BAB 35
Mata Nelyna dicelikkan beberapa kali untuk betul-betul bangun. Sebelah dipandang. Kosong. Fikirannya masih teringatkan hal semalam.
Adriel betul-betul marah. Kaki menjejak lantai untuk menuju ke bilik air. Lepas subuh tadi dia tertidur semula. Adriel pun tiada. Kerana masih dalam mood marah dia malas mencari Adriel.
Terhenti langkah Nelyna apabila terlihat Sticky note yang tertampal pada pintu itu. Perlahan-lahan tangan mencabut untuk membaca.
- Sweet like sugar... Yeah it's you! goodmorning sweety, wash your cute and pretty face first, before come down :3 -
Sedikit sebanyak bibir Nelyna terukir juga untuk senyum. Namum hatinya masih tidak boleh terima.
30 minit juga Nelyna ambil masa untuk membersihkan diri. Alang-alang dah basah baik mandi terus.
Kaki menapak pula ke pintu untuk keluar. Agak-agak apa yang Adriel buat?.
Masih ada lagi sticky note yang tertampal. Tangannya mengambil lagi untuk dibaca.
- Oh! I forgot something... Please smile before open the door -
Nelyna tergelak, apa kena dengan Adriel ni?.
Nafas diatur untuk tersenyum. Otaknya cuba melupakan hal itu buat seketika. Nota-nota yang ditulis tadi masih ada di tangan Nelyna.
Baru kaki hendak menjejak tangga ada lagi Sticky note. Dengan pasrah Nelyna mengambil.
- Rose... Sayang ibarat Rose, cantik, wangi, lembut tapi berduri, but sokay, abang suka -
- Rose jugak menjadi idaman semua wanita, but sayang, menjadi idaman abang -
Berdebar pula dada tiba-tiba. Nak cair tapi dia masih ego.
Nelyna hanya berharap tiada lagi nota-nota selepas ini. Hatinya sudah tidak kuat. Nelyna meneruskan lagi untuk turun ke bawah.
Sangkaannya meleset apabila anak tangga terakhir masih ada lagi nota yang tertampal.
- You! You're mad at me right? Because of yesterday and the stupid sticky note?. I just want you to arrange the first letters on all these notes -
Nelyna berkerut. Dia kembali merujuk pada nota-nota dari yang pertama hingga akhir.
Memang ada maksud.
"SORRY".
Serentak dengan fikiran Nelyna Adriel muncul dihadapannya.
"abang nak mintak maaf...". Nelyna mengangkat muka untuk memandang Adriel.
Nelyna mula terharu. Sejak bila seorang Adriel boleh jadi sweet macam ni?.
"tak apa, saya tak ambil hati pun". Nelyna cuba untuk senyum. Sebak juga apabila teringat hal itu. Tapi ditahan.
"no, sayang boleh tipu dengan kata-kata tapi bukan dengan senyuman sayang". Adriel mendekat. Sudah tentu Adriel dapat bezakan senyuman Nelyna ikhlas atau tidak. Semalam dia nampak Nelyna menangis. Namun dirinya masih ego.
Mata Nelyna tiba-tiba berair. Hati dia sakit...
Dengan pantas Adriel memeluk tubuh Nelyna. Tangisan gadis itu pecah didada Adriel.
"look... Abang betul-betul minta maaf, abang tak sengaja. Abang terlalu ikutkan perasaan". Kepala Nelyna diusap sayang. Rasa bersalahnya kian menebal.
Jari Adriel mengelap sisa air mata Nelyna.
Hatinya bagai dihiris apabila melihat air mata isterinya tumpah. Dia berasa dirinya sudah tiada guna.
"saya dah maafkan...". Pelukan dileraikan. Lagipun bukan salah Adriel. Mesti ada sebab lelaki itu berkelakuan begitu.
"abang janji lepas ni tak tinggikan suara". Wajah Nelyna ditilik.
Akhirnya Nelyna mengangguk saja.
"abang ada buat breakfast untuk isteri abang". Kening Nelyna bertaut. Pelik. Tak pernah-pernah pula Adriel nak masak.
"oder kan?". Nelyna menahan tawa.
"excuse me? Sayang ingat abang tak pandai masak?". Cebik Adriel. Bukannya Adriel tak mahu masakkan. Tapi dah selama ni Nelyna yang masak.
"okay.... We'll see...". Nelyna tergelak. Masa untuk buat penilaian. Seorang lelaki yang muka sentiasa ketat, beku, dan sebagainya masak?. Tak sempat Nelyna nak tengok skill Adriel.
Sampai dimeja makan semuanya sudah terhidang. Ada nasi goreng dan pancake. Biasa saja masakan tapi istimewa bagi Nelyna.
"nampak sedap...". Puji Nelyna. Manakala Adriel membanggakan dirinya seolah-olah masakannya seperti peringkat antarabangsa.
"baru nampak... Belum rasa lagi". Hilang terus senyuman Adriel tadi, baru dia nak syok sendiri.
Nelyna merasa masakan Adriel. Dia terkesima buat seketika. Tak tahu pula Adriel pandai masak.
"sedap. Abang dah makan?". Adriel tersenyum.
Dia juga turut makan bersama Nelyna.
*****
"tersengeh-sengeh macam kerang wangi". Airani melabuhkan punggungnya di hadapan Nelyna. Kerja tak jalan juga kerana Nelyna asyik termenung dan tersenyum sorang-sorang.
Mana tak nya pagi tadi merupakan pagi yang indah.
"kau ni, lain kali masuk ketuk la dulu". Pesan Nelyna. Kalau terjah pon dia tak kisah tapi malu juga kadang-kadang sebab terkantoi senyum sorang. Macam sekarang.
"eh hello! Aku ketuk sampai naik merah belakang tangan aku". Airani menayang tangannya yang tiada kesan langsung. Saja ja dia nak tunjuk betapa tidak bersalahnya dia.
"mengada...". Cebik Nelyna.
"Nel, Reen tak datang ke?". Soal Airani tiba-tiba. Sudah seminggu lelaki itu tidak datang mengacau mereka.
"eleh kau, masa dia ada bukan main benci, meluat, kau tengok muka dia pun nak termuntah. Masa dia tak ada baru nak cari". Bebel Nelyna.
"bukan cari, aku cuma tanya je". Airani masih mempertahankan dirinya.
"aku pon tak tau dia pergi mana". Jujur Nelyna. Sepatutnya kena tanya Adriel. Tapi bukannya ada hal mustahak pun.
"kau dah jatuh hati dengan dia kan?". Teka Nelyna. Senang pula hati apabila Airani yang mempunyai hati sekeras batu sudah mula jatuh cinta.
"ee memang tak la! Mintak simpang lah, dah laa playboy, perempuan keliling pinggang". Kata-kata Airani tidak mengambarkan maksudnya. Ya, dia tengah menidakkan perasaannya.
"cakap ja taknak. Kau jangan sampai termakan kata-kata kau tu". Nelyna tergelak. Sudah lama dia perhatikan Airani. Memang gadis itu sudah mula jatuh cinta.
"haih dah la, aku sambung kerja dulu". Malas dia dengan Nelyna baik dia sambung kerjanya.
*****
"Riel, kau tak nak aku pergi jaga Nel lagi ke?". Zarreen tiba-tiba melentokkan kepalanya pada bahu Adriel. Mahu saja Adriel menolak tapi keras pula kepala lelaki itu.
"sekarang Nel kat pejabat, bukannya kat luar". Tak lain tak bukan Zarreen bukannya nak mengawasi Nelyna, malah nak mengusya Airani.
"ish jauh lah! Geli pulak aku". Adriel menjauh.
"geli konon, Nelyna boleh pulak. Haiden cerita kat aku siap cium lagi, kau tak nak cium aku ke?". Ringan saja tangan Adriel sekarang ingin menumbuk Zarreen. Dia bukannya minat kaum sejenis.
"dia bini aku, lebih pada tu pon aku buat! Kau?! Kau siapa?!". Suara Adriel meninggi sedikit.
"kau buat apa dengan Nel? Teringin juga nak tahu...". Suara Zarreen meleret. Sumpah nak saja Adriel pecahkan muka Zarreen.
"aku? Aku buat.....". Sengaja Adriel gantungkan ayatnya, kelihatan Zarreen betul-betul teruja ingin tahu.
"nak tahu kau kawin la sendiri?!". Adriel bangun meninggalkan bilik itu meremang pula bila berdua-duan dengan Zarreen.
"alah Riel!".
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
❤❤❤❤❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro