Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

The Last Song

"MUMMY... kalau Isya belajar dekat rumah tak boleh ke?" tanya Isya seraya mengerdipkan mata berulang kali.

"Tak boleh! Pergi sekolah sekarang!"

Sudip dicapai sebelum dilontar ke arah Isya. Namun, Isya lebih pantas berlari ke luar rumah sambil menjerit, "Bye mummy! Isya pergi dulu!"

Selepas beberapa minit berlari, akhirnya Isya sampai ke sekolah.

"Lambat cik kak," sindir seseorang.

"Kau macam baru kenal aku semalam," balas Isya kembali.

"Kan, macam aku baru kenal kau semalam. Ni mesti kes kau kena marah dengan mummy kau, kan?" teka Mia sebelum ketawa terbahak-bahak.

"Malas aku nak layan kau."

"Jangan merajuk. Eh, pergi masuk kelas kau cepat. Pastikan kau tak dibuli."

"Baik boss!" jerit Isya sebelum berlari ke kelas barunya.

"Please... jangan cakap kau sekelas dengan aku," rungut Mia sebelum meletakkan kepala di atas meja.

"Hehhe... malangnya," balas Isya sebelum mengambil tempat di sebelah Mia.

"Aku dengar cerita ada seorang pelajar lelaki. Dia hensem tetapi dia kelas sebelah."

"Aku dengar cerita juga dia ahli Kelab Muzik."

"Dekat sini ada Kelab Musik ke?" tanya Isya sebelum mendengar kawan sekelasnya membawang di belakang mereka.

"Ada. Kenapa kau tanya? Pemilihan ahli Kelab Muzik susah tahu," balas Mia.

"Macam mana kau tahu?" tanya Isya pelik.

"Adalah. Esok pemilihannya. Kau nak join ke tidak? Kalau kau nak join, aku boleh uruskan."

"Boleh juga. Terima kasih, Mia!"

"Apa sahaja untuk sahabat aku, kejutkan aku bila waktu rehat."

"Tch! Kenapa aku boleh berkawan dengan kaki tidur macam kau?"

"Takdir..." balas Mia meleret.

"Hashtag, sis redha."

....

KEESOKAN harinya, pemilihan ahli Kelab Muzik diadakan. Isya menggenggam tangan dengan erat kerana takut. Dia ingin membeli air kerana tekaknya terasa perit dari semalam.

"Habislah macam mana aku nak nyanyi?" gumma Isya sebelum mengeluarkan duit untuk membeli air di mesin air.

Seseorang menarik tangan Isya ke tempat lain sebelum menghulurkan sebotol air mineral.

"Kalau tekak perit, jangan minum air manis. Banyakkan minum air mineral, faham?"

"Thanks," balas Isya tanpa memandang wajah orang di hadapannya.

"Aku gerak dulu dan goodluck untuk audition."

"Macam mana dia tahu aku ada audition? Lupa pula, aku pakai baju lain."

"Isya!" jerit Mia.

"Apahal?" tanya Isya sebelum meneguk air.

"Kau tanya aku apahal? Turn kau tak lama lagi, kau boleh melepak dekat sini?" tanya Mia bengang.

"Rilek le sistur... aku kena heret sampai ke rooftop sebab aku nak beli air manis. Aku tak tahu siapa yang heret aku. Kau tengok ni, dia bagi aku botol air mineral dia."

"Tak mungkin..."

"Apa?" tanya Isya pelik apabila Mia membelek botol air tersebut.

"Tak ada apa-apa. Baik kita cepat."

....

MIA menarik nafas sebelum menuju ke pentas. Pandangannya terarah kepada seseorang yang memakai topi berwarna putih.

"Boleh saya tahu lagu apa yang awak akan nyanyi?" tanya seorang pelajar lelaki yang memakai head band.

"Err... lagu... Say My Name"

"Kenapa awak nak nyanyi lagu tu?"

"Sebab ia hampir sama dengan kisah saya," balas Isya sebelum mencapai mic di hadapannya.

Aku akan buktikan yang aku boleh melangkah tanpa kau! Getus Isya.

Mereka bertiga saling berpandangan apabila Isya menyanyi.

"Aku tak tahu pula dia boleh nyanyi highnote," ujar pelajar yang memakai fingerless gloves.

"Kau apa tahu? Layan futsal je," balas pelajar yang memakai topi.

"Kau berdua memang pantang berjumpa. Asal berjumpa aje gaduh, asal terserempak je nak bertumbuk. Macam mana aku boleh bekerjasama dengan korang selama ni?" marah pelajar yang memakai head band.

Isya tidak menyedari perbalahan mereka bertiga kerana dia tenggelam dalam dunia. Tidak lama selepas itu, Isya tidak sedarkan diri.

"Isya!"

Beberapa jam kemudian, Isya membuka matanya secara perlahan-lahan.

"Minaci!"

Isya menayang muak toya apabila Mia memeluknya dengan erat.

"Mia! Kita kekurangan seseorang! Eh, mana Luke?" tanya Zyan sebelum mencari kelibat Luke.

"Hai, kenalkan. Aku Zyan, orang yang memakai fingerless gloves. Orang yang memakai topi putih ialah Mia. Akhir sekali, tak lain dan tak bukan, Luke."

"Apa kata kita terima je dia? Lagipun kita kesuntukan masa."

"Serius?" tanya Zyan dan Mia serentak kemudian saling menjeling.

"Tapi kita ada satu masalah."

"Apa maksud kau, Isya?" tanya Luke pelik.

"Siapa korang sebenarnya?"

"Come on, Isya! Aku ada bagitahu kau tentang kami beberapa hari yang lalu!" bentak Mia berang.

"Tanya je. Jangan marah," balas Isya selamba.

....

"MAAF susahkan kau," ujar Luke selepas menyerabaikan rambutnya.

"Tak pe. Baru aku tahu kenapa Mia selalu stress," keluh Isya.

Fikiran Isya melayang ke hari semalam.

"Aku ada berita baik dan berita buruk. Kau nak dengar berita yang mana?"

"Hah? Kau kenapa tiba-tiba je ni, Isya? Aku pilih bad news."

"Aku kena pindah."

"B... berita baiknya?"

"Mummy aku benarkan aku sertai persembahan kita semasa party nanti!"

"Woah! Aku gembira untuk kau. Jangan lupa aku dekat sini."

"Tak akan. Aku tak akan biarkan sahabat aku buat kerja gila seorang diri."

"Yeong-wonhi chingu?"

"Yeong-woni chingu, maknae!"

"Kau dengar tak?" tanya Luke sebelum mengalihkan pandangan.

"Tak, aku risau. Boleh ke kita menang?" tanya Isya sedih.

"Mestilah boleh. Kita dah berlatih bersungguh-sungguh," balas Zyan.

Isya dan Mia berbalas senyuman. Hanya mereka sahaja yang tahu apa akan berlaku selepas persembahan mereka nanti.

....

MIA menarik nafas sebelum memandang Isya yang membelek mukanya.

"Tak payah belek sangat muka tu, dah cantik dah. Patut la ada orang terpikat," sindir Mia.

"Hah? Siapa?" tanya Isya pelik.

Mia hanya membalas dengan senyuman. Biar Isya tahu sendiri siapa orangnya.

"Kenapa..."

"Mari pergi. Kita dah lambat," kata Mia.

"Lambat," ujar Zyan sebelum membebel kepada Mia.

Mia memakai headphone apabila Zyan mula membebel. Luke mengalihkan pandangan apabila melihat pakaian Isya.

"Tak pernah tak buat aku jatuh," gumam Luke sebelum membetulkan head band.

"Kau jatuh?"

"Kau ni, terkejut aku," balas Luke.

"Kita nak nyanyi lagu apa?" tanya Mia.

Mereka bertiga berfikir sebelum Isya memetik jari.

"Aku tahu tetapi aku jadi main singer boleh tak?"

"Aku tak kisah sebab aku dan Mia gitarist."

"Aku pula drummer," balas Luke.

"Thanks," balas Isya.

"Kini, tibalah masa yang kita nanti-nantikan, iaitu persembahan daripada ahli Kelab Muzik!"

"Baby tell me one more beautiful lie, one touch and I ignite."

....

ISYA menarik nafas sebelum berpaling ke belakang.

"Di sini, aku tahu erti persahabatan. Di sini, aku tahu apa itu cinta dan pengorbanan. Di sini, juga aku tahu apa itu sakit apabila berpisah dengan orang yang disayangi."

"Baik kau pergi, nanti kau terlepas flight," ujar Mia.

"Jangan cakap dekat dia."

"Jangan risau Isya. Kami akan jaga rahsia kau," balas Zyan.

"Aku harap sangat dia ada dekat sini tapi aku tahu dia sibuk. Aku nak dia tahu aku..."

"Aku harap Luke tak akan lupa siapa Isya," keluh Mia.

"Kan, aku pun harap benda yang sama."

"Mari kita pergi lawat Luke."

"Mari."

"The last song I sing with you, my love. I hope we can meet again."

Tbc

24/3/19

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro