BAB 34
SEMINGGU berlalu. Semuanya kembali normal. Adriel menyelak beberapa fail yang perlu dia semak.
Ketukan pintu menganggu tindakannya.
"come in". Kebenaran diberi sebelum pintu itu ditolak seseorang.
"hye you! Lamanya tak jumpa". Tidak lain tidak bukan suara Laila. Tanpa disuruh dia duduk berhadapan dengan Adriel.
"kau buat apa kat sini?!". Mood Adriel semakin hilang apabila melihat wajah Laila. Bukannya dia tidak suka tetapi perangai gadis ini merimaskannya dari dulu lagi.
"you know what! I dah kerja sini". Teruja Laila.
Adriel semakin pelik. Kenapa pula dia nak kerja sini?.
"up to you! But please jangan ganggu aku". Laila membuat muka bosan. Lagi lelaki itu memberi amaran, lagi lah dia suka.
"okay nanti kita boleh la jumpa selalu. Bye sayang!". Terus gadis itu meninggalkan ruangan itu.
Adriel mengabaikan panggilan itu. Semua itu gila.
*****
"Nel!". Airani menerjah masuk ke ruangan Nelyna. Untung kerja dengan kawan baik sendiri.
"Adoi Aira...". Kepala Nelyna digeleng penat. Tak lain tak bukan mesti nak bergosip.
Nafas Airani termengah-mengah.
"aku bukan datang nak membawang dengan kau, tapi!". Nafasnya masih Tercungap-cungap.
"apa?". Rasanya Airani baru balik pada marathon bagunan ni.
"ada orang nak jumpa kau". Berkerut kening Nelyna.
"siapa?". Airani diam.
LELAKI dihadapannya dipandang tidak selesa. Mata tu tidak lain tidak bukan. Gatal.
"jadi awak la Fakrul?". Soal Nelyna. Tadi lelaki itu memberitahu namanya.
Fakrul mengangguk.
Nama itu la yang Nelyna dengar minggu lepas semasa Adriel dihospital.
"boleh saya tahu, awak ni siapa dengan Adriel?". Soalnya lagi ingin tahu.
"kitorang kawan, rapat sangat". Kata Fakrul dengan penuh egois.
Nelyna hanya meng'o'kan saja.
"jadi ada apa awak nak jumpa saya?". Pelik pula dengan lelaki dihadapannya ini. Macam tiada sebab saja nak jumpa dia. Lebih baik pulang saja.
"saja... Nak kenal-kenal dengan isteri kawan saya". Nelyna senyum kekok. Sepatutnya tak payah kenal pon tak apa. Tak penting pon.
"sebenarnya saya ada kerja... Dah kenal kan? Awak dah boleh balik.". Bukan niat nak menghalau. Dari tadi mata lelaki itu meliar. Buatkan Nelyna berasa seram.
"ok nanti kita jumpa lagi? Bye dear". Sempat senyuman diberikan kepada Nelyna sebelum bangun dan beredar.
"geli pulak aku". Terasa loya tekak Nelyna.
Dia kembali menyambung kerjanya.
*****
"aku dah jumpa bini dia, memang cantik... Bandan dia uh...". Bibirnya dijilat.
Anak-anak buahnya hanya memandang dengan perasaan kosong. Tidak bernai melwan boss mereka.
"tu aku punya". Suara Fikry pula bergema. Sudah lama dia manaruh perasaan kepada Nelyna.
Fakrul menjeling. Sama saja perangai perangai mereka berdua. Sesuatu yang mereka inginkan pasti mereka harus dapat.
"lepas kita balas dendam atau... Bunuh terus laki dia, kita guna la perempuan tu". Sinis saja Fakrul berkata.
"but she's mine". Tanpa menunggu balasan dari Fakrul, Fikry terus keluar dari sebuah gudang yang agak besar itu.
"heh, kau pun aku boleh bunuh la". Kata-kata Fakrul tidak dapat didengari oleh Fikry lagi.
"kau, intip ja kerja Adriel dengan 2 orang lagi, pastikan kalini jangan sampai kantoi, sebelum ni semua bodoh!". Geram Fakrul. Setiap kali dia menghantar salah seorang budaknya pasti akan diketahui.
"baik boss!".
*****
"abang!". Mujur jantung Adriel masih kuat. Kalau tidak dah lama jadi arwah.
"sayang...". Nelyna sudah ketawa. Suka pula kenakan Adriel.
"sorry...". Ruang di sebelah Adriel dia duduk. Sekarang mereka berada di gazebo rumah agam itu. Dihadapan pula ada kolam ikan.
"tak keluar malam ni?". Soal Nelyna. Mesti Adriel rasa seperti diperli.
"nope. Kenapa?". Wajah Nelyna disisi dipandang.
"saja, selalunya lebih pada pukul 10 mesti abang akan keluar". Cebik Nelyna. Alasan Adriel sama saja. Tak Haiden, Zarreen.
"alah sorry...". Pinggang Nelyna dikaut rapat.
"erm. It's okay, lagipun bukannya abang keluar dengan perempuan lain. Lain lah kalay Ya.". Nelyna senyum dengan penuh makna.
Manakala Adriel telan air liur kesat. Walaupun dia tak buat tapi dia dapat rasa keseraman Nelyna.
"tak.... Perempuan yang abang sayang dalam dunia ni, mama dengan sayang". Pipi Nelyna dicium sekilas.
"hah, saya nak tanya ni". Jarak wajah mereka dijauhkan sedikit.
"apa?".
"kawan abang tu memang macam tu ke? Saya tak selesa la". Adu Nelyna tentang Fakrul yang berjumpanya siang tadi.
"Haiden or Zarreen?". Soal Adriel. Setahunya Nelyna hanya tahu itu saja sebagai kawannya.
"bukan diorang... Tapi Fakrul". Adriel tersentak. Wajahnya yang tadi tenang kini berubah.
"macam mana sayang tahu nama dia?". Suara Adriel mendatar.
"tadi, masa tengah kerja, dia datang jumpa saya, dia kata dia kawan awak. Dia kata nak kenal dengan isteri kawan dia. Tapi saya tak selesa lah dengan dia". Cerita Nelyna.
Terasa pinggang Nelyna yang dipegang Adriel ditarik geram. Berkerut Nelyna. Apasal dengan Adriel ni?.
"abang?". Adriel bagai tersedar.
"lepas ni, jangan jumpa dia lagi". Tegas Adriel melarang. Adriel tak bagi amaran pun memang Nelyna tak nak jumpa lagi. Kalau jumpa rasa macam nak pijak je. Gatal.
"kenapa?". Soal Nelyna ingin tahu.
"aku cakap jangan jumpa! Jangan jumpa lah!". Terkejut Nelyna dengan jerkahan Adriel. Bergema di luar dengan malam yang sunyi sepi itu.
Hati Nelyna terasa sakit. Kenapa Adriel menjerkahnya?.
Adriel pergi dari situ. Hilang saja kelibat lelaki itu. Air mata Nelyna mengalir.
Dadanya dipegang. Tadi semuanya elok saja.
Tiba-tiba berubah sekelip mata.
Pipinya basah. Sakit sangat bila menahan sebak. Dia paling takut apabila Adriel menjerkah, pertama kali pada hari terakhir mereka bersekolah.
RAMBUTNYA digomol geram. Namun terbit rasa bersalah. Dia tinggikan suara pada Nelyna.
Merah muka Adriel menahan marah. Berani sungguh Fakrul bertemu isterinya. Heh. Menyamar sebagai kawan tapi sebenarnya musuh.
Kunci motor sempat diambil sebelum keluar. Pasal Nelyna dia biarkan dulu.
*****
"parah!". Meja dihentak Haiden.
"oi lek aa!". Terkejut juga Zarreen dengan Haiden. Main hentak-hentak pula. Dia hentak kepala Haiden apa pon tak dapat.
"aku nak bunuh dia malam ni jugak". Adriel mula bangun menuju ke salah satu almari senjata apinya.
"takboleh Riel... Kita tak ada buat plan". Halang Haiden. Kalau mereka terus meluru mungkin akan mendapat kesan yang teruk.
"tapi dia dah jumpa bini aku iden!". Marah Adriel. Fikirannya betul-betul terganggu.
Dia takut Fakrul apa-apa kan Nelyna.
"sabar la Riel...". Mereka berdua hanya mampu tenangkan lelaki panas baran itu.
"kau pesan ja kat Nel, jangan dekat dengan jantan tu". Wajah Haiden dipandang Adriel dengan suram.
"ak-aku... Termarah dia tadi...". Ujar Adriel masih rasa bersalah.
Terdengar mereka Haiden dan Zarreen mengeluh.
"and kau tinggalkan dia macam tu je?". Zarreen pula bersuara setelah lama diam.
Adriel mengangguk.
"Riel... Hati perempuan ni lembut, tadi kau marah dia?. Percaya cakap aku, kalau dia terasa dengan kau, dia tak akan tunjuk". Zarreen sebagai king kepada kaki perempuan menasihati Adriel.
Adriel.masih berharap yang Nelyna tidak terasa. Tapi muatahil.
TBC...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
❤❤❤❤❤
Minggu ni akan jadi slowupdate sekejap sebab sis exam😭
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro