Asyraf.

"Kenapa dengan dorang!? Cakaplah"

"Dorang dekat HKL" tenang saja bapa mertua dia berkata. Tiada sisa air mata. Malah datang siap mengucap tahniah.

Terduduk Rayyan mendengar kata bapa mertuanya itu. Bella yang berada di bahagian perempuan sudah cemas. Shit terlalu awal untuk Rayyan tahu!

Sarah dan ibunya sudah risau dengan keadaan Add dan anak anaknya. Keadaan masjid menjadi kecoh.

"Tapi kita perlu teruskan majlis dulu kan?" Tanya Bella polos. Muka cuba ditebalkan sehabis baik.

"Hey perempuan aku cukup sabar dengan kau! Sebab kaulah keluarga abang aku jadi porak peranda! Lepas satu satu berlaku pada dorang...." Mulut Sarah ditutup oleh Airil . Airil cuba menarik Sarah ke luar dari ruang masjid itu. Sarah meronta ronta ingin dilepaskan.

"Adik ni kan masjid jagalah adab" Airil melepaskan Sarah di laman masjid itu. Sarah menjeling abangnya.

"Ya adik tahu adik lupa diri tapi perempuan tu yang melampau tau! Berani dia minta teruskan sedangkan kak Add dengan anak buah kita tu kat hospital! Dah Sarah nak pergi jumpa dorang" Sarah terus gerak ke arah kereta.

"Maafkan saya tapi saya nak majlis ini dibatalkan. Assalamualaikum" Rayyan terus berlari ke arah kereta BMWnya. Terus dipecut laju ke arah lebuhraya. Hati langsung tidak tenang setelah diberitahu tentang Add dan anaknya. Dia cuba menenangkan hati dengan memasang cd yang mengalunkan surrah surrah lazim

●●●●●


Doktor yang baru keluar dari OT itu terus diterpa. 6 jam menunggu tiada apa apa respon dari dalam.

"Doktor macam mana dengan anak saya?"

"Keadaan anak puan masih belum stabil. Kami terpaksa tahan di ICU. Jika anak puan dapat bernafas dengan baik tanpa menggunakan bantuan pernafasan kami akan pindahkan di wad biasa. Sekarang ni kita perlu banyak berdoa supaya anak puan kuat mengharunginya. Izinkan saya pergi dahulu puan" doktor itu terus beredar. Add yang mendengar terpejam matanya. Cuba menerima takdir. Badan seakan menahan sesuatu. Makin lama dirinya rasa tidak seimbang dan pandangan juga menjadi kabur. Lalu gelap gelita.

"Sayangggg"

●●●●●


Dari tadi lagi Rayyan berjalan ke sana ke sini. Risaunya pada Add tidak mampu diungkapkan dengan kata kata. Terasa dirinya bodoh kerana meninggikan ego lelakinya.

"Rayyan...cuba bertenang. insyaAllah Add dalam keadaan baik baik saja" kata ayahnya. Rayyan meraup rambutnya ke belakang. Matanya melihat anaknya yang masih menangis di samping ibu mertuanya.
Sudah puas dipujuk tetapi Fayyad tetap tidak mahu dia.

"Keluarga Puan Adriena?" Doktor yang merawat Add telahpun keluar.

"Qabil...isteri aku macam mana?"

"Maafkan saya sebab dah lama sorokkan perkara ini . Adriena ada barah otak stage 3. Dan takziah saya ucapkan kandungan Adriena tak dapat diselamatkan" kata Qabil. Dia sendiri tak mampu melihat keluarga Add. Kaki Rayyan terasa lemah. Seolah olah tiada tulang. Puan Rose sudah menangis teresak esak . Cucunya ditepi dipeluk dengan penuh kasih sayang.

"Barah otak? Kandungan? Qabil kau merepek apa ni?!" Kolar baju Qabil ditariknya. Azfar laju menarik Rayyan daripada mengapa apakan Qabil.

"Uncle..ttak tipu. Ummi tengah sakit." Fayyad memberanikan diri untuk bersuara.

"Sejak ummi dengan abi gaduh, sakit ummi makin teruk."

"Allah..."

●●●●●


Fayyad berusaha menolak kerusi roda yang umminya duduki. Rayyan berjalan disamping Add sambil menolak kerusi roda itu juga. Mereka baru pulang dari pengebumian anak syurga mereka. Sekarang mereka ingin melawat Hayyan yang masih berada di dalam wad. Masih tiada tanda tanda akan sedar.

Add? Dia redha tentang anak syurganya itu. Dia juga bersyukur hubungannya bersama Rayyan sudah pulih. Masing masing sudah menjatuhkan ego yang tinggi itu. Tentang rawatan Add akan dibuat setelah Hayyan sihat. Kata Add kesihatan anaknya itu lebih penting.

"Ummi dengan abi masuk dululah. Yad tak sedia nak jumpa adik" Fayyad melepaskan pegangan kerusi roda itu. Senyuman palsu diberi pada ummi dan abinya. Rayyan hanya mengangguk faham.

'Kalau masa Yan tengah demam dulu dulu pun abang dah nangis apatah lagi kalau abang tengok Yan dalam keadaan banyak wayar? Maafkan abang Yan. Bila abang dah kuat abang jumpa Yan tau. Sekarang ni abang bacakan Yassin untuk Yan kat luar ya'

Yassin di dalam beg sandangnya dikeluarkan. Surrah Yassin itu dibaca dengan penuh tekun buat kembarnya.

"Sayang... bila nak bangun? Tak rindu ummi dengan abi ke?" Rambut Hayyan diusap lembut. Selimut di paras pinggang Hayyan ditarik hingga bahunya. Dia tahu Hayyan bukan jenis yang suka selubung satu badan. Tapi ya keadaan sekarang terpaksa anaknya tidak dipakaikan baju kerana banyak wayar berselirat di badan kecil itu.

Rayyan mengusap belakang Add. Cuba menyalur kekuatan. Dia terlalu rindu dengan keadaan ini hingga dia tidak perasan air matanya jatuh.

"Abang nangis?" Add mendongak memandang Rayyan yang sedang menangis.

"Aabaang?" Ya Allah dia sangat rindu panggilan itu.

"Ya. Abang kan suami sayang?" Ya Allah khilafnya aku sebagai seorang suami. Rayyan terus jatuh melutut di depan Add. Tangan Add dicium bertalu talu. Add terkelu dengan perlakuan Rayyan.

"Maafkan abang sayang. Maafkan abang sebab tiada di samping sayang. Maafkan abang sebab berkasar dengan sayang. Maafkan abang sebab tak dapat menjadi zauj yang terbaik untuk sayang. Maafkan abang sebab tak dapat jaga keluarga kecil kita dengan baik. Abang janji akan jaga keluarga kita" air mata Rayyan turun bak manik putus tali.

"Jangan..janji. InsyaAllah paling baik" Add mengelap air mata Rayyan menggunakan tangan lembutnya itu. Hayyan disebelahnya dipandang sekilas.

"Abang...tolong panggil Fayyad." Rayyan mengangguk saja lalu meninggalkan Add dan Hayyan berdua.

●●●●●


"Yad..ummi panggil masuk dalam" Fayyad yang tengah membaca Yassin terberhenti. Fayyad geleng kepala. Rayyan tersenyum . Dia menghampiri Fayyad.

"It's not your fault son. Let's go see your twin" Rayyan menarik Fayyad masuk ke dalam wad.

Fayyad pasrah dalam masa yang sama dia gentar untuk bersua muka dengan adik kembarnya itu.

"Yad come" Add memanggil Fayyad. Tetapi Fayyad masih kaku di depan pintu. Matanya ditutup. 'Macam ni ke perasaan Hayyan tengok aku dulu ?'

"Yad kan kuat. Jom tengok Yan" Rayyan membawa Fayyad ke arah katil. Fayyad memainkan jari diatas tangan Hayyan yang pucat itu.

"Adik kan kuat. Bangunlah. Keluarga kita dah jadi macam biasa. Mesti adik sukaaa. Allah dah makbulkan doa kita. Yad nak cerita dengan adik tentang adik syurga kita. Sekarang kita berdua dah jadi abang. Tapi adik syurga kita tengah tunggu dekat sana. Adik bangunlah teman Yad kat sini. Yad bosan bila tak ada adik." Fayyad terus memeluk Add yang sedang duduk di atas kerusi roda.

"Dah dah takmo lah nangis. Jom kita keluar . Biar adik rehat dulu okay?" Fayyad mengangguk setuju. Rayyan terus menolak kerusi roda Add keluar dari wad itu.

●●●●●


Sudah tiga bulan berlalu kisah lalu juga terbang mengikut tiupan angin. Add dan Rayyan mengutuskan untuk melupakan kisah itu dan dijadikan sebagai moral of the story . Add juga dilayan seperti seorang permaisuri huhu best la jugak. Tapi tu la tengah menahan rasa sakit . Rayyan paksa buat semua terapi. Add ikut je la tak nak ingkar arahan suami. Sesakit mana pun Rayyan selalu ada bersama. Kadang kadang tak terasa sakitnya sebab dengar hilaian tawa , senyuman , kegembiraan Fayyad, Hayyan dan Rayyan. Allah masih panjangkan umur Add untuk merasai kebahagiaan yang tengah dia rasai sekarang ini.

Hari ini mungkin hari yang agak memenatkan kerana Rayyan bercadang untuk membuat majlis doa selamat dan menyambut hari lahir Fayyad dan Hayyan.

Kebanyakkan persiapan dilakukan oleh Rayyan. Add nak tolong kemas rumah pun dia tak kasi. Katanya nanti penat. Memang la penat sebab kita mengeluarkan peluh hurm. Macam pesakit kuarantin dah ni ! Ada pagi tadi tu baru nak tolong kupas bawang dia dah warning awal awal. Dia kata membawang je tak yah kupas bawang .

"Ummi !!! Mana baju Yan..?" Jerit Hayyan dari bilik pakaian . Add hanya mampu menggeleng saat mendengar jeritan itu haih dah 5 tahun pun macam tu. Manja betul.

"Meh la sini . Baju kat ummi ni" Add menarik Hayyan lalu memakaikan baju melayu berwarna ocean blue.

"Ala ummi nya asyik dengan Yan je , abi nya bila pulak? " tanya Rayyan sambil memeluk pinggang ku. Apa je Rayyan ni. Buat malu Add je sebab buat sweet sweet depan anak.

"Okay done ! Yan turun dulu keyh ummi nak siapkan abi pulak" Add pasrah sebab macam tengah jaga tiga anak bukan dua anak. Nasib saja Fayyad pandai berdikari tak adalah kejap kejap panggil ummi. Cuma dua beranak ni saja asyik panggil panggil. Benda simple tapi suka bagi jadi complicated.

"Abang jangan gatal sangat eh. Duduk diam diam orang nak butangkan bajunya tu. " arah Add. Tapi macam la dia nak dengar tangannya tetap tak duduk diam. Kejap main pinggang kejap main kenyit mata . Apa saja bapak budak ni.

"Sayang...you look so beautiful today.." kata Rayyan tiba tiba.

"Oh selama ni sayang buruk la ? Tak nak kawan abang ! " Add tolak dada Rayyan. Pi main jauh jauh.

"Bukan lah, maksud abang sayang nampak lagi cantik hari ni. Tak nak kawan tak pelah abang pun tak heran sebab abang dah kahwin dengan sayang mmuah! " Laju Rayyan mencium bibir Add. Ish dia ni kan ! Dah la orang tak ready dia main kiss je. Eh ?

"Apa abang ni nasib budak budak tak ada kat dalam bilik ni" Add memcubit perut Rayyan . Padan muka dia.

"Halah halah bidadari abang ni malu malu pulak. Malu tapi mahu meh abang cium balik nak?" sempat Rayyan kenyitkan matanya. Eii dasar tak sedar dah jadi bapak budak perangai miang ada lagi !

"Ergh dah la abang ni kalau saya melayan miang abang sampai ke sudah tak habis. Dah dah orang dah ramai kat bawah tu. Tak elok buat tetamu tertunggu . " Add menolak dada Rayyan supaya berundur sikit rasa cam sesak nafas lak rapat rapat.

"Ala takpelah nanti malam abang tuntut ye sayang." Sempat Rayyan mengeyitkan matanya. Add acah acah nak muntah. Menyampah betul.

●●●●●

"Umi , ibu terima kasih tolong masak untuk majlis Yad dengan Yan. Sayang umi dan ibu muah" Add memeluk umminya dan ibu mentuanya. Terasa macam ini kali terakhir . Heyp mulutttt

"Sama sama. Lagipun cucu sendiri kan " masing masing ketawa kecil.

"Add pergi la rehat muka tu dah pucat penat sangat la tu. Kat bawah ni pandai la nanti kami kemas. " Ibu menolak Add ke arah tangga. Apa ni semua halau suruh naik . Merajuk la macam ni.

"Amboi sayang sedepa dah tu mulutnya boleh la ganti itik kat reban nenek kat kampung tu " sindir Rayyan. Ewah dia sama kan mulut kita dengan itik? No kiss lah jawab dia .

"No kiss tonight bye !" Add terus berlari naik ke tingkat atas. Biar padan muka berani cabar kita bluekk.

"Ala sayang janganlah! Tidur tak lena malam nih !" Add membuat tidak dengar. Tidur tak lena baru ingat isteri ceh.

Add bergerak ke arah laman tingkat 2 di rumah itu. Buaian diperbuat daripada kayu itu diduduki. Segarnya udara pada malam ini.

"Hah akak Add buat apa tu?" Terjah Arsyil. Nama diberi Izz Luth Arsyil. Sepupunya. Anak kepada mak lang belah umminya. Pandai budak Arsyil ni. Dengar cerita famous ualls! Haha nasib la kak sedara kau nih dah kahwin kalau tak mahu beratur gak.

"Opocot. Ish Arsyil ni suka buat orang terperanjatlah dia ni. Ni kenapa mengendeng kat akak?" Sabar jelah dapat sepupu manja macam ni.

"Ermm Arsyil nak minta pendapat akak boleh?" Arsyil mengambil tempat di kerusi batu bersebelahan buaian.

"Wah ketua pelajar minta pendapat dari akak! Tak pernah dibuat orang ni. Hah pendapat apa tu? Hang bercinta eh?" Sergah Add pula. Laju Arsyil menidakkan. Dia ceramah orang jangan couple tapi dia couple tak tak itu semua fitnah kak Add.

"La takrabu zina. Apalah akak ni. Sebenarnya Arsyil ada jumpa seorang pelajar ni , Arsyil selalu cari pasal dengan dia. Tapi dia tak pernah balas pun. Akak rasa dia benci Arsyil tak?" Tekun Add mendengar cerita Arsyil.

"Lelaki ke perempuan?"

"P-perempuan"

"Jatuh cinta naa hahahahaha bagitahu mak lang!" Add berura ura ingin memanggil mak lang. Tetapi sempat Arsyil membaling permainan ayam itu ke arah Add.

"Mana ada!"

"Tahu takuttt tapikan perempuan tu cantik tak?" Add rasa tertarik nak tahu tentang pelajar perempuan itu.

"Bidadari syurga." Gumam Arsyil perlahan tapi mampu didengari Add. Sah sepupu dia ni angau! Bahaya!

"Amboi bidadari syurga ya? Bila nak langsung? Hah? Hah?" Add mengangkat keningnya ala ala ziana zain.

"Ei akak ni. Apa yang Arsyil boleh cakap dia cantik. Tapi Arsyil suka kelakuan dia. Dia tidak mempergunakan purdah sebagai tarikan orang. Means dia betul betul menjaga erti 'perempuan berpurdah"
Tekun Arsyil menceritakan tentang 'perempuan' itu.

"Alhamdulilah. Tapi kenapa Arsyil kacau dia?"

"Err Arsyil saja je. Tapi one day tu Arsyil nampak dia nangis teruk so Arsyil dah tak ganggu dia. " Arsyil membuat simbol 'peace'

"Ada ada sajalah Arsyil ni. Okaylah Arsyil akak nak masuk dulu. Be a man okay? Jangan dah kacau dia. Kita tak tahu perasaan dia kesakitan dia. I wonder how mereka istiqamah dalam penghijrahan. Walau mereka diketepikan tapi mereka tetap kuat dan terus maju untuk perjalanan penghijrahan mereka. Allah yutfah alaik Izz Luth Arsyil fi spm . Ingat tau pesanan akak! Assalamualaikum" Add terus beredar.

'Kenapa aku rasa lain macam ni? Macam .. sakit perut!' Tandas menjadi destinasi Arsyil.

●●●●●

KREKK

"Habis dah bonding time dengan sepupu kesayangan?" Tegur Rayyan yang sedang bersandar di kepala katil. Add tersengeh

"Habis dah. Abang dah solat ?" Rayyan membalas dengan anggukan. Tempat kosong di sebelah ditepuk. Menyuruh Add naik.

Add menghadap Rayyan. Ditenung mata hazel itu. Zauj saya. Habib saya. Syurga saya. Suami saya. Abi kepada anak anak saya.

"Khusyuknya tenung abang. Abang tahu abang hensem" puji Rayyan terhadap diri sendiri.

"Eii hahaha ye la suami saya hensem."

"I love you"

TTOK TTOK TTOK

"Siapa tu?" Tanya Rayyan yang sedang bergerak ke arah pintu. Siapalah kacau orang nak ber'sweet sweet' ni?

KREKK

Fayyad dan Hayyan terus berlari masuk ke dalam bilik setelah pintu bilik dibuka. Terkejut Rayyan.

"Ummiiii" Fayyad dan Hayyan terus mengambil port di atas katil.

"Iya ni kenapa tak tidur lagi ni?" Kepala anak anaknya itu diusap secara gilir.

"Rindu ummi hehe. Nak tidur sini boleh?" Tanya Hayyan sambil membuat muka comel.

"Tak oleh. Abi nak manja dengan ummi lah" selit Rayyan. Majuk nanti baru tau.

"Ummi tak nak manja dengan abi. Sebab abi kata mulut ummi macam itik kat reban wan" Add mebuat muka mengejek. Fayyad dan Hayyan tergelak. Kesian abinya haha

"Hurmm ala sayang...abang minta maaf"

"Maaf diterima. Dah jom tidur dah lewat ni" nasiblah katil king kalau tak esok ada yang patah pinggan sebab terjatuh.

●●●●●

"Sayangg bangun. Dah subuh ni." Rayyan mengejut Add. Anak anaknya sudah bangun disuruh ambil wudhuk.

"Zaujah bangunlah. Kang batal wudhuk abang nanti"

"Ummi tak bangun lagi?" Tanya Fayyad. Selalunya umminya nombor satu bab bangun tidur.

"Ummi penat sangat mungkin" kata Hayyan pula.

"Ummi.. ummi bangun"

"Ummi kata nak solat sama sama. Ummi bangunlahhhhh"

"Sayang.. sayang bangunlah"

●●●●●







































Tanah yang masih merah itu dipandang sayu. Fayyad dan Hayyan yang sedang menangis dipujuk. Terlalu awal untuk awak pergi.

"Terima kasih untuk semuanya. Dan maafkan saya. Moga awak jumpa dengan anak syurga. Semoga awak tenang di sana. Saya sayang awak....."

Air mawar itu disiram hingga habis. Tikar mengkuang itu dilipat.

"Kami pergi dulu Assalamualaikum ya ahli kubur" Rayyan memimpin tangan Fayyad dan Hayyan.

DariNYA kita datang
KepadaNYA kita kembali..

إنّا لله وإنّا إليه راجعون

"sesungguhnya kita semua adalah milik Allah dan kita akan kembali kepadaNYA."

●●●●●


"Assalamualaikum, dah bangun ke?"

"Waalaikumussalam Rayyan. Belum lagi." 

"Ala hurm ummi belum bangun lagi. Jomlah Yad kita main kat taman" dua beradik itu beredar dari wad.

"Surat apa tu Rayyan?" Tanya Puan Rose.

"Surat terakhir Bella untuk Add." Ditenung surat itu.

"Erghh..dekat mana ni?" Alhamdulilah Add dah sedar. Rupanya pengsan sebab terlebih penat! Buat risau orang ja. Nasiblah orang tak jadi marah sebab ada isi.

"Hospital la sayangku. Diri tu terlajak penat" Add tersengeh.

"Mana Yad dengan Yan? And abang dah tahu ke dalam ni?" Add menunjuk ke arah perutnya. Rayyan terus mencium dahi Add.

"Thank you so much sayang. Abang baru tahu doktor cakap tadi. Semoga sayang dan nyawa baru ini sihat saja Aamiin insyaAllah. And I love you so much. Terima kasih sebab setia dengan abang selama 6 tahun kita mendirikan masjid ini."

"Janganlah peluk tanpa Yad dengan Yan!" Habis katil pesakit itu diserbu.

"Terima kasih ummi . Tak sabar nak jumpa adik baru" pipi Add dicium.

Semua wanita pasti inginkan kebahagiaan. Hargailah mereka terutama wanita yang dipanggil 'ibu'. Wanita itu telah banyak berkorban demi kita. Berkorban masa, duit, kasih sayang, air mata demi kita.

-manshin of TTO

Assalamualaikum semua. Alhamdulilah selesai jua story pertama saya. Terima kasih kerana setia membaca story mengarut ini. Maafkan saya jika ada tertypo atau ada bahasa yang kurang menyenangkan.

So total word cerita ni malas nak kira😂 tapi nanti kena kira gak sebab nak banding lagi berapa word untuk dijadikan manuskrip
[doakanlah ya❤]

1 story dah habis. Tapi adalagi 2 story nak kena siapkan haha sadis!

Siapa layan cerita saya di bawah ni?

- Pencuri Hati Mr Tengku? Cer komen sikit

- King Queen Math? Cer komen sikit

Dua story tu dah lama tak type haha busy bebenor. InsyaAllah lepas pt3 saya fokus sikit dekat cerita PHMT dengan KQM tu.

S

o dalam epilog ni ada klu story baru lagi cer teka?

Tu memang jalan cerita dah ada cuma kena siapkan 2 story tu dulu baru saya update story baru.

Nak special part ke? Cer komen sikit
Lebih 20 komen kita on😁

So stay support my story okay!

Till we meet soon💕
iqahyun_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro