BAB 29
enjin kereta ditutup sebelum seseorang disebelah dipandang. Tersenyum Adriel melihat wajah polos Nelyna sedang tidur.
Harini mereka harus pulang ke rumah Tengku Adam. Walaupun tidak suka menghadap mama tiri dan adik tirinya. Demi menjaga hati Tengku Adam dia harus pulang.
"sweety....". Pipi Nelyna ditekan-tekan. Nelyna menepis kerana tidak mahu dikacau. Adriel tergelak.
"awak bangun la". Kalini mata Nelyna sudah dicelik.
"dah sampai? Sorry saya tertidur". Tangan menggosok mata ingin hilangkan ngnmantuk.
"jom turun". Tangan mereka berpaut semasa menuju je pintu rumah agam itu.
Salam diberi sebelum pintu itu dikuak dari dalam. Muncul wajah Mak Jah, pembantu rumah Tengku Adam.
"eh Riel, masuklah Tengku Adam dah tunggu kat ruang tamu". Ajak Mak Jah selepas menjawap salam.
Nelyna hanya tersenyum kepada Mak Jah dan beringan masuk bersama Adriel.
"ha Adriel, Nelyna". Sapa Tengku Adam apabila melihat pasangan itu.
"daddy dengan mama sihat?". Soal Nelyna dengan senyuman. Ingin beramah mesra. Adriel diam saja. Mulut Karlina senget tanda meluat dengan kehadiran Adriel dan Nelyna.
"sihat macam ni lah Nel, korang berdua macam mana?". Tanya Tengku Adam senang.
"alhamdulilah". Ucap Nelyna. Tangan dari tadi tidak dilepaskan Adriel.
"Riel dah masuk pejabat kan? Macam mana? Ada masalah?". Soalan dituju kepada Adriel pula. Tipu lah kau Tengku Adam tidak terasa dengan sikap dingin dan pendiam Adriel sejak dia kawin dengan Karlina.
"semua okay". Senyuman nipis saja diberi.
"oklah kalau macam tu, Riel dengan Nelyna naik la rehat dulu nanti turun makan ya". Arah Tengku Adam.
"Mak Jah nak Nel tolong apa-apa?". Mak Jah yang turut berada disitu ditanya Nelyna. Dia pun tiada apa-apa kerja. Lebih baik dia menolong Mak Jah.
"tak a-"
"orang dah suruh rehat sebok nak jadi orang gaji". Tanpa Mak Jah menjawap Karlina sudah memotong. Walaupun wajah Nelyna tidak dipandang dia tahu kata-kata itu dituju kepadanya.
"tak apa... Puan Nelyna rehat ya". Kata Mak Jah.
Terasa tangan Nelyna seperti digenggam geram oleh Adriel. Nelyna memandang sekilas. Memang wajah itu tengah menahan amarah.
Adriel bangun menarik Nelyna pergi dari situ dan menuju kebilik lelaki itu.
BAM!
Pintu ditutup kasar. Terkejut juga Nelyna.
"kalau tak ada Daddy, dah lama abang bunuh dia". Nafas Adriel turun naik. Nampaknya Adriel memang menahan marahnya dari tadi.
"bunuh?". Nelyna berharap itu hanyalah gurauan. Bahu Adriel digosok ingin menenangkan suaminya.
"abang harap sayang tak terasa lah dengan kata-kata perempuan tu". Kegusaran Nelyna hilang digantikan dengan senyuman. Dia tak ambil hati pun.
"it's okay". Nelyna senyum lagi melihat Adriel.
"jangan la senyum sangat sayang". Telinga Adriel merah. Dia malu?.
"tak senyum nanti baru tahu". Muncung Nelyna naik. Merajuk.
"eh mana boleh, your sweet smile only for me". Kalini Nelyna yang malu. Kepalanya ditunduk menghalang daripada Adriel perasan.
"dah la saya nak pergi tolong Mak Jah". Nelyna ingin keluar, tak senang pula bila terperap dalam bilik.
"tak yah la...". Adriel seperti merengek. Sumpah macam budak-budak tak mahu jauh dari ibunya.
Kaki Nelyna mendekati Adriel secara perlahan-lahan. Lelaki itu hanya menunggu tindakan Nelyna.
Sejuk terus tubuh Adriel apabila tangan runcing Nelyna mengusap rahangnya. Kenapa dengan Nelyna?.
"abang.... Saya keluar tolong Mak Jah kejap okay bye...". Sempat bibir Adriel dicium sesaat dan terus berlari keluar.
"how dare you buat abang macam ni!". Terdengar ketawa Nelyna yang sudah hilang dari bilik itu. Nelyna sengaja buat Adriel terangsang.
*****
"Mak Jah!".
"oi mak kau jatuh kuali!". Latah Mak Jah. Terbahak-bahak Nelyna gelak. Dia telah buat Mak Jah terkejut.
"eh Puan Nelyna". Diam terus Mak Jah.
"alah tak yah la panggil Puan. Mak Jah panggil Nel je". Nampak janggal apabila ada gelaran itu.
"Nel ni, terkejut Mak Jah. Kenapa turun?". Senyum Mak Jah. Baru dia tahu Nelyna seorang yang peramah.
"saja, nak tolong Mak Jah. Bosan lah". Seakan-akan tahu Mak Jah ingin mencuci sayur. Bekas sayur itu diambil Nelyna.
"meh Nel buat". Mak Jah senang dengan sikap Nelyna.
"susahkan Nel je". Naik segan Mak Jah.
"tak apa lah". Nelyna meneruskan kerjanya.
"Mak Jah! Mak Jah!". Teriakan suara itu membingitkan ruangan itu.
"ye Cik Syakila". Sahut Mak Jah.
"breakfast ada lagi tak?". Berkerut dahi Nelyna dengan soalan Syakila itu. Dia tahu itu anak Karlina. Jam di dinding dipandang sekilas. Sudah hampir pukul 11. Sarapan apa waktu macam ni. Ni mesti baru bangun.
"ada kejap Mak Jah panaskan". Kalut Mak Jah melakukan kerjanya.
"eh sejak bila Daddy ambik orang gaji baru ni?". Kata Syakila apabila perasan akan kehadiran Nelyna. Sinis saja dipandangnya.
"tu isteri Adriel cik". Tegur Mak Jah. Sesedap mulut dia ja kata orang gaji.
"owh pakai tudung. Nampak kampung sangat". Hati Nelyna mula panas. Suka-suka kata pakai tudung nampak macam orang kampung.
"nampak kampung tak apa janji aurat tu terjaga". Nelyna membalas. Walaupun dalam rumah ini tiada lelaki asing Nelyna masih pakai tudung. Lagipun dia baru sampai tadi.
"baru datang dah melawan". Jeling Syakila. Mujur jarak mereka agak jauh. Kalau tak dah lama Nelyna sembur dengan air paip.
Daripada membalas baik Nelyna diam. Mulut puaka macam Syakila tu tidak boleh dilayan.
"Mak Jah. I nak salad lah". Gelaran pon tak kena dengan situasi. Adakah patut dengan orang tua dia panggil dirinya macam tu.
"tapi i tak nak Mak Jah yang buat, i nak perempuan tu". Jari ditunding kearah Nelyna.
"tak pa Mak Jah boleh buat".
"tak pa, Nel buatkan". Peti sejuk dituju untuk mengambil bahan. Macam-macam lah mulut puaka ni. Nak masuk tengahari baru nak sarapan.
"auch!". Entah bagaimana silapnya apabila memotong salad tu terkena pada jarinya.
"sayang!". Suara Adriel menerpa. Jari kiri Nelyna dibelek. Banyak juga darah.
"kenapa potong benda ni?!". Wajah Adriel merah lagi. Dia memang mudah marah.
"saya cuma nak buatkan salad untuk Syakila". Jujur Nelyna. Wajah Syakila yang sedikit pucat itu dipandang Adriel tajam.
"tak payah, Mak Jah buat kan untuk budak tu, sayang ikut abang". Lengan Nelyna ditarik dan dibawa pergi.
"manja". Menyampah Syakila melihat pasangan itu.
JARI dilap sehingga darah berhenti mengalir.
"sikit jelah abang...". Tegur Nelyna. Risau betul Adriel.
"sikit apa kalau macam ni?". Kain yang sudah bertukar merah akibat darah Nelyna ditunjuk.
Setelah siap dibalut wajah Nelyna dipandang.
"sakit tak?". Soal Adriel.
"sikit". Kata Nelyna. Kebas juga Jarinya.
Tangan Nelyna dibawa ke bibir Adriel. Lelaki itu mencium tangannya. Terkedu terus Nelyna.
"sakit lagi". Kalini Nelyna geleng. Malu.
"good". Tersenyum terus Nelyna.
"ni kot balasan sebab tadi tinggalkan abang macam tu je...". Wajah Adriel mendekat.
"oh god...".
TBC...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
❤❤❤❤❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro