Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 31

"Aira!". Suara itu membuatkan Airani mengeluh. Kenapa kalau dia ingin keluar makan dengan Nelyna mesti lelaki itu kena ada.

"eh, Zarreen. Kau buat apa kat sini?". Soal Nelyna.
"saja, ingat nak ajak Aira lunch". Tanpa segan silu Zarreen memberi tahu.

"eee sapa nak makan dengan awak?. Dah la jom Nel". Jeling Airani. Lengan Nelyna ditarik.
"eh! Zarreen. Jom". Ajak Nelyna. Terlopong Airani. Punya la dia nak jauhkan diri dari lelaki itu.
 
 
  

LAMA meja itu sunyi. Masing-masing melayan emosi. Sorang geram, sorang lagi memandang dengan perasaan cinta.

"Reen, nak tanya sikit boleh?". Kini tumpuan Zarreen kearah Nelyna.
"apadia?".

"Riel tu.... Mmm". Hati Nelyna mula teragak-agak ingin bertanya atau tidak.
"kenapa dengan Riel?". Zarreen masih sabar menunggu.

"dia ada perempuan lain ke?". Terdiam terus Zarreen dengan soalan Nelyna. Tidak menyangka itu yang Nelyna fikirkan.

"kenapa kau boleh fikir macam tu?". Tanpa menjawap, Zarreen menyoal kembali.
"tak... Aku cuma curiga". Jujur Nelyna.

"setahu aku dia tak pernah dekat dengan mana-mana perempuan dari dulu lagi, kecuali kau. Siap buat bini lagi". Zarreen tergelak.

"okay...".

Tamat saja tajuk itu mata Zarreen melilau sekeliling. Tanpa diduga matanya tertacap pada seaeorang yang mencurigakan.

Sekali pandang saja dia sudah tahu siapa.

Ini salah satu sebab dia dihantar oleh Adriel untuk sentiasa mengawasi Nelyna.
Tanpa pengetahuan gadis itu.

"eh waktu lunch dah nak habis ni, Reen nanti kau tolong bagi kat Adriel yang ni". Sebungkus makanan yang sempat dia pesan tadi dihulurkan kepada Zarreen.

"kau jangan bukak eh, bagi dekat Adriel terus". Pesan Nelyna. Kalau Zarreen tahu naik segan dia.
"yeee". Pasrah saja Zarreen. Untunglah dah kawin.

"lain kali, keluar makan tengahari sendiri, tak payah ajak saya". Kata Airani yang masih tidak puas hati.
Dari tadi ada saja akal Zarreen nak kenakan Airani.

"nak ajak bakal isteri saya makan pon tak boleh ke?". Nelyna menahan diri daripada ketawa. Kasihan pula Airani.

"ish dah lah!".

*****

 
Bibir Adriel naik apabila membaca sticky note yang ditulis Nelyna.
"such a cute wife". Dalam tidak sedar Adriel tersenyum lebar. Nelyna bagi makanan dan pesanan ini pon buat hatinya berbunga.

"sudah-sudah la senyum tu, hormat orang single please". Muncung Zarreen. Rasa nak tampar pulak orang sekeliling.

"eleh single konon, kau tu perempuan keliling pinggang". Sticky note tadi disimpan rapi. Nak buang pon sayang. Almaklumlah isteri yang bagi. Zarreen mencebik, alih-alih dia yang kena.

"so how, ada tadi?". Soalan itu diangguk. Adriel kembali beku.
"aku rasa kita kena selesaikan semua ni cepat, sebelum Nel tahu semua pasal kau". Sirius Zarreen memandang Adriel.

Adriel juga ragu-ragu. Kalau Nelyna tahu tentang apa yang dia buat sebelum ni adakah Nelyna akan menerima?.

"aku takut kalau dia tahu, dia akan tinggalkan aku Reen". Wajah Adriel berubah suram. Dia takut kalau Nelyna benci padanya.

Zarreen hanya mampu mengeluh.
 

*****
 
 
"Lai... Kau betul nak kerja situ?". Soal Elya. Air coffee dihirup sedikit.
"berapa kali kau nak tanya? Yes! Aku nak kerja situ". Nada Laila berubah.

"macam mana kalau Adriel tak terima?". Memang berani betul Laila nak kerja dengan Adriel si panas baran itu.

"aku guna laa bapak dia". Sinis Laila, lagipun itu bukannya syarikat Adriel. Kecuali kalau Tengku Adam yang serahkan.

"kau sebenarnya ada plan lain kan...". Elya sudah mengagak. Selagi Laila tak dapat Adriel memang dia tidak akan putus asa.

"pandai kawan aku ni". Laila senyum kerana Elya memahami.
"aku tak tahu la apa yang ada sangat dekat Adriel tu sampai kau tergila-gila kan sangat". Laila memandang Elya tajam.

"kau tak faham... Bagi aku, Adriel tu sempurna sangat. Handsome, walaupun haih tak pernah senyum dekat aku. Hah! Yang penting... Kaya". Bagi Laila Tiada yang penting selain duit.

"bila aku tahu Adriel kawin dengan Nelyna, hati aku sakit sangat. Dia rampas Adriel dari aku, nanti aku akan buat dia sampai merana". Tangannya digenggam geram. Elya dari tadi hanya menjadi pendengar.

"dah, kau marah sangat ni, jom?". Senyuman bermakna dihadiahkan kepada Laila.
Teruja terus Laila. Elya memang faham apabila Laila marah. Dia perlukan hiburan.

"lama aku tak pergi". Beg tangannya diambil sebelum mereka berdua beredar dari sebuah restoran itu.

*****

Buka saja pintu suasana rumah itu masih lagi sunyi. Maknanya Adriel masih belum pulang. Pintu dikunci untuk menjaga keselamatan.

Nelyna naik untuk membersihkan diri. Sebentar lagi harus masak makan malam pula.

HAMPIR satu jam juga Nelyna mandi. Almari di bahagian baju-bajunya dibuka.

"tak menarik...". Semua bajunya dipandang bosan. Kini matanya teralih pada almari Adriel. Bibirnya mengukir senyuman.

"sekali sekala". Gumam Nelyna. Pintu almari dibuka. Salah satu baju Adriel diambil.
"nice...". Puji Nelyna. Besar juga baju Adriel apabila disarung pada tubuhnya.

Jam dipandang sekilas. Sudah hampir jam 9.
Baik dia turun masak sebelum Adriel pulang.

Belum sempat tangan Nelyna memulas tombol pintu, sudah ada yang membuka.

"eh abang dah balik?". Tegur Nelyna. Adriel menutup kembali pintu.
"say.....yang". Terkedu Adriel melihat Nelyna yang berani memakai begitu.

"pergi la mandi dulu, saya nak turun masak". Pintu dibuka kembali , namum terhalang apabila satu tangan yang manahan.

"erk? Kenapa?". Toleh saja Nelyna memandang Adriel. Wajah itu sudah mendekat.
Seram pula apabila berkeadaan begini.

Tangannya cepat-cepat ingin memulas tombol pintu lagi. Adriel yang faham kelakuan Nelyna menolak kuat pintu. Tanpa sedar pinggang Nelyna dirangkul.

Tercegang tubuh Nelyna. Jantungnya tiba-tiba saja berdegup kencang. Hatinya seperti berkata sesuatu.

"sayang baru lepas mandi? Wangi...". Leher Nelyna Adriel hidu. Masing-masing seperti terbuai.

Lutut Nelyna seperti bergetar. Dia tahu apa yang diinginkan Adriel. Selama mereka mendirikan rumah tangga Adriel tidak pernah menuntut haknya. Sedikit sebanyak Nelyna berasa bersalah.

Tiba-tiba terasa bibir Nelyna ditekan sesuatu yang lembut. Mahu saja Nelyna melorot jatuh pengsan tapi ditahan. Matanya dipejam erat mengumpul keberanian.

Perlahan-lahan Nelyna membalas tindakan itu.
Wajah Adriel diangkat kerana tergamam. Pandangan dialaihkan kearah lain. Sesungguhnya Nelyna malu. Dagu Nelyna Adriel tarik untuk bertentangan dengannya.
Mata mereka betaut. Mata hitam Adriel jelas terpancar sesuatu.

"sorry...". Bagaikan tersedar Nelyna menjauh. Wajahnya juga naik merah.
"why not just continue?". Serentak dengan itu, bibir mereka bertaut kembali.

"sayang cuba nak goda abang?". Nelyna menyimpan senyum. Tiada niat pon dia ingin menggoda. Tapi dah alang-alang tu. Kuat betul Adriel tahan.
"if... Yes?". Terkedu Adriel dengan Nelyna malam ini.

Kaki Nelyna berjalan dan menolak Adriel. Mudah saja Adriel terjatuh diatas katil. Sungguh Nelyna berubah malam ini.

"okay bye! Saya nak pergi masak!". Terlepas tawa Nelyna. Baru dia berpaling untuk pergi. Tangan Adriel lebih pantas menariknya. Kini dia juga turut jatuh disebelah Adriel.

"dua kali sayang buat macam ni". Adriel naik menindih Nelyna. Jantung yang tadi sudah reda kini berdegup kembali.

"erk. Saya gurau...". Wajah Adriel semakin mendekat. Nampaknya Adriel memang benar-benar serius.

"this time, you're not".

 
 
 
 
 
 
 
 
 
TBC...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

❤❤❤❤❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro