Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 32

Tidur Nelyna terganggu apabila terasa rambutnya seperti bermain-main dipinya. Mata dicelik beberapa kali. Wajah Adriel yang sedang merenungnya.

Apabila teringatkan hal semalam wajah Nelyna membahang.
"good morning sweety". Sapa Adriel. Lebar betul senyuman itu.

"good morning abang". Nelyna senyum sedikit.
"thanks for the last night". Ucap Adriel.

"dah la jom mandi, lepastu solat". Lama-lama disitu buatkan dia rasa nak menyorok dalam gua.

 

*****

"Akak!!!". Nadia menerpa Nelyna yang berada di meja kerjanya itu.
"ya Allah rindunya adik aku yang hodoh ni...". Pelukan Nadia dibalas. Naik muncung Nadia.

Ingat nak lepaskan rindu. Boleh pula Nelyna cakap dia hodoh.
"dah lah, malas la aku dengan kau ni". Nadia menjauh.

"eleh, gurau sikit pon tak boleh. Maksu dengan Mak Mah sihat?". Saja Nelyna ingin bergurau. Lama juga dia tidak bertemu dengan Nadia. Selalunya bercakap ditelefon saja.

"sihat ja. akak buat lah kerja, Nad duduk situ". Nadia menuju ke sofa yang tersedia. Beberapa buah buku dan album tentang syarikat ini dibuka. Ada juga wajah Dato Haznan. Terubat sedikit rindu.

"Nad tak ada kelas?". Nelyna menyoal sambil-sambil menyemak pelbagai laporan.
"petang nanti". Jari masih lagi menyelak helaian album itu.

"akak dengan abang Riel okay?". Nelyna angguk saja.
"lambat betul lah Nad nak dapat anak buah...". Terlopong Nelyna dengan kata-jata Nadia. Mahu saja dia membaling pasu bunga palsu itu di kepala Nadia.

"kau jelah kawin". Kini mata Nadia bersinar.
"betul ke?". Teruja Nadia. Bukan main budak ni.

"habiskan belajar tu dulu". Serius Nelyna. Rasanya sekarang bukan masa yang sesuai untuk Nadia. Lagipun ada setahun lagi untuk Nadia habiskan pelajarannya.

"lol, tadi suruh Nad kawin". Cebik Nadia.
"tu tadi". Penat Nadia menghadap perangai kakaknya yang satu ini.

"Mak Mah masak apa pagi tadi?". Soal Nelyna. Rindu pula dengan masakan Mak Mah yang power itu. 

"uih macam-macam, nasi lemak, mee goreng kuih lapis, karipap". Sengaja Nadia ingin Nelyna terliur. Sedangkan Mak Mah masak ringkas saja tadi. Kalau banyak-banyak tak habis pula.
Nelyna menelan liurnya.

"ee tunggu nanti aku balik situ...". Kerjanya yang tertangguh tadi disambung.
 
 
*****

BANG!!

"Adriel! Ikut kiri!". Arah Haiden. Mereka bertiga sedang bergelut dengan serangan tiba-tiba itu.

"kat depan tu nanti ada laluan kecik, muat untuk kereta ni. Kau masuk cepat-cepat". Zarreen bersama tab nya memberitahu jalan.

Masuk saja ke laluan kecik itu. Adriel memandu semakin laju. Kereta yang menyerang tadi sudah terlajak.

Apabila terasa mereka semakin jauh dan selamat. Mereka mula berhenti. Masing-masing melepaskan lelah. Walaupun naik kereta. Penat dengan pergelutan tadi.

"aku nampak dia". Dua pasang mata itu memandang Haiden.
"Fakrul...". Lelaki itu, abang kepada Fikry.
Disebalik seorang ahli perniagaan dia juga seorang pembekal dan pengedar dadah.

Salah satu sebab Fakrul bencikan Adriel kerana Tan Sri Faizul hampir saja masuk penjara. Perniagaan mereka semakin merudum.

Selama ini semua pengintip memang dihantar oleh Fakrul.

"kalini dia sendiri yang keluar". Sampuk Zarreen.
"balik". Arah Adriel.

 

*****
 

"sayang tak penat ke? Tadi kerja sekarang kena masak pulak". Soal Adriel. Dia menemani Nelyna yang sedang masak.

"tak... Saya lagi suka". Wajah Adriel dipandang sekilas.
"untung betul abang kan?". Dagunya ditongkat ingin merenung Nelyna.

"untung apanya, saya ni banyak kekurangan tau". Tangan lincah memasak.
"for me, You are perfect, I used to be stupid because I insulted you ...". Suasana menjadi suram sedikit.

"dah... Jangan cakap benda lama. Saya nak tanya sikit ni". Tempat disebelah Adriel dia duduki.

"abang okay?". Berkerut dahi Adriel dengan soalan Nelyna.
"kenapa tanya macam tu pulak? Mesti lah abang okay". Adriel tergelak sedikit.

"saja". Nasi diletakkan pada pinggan dan disua kepada Adriel.
"esok kita balik rumah awak". Suapan Nelyna terhenti.

"betul ke?!". Jelas wajah Nelyma sedikit teruja.
Adriel mengangguk.

"yeay! Finally dapat jumpa MakSu! Thanks abang!". Pipi Adriel dicium sekilas. Tergamam Adriel dengan tindakan Nelyna.
Bagaikan tersedar Nelyna malu sendiri. Itulah, teruja sangat.

"kiss lagi sekali please...". Amboi. Melebih pula Adriel.
"makan lah!". Potong Nelyna ingin hilangkan malu.

 
 
HAIWAN berbulu itu Nelyna gomol. Geram betul dengan Montie.

"sudah-sudah lah peluk arnab awak tu, baik peluk abang. Dapat jugak pahala". Cemburu jugak apabila Nelyna asyik lebihkan arnab itu ja.

"boleh! Tapi abang kena pegang Montie dulu". Tercegang Adriel dengan cabaran Nelyna. Dia betul-betul anti dengan haiwan berbulu itu.

"tak nak lah, abang nak peluk sayang bila-bila pon boleh". Kalau tak disebabkan arnab yang ada diriba Nelyna dah lama dia dekat dengan Nelyna. Sekarang jarak mereka 3 meter jauhnya.

"datang jelah sini, arnab saya ni tak makan awak pon". Penat Nelyna dengan Adriel. Muka kalau dekat luar mengalahkan ais batu. Kalaulah semua orang yang kenal Adriel ni tahu bahawa lelaki ini takutkan arnab macam mana lah ya?.

"abang bukan taknak datang, sini angin lagi sejuk". Nelyna menjeling Adriel. Ada saja alasannya.

"tengok tu Montie, papa awak takutkan awak lah". Nelyna seolah-olah bercakap dengan Arnabnya. Terlopong Adriel apabila Nelyna menggelarkan dirinya 'papa' pada arnab itu.

"papa? Sayang ni ok ke tak?". Risau pula Adriel dengan Nelyna.
"saya kan mama, jadi awak papa lah". Makin bertambah risau Adriel. Ada pula arnab itu dianggap seperti anak.

"kalau bukan disebabkan bini aku, dah lama aku bunuh arnab tu". Gumam Adriel.
"apa abang cakap". Soal Nelyna kurang jelas.

"tak- haa papa pon papa lah". Pasrah Adriel.
Nelyna tergelak.

Ting!

Telefon milik Adriel berbunyi tanda mesej masuk. Riak wajah Adriel yang tadinya ceria kini berubah seperti biasa. Dingin.

"abang keluar sekejap, jumpa Zarreen". Belum sempat Nelyna bertanya Adriel sudah berlalu pergi.

Hairan Nelyna. Tanpa sebarang salam terus Adriel pergi. Arnabnya disimpan kembali kedalam sangkar.

Jejak Adriel diikuti sampai ke pintu. Adriel sedang memakai helmet untuk menaiki motor berkuasa tinggi miliknya.

"hati-hati". Sempat Nelyna berpesan. Adriel memandang wajah Nelyna. Dia senyum sedikit sebelum enjin motor itu dihidupkan.

 
*****
 
Bam!

Pintu ditolak kuat. Adriel memasuki bilik yang agak sunyi itu. Ada seseorang yang sedang berpaling kearang bertentangan. Susuk tubuh itu Adriel sangat kenali.

"lama kita tak jumpa kan?". Serentak dengan suara itu lelaki itu berpaling menghadap Adriel yang sedang menahan geram.

"lama sangat Fakrul... Kau ja asyik hantar budak-budak kau, naik muak aku tengok". Tanpa segan silu Adriel duduk saja.
"macam mana kehidupan kau lepas kawin? Best tak? Aku tengok isteri kau cantik...". Tangan Adriel dibawah dikepal erat.

Mahu saja dia hadiahkan tumbukan kepada Fakrul.

"bukan urusan kau". Keras Adriel berkata. Panas pula hati apabila melibatkan orang yang dia sayang.

"urusan aku... Sebab kau musuh aku, macam mana lah kalau aku dapat bini kau kan?. Mesti sed-".

Buk!

Belum sempat Fakrul menghabiskan ayatnya satu tumbukan sudah hinggap di rahangnya.

"kau jangan berani sentuh atau kacau isteri aku!". Kolar baju Fakrul ditarik Adriel. Tahap kesabarannya sudah semakin nipis.

"mana ada aku kacau... Tapi nanti kalau kau dah mati... Tak salah aku ambil". Sengaja Fakrul menaikkan amarah Adriel. Dia tersenyum sinis.

"sial!". Tangannya ingin menumbuk Fakrul sekali lagi. Namun cepat dielak oleh lelaki itu.

Kaki Fakrul naik menendang perut Adriel. Akibat tidak sempat mengelak. Adriel terjatuh.
Tubuh Adriel didekati oleh Fakrul.

"aku dah lama dendam dengan kau! Aku benci kau!". Bertalu-talu tumbukan Fakrul berikan kepada Adriel.

Darah mulai mengalir dicelahan bibir Adriel.

"oi!". Suara Haiden kedengaran.

Kepala Adriel seperti berdesing dengan kuat. Matanya mulai kabur sebelum semuanya gelap gelita.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
TBC...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
❤❤❤❤❤❤

Sorry lambat update.🥀

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro