Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bintang

SEPERTI biasa, perpustakaan menjadi destinasi setiap hari. Boleh dikatakan library seperti rumah kedua. Sebelum waktu Asar baru balik bilik. Kalau berada di blok kediaman ketika kelas online, nampak katil mesti lelap atau tak semasa pensyarah sedang menerangkan tentang tutorial, aku makan biskut atau minum Nestum. Itu pasti.

Nota disalin walaupun faham sikit, janji salin. Faham tak faham belakang cerita. Leher yang lenguh diregangkan sebelum pandangan dialihkan ke arah rak buku.

"Macam kenal je lelaki chinese tu, bukan yang dekat kafe ke?" Fon dicapai sebelum aplikasi kamera dibuka. Gambar ditangkap beberapa kali walaupun telinga sedang mendengar penerangan pensyarah.

"Kau buat apa? Sempat pula dia buat kerja lain," tegur Bella. Aku hanya mengukir senyuman disebalik topeng muka. Bella mengalihkan pandangan sebelum mengecilkan mata.

"La... Itu siapa pula? Kau jangan macam-macam." Aku hanya ketawa perlahan sebelum sambung menyalin nota. Nabil tenggelam dalam dunianya. Apa yang kami bualkan dia tidak dengar. Padahal dia duduk depan Bella.

■ ■ ■ ■

SETIAP hari aku melihat lelaki itu di library. Kadang-kadang dia seorang diri, kadang-kadang dia dengan kawan-kawan dia. Aku selalu menangkap gambar dia kerana aku suka tengok mata dia. Chinese kan? Susah aku dapat lihat wajah dia tanpa topeng muka kecuali bila dia nak minum air. Gaya rambut dia aku suka. Gaya bad boy tapi muka good boy.

Kadangkala aku bingung, aku teruja nampak dia dari jauh sebab apa? Sebab minat atau sebab lain? Malas aku nak fikir, lagi pun peperiksaan Sem 1 dah nak dekat. Untuk seketika aku terlupa akan kehadiran dia kerana sibuk mengulang kaji.

Dia ada di tempat biasa tapi aku tak pandang dia sebab aku ada orang yang aku suka. Daripada aku suka orang yang tak kenal aku, baik aku suka orang yang kenal aku. Walaupun akhirnya aku tahu aku akan sakit.

Bukan tak nak confess tapi aku tak rasa dia suka aku. Sebenarnya, sudah empat kali classmate aku kata dia dah ada girlfriend. Aku cuba move on perlahan-lahan.

■ ■ ■ ■

SATU hari, aku confess dekat orang yang aku kenal tapi aku tak tahu aku confess sebab nak lepaskan sesuatu atau apa. Dia suruh aku cari orang lain tapi tak lama kemudian dia tanya siapa orang yang confess dekat dia. Aku tak luah direct, aku minta tolong orang tengah.

Aku tak sangka kali ni aku boleh move on dengan cepat sehingga aku lupa yang aku pernah suka dia. Perpustakaan sekali lagi menjadi tempat aku pandang lelaki chinese tu. Rambut dia sem ni lawa, senang nak cam dia. Dari jauh dah boleh kenal itu dia.

Kali ini, aku yakin aku suka dia. Sem lepas aku tahu nama panggilan dia saja dan course, tapi sem ni aku tahu nama penuh dia dan dari kelas mana. Orang ramai kabel macam ni la.

Selama dua tahun lebih, aku tak pernah positif covid, namun beberapa hari lepas balik kolej, aku positif. Murung kejap. Tapi ada hikmah di sebalik dugaan ni. Aku dapat kenal orang lain. Dapat kongsi cerita yang aku tak pernah cerita dekat orang lain. Dengar penyelesaian yang tak pernah terlintas.

Aku ingat aku akan terlepas kelas face to face tapi malangnya kelas face to face tiada seminggu kecuali kelas pendidikan Islam. Kesan lepas positif covid tak teruk sangat cuma cepat penat. Dalam masa seminggu kuarantin, aku tidur petang. Lena wei. Bangun tidur je mamai.

Bayangkan ubat batuk tu memang dah ditarget untuk berapa hari kau sembuh. Contoh la, hari ni ubat tu habis dan kau tak batuk lagi, esok kau okey, lusa kau batuk balik. Hmm... Minum air mineral banyak-banyak dan kalau boleh elakkan makanan berminyak. Macam nak terkeluar anak tekak masa batuk.

■ ■ ■ ■

AKU memandang Bella selama beberapa saat sebelum menggaru kepala berlapik tudung bawal biru cair.

"Walawei, wo bu zhi dao(aku tak tahu). Benda dah lama sebenarnya tapi seingat aku, aku perasan kewujudan dia awal bulan 11 tahun lepas. Ala, sebelum aku join kau orang berdua study sesama tu. Jadi dah tiga atau empat bulan aku kenal dia." Aku membalas selepas mengingat semula bila masa aku nampak dia.

Aku belajar bahasa cina sebab dia tapi seperti biasa benda yang bersemangat aku buat di awal waktu akhirnya terkubur begitu saja. Tapi aku paksa diri untuk belajar demi kepentingan masa depan. Belajar bahasa baru kan ilmu? Apa salahnya, kan? Walaupun niat tak betul.

"Lamanya," balas Bella sebelum kami menyambung membuat kerja akaun. Aku rasa antara 4 course di kolej, course kami paling chill dekat kolej. Course lain jadual waktu pack. Kalau tak ada kelas kami pergi makan, kalau tak makan siapkan kerja.

Disebabkan course kami berbeza, aku tak dapat jumpa dia selalu. Subjek dia kebanyakannya face to face, aku pula banyak online. Sampai fed up mereka bertiga nak nasihatkan aku supaya berubah kerana aku suka buat kerja last minute dan buat kerja gila serta tak lupa juga masuk air tak kena tempat. Tak akan aku nak serius memanjang? Kalau aku serius percayalah siapa yang lihat tak berani pandang mata aku.

"Ikut suka hati awaklah, janji awak bahagia." Itu ayat Nadiah bila dia dah tak tahu nak nasihatkan aku dengan ayat apa lagi. Apa lagi tersenyum nampak gigi aku dengar.

"Itu la pasal, janji kau bahagia." Ayat Bella.

"Kau orang cakap pasal ape?" tanya Nabil.

"Takde pape, hal perempuan je," balas kami bertiga serentak sebelum ketawa perlahan.

Beberapa minggu berlalu, bulan puasa pun tiba. Beberapa hari sebelum puasa, Izza dah pesan jangan lupa teman dia ambil barang.

Sehari sebelum puasa aku cerita dekat Izza rupa dia macam mana, apa semua yang berkaitan. Sekali aku nampak dia. Rezeki dapat tunjuk Izza rupa dia. Izza puji dia ada rupa. Izza pesan nampak dia jangan teruja sangat nanti kantoi. Macam tahu-tahu je dia ni...

Macam-macam terjadi masa bulan puasa, tapi aku tak boleh ingat balik ada satu hari tu aku kalah game dan denda dia kena call crush. Tak akan nak call pakai WhatsApp? Gambar aku dekat situ. Kita call biasa tapi lima saat lepas dia angkat matikan call.

Tak baik, kan? Kalau aku, aku tak akan call balik tapi dia call. Seminit dapat bersembang dengan dia. Itu tolak tepi dan itu kerja paling gila aku pernah buat. Aku sempat rakam perbualan antara aku dan dia tapi aku tak dengar balik.

Hari nak balik rumah sempena cuti hari raya, aku beranikan diri untuk ajak dia tangkap gambar.

"Baik kau tanya dia sekarang. Lepas ni tak tahu kau ada peluang atau pun tak. Nanti kau menyesal," ujar Bella

"Nanti aku mengamuk." Aku menarik nafas dan berjalan ke arah dia.

"Nak tangkap gambar boleh tak?" Aku bertanya dengan gementar. Tak akan dia nak setuju, kan? Dia tak kenal aku, dia cuma selalu nampak aku dekat perpustakaan je.

"Aa boleh, nak tangkap gambar dekat mana?" Dia tanya dengan slang cina.

Eh? Aku tercengang beberapa saat. Dia tak fikir langsung terus jawab. Kalau aku kena macam tu aku blur kejap.

"Bella nak tangkap gambar dekat mana?"

"Dekat situ."

Bella menunjukkan tempat dengan lighting yang sesuai. Aku sangat bersyukur aku pakai kasut sukan, kalau aku pakai kasut kuliah, terserlah ketinggian aku. Tapi dalam masa yang sama menyesal sebab aku tak tahu betapa bezanya ketinggian aku dan dia.

Nasib baik kawan tu okey bila aku minta buat satu gaya ni. Mulanya aku takut dia tak akan buat sebab dia nak tangkap gambar dengan geng dia sebenarnya.

Selepas mengucapkan terima kasih aku kembali ke geng aku. Aku teruja kerana dapat bercakap dengan dia. Aku melompat beberapa kali sebelum lengan Nabil aku tumbuk beberapa kali. Apa la dosa kawan tu dengan aku agaknya?

"Apahal kau ni?" tanya Nabil sebelum melarikan lengannya daripada menjadi mangsa aku.

"Aku dapat tangkap gambar dengan dia!"

"Dia ke?"

"Ye... Tak akan orang tu pula." aku membalas dengan nada geram.

"Mana tahu..."

"Aku dapat tangkap gambar dengan dia..."

"Kau cakap macam mana?"

"Aku cakap bm. Nak tangkap gambar boleh tak?"

"Bukan haritu kau beria belajar bahasa cina? Pāizhào(gambar)?"

"Wo keyi hè ni pāizhào ma?" celah Bilah sebelum menggelengkan kepala.

"Aku dah lupa. Dah tak ingat apa. Pāizhào pun dah lupa."

"Aduh... pun boleh," ujar Nadiah.

Petang tu, aku dan Bella hantar Nadiah dan seorang classmate chinese girl kami berhampiran padang golf. Lepas dapat cari bas mereka, aku pergi mencari roommates aku. Seorang ke Melaka Sentral, seorang lagi ke Johor.

■ ■ ■ ■

"LAGI 4 hari, hari jadi dia." Adik aku pandang aku pelik.

"Macam mana kau tahu?"

"Cari la apa lagi."

"Nak wish ke tak nak? Nak wish dekat Instagram atau WhatsApp? Kantoi la nanti kalau wish dekat WhatsApp."

"Ikut suka kau la kak."

Penyudahnya aku wish dekat Telegram, itu pun waktu petang. Dia wish balik.

"Kau tahu dik? Dia wish balik!. Untuk perempuan-perempuan yang suka dia, aku dapat wish daripada dia, dia orang dapat? Tak... Hahahhahah." Aku ketawa jahat di depan adik aku yang sudah menayang wajah menyampah.

Itu membuatkan aku bersemangat untuk mengulang kaji pelajaran. Tapi.... di sebalik kegembiraan tu, aku menghela nafas. Moga kita dapat jumpa lagi.

Kisah yang diimpikan namun tidak semua orang dapat merasainya. Ini kisah aku dan bintang aku. Kenapa bintang? Kerana dia ada depan mata tapi aku tak rapat dan tak kenal dia sangat. Lagipun dia tak kenal siapa aku. Aku tak tahu dia akan sambung belajar dekat mana. Dia pandai, mesti dia dapat universiti yang dia nak. Terima kasih sebab hadir dalam hidup aku walaupun hanya seketika.

END

Bintang sangat cantik di malam hari tapi sukar untuk dicapai. Sama juga seperti dia; bahasa, agama dan masyarakat menjadi sebab aku tak tegur dia secara berdepan. Moga kita dapat berjumpa lagi di masa hadapan jika ada jodoh.

08/05/2022

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro