Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 38

5 bulan berlalu...

Hilang tanpa berita. Siasatan sudah mula ditutup. Namun Adriel masih lagi berkeras untuk meneruskan pencarian.

Bawah matanya gelap sedikit. Puas dia menunggu Nelyna pulang. 5 bulan dia tunggu. Gadis itu tidak muncul. Rasa bersalah dia terhadap Nelyna sangatlah tebal.

"sayang... Balik la...". Rintih Adriel. Dia tidak tahu keadaan Nelyna. Selepas saja kejadian itu tiada langsung berita yang dia dapat.
Hanya jawapan yang sama.

'kami masih dalam siasatan'

Sehingga...

'kes akan ditutup dalam masa terdekat, jika mangsa masih tidak dijumpai dalam masa setahun... Keputusan dianggap dia meninggal dunia'

Kenyataan yang berat untuk Adriel terima. Benarkah?. Dia telah membuat kesilapan yang besar. Mungkin Tuhan sedang membalasnya.

Pihak polis sudah berusaha mencari Nelyna. Tidak banyak yang mereka temui. Kesan darah ada juga. Dan itu memang milik Nelyna. Bukti yang lain masih tiada.

Ketukan pintu menyentakkan Adriel dari merenung gambar Nelyna yang tersenyum manis. Dia rindukan senyuman itu.

"Adriel... Boleh Maksu masuk?". Puan Nuriani melangkah masuk kebilik Nelyna setelah mendengar Adriel menggumam.

"Harini Riel belum makan, makan dulu ya?". Puan Nuriani masuk sambil menatang dulang berisi Makanan. Sejak Nelyna tiada Adriel tidak pernah ada selera makan.

Bilik Nelyna saja yang Adriel mampu melepaskan rindu. Bau wangian gadis itu masih melekat pada bilik ini.

Ada juga baju-baju Nelyna didakapannya itu Adriel peluk.

"riel taknak". Tolak Adriel lembut.

"Adriel tak boleh macam ni, semua orang juga sedih. Kita hanya mampu berdoa Adriel...". Puan Nuriani menasihati Adriel. Hatinya juga rasa sebak. Kemanakah anak kakaknya pergi...

Banyak kemungkinan yang dia fikir. Adakah Nelyna sudah mengikut jejak Datin Nurin dan Dato Haznan?.

"Riel rindukan Nelyna". Ungkapan itu selalu keluar dari bibir Adriel. Siapa saja tidak rindu kepada orang yang kita sayang. Lagi-lagi dengan keadaan begini.

"Riel tak boleh lemah... Andai benar tuhan telah mengambil Nelyna. Adriel kena redha...". Tanpa diduga air mata Adriel mengalir lagi. Sakit. Sakit menanggung rindu.

"tadi Daddy Adriel ada datang nak jenguk, tapi Riel tidur. Daddy Riel tak nak menganggu dia terus pulang". Beritahu Puan Nuriani.

Kata-kata Puan Nuriani sedikit pon tidak menganggu emosinya. Ramai datang menjenguk keadaan Adriel. Haiden dan Zarreen setiap minggu datang memberi semangat.

Namun Adriel tetap sama. Rindukan gadis kesayangannya.
 
 
*****

Hujan renyai-renyai turun membasahi bumi. Seperti air mata Nadia. Kenapa orang yang dia sayang perlu tinggalkan dirinya?.

5 bulan dia tidak melihat lagi wajah ceria kakaknya. Penat dia meraung kerana tidak menerima kenyataan.

Langit dipandang. Air mata yang bercucuran mengalir diabaikan.

"mama.. Papa.. Kak Nel mana?...". Serak suaranya.
"Nad dah tak ada sapa-sapa...". Tangisan Nadia pecah.

"tak... Nad masih ada Mak Mah, Mak su...". Mak Mah mengusap bahu Nadia. Sayang dia pada gadis itu. Hatinya turut hiba dengan kejadian yang berlaku. Sangat tragis.

"Dulu... Kecik-kecik Nad selalu main hujan dengan kak Nel". Nadia cuba mengukir senyuman kelat. Memori mereka semasa kecil terimbas kembali dalam kotak ingatannya.

Wajah mereka sangat ceria apabila hujan turun. Gelak ketawa mereka, jeritan riang. Sungguh. Dia rindu.

Namun sekarang, dia melihat hujan bersama kesedihan.

"kenapa mereka tak bawa Nad sekali". Mak Mah mengeratkan lagi pelukan gadis itu. Tidak mahu Nadia berfikiran begitu.
"tak baik Nad cakap macam tu sayang...". Erat pelukan Mereka.

Mak Mah menyalurkan sumber kekuatannya, walaupun dia juga tidak kuat. Kedua gadis itu juga membesar dihadapan matanya. Mak Mah sudah menganggap Nelyna dan Nadia seperti anaknya.

 
*****
 
"sedih la sangat". Matanya dijulingkan ke atas. Meluat bila melihat orang yang mengenali Nelyna bersedih. Namun hatinya tidak... Gembira adalah.

"lagi mudah kerja aku". Laila tersenyum senang. Elya hanya memerhati saja. Dia juga terkejut apabila mendapat berita itu.

"Laila... Kau ni, aku tengok dah macam orang gila". Tegur Elya.
"memang. Aku gilakan Adriel. Bila aku tahu Nelyna dah mati lagi aku suka". Tangannya ditepuk.

"dia hilang Lai... Bukan mati". Laila membuat muka toya.
"sama je lah, dah cari tak jumpa lepastu kemalangan teruk mestilah mati". Jelas Laila.

Elya hanya mengeluh dengan perangai Laila.

"lepas ni aku akan dekat dengan Adriel, acah ambil peduli lepastu senang la hati Adriel berubah. Silap-silap dah lupa bini dia yang dah mati tu". Laila memberitahu ideanya. Elya hanya menjadi pendengar.

"suka hati kau lah Laila... Asal kau bahagia". Elya bengun dan menuju ke biliknya.

Laila tersenyum senang. Niatnya untuk mendapatkan Adriel kian berjaya.
 
 
*****
 
Langsir dibuka luas. Pintu gelongsor dibuka. Udara segar pagi itu disedut lembut oleh hidungnya.

Selesai solat subuh tadi hatinya tergerak untuk memulakan hidup seperti biasa. Dia mendapat sedikit semangat baru. Rindu terhadap Nelyna masih ada.

Mana mungkin dia akan melupakan gadis itu. Cuma dia terkesan dengan nasihat Mak su. Dia tidak boleh terus meratapi kesedihan.

"sayang... Abang dah tak buat kerja tu. Abang dah berhenti. Dan abang tak akan buat lagi". Adriel bercakap sendirian seolah-olah Nelyna mendengar.

"Nelyna Naira... Kalau Allah dah ambil sayang dari abang, abang redha". Walaupun berat. Kata-kata Adriel itu membuatkan matanya kembali panas. Dia masih percaya bahawa Nelyna masih hidup tapi sebahagian hatinya berkata tidak.

Nafas diatur tenang. Bilik Nelyna dipandang. Harini dia ingin pulang ke rumahnya dan Nelyna. Sudah lama dia tinggalkan rumah itu. Pasti berhabuk.

Banyak juga kenangan disitu. Lagi-lagi masakan isterinya. Teringatkan hal itu bibir Adriel tersenyum pahit.

"siapalah yang nak masakkan abang lepas ni kan?". Gumam Adriel. Masakan Nelyna sering membuatkan dia bahagia.
 
 
 
SEBELUM Pulang ke rumah Adriel singgah ke pejabatnya dahulu. Ramai yang memandangnya sayu.

"Riel!". Suara nyaring itu memanggilnya. Dia menoleh. Muka beku dan bosan ditayangkan.
"you mesti sedih lagikan atas kematian Nel, sabar eh, i tahu. You kuat". Bibir Laila mengukirkan senyuman manis.

Meluat Adriel melihat.

"dia.belum.mati". Satu persatu perkataan Adriel lontarkan. Sekarang bukan dia tidak menerima kenyataan. Cara Laila bercakap seperti tidak menghormati langsung.

"tak pa i kan ada?". Laila menayangkan sengihan lebar. Mata tajam Adriel yang menikah matanya diabaikan.
Laila dijeling Adriel sebelum lelaki itu berlalu pergi.

Pintu bilik ruangannya Adriel masuk. Ingin selesaikan sedikit kerja.
Baru Adriel ingin menyelak beberapa helai kertas pintu office nya dibuka seseorang.

Wajah Fakrul.

Beku terus wajah Adriel. Lama dia tidak mencari pasal dengannya.

"aku simpati dengan kau...". Tanpa disuruh Fakrul duduk di kerusi hadapan Adriel. Lelaki itu masih diam memandang.

"hm. Boleh balik". Malas Adriel melayan. Buat masa sekarang dia malas bergaduh. Tiada semangat.

"haih melepas lah aku nak kan bini kau". Tangan Adriel menggenggam kertas ditangannya geram. Kesabarannya mula menipis apabila Fakrul mengaitkan isterinya.

"is there anything else? If not, you can get out". Soal Adriel sebelum wajah manusia dihadapannya ini pecah lebih baik keluar.

"aku rasa itu saja. Tapi aku puas... Tengok kau merana". Sinis Fakrul dan bengun untuk keluar.

BAM!

Hilang saja kelibat Fakrul meja itu dihentam kuat. Apa rancangan lelaki itu?. Dadanya berombak kuat.

 
 
 
-Rindu kian menebal, hanya dia yang mampu mencairkan hati beku Adriel. Hanya dia-
-Nelyna Naira kini tinggal kenangan-

 
 
 
 
 
 
 
TBC...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

❤❤❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro