Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

8. Abandoned Memories

SETELAH PUAS dipujuk, akhirnya Deanne bersetuju dengan saranan doktor untuk mendapatkan kaunseling dari pakar psikiatri namun itu bermakna mereka harus pergi ke Seoul Medical Centre di Seoul.

Dalam masa yang sama, Max juga akan menjalani rawatan terapi yang sama kerana mengalami kemurungan yang serius. Kesihatannya juga terganggu.

Dalam perjalanan Deanne, Dairjeu dan Minho menuju ke Seoul Medical Centre, beberapa kali mereka tersesat jalan.

"Kamu inilah, Minho! Bukan ke kamu pernah ke sini. Kenapa boleh sesat? Makcik tak tahan berlama-lama dalam kereta. Pening tahu tak?!" marah Dairjeu.

Minho menggaru kepalanya yang tidak gatal. Itu kisah 5 tahun yang lepas. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke situ. Deanne mengeluh berat.

"Awak pusing balik pada tembok yang tertulis Welcome to Seoul City," arah Deanne.

"Amboi, mengarah orang. Macamlah dia tahu sangat!" perli Dairjeu.

Deanne hanya diam. Dia arif dengan bandar ini. Dia pernah ke sini bersama Sei.

Sei...

Hatinya menjadi sayu. Ketika melintasi Malleroy Boutique, hatinya melonjak apabila melihat dua buah patung yang masih kekal di kaca display cuma sudah bertukar bajunya.

Ya, kisah mereka benar. Sei wujud di dunia nyata. Cuma dia tidak tahu di mana.

Sampai di tembok itu, Deanne terus memberi arahan. "Belok kanan, terus sampai jumpa bulatan, ikut arah jam pukul 12, simpang tiga masuk kanan, belok kiri, naik jambatan dan sampai."

Dairjeu dan Minho tercengang apabila tersergam di hadapan mereka, bangunan hospital mewah dan besar. Wajah kepenatan Deanne dipandang dengan tidak percaya. Bagaimana Deanne boleh menunjuk arah dengan begitu tepat sekali sedangkan seumur hidup dia tidak pernah sampai ke Seoul?

Jawapannya hanya ada pada Deanne.

Mereka melangkah keluar dari dalam kereta. Deanne memandang ke lautan manusia yang keluar masuk dari perkarangan hospital.

Dia mula terfikir, untuk apa dia ke sini?
Berhabis duit menjalani rawatan?
Berjumpa dengan pakar psikiatri?
Tahukah mereka, sakitnya ini hanya akan terubat jika dia bertemu dengan Sei?
Dia rindukan Sei.

Keriuhan di hujung laluan menggamit perhatian mereka bertiga. Sebuah van hitam yang dikerumuni ramai orang termasuk beberapa orang wartawan lengkap dengan kamera. Deanne cuba mengamati dari jauh gerangan siapakah yang membuatkan beberapa orang gadis berteriak dan wartawan menggila mengambil gambar namun tidak kelihatan. Dia cuma terlihat 2 orang lelaki keluar dengan salah seorangnya memakai mafla yang menutup separuh dari wajahnya bersama kaca mata gelap.

U-know melangkah laju. Lontaran pertanyaan dari wartawan dibiarkan sahaja. Beberapa orang pengawal keselamatan mengawal agar suasana tidak menjadi kecoh dengan asakan orang ramai. Max di belakang berjalan tunduk menekur ke lantai. Tidak menyangka kedatangan mereka ke situ dihidu oleh para wartawan.

Dari kejauhan, Deanne memandang ke arah lelaki bermafla itu. Entah kenapa, hatinya merasa sakit.

Max berhenti melangkah tiba-tiba. Dia memegang dadanya.

"Erghh..." Tiba-tiba Max mengerang sebelum rebah ke lantai.

"Max!" U-know mula panik dalam keriuhan orang ramai. Dia menerpa Max, memangku sambil menampar perlahan pipi Max yang tidak sedarkan diri. Suasana bertambah kecoh.

Minho dan Dairjeu berpandangan. Entah apa yang berlaku hingga kekecohan berlaku namun mereka tergamam apabila mendapati Deanne yang sudah terbaring di atas tanah.

"Deanne!"

🎐

3 HARI Max menghuni bilik itu. Rawatan psikiatri seakan tidak memberi kesan. Dia juga sentiasa bercekang mata, tidak tidur. Sedikit sebanyak, ia menjejaskan kesihatannya yang sememangnya sudah teruk.

Begitu juga dengan Deanne yang berada di bawah bumbung hospital yang sama. Tidurnya kurang. Seboleh-boleh dia mengelak dari bertembung dengan Sei di The Best walaupun dia merindui lelaki itu separuh mati.

Tanpa mereka sedar, bilik rawatan mereka hanyalah bersebelahan. Mereka begitu dekat namun mereka sebenarnya semakin jauh.

"Doktor, tolonglah. Saya tengok dia macam makin teruk!" rayu U-know. Doktor Suzy menunduk seketika.

"Saya akan buat yang terbaik," balas Doktor Suzy.

"Awak nak keluar dari kekusutan ni?" soal Doktor Suzy ketika dia berhadapan dengan Max yang muram.

"Saya terperangkap. Tiada jalan keluar," jawab Max, lemah. Nafasnya menjadi perlahan.

Doktor Suzy tersenyum. Akhirnya buat pertama kali, Max bersuara jua. Mungkin sudah kelelahan. Dia sudah mendapat tahu tentang mimpi Max yang diceritakan U-know dan tanpa ragu, dia mempercayainya. Pengalaman 10 tahun di dalam bidang itu cukup untuk mengajarnya erti di 'luar kotak' akal.

"Jalan keluarnya ada. Cuma awak yang berat untuk pergi."

Max memandang tepat ke arah wajah Doktor Suzy.

Ya, doktor itu benar. Pintunya ada namun kekuatannya tiada.

"Tapi, kalau saya keluar pun saya tetap akan sampai ke sana juga bila saya melelapkan mata dan saya hanya manusia biasa yang mempunyai rasa mengantuk!"

Doktor Suzy menyentuh hujung jemari Max.

"Benarkan saya bawa awak keluar dari situ dan kita kuncikannya agar awak tidak akan sampai ke sana lagi."

Max tunduk. Kenapa hatinya menolak sedangkan dia sendiri terseksa. Derita.

Susuk tubuh Xiah, U-know, Micky dan Jae muncul dari balik pintu. Mereka mengelilingi Max.

"Kami ada di sini untuk beri sokongan pada kau, Max," ucap U-know dan disokong oleh mereka semua.

Max mengetap bibir. Sedikit sebanyak, niatnya untuk bangkit dari fantasi tidak tergelincir dengan kehadiran mereka di sisi.

Selepas Max merasakan dia cukup bersedia, dia bersandar pada kerusi yang dicondongkan. Sekejap sahaja, dia sudah terlelap memandangkan dia sudah menahan tidur dari malam semalam. Doktor Suzy memandang mereka berempat.

"Saya akan mulakan rawatan. Saya harap tiada siapa yang menimbulkan sebarang bunyi."

Mereka mengangguk sambil memerhati kedua tangan Doktor Suzy yang bertaut dengan jemari Max. Matanya dipejamkan seketika sebelum dibuka kembali dan dia sudah berada di sebuah tanah lapang bagaikan musim luruh. Warna oren jingga melatari pemandangan dan di hadapannya, berdiri Max membelakanginya.

"Max?"

"Di sini, saya adalah Sei," jawab Max. Dia berpaling menghadap Doktor Suzy.

"Tapi, hakikatnya awak adalah Max, bukan Sei."

Max memejamkan mata. Lengannya diraih Doktor Suzy.

"Jangan biarkan awak terus tenggelam. Ini bukan dunia awak, Max. Fikirkan tentang keluarga awak, kawan-kawan awak yang sedang menanti, kerjaya awak, kehidupan awak di sana. Awak adalah Max."

Nafas Max mula tidak teratur. Dia memandang di dunia luas itu. Mischa tidak kelihatan.

"Awak dah bersedia?" soal Doktor Suzy. Dia tidak mahu berlama-lama di situ atau Max mungkin akan berubah fikiran.

Perlahan-lahan, Max mengangguk dengan hati yang memberat. Dia membawa Doktor Suzy ke kawasan tumbuhan berbunga kecil. Penanda pintu pemisah dengan The Best. Menggigil tangannya memulas tombol pintu yang tidak kelihatan itu. Sebuah lorong gelap terbentang.

"Kegelapan tak bererti sebuah pengakhiran, Max."

Doktor Suzy sudah melangkah melepasi pintu. Max menggagahkan diri untuk turut melangkah. Sebelum pintu ditutup, dia berpaling, memandang sekali lagi dunia yang akan ditinggalkannya. Beratnya hati ini. Dia menderita.

"Selamat tinggal, Mischa..." 🍃

Dan pintu pun tertutup.

Dalam masa yang sama, Mischa yang sedang menjalani rawatan turut sampai di situ dengan Doktor Hanna yang merawatnya. Terkejut apabila melihat dedaunan berguguran, rumput yang menjadi coklat, sungai yang mengering. Semuanya lenyap satu demi satu.

Dia terjelepuk ke atas tanah.

"Sei dah tiada... Sei dah hilang. Dia dah pergi..." Dia menangisi perpisahan tanpa rela itu.

Max di sebalik pintu seakan terkaku. Seakan terdengar tangisan Mischa di sebelah sana. Hatinya berentak laju.

"Max!" Panggil Doktor Suzy apabila Max ingin mencapai semula tombol pintu itu.

Gerakan Max terhenti. Tangannya menggeletar hebat. Bibirnya separuh terbuka menghembus nafas yang mula berentak laju.

"Pejamkan mata, bayangkan ada kunci di dalam genggaman awak."

Max menurut akur sebelum merasakan benda keras di dalam tangannya.

Kunci.

Entah dari mana.

"Kuncikan pintu itu, Max."

Max terkaku mendorong Doktor Suzy menolak tubuhnya perlahan agar mendekati pintu itu.

"Semakin lama awak terkaku begini, semakin dalam luka awak. Percayalah..."

Akhirnya, Max akur.

"Sei..."

Jelas di pendengaran, Mischa menyeru namanya. Matanya dipejam rapat.

"Maafkan aku, Mischa. Selamat tinggal..."

Dan kunci dipulas. Perlahan-lahan garisan pintu itu menghilang sedikit demi sedikit. Kunci itu terjatuh namun belum sempat ia sampai ke lantai, ia bertukar menjadi debu halus.

"Hah!!" Max terduduk dari sandarannya. Nafasnya turun naik.

Doktor Suzy turut membuka mata dan menyeka peluh yang merenik di dahi meskipun bilik itu dilengkapi penghawa dingin. Terasa dirinya begitu penat sekali seakan baru melepasi perjalanan yang begitu jauh.

"Max? Kau okey?"

Kawan-kawannya mula cemas melihat Max yang bernafas dengan laju. Bibirnya pucat membiru. Tubuhnya menggigil hebat. Max memandang mereka silih berganti. Air matanya bergenang.

"Semuanya sudah hilang..."

Bagai anak kecil, Max menangis. Terhinggut-hinggut bahunya. Air mata murah menuruni pipi dengan laju. Tubuhnya dipeluk oleh kawan-kawannya. Xiah memerhati dari sudut bilik, sebak menyeka air mata kerana dia memahami apa sebenarnya yang sedang terjadi. Dia tahu, Max terluka.

'Maafkan Sei, Mischa...'

Di bilik rawatan bersebelahan, Deanne turut terjaga dari tidurnya. Dairjeu segera menerpa ke arah anaknya. Tubuh Deanne dirangkul. Tanpa berkata apa-apa, Deanne meraung dan menangis. Hatinya tersayat.

Pilu dan terkilan.

Mungkin bagi orang lain mereka sudah 'bebas' namun hati yang terluka belum terubat. Jiwa bagaikan kertas. Sekali direnyutkan, ia takkan sempurna seperti asalnya.

🎐

Why couldn't I call out to you at all?

Every day and night growing emotions,

And words overflow,

But I realized that,

They'd never reach you again.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro