BAB 36
Dengan senang hati Nelyna melangkah masuk ke sebuah syarikat yang berdiri gah itu. Memandangkan harini dia tidak banyak kerja, jadi dia masak untuk Adriel. Sekarangpun sudah masuk waktu makan tengah hari. Boleh mereka makan bersama.
Sampai saja di tingkat 20 Nelyna menuju ke kaunter pertanyaan. Takkan nak terjah pula.
"hye, Tengku Adriel ada?". Soal Nelyna ceria. Gadis dihadapannya bangun untuk menyapa.
"eh Nelyna... Tengku ada". Jawap Gadis bernama putri itu.
Dia sudah kenal dengan Nelyna.
"boleh saya masuk jumpa dia?". Gadis itu mengangguk. Selesai mengucapkan terima kasih Nelyna menuju ke bilik yang tertera nama Adriel.
"eh! Kejap Nel!". Bagaikan tersedar, Putri memanggil tiba-tiba. Dia datang mendekat.
Nelyna sudah membuka pintu untuk masuk.
Bak!
Beg kertas yang berisi makanan jatuh menyembah lantai.
Matanya panas melihat adegan dihadapannya. Hatinya terasa pedih.
"sayang!". Adriel menolak tangan Laila yang merayau dibadannya. Cepat-cepat dia berdiri menuju ke Nelyna.
Air mata Nelyna sudah lama mengalir. Tidak dia sangka Adriel dengan Laila begini.
"sayang i can explain...". Gara-gara tidak mahu Nelyna salah sangka lebih baik dia jelaskan hal sebenar.
"it's okay...". Nelyna mengutip bekas makanan yang tetjatuh tadi. Mujur tidak tumpah.
"jangan lupa makan, makan dengan perempuan tu pon boleh". Beg kertas itu diserahkan pada Adriel sempag matanya mengerling Laila dibelakang Adriel. Dan dia berlalu pergi. Senyuman sempat diukir namun hanya menutup kessdihannya.
"sayang!". Adriel ingin mengejar Nelyna namun sesuatu menghalangnya.
"Riel kita ada meeting penting lepas ni". Laila menahan Adriel dari mengejar. Puas juga hatinya apabila Nelyna melihat. Memang dia sengaja.
"lepas! Kau keluar!". Jerkah Adriel. Lantang suaranya kedengaran ditingkat itu.
Diam terus Laila dan keluar dari situ. Janji misinya selesai.
BAM!
Pintu ditutup deras.
Wajahnya diraup. Kenapa Nelyna harus tiba waktu begini?. Semuanya salah faham. Laila yang cuba-cuba untuk membetulkan tali lehernya. Dia sudah menghalang dan disuruh menjauh.
Laila tetap berdegil untuk menolong. Dasar tak guna.
Matanya teralih pada beg kertas berisi makanan yang dibawa Nelyna. Mesti isterinya tengah menahan rasa sakit. Sepatutnya dia perlu kejar Nelyna.
Akhirnya Adriel nekad. Pasal meeting semua tidak penting. Yang penting baginya sekarang Nelyna.
*****
Kereta diberhentikan ditepi jalan. Dia tidak boleh meneruskan perjalanan dengan keadaan begini.
Pipi Nelyna sudah basah dengan air mata. Hati dia sakit.
Tangisan Nelyna pecah didalam kereta itu. Penuh fikirannya dengan gambaran tadi.
Baginya Adriel sudah berubah hati. Semua kata-kata manis hanyalah dusta. Dia ditipu.
Jangan-jangan semua yang Adriel buat selama ini hanya lakonan semata-mata. Air matanya dilap dengan kasar. Nafasnya diatur untuk tenangkan diri. Dia tidak mahu lemah.
Kereta dipandu semula untuk pulang ke rumah. Nampaknya bukan rumah Adriel. Dia malas dengan lelaki itu.
*****
"sayang!". Suara Adriel menyeru Nelyna. Laju tapak kakinya mencari Nelyna.
"sayang mana awak?". Semua pintu bilik, dapur, dan semua tingkat dicari. Gadis itu masih tiada.
"sayang abang minta maaf....". Sayu nada suara Adriel. Seakan tahu Nelyna berada dimana Adriel keluar semula. Tidak lain tidak bukan mesti dirumah arwah papanya.
30 minit juga masa diambil untuk sampai ke rumah Nelyna. Cepat-cepat dia keluar.
Salam diberi sebelum pintu rumah itu dikuak dari dalam.
"waalaikumsala, eh Adriel... Masuk-masuk". Timbul wajah Mak Mah yang membuka pintu. Adriel hanya menurut. Sempat mata melilau mencari kelibat Nelyna.
"Nel ada datang?". Soal Adriel. Mak Mah hanya mengangguk. Keluhan lega Adriel lepaskan.
"dari Nel datang tadi, sampai sekarang terperap saja dalam bilik". Jelas Mak Mah.
"takpa. Adriel pergi naik tengok sekejap". Mak Mah hanya mengangguk dan menghantar dengan anak matanya. Dia tahu pasangan itu sedang ada masalah.
Haraplah mereka boleh selesaikan dengan cara yang baik.
PINTU bewarna putih itu ditenung Adriel sebelum tangannya naik ingin mengetuk.
Tok! Tok! Tok!
Tiga kali ketukan masih membisu. Adriel cuba juga untuk memulas tombol pintu namun dia sudah mengagak bahawa Nelyna mengunci dari dalam.
Tok! Tok!
"nanti Nel keluar Maksu". Kedengaran suara Nelyna sayup-sayup. Adriel tersenyum nipis. Jelas suara Nelyna seperti sedang menahan tangisan.
Tok! Tok! Tok!
Sengaja Adriel tidak bersuara. Kalau Nelyna tahu itu dia pasti pintu ini tidak akan dibuka.
"ye Mak-". Wajah Nelyna yang membuka pintu itu seakan-akan terkedu. Dia bertindak untuk menutup semula. Namun Adriel lebih pantas untuk menghalang dan lelaki itu cuba meloloskan diri masuk kedalam.
Berapalah sangat kudrat yang Nelyna ada untuk melawan. Akhirnya dia mengalah. Lagipun Adriel sudah berjaya masuk. Pintu itu ditutup rapat.
Nelyna ingin berlalu menuju ke sofa, tidak mahu dia bertentangan mata dengan Adriel buatkan hatinya sakit saja.
Baru Nelyna ingin membuka langkah lengannya ditarik pantas.
"sayang.. Abang mintak maaf". Tanpa banyak bicara Adriel mengungkapkan kata maaf.
"mintak maaf kenapa?". Nelyna bersuara sambil menahan kesakitan dihatinya.
"i know you sayang. Awak dah salah faham". Redup wajah Adriel memandang Nelyna.
"Adriel, kalau awak dah berubah hati. Bagitahu saya, saya bersedia untuk dilepaskan". Walaupun berat, Nelyna berjaya mengungkapkannya.
"no! Abang tak pernah berubah hati...". Tangan Nelyna ditarik uttuk duduk dahulu tenangkan diri.
"sayang tahukan Laila tu macam mana". Dagu Nelyna disentuh Adriel kerana mahu wanita itu memandang wajahnya.
"abang dah halang dia tap-"
"dia kerja dengan abang?". Potong Nelyna. Sebelum ini Adriel tidak pernah memberitahunya bahawa Laila kerja disitu.
"Tak dia kerja bawah Daddy, Daddy jugak yang terima dia". Jujur Adriel.
Nelyna hanya diam membisu.
"i'm sorry sayang...". Tangan kecil Nelyna ditarik dan digenggam ingin meminta kemaafan.
"okay...". Nelyna hanya senyum. Mungkin benar, dia hanya salah faham.
"urgh! Your smile...". Adriel memegang dadanya tiba-tiba. Nelyna berkerut.
Apasal pula mamat ni?.
"boleh buat abang sakit jantung...". Nelyna menunduk. Haih mudah sungguh hatinya berlembut.
Rambut Nelyna yang terjuntai Adriel selitkan ditepi telinga. Jarak mereka yang dekat itu membuatkan mata Adriel jelas kelihatan inginkan sesuatu.
Adriel semakin mendekat pada leher Nelyna yang terdedah itu. Lembut saja bibir Adriel mencium.
Dada lelaki itu ditolak perlahan. Terdengar rengusan dari Adriel.
"bukan abang tengah kerja ke?". Potong terus mood Adriel. Dia datang sini ingin memujuk Nelyna. Boleh pula terlajak.
"erh. Biar lah, but i want you right now...". Pinggang Nelyna ditarik mendekat. Tangan kekar Adriel cuba menyelak baju blouse yang dipakai Nelyna.
"eh!". Tangan Adriel ditepuk Nelyna. Bahaya betul Adriel sekarang ini.
"pergi masuk office...". Muncung Adriel naik. Baru nak bermanja-manja denggan isterinya malah disuruh pergi ke pejabat.
"alaaa tak payah pergi pon tak apa". Lagipun meeting tadi mungkin sudah habis. Tengku Adam pasti ada untuk menguruskannya.
Nelyna membuat muka toya. Ada saja alasan Adriel.
"okay...". Muka yang tadi suram kini teruja apabila Nelyna bertindak mengucup pipi Adriel.
TBC...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
❤❤❤❤❤
Hallu! Imback!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro