BAB 45
Nelyna mengucap panjang. Sebelum Laila datang dia sudah mencedera rakan serumahnya Elya.
"tak sangka Laila akan buat macam tu, petang kelmarin saya dah nasihatkan dia". Adriel memandang isterinya.
"sayang jumpa dia?". Soal Adriel risau. Kalau semalam Laila berani berbuat begitu tidak mustahil Laila ada niat untuk mencederakan Nelyna kelmarin.
Nelyna mengangguk saja.
"lain kali, terus call abang please. Bahaya lah". Pesan Adriel.
"iyee...". Nelyna tergelak.
"polis kata apa?". Soal Nelyna ingin tahu.
"sekarang masih kat penjara, minggu depan baru naik mahkamah. Tapi kawan abang ada bagitahu. Tak lain tak bukan hukuman gantung". Terbeliak terus Nelyna. Sungguh tidak sangka.
"abang. Dia ada peluang untuk berubah...". Beritahu Nelyna. Tapi mereka tidak boleh buat apa-apa apabila semuanya diserahkan kepada pihak polis.
"mungkin ni takdir dalam hidup dia, sayang dah jalankan tugas untuk nasihatkan dia, terserah kepada dia nak terima atau tidak". Nelyna melepaskan nafas berat.
Dia kenal Laila dari kecil. Sungguh tak sangka akan jadi begini.
Elya pula selamat dikebumikan pagi tadi. Semalam, tiba saja di hospital nadi dan jantung Elya sudah berhenti. Bermacam-macam cara Doktor cuba untuk pulihkan. Tetapi ajalnya sudah tiba.
"sayang". Panggil Adriel tiba-tiba. Tangan mulus Nelyna dicapai sebelum diusap.
"abang ada benda nak cakap sikit". Mata Nelyna memandang Adyan yang tertidur itu sebelum mengangguk.
"minggu depan, abang ada misi dengan polis". Nelyna memberi perhatian kepada Adriel.
"misi?". Hati Nelyna tak sedap.
"Fakrul... Pihak polis pon dah lama cari dia, jadi ingin mudahkan kerja, abang nak tolong". Nelyna menarik tangannya. Adriel mengeluh. Dia sudah tahu Nelyna tidak terima.
"abang tak sayang Nel? Kalau jadi apa-apa nanti macam mana?". Mata Nelyna berair. Sekarang saja dia sudah berasa tidak sedap hati.
"mestilah abang sayang... ". Jarak mereka didekatkan sedikit. Bahu isterinya ditarik rapat.
"insyaAllah... Tak akan jadi apa-apa. Sayang doakan abang". Nelyna mengangkat wajahnya melihat wajah Adriel.
"saya takut kehilangan abang". Tangannya dirangkul pada pinggang Adriel.
"abang pon takut kehilangan sayang, dulu pon abang dah rasa". Air mata isterinya yang sudah mengalir dilap menggunakan ibu jarinya.
"Haiden dengan Zarreen pon terlibat?". Adriel mengangguk.
Nelyna mengeluh.
"Nel selalu doakan abang". Bibirnya mengukir senyuman kelat.
"terima kasih". Ciuman dilabuhkan pada dahi Nelyna.
*****
"Apa ni Lina?!". Tengku Adam menghempas gambar-gambar Karlina bersama seorang lelaki. Paling Tengku Adam tidak boleh terima keadaan mereka. Sangat jijik.
"saya boleh jelaskan abang, ni semua tak betul". Karlina mengeluarkan air mata palsunya. Setakat berlakon. Mudah saja baginya.
"tak betul?! Kau cakap tak betul?! Kau siapa sebenarnya selama ni?! Siapa kau nak mengaku kau kawan baik arwah isteri aku?!". Kalini Karlina sedikit terkedu.
"saya memang kawan baik Aisyah, abang". Karlina masih menipu.
"bukan! Kau bekas isteri Faizul kan?! Dan syakila ni anak haram kau kan?!". Suara Tengku Adam bergema diruangan itu.
Selama ini dia ditipu hidup-hidup. Kata-kata Karlina selama ini semuanya bohong belaka.
"Nurul Karlina Binti Ahmad, aku ceraikan kau dengan talak tiga!". Karlina menangis teresak-esak. Dia lakukan semua ini untuk hidup senang dengan anaknya.
Tapi dia lupa dengan orang sekeliling.
"abang saya mintak maaf". Karlina mula melutut. Selama ini dia hidup dalam kemewahan Tengku Adam. Dia tidak mahu hidup susah dan merempat. Itu prinsipnya.
"mulai harini, kau bukan lagi isteri aku! Isteri aku cuma arwah Aisyah seorang. Aku kawin dengan kau pun sebab kata-kata bodoh yang kau tipu aku ni lah!!". Kakinya ditarik dari disentuh Karlina.
"abang...". Rayu Karlina. Dia tidak mahu melepaskan Tengku Adam.
"keluar pada rumah aku!!". Jerkah Tengku Adam dan meninggalkan Karlina yang masih tercegang disitu. Kemanakah haluannya selepas ini?.
Nampaknya dia harus pulang ke tempat asalnya. Kampung. Mampukah dia menerima segala hinaan dan herdikan dari orang kampung itu. Syakila pula sudah lama lesap meninggalkannya. Ini saja keputusannya.
*****
"iden". Panggil Nelyna. Haiden yang terdengar itu mendekati Nelyna.
"betul ke fikry sekarang ada kat hospital mental?". Tanpa ragu-ragu Haiden mengangguk.
Airani ada bagitahunya yang Fikry sekarang ada di wad gila. Sudah lama dia tidak mendengar tentang lelaki itu.
"kenapa dia boleh jadi macam tu?". Soal Nelyna ingin tahu. Haiden pula mengeluh.
"kau pun tahu kan yang dia gilakan kau? Lepas dia tahu kau dah meninggal terus jadi gila betul-betul". Nelyna pelik. Haiden pula tergelak.
"tak tahu pon?". Blur juga Nelyna sekarang.
"memang la kau tak tahu dia belum tunjuk belang dia lagi depan kau dulu, tau nak buat baik aje". Jeling Haiden. Bukan pada Nelyna tapi perangai Fikry.
"bawak aku jumpa dia boleh?esok ke? Lusa pon boleh". Berkerut Haiden dengan permintaan itu. Apahal pula ni?.
"gila kau. Riel tahu nanti habis aku". Haiden menolak mentah-mentah. Bukan tidak tahu dengan Adriel. Memang anti betul dengan Fikry.
"ala kau jangan la bagi tau dia". Paksa Nelyna. Dia betul-betul ingin melawat Fikry.
Haiden diam memikir.
"tengok la macam mana". Jawab Haiden acuh tak acuh.
"ish tak kira. Esok bawak aku jumpa dia". Putus Nelyna.
"kalau Riel tahu pandai-pandai kau lah". Nelyna mengangguk. Bukan apa, kasihan pada Fikry. Esok baik dia jumpa lelaki itu.
"Adyan tidur ke?". Soal Haiden. Kerap juga Haiden datang untuk bermain dengan Adyan sekarang.
"haah tidur". Namun Adyan tidur dibilik Nadia. Tadi puas sepahkan bilik Nadia sampai tertidur. Bertuah sungguh.
"kau tu, cepat-cepat la kawin cepat sikit ada anak. Haa masatu kau main lah puas-puas". Hairan sungguh dia dengan Haiden ni, sekeras-keras hati Adriel pon kawin. Haiden ni... Entah la.
"jodoh tak ada, nak buat macam mana". Minuman yang disediakan MakMah dia hirup sedikit.
"bukan tak ada, tapi tak cari, manatahu esok kau jumpa?". Nelyna memberikan cadangan. Haiden ni kalau boleh dia mahu kawin dengan kerjanya saja.
"dah la, aku balik dulu". Nak lari la tu. Nelyna mengangguk saja dan menghantar dengan anak matanya.
"Nad dekat atas ke?". Soal Nelyna pada MakMah yang sedang mengelap meja.
"ye, dia teman Adyan". Nelyna menapak le bilik Nadia.
"eh, Nad, Adyan masih tidur?". Baru nak naik tangga terlihat Nadia juga turun sambil memegang botol susu.
"haah, biar lah malam ni dia tidur bilik aku, nah! Tolong buatkan susu please...". Nadia menyua botol susu kepada Nelyna.
"nanti kalau dia nangis panggil aku". Nadia mengangguk.
"aip! Aip!". Nadia seakan-akan menjadi askar apabila menerima arahan.
SELESAI membuat susu dan beri kepada Nadia, Nelyna naik untuk membersihkan diri.
Jam dikerling sekilas.
"mana Adriel ni? Dah nak masuk pukul 11". Risau Nelyna.
Klak!
Serentak dengan itu pintu pula dibuka. Muncul wajah kacak suaminya.
"hye sayang... Tak tidur lagi?". Pintu ditutup rapat.
"tak. Tunggu abang". Jelas Nelyna. Namun tidak pada Adriel, baginya maksud Nelyna lain.
"tunggu abang?". Bibirnya naik tersenyum nakal.
"fikir apa ha?". Bantal yang berdekatan diambil dan dilempar kearah Adriel. Dengan cepat lelaki itu menyambut dan ketawa.
"Adyan mana?". Baby cot Adyan dipandang, tapi kosong.
"tertidur kat bilik Nadia, letih sepahkan bilik la tu". Nelyna tergelak dengan perangai Adyan.
Adriel mendekati Nelyna yang sedang membaca novel diatas katil.
"nampak tak?". Dahi Nelyna berkerut.
"nampak apa?"
"nampak tak yang Adyan pon faham dan bagi ruang dekat kita, dia nak adik sangat tu". Terlopong Nelyna dengan Adriel. Cakap sajalah yang dia nak. Nak tuduh Adyan pula.
"so?". Nelyna buat-buat tidak faham.
Tangan Adriel mula meraba pada peha Nelyna sebelum bibir mereka betemu.
Damn!
TBC...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
❤❤❤❤❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro