Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

7. A Goodbye

3 BULAN KEMUDIAN.

Media massa, berita, dada akhbar, majalah dan berita maya dipenuhi dengan perkhabaran Max yang sedar sepenuhnya dari 'lena' yang cukup panjang. Perkarangan hospital dipenuhi dengan para wartawan.

Di dalam wad, Max dipeluk erat oleh kawan-kawannya. Wajahnya jelas kelihatan lemah tidak bermaya namun sekurang-kurangnya dia mampu untuk tersenyum. Terharu dengan layanan kawan-kawannya terutama U-know.

Malam itu mereka menghabiskan masa bersama. Jae membawa kek yang dibuat sendiri olehnya, Micky pula membawa set ayam goreng, Xiah membawa nasi gulung bersama lauk sampingan manakala U-know pula membawa sup rumpai laut.

"Banyaknya makanan," ujar Max dengan suara yang serak. Sesekali dia terbatuk kecil.

"Kau kena habiskan semua. Tengok berat badan kau, susut! Hilang 15 kg. Macamana kau nak jadi penari kalau badan macam kertas! Nah, makan sup ni. Aku masak sendiri tau!" bebel U-know sambil menuangkan sup ke dalam mangkuk kecil.

"Makan sup, apa kejadahnya! Nah, makan ayam. Biar gemuk cepat-cepat," Micky pula mencelah.

"Mana boleh makan ayam saja. Nasi pun kena makan juga," tingkah Xiah.

Max ketawa perlahan. Penuh meja di hadapannya dengan makanan yang disuakan oleh kawan-kawannya.

"Apa korang ni?! Kita kena mulakan dengan kek dulu," marah Jae apabila keknya diketepikan.

"Alah makcik ni. Yalah, yalah. Makan kek dulu."

Max mampu tersenyum melihat keletah kawan-kawannya. Sudah lama rasanya mereka tidak berkumpul begini. Mungkin benar keputusan untuk bangkit dari tidurnya.

Deanne juga sudah sedar. Agak terperanjat melihat perubahan drastik ibunya. Dairjeu menangis memeluknya dengan erat. Kanak-kanak yang diajar di kampung juga turut ada bersama melawatnya.

"Kami rindukan Kak Deanne. Ajarlah kami bahasa bandar lagi," ujar seorang anak kecil sambil memegang hujung lengan bajunya.

Deanne memandang ke arah penjuru bilik. Memandang ke arah Minho yang hampir menitiskan air mata kegembiraan. Lelaki itu pasti masih terkejut kerana berhadapan dengan mimpi yang nyata. Pertemuan mereka di The Best menjadi rahsia mereka berdua. Tiada siapa yang patut tahu. Mereka berbalas senyuman.

🎐

SETIAP KALI mereka melelapkan mata dan sampai ke The Best, mereka pasti keseorangan dikeranakan waktu tidur mereka mula berbeza.

Max akan berjaga sepanjang malam dan hanya akan tidur sebentar di waktu siang. Membiarkan Deanne menangisi kesepian di The Best. Dia tidak mahu memberi harapan. Dengan sokongan kawan-kawannya ditambah pula dengan hati yang tersentuh dengan kesungguhan mereka untuk dia kembali sembuh, Max tegar mengambil jalan itu. Dia cuba membayangkan Mischa hanyalah bayangan. Mimpi semata sekalipun jiwanya menolak pembohongan itu. Kalau pun Mischa itu wujud, dia tidak mahu menjadi penyebab gadis itu terpisah dengan keluarganya.

Hinggalah satu hari mereka bertembung jua di dalam 'lena' mereka.

"Kenapa kau mengelak dari aku, Sei?" Mischa menahan sebak.

Sei menarik nafas sedalam-dalamnya. Wajah Mischa dipandang.

"Kita dah sepakat untuk tidak lagi tenggelam dalam mimpi kita dan belajar menghargai dunia kita sebenar?" Tenang Sei membalas seakan tidak berperasaan sedangkan hati, siapa yang tahu.

"Tapi, kau macam mengelak terus dari aku!" Mischa terduduk di atas rumput.

Sei mengepal tangannya. Rasa bersalah namun dia takut dia kembali terhanyut hanya kerana dunia yang entah wujud entahkan tidak sedangkan ramai yang menyayangi dan menaruh harapan padanya di dunia nyata.

Sejak Xiah menerjah ke The Best, dia mula sedar bahawa dia adalah Max. Begitu juga Mischa. Dia dapat mengingati kehidupan sebenarnya sebagai Deanne selepas menerima kedatangan Minho.

"Aku dah bahagia di sana. Ramai orang yang sayangkan aku dan aku tak nak hampakan mereka lagi. Aku yakin, kau juga sama dengan aku. Aku pasti di sana, ada orang yang menyayangi kau dan tak sanggup kehilangan kau sebelum masanya," ucap Sei.

Mischa menangis sayu.

"Jadi, apa erti pertemuan kita? Apa erti The Best? Apa erti aku pada kau, Sei?"

"Mungkin semua ini hanyalah sebahagian dari lembaran kehidupan. Mengajar kita bagaimana harus kita menghargai kehidupan nyata kita," jawab Sei, masih berlagak tenang.

"Tapi, aku tak tahu kalau aku boleh berpisah dengan kau.."

"Mischa.." Sei memusing wajah menghadap Mischa. Air mata gadis itu diseka dengan hujung jari. "Andai benar takdir antara kita itu ada, kita pasti akan bertemu semula tapi bukan di sini. Bukan di dunia yang tak pasti ni."

Mischa mengangkat wajah. Mereka saling berbalas pandangan. Sei memejamkan matanya. Tidak sanggup melihat gadis itu mengalirkan air mata.

Pedihnya...

Mata dibuka semula. Wajah Mischa berganti dengan wajah Xiah.

Max menegakkan badan. Dia terlelap di sofa rupanya. Xiah menghulurkan tisu padanya. Max tercengang. Disentuh hujung tubir matanya. Basah. Dia memandang Xiah.

"Aku benar-benar berharap ianya mimpi tapi sakitnya terasa di alam nyata..."

🎐

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro