Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 30

Tok! Tok! Tok!

"Riel! Nel! Jom turun makan". Serentak dengan ketukan itu aku menjauh dari Adriel. Syukur kerana aku tidak melayan.

"jom turun, gatal". Wajah Adriel yang sedang menahan geram itu dijeling manja. Nelyna menyimpan tawa. Terdengar keluhan Adriel

 
SAMPAI Diruangan makan nampaknya semua orang sudah ada. Kecuali Syakila. Entah kemana perempuan itu pergi dia tidak tahu.

"duduklah Nel". Pelawa Tengku Adam. Nelyna hanya tersenyum dan menurut. Adriel disebelah kirinya.

"Mak Jah, saya rasa ada orang datang lah kat luar. Tolong bukakkan pintu". Arah Karlina apabila mendengar loceng rumah itu berbunyi.

"tangan sayangkan luka, abang suapkan nak?". Soal Adriel. Dahi Nelyna berkerut. Makan tangan kanan, jari dia luka kanan kiri. Mampu lagi nak makan. Adriel ni pun satu tanya yang tu pon buat Nelyna malu.

Tengku Adam tersenyum melihat pasangan itu. Tapi tidak bagi Karlina. Sinis saja dia memandang.

"luka tangan kiri lah". Nelyna mengingatkan Adriel.
"tak apa?". Kepala diangguk.

"eh Laila...". Terhenti suapan Nelyna apabila terdengar nama itu. Jadi, orang yang datang tadi Laila?. Macam mana dia tahu rumah Tengku Adam?.

"aunty...". Sapa Nelyna sopan. Geli pulak Nelyna tengok gaya Laila yang ni. Depan Tengku Adam dengan karlina bukan main. Pijak semut pon tak mati.

Tangan Nelyna yang berada dibawah digenggam Adriel. Seakan-akan faham dengan perasaan Nelyna.

"langkah kanan Laila harini. Kitorang tengah makan ni, jom duduk makan sekali". Ajak Karlina mesra. Karlina ni pon berbeza apabila berjumpa dengan Laila. Kalau dengan Nelyna, pandang pon tak mahu.

"lahh maaf lah Laila ganggu". Kata Laila tapi punggungnya dilabukan juga. Sesekali matanya tidak lepas memandang Adriel. Ada juga kearah Nelyna tetapi dijeling.

"korang pon ada kat sini rupanya...". Nelyna memandang saja. Tak angguk tak senyum.
"aku memang selalu datang sini". Cerita Laila. Nelyna tahu Laila sengaja.

"sayang nak lauk tu?". Soal Adriel. Tanpa menunggu jawapan Nelyna, Adriel mengambilkan untuknya. Diletakkan diatas pinggan Nelyna.

"terima kasih..". Ucap Nelyna dengan senyuman. Dan Adriel membalas.

Nelyna perasan akan Mata Laila seperti menahan sesuatu. Cemburu la tu.

Setelah semua selesai makan, Nelyna membantu Mak Jah mengankat pinggan yang telah digunakan.

Nak menolong Mak Jah basuh pinggan pula tak boleh. Adriel terpacak ada kat situ. Tengok pon gerun.

Semua yang Nelyna nak tolong Adriel tak bagi. Kasihan Mak Jah kena buat sorang-sorang. Akhirnya Nelyna tolong yang ringan sahaja.

Semasa Nelyna dan Adriel lalu di ruang tamu. Ada Karlina dan Laila
"Riel! Duduk la sini sekali, i nak borak dengan you". Tegur Laila. Nelyna disisi Adriel seperti tunggul.

"it's okay, i dengan isteri i nak duduk kat luar kejap". Seusai berkata begitu tangan Nelyna ditarik mengikutinya.

Sempat Nelyna menangkap raut wajah Laila. Memang sedang geram. Mesti Si Karlina itu yang bagitahu Laila bahawa Adriel ada kat sini
 
 
 
TANGAN Tengku Adam disalam untuk pulang.

"rajin-rajin laa datang sini, daddy seronok kalau ada kamu berdua". Kata Tengku Adam.
"Nel ok je". Senyuman diberi. Nelyna perasan akan sikap dingin Adriel dengan Tengku Adam. Kasihan Tengku Adam.

"Riel balik dulu". Giliran Adriel pula untuk bersalam.

"hati-hati bawak kereta, jaga menantu Daddy". Adriel senyum nipis.

Mereka mula masuk kedalam kereta Adriel. Perlahan-lahan kereta mengundur.

"jari sayang dah okay? Kita pergi klinik nak?". Tergelak Nelyna dengan pertanyaan Adriel. Luka sikit saja. Sampai ke klinik bagai. Nasib bukan hospital.

"ad-aduh! Abang! Jari saya!". Nelyna mula gelabah.

"kenapa dengan jari sayang!!". Kereta diberhenti di tepi jalan. Jari Nelyna yang berbalut itu dibelek gelisah.

"HAHAHAHAHAH". Terhambur juga ketawa Nelyna. Dia saja nak kenakan Adriel tapi tak tahu pula sampai gelabah macam ni.

"sayang....". Wajah Nelyna dipandang Adriel geram.
"apa?". Hujung mata Nelyna dilap sedikit. Masih lagi ada sisa tawanya. Gelak sampai tak ingat dunia macam ni lah.

"main-main eh...". Nelyna gelak lagi. Dia masih belum terima dengan keadaan tadi.

"sorry... Saya gurau lah, jari saya dah lega. Lagipun luka sikit ja, nak pergi klinik bagai. Doktor pon gelak nanti". Rahang Adriel digosok tanda mintak maaf.

"dah jom balik". Cemberut Adriel dengan perangai Nelyna. Pemanduannya diteruskan.

 
 
*****

Sunyi saja rumah agam itu, lepas saja Adriel menghantar Nelyna pulang, terus lelaki itu keluar. Jumpa Haiden katanya.

Jam diperhati. Masih awal. Otak ligat memikir sesuatu yang dia mahu lakukan.

"buat kek? Tapi Adriel makan ke?". Fikir Nelyna lagi.
"alah kalau dia tak nak aku jela makan". Putus Nelyna. Kaki menapak kearah dapur.

Bahan bahan diambil. Kek Red Velvet saja yang ada difikirannya sekarang. Baru terlintas sudah terliur mendengar.

 
 
HAMPIR dua ja juga Nelyna berperang didapur untuk membuat kek.
Kini jam menginjak ke angka 12 tengah malam.

Tiada tanda-tanda Adriel pulang. Dari haritu Nelyna pelik dengan Adriel. Kalau keluar malam mesti akan pulang lambat.

"jangan-jangan... Dia ada perempuan lain?". Gumam Nelyna sendirian.
Hatinya mulai risau. Macam mana kalau betul?.

"haih tak baik fikir macam tu". Kepala Nelyna digeleng untuk membuang fikiran Negatif.

Kek yang sudah siap tadi disimpan dahulu. Tak elok malam-malam makan benda manis.

Masuk saja didalam bilik Nelyna masih termenung.

"sepanjang aku jadi isteri dia, dia tak pernah nak sentuh aku. Jangan-jangan aku betul. Dia ada perempuan lain...". Hati Nelyna sakit secara tiba-tiba.

Klak!.

Dengar saja pintu dibuka Nelyna mengelap sisa air matanya. Ya dia menangis memikirkan hal itu.

"eh, kenapa awak tak tidur lagi?". Tegur Adriel yang perasan akan Nelyna di sofa.
"belum mengantuk". Nelyna cuba untuk senyum.

Adriel duduk disebelah Nelyna. Wajah Nelyna diperhati. Nelyna yang perasan terus mengalihkan pandangan.
"are you crying?". Dagu Nelyna diangkat untuk melihat wajah Nelyna dengan jelas.

"tak lah". Nelyna senyum lagi. Tapi tiada makna.
"tell me, siapa yang buat sweety Abang menangis ni". Pujuk Adriel sambil menarik Nelyna ke pelukannya.

"abang pergi mana?". Nelyna mengubah topik. Lebih baik dia simpan dulu perasaan gusar terhadap Adriel.

"Jumpa Haiden". Adriel meyakinkan Nelyna.

"okay. Pergi la mandi. Nel dah mengantuk". Baru sahaja Nelyna ingin bangun Adriel sudah menarik lengannya. Dia terduduk kembali.

"are you okay?". Soal Adriel lagi. Risau pula dengan Nelyna.
"saya okay lah...". Kalini Nelyna cuba untuk tersenyum ikhlas. Harap-harap Adriel percaya.

"dah lah pergi la mandi. Abang busuk lah". Gurau Nelyna sambil menutup hidungnya.  Adriel sudah cemberut.

Nelyna bangun dan terus menuju kekatilnya.
Seketika dia datang kembali kepada Adriel.

"apa?". Soal Adriel yang masih lagi dalam nada merajuknya.
"good night abang". Pipi Adriel dikucup sekilas.

"hey!". Nelyna lari dan terus berselubung didalam confoter.
Malu pula apabila dia bertindak bagitu.

"nasib lah boleh tahan lagi". Gumam Adriel lalu menuju ke bilik air.
 
 
 
 
 
 
 
TBC...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

❤❤❤❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro