Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑆𝑝𝑒𝑐𝑖𝑎𝑙 𝐶𝒉𝑎𝑝𝑡𝑒𝑟 2

"cantik...". Puji Nelyna dengan pasangan dihadapannya. Serasi sangat. Haiden mengenakan tuxedo hitam dan juga Seri dilengkapkan dress putih.

"apadia sayang?". Soal Adriel. Sepertinya dia mendengar sesuatu.
"tu... Diorang cantik sangat". Tunjuk Nelyna. Mereka sedang berada di meja makan khas didalam dewan itu.

"sayang...". Nelyna berpaling apabila Adriel memanggilnya.
"jom kawin lagi sekali?". Apa kena dengan Adriel ni?. Hilang ingatan kah?.

"apa abang merepek ni? Sebelum ni kita dah kawin kan?". Hairan Nelyna. Dah nak masuk dua dah anak mereka.

"dulu tak ada resepsi macam yang Haiden buat ni, cuma nikah... Mesti sayang sedih sebab tak buat wedding dream sayang kan?". Tangan Adriel, Nelyna capai. Tak mahu suaminya berfikiran seperti itu.

"mana ada Nel sedih... Sebaliknya Nel suka sangat! Sebab yang jadi suami saya tu abang". Nelyna beriak teruja.

"betul? Tak nak kawin lagi?". Nelyna mengangguk. Buat apa nak buat majlis lagi. Lagipun mesti kena buat persiapan. Sungguh! Dia tidak larat.

"tapi abang nak buat jugak. Lepas sayang habis pantang nanti". Nelyna mengeluh. Adriel kalau degil tak boleh kata apa dah. Harap perangai degil ni tak melekat pada anak-anak.

"yelah... Tapi tak payah buat plan macam haritu eh, tak lawak langsung". Teringat masa Adriel buat kejutan masa anniversary haritu.

"okay...". Adriel tergelak.

"Riel! Nah. ambik Adyan. Penat aku nak kejar". Zarreen meletakkan Adyan di riba Adriel.

"alah suruh jaga kejap pon tak boleh". Rungut Adriel. Sebenarnya saja ja nak kenakan Zarreen.

"Bukan tak boleh... Adyan suka sangat cubit pipi anak aku... Hah! Jangan-jangan anak kau suka anak aku!". Teka Zarreen.

"eh! Elok sikit eh. Anak aku ni tak nak pon lah kat anak kau". Jeling Adriel.

"ingat anak aku nak ke kat anak kau?!". Zarreen tidak kurang juga melawan. Anak masing-masing pon masih kecil, itu pon nak bergaduh.

"tak nak aku berbesan dengan kau nanti". Adriel tidak henti-henti menghentam Zarreen.

"aku pon tak nak lah! Peerangai pon macam sengal!".

"eh sudah! Korang berdua ni kenapa? Pasal anak pon nak bergaduh ke?!". Sakit kepala Nelyna dengan dua lelaki ini.

"Reen gang cari pasal dulu". Cebik Adriel.

"makin tua, perangai menjadi-jadi". Marah Nelyna pada Adriel.
"sayang kata abang tua? Oh god. Kita sama umur sayang. Kalau abang tua, sayang pon tua". Adriel menjongketkan keningnya.

"ish! Jagalah Adyan tu sampai esok". Nelyna bangun meninggalkan Adriel. Cari Airani lebih baik.

"nampaknya tidur luar la kau malam ni". Gelak Zarreen.

"diam lah kau". Jeling Adriel. Nelyna akan marahnya sekejap saja. Malam nanti pasti dia juga akan dicari. Percayalah.
    

*****

Dua pusara dihadapannya dipandang sayu. Nelyna berada ditengah-tengah dua kubur itu. Dia terlalu rindukan dua insan itu.

"assalamualaikum Mama, papa... Nel datang ni". Senyuman diukir sedikit untuk kuatkan diri. Selesai membacakan yasin Nelyna berinteraksi sebentar... Itu saja jalan untuk membuat hatinya berasa dekat dengan mereka.

Adriel juga ada disebelah memegang bahu Nelyna. Dia tahu isterinya sedang rapuh ketika ini.

"minggu depan mama dengan papa akan dapat cucu kedua pulak". Tambah Adriel dengan senyuman.

"Riel nak ucap terima kasih dekat mama dengan papa, sebab izinkan Adriel menjaga Nelyna. Dialah bidadari syurga saya sekarang... Dia sanggup lahirkan zuriat Riel". Tubir mata lelaki itu terasa hangat.

"walaupun Riel ni banyak buat dosa dan salah, Nel tetap Terima Adriel". Tangan Nelyna naik mengusap bahu Adriel.

"Riel janji, Riel akan bahagiankan keluarga ni". Batu nisan arwah Dato Haznan dan arwah Datin Nurin diusap.

Nelyna senyum memandang Adriel.

"kami balik dulu ya? Nanti kami datang lagi bawa cucu-cucu mama dengan papa". Selesai Adriel melipat tikar mereka berdua beredar dari tanah perkuburan islam itu.

  
  
TANGAN tidak hati menepuk perlahan punggung Adyan. Ambil saja Adyan dari jagaan Nadia, terus terlena. Manja betul dia dengan acik Nadia sorang tu.

"sayang... Letak la Adyan kat sini. Sayang naik rehat". Saran Adriel. Wajah Nelyna pucat dan lesu saja minggu ini.

"tak apa lah Nel memang nak rehat kat sini...".
Adriel melabuhkan punggungnya disebelah Nelyna.

"esok kita hantar Adyan rumah sayang ya? Takut nanti sayang tiba-tiba nak bersalin...". Nelyna mengangguk.
  
  

*****
 
Kelibat suaminya dicari sekeliling... Mana Adriel pergi?. Haritu kata minggu ni tak masuk kerja sebab nak sentiasa ada dengan dia.

Nelyna duduk sebentar di kaunter dapur. Kakinya sudah membengkak. Sakit dipinggang usah dikata.

Tiba-tiba bawah perutnya terasa menyengat. Berkerut dahi Nelyna menahan. Sakit ni rasa seperti dia nak lahirkan Adyan dulu.

"jangan-jangan... Argh!". Rasanya masa sudah tiba. Cepat-cepat tangan mencapai telefon.
Nombor Adriel didail.

Peluh sudah membasahi dahi. Tergetar tangan memegang telefon.

"abang...". Mana Adriel pergi? Call tidak terangkat.
"ergh..!". Perutnya dipegang. Dari kerusi Nelyna jatuh ke lantai pula.

"Ya Allah! Sayang!". Baru suara Adriel datang menerpa.
"ab-abang... Sa-sakit...". Dengan pantas tubuh Nelyna dicempung.
   
  
  
WAJAH bayi kecil dipangkuannya ditenung. Dia baru selesai mengazankan anak keduanya.  Bulat mata anak kecil itu memandang bapanya. Rasa sebak dihati apabila melihat pertarungan Nelyna tadi.

Ciuman dilabuhkan pada dahi anaknya. Nelyna pula masih belum sedarkan diri.

"erh...". Suara serak Nelyna mengaduh sakit.

"sayang". Nelyna senyum. Syukur dia selamat. Tidak henti kata-kata Alhamdulilah didalam hatinya.

"sayang okay? Nak abang panggilkan doktor?". Risau Adriel.
"takpa, Nel okay... Erm dah bagi nama ke?". Soal Nelyna. Masa Adyan dulu dia yang pilihkan, apakata kalini Adriel pula.

"Tengku Adrian?". Nelyna tersenyum suka. Cukup hanya maksud yang baik.

"pandai abang pilih".

"sayang...". Wajah suaminya dipandang. Nampak sedih dari tadi.
Adriel meletakkan Adrian dikatil kecilnya.

Terus tubuh Nelyna dipeluk lama. Terasa ada titisan yang menitik pada Nelyna.

"abang?". Naik hairan dia dengan Adriel. Pelik-pelik sungguh.
"i'm sorry dan... Terima kasih". Serak suara Adriel.

"dulu disebabkan abang, sayang lahirkan Adyan sorang-sorang tanpa berteman. Disebabkan abang sayang tanggung derita seorang diri, maafkan abang...". Mata Nelyna juga basah dengan ucapan Adriel.

"tu adalah satu ujian juga untuk rumah tangga kita, syukur jodoh kita masih panjang. Nel selalu berdoa supaya jodoh kita sampai kesyurga kelak". Tangan Belyna membalas pelukan Adriel.

"i love you". Pipi Nelyna menjadi sasaran ciuman Adriel.
"i love you more Mr. Adriel". Gelak Nelyna.

Adrian diambil kembali setelah pelukan dileraikan.
"Adyan dah ada adik...". Cepat saja masa berlalu. Usia Adyan tiga tahun sudah dapat adik.

"assalamualaikum...". Muncul wajah-wajah keluarga dan sahabat Nelyna dan Adriel dipintu. Ceria saja riaksi mereka.

"masyaAllah comelnya cucu Maksu ni...". Puji Puan Nuriani.
"tengok laa abang dia". Adyan yang petah bercakap itu membuatkan semua disitu tergelak.

"amboi anak papa sorang ni, meh sini". Laju Adyan ke papanya.

"tahniah Riel". Ucapan dari mereka semua.

'syukur kehadrat Ilahi, segala pengorbanan dan ujian yang ditempuhi untuk mengekalkan rumah tangga mereka, mereka berjaya selesaikan dengan tenang. Jodoh yang ditentukan olehNya sangatlah istimewa'.

'memori. Semua kenangan dari mereka kecil, adanya pergaduhan, kebencian dan akhirnya bahagia. Itu semua memori mereka'.

Tengku Adriel Syafieq
&
Nelyna Naira
 

-Our Memories-

Terima kasih...

  
    
  
  
  
  
  
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
❤❤❤❤❤
*cry*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro